Wednesday, July 15, 2009

UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Syukur pada Allah SWT kerana kita masih lagi diberi kekuatan dan kemenangan. Syabas saya ucapkan kepada PAS yang berjaya mengekalkan kemenangan biarpun menang tipis. Syabas juga kepada B-End kerana berjaya mengekalkan rekod kekalahan pilihanraya kecil yang ke 6 biarpun di bawah PM baru yang ke 6.

Setinggi-tinggi penghargaan buat jentera dan petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus tanpa mengenal erti penat dan lelah dalam perjuangan. Tanpa anda dan rakyat yang menyokong, siapalah mereka yang bergelar Yang Berhormat. Yang bergelar YB tidak harus lupa akan pengorbanan jentera dan rakyat. Rakyat menaruh harapan tinggi untuk melihat dan merasai perubahan.

Setelah melihat keputusan di Manek Urai, mahu tidak mahu, suka atau tidak, sudah sampai masanya kita harus melihat dan mengambil iktibar keputusan di Manek Urai secara Kaffah dan wajib bermuhasabah. Saya telah membuat analisa awal Manek Urai dalam artikal semalam. Saya amat terpanggil untuk memberikan beberapa pandangan dan cadangan yang perlu diberi perhatian segera oleh Pimpinan Tinggi Pakatan Rakyat.

1) Sudah sampai masanya Pakatan Rakyat wajib berubah dan bukan lagi hanya retorik. Maknanya Pakatan Rakyat wajib berdaftar dengan lambang atau logo baru Pakatan Rakyat. Rakyat sudah boleh menerima sistem dua parti di Malaysia seperti di Amerika Syarikat sebagai contoh, Parti Demokrat lawan Republikan. Di Malaysia, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Maknanya baik calon PAS atau DAP atau PKR bertanding atas lambang Pakatan Rakyat bukan lagi PAS atau PKR atau DAP.

2) Wujudkan segera jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat baik di Peringkat Tertinggi, Negeri, Bahagian (Kawasan/Cabang) dan Cawangan (Ranting). *Cabang dan Ranting adalah istilah baru yang digunapakai oleh PKR untuk Bahagian dan Cawangan. Apa yang berlaku sekarang adalah jika yang bertanding itu calon PAS maka jentera PAS lah yang bertungkus lumus, PKR dan DAP hanya membantu. Begitulah sebaliknya dan ada juga yang boikot kerana tidak puas hati atau terlalu ego. Tetapi kita tidak pernah ada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat. Yang ada hanya jentera PAS, PKR dan DAP. Itupun buat kerja secara berasingan dan kadang-kadang berlaku perbalahan tentang cara berkempen, gerak kerja dan sebagainya. Masing-masing buat hal masing-masing. Tidak ada penyelerasan. Maka bagi saya sudah sampai masanya jentera pilihanraya Pakatan Rakyat diwujudkan segera.

3) Pertelingkahan Pimpinan Pakatan Rakyat di media arus perdana wajib dihentikan segera. Satu Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat yang bebas perlu segera ditubuhkan. Baik pimpinan tertinggi mahupun pimpinan bawahan, tidak ada terkecuali dan tidak ada "double standard" ke atas tindakan disiplin.

4) Perlu juga ditubuhkan segera Jawatankuasa Pengaduan Pakatan Rakyat yang bebas. Kerana kita tidak mahu ada ahli atau pimpinan bawahan yang dizalimi oleh pimpinan parti. Kita perlu wujudkan satu jawatankuasa pengaduan yang adil untuk menerima aduan dan menyiasat setiap aduan dengan adil dan bebas. Tindakan berat dan tegas akan dikenakan sekiranya aduan itu adalah palsu dan fitnah. Saya cukup yakin tidak akan ada lagi pimpinan bawahan yang terpaksa menggunakan media arus perdana untuk buat pendedahan. Kebanyakkan kes, mereka terpaksa gunakan media arus perdana setelah aduannya tidak diendahkan atau dipedulikan oleh pimpinan tinggi.

5) Satu jawatankuasa pendaftaran mengundi juga perlu diwujudkan segera. Jawatankuasa ini tugasnya mencari seramai mungkin rakyat yang tidak berdaftar dengan SPR. SPR telah umumkan 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum berdaftar.

6) Cara penerangan Pakatan Rakyat juga harus ada transformasi. Cara yang kita gunakan sekarang adalah ceramah,risalah, sms, vcd dan internet. Inilah cara yang kita gunakan sekarang tetapi kita mahu keputusan yang berbeza. Bagaimana kita boleh dapat keputusan yang berbeza sedangkan kita masih gunakan cara yang sama. Kita harus memikirkan sesuatu di luar kotak pemikiran. Penerangan adalah nadi dan strategi yang amat penting. Maaf..bila sebut strategi, mana mungkin saya akan nyatakan di sini.

7) Bimbingan dan latihan terutamanya PACA Pakatan Rakyat wajib dimulakan sekarang. PACA adalah benteng terakhir yang kita harapkan. Kita akui ada di sesetengah tempat jentera PACA terlalu lemah. Ini harus kita perbaiki segera. Kerana terdapat terlalu banyak kes oleh kerana pemahaman jentera PACA yang cetek dan lemah, akhirnya kita ditipu oleh SPR dan BN di saat-saat akhir.

Dan akhir sekali pemimpin harus berlapang dada untuk menerima teguran. Pahit adalah ubat yang mujarab. Kepedulian terhadap permasalahan rakyat harus diutamakan dan ditingkatkan. Tidak akan hilang bisanya jika ular menyusur akar. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Saya cukup yakin jika ini mampu dilaksanakan dan dicanaikan segera, InsyaAllah dengan berkat kesabaran kesungguhan dan tawakkal, kita mampu menawan Malaysia pada PRU 13.


"KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT "



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
Exco AMK Malaysia

6 comments:

  1. sebagai senerasi muda saya setuju sangat dgn idea dan cadangan yang anda lontarkan. Mengapa cadangan ini tidak diberi kpd pmpinan pkr?
    saya juga melihat apa yg berlaku di penang amat merisaukan. Kenapa dato' zahrain dienugerah pangkat dato' seri pula? tak cukupkah dgn pangkat dato'? kenapa lim boon chang yg baru masuk dapt juga pangkat dan jd ahli majlis mppp sedangkan dia baru join pkr saja? tidakkah ini akan timbulkan kemrahan pkr kaum cina yg lain..

    ReplyDelete
  2. Kepada orang muda..
    Untuk makluman anda, setiap kali artikal yang keluar dari blog ini, anwar ibrahim, tian chua, saifudin, azmin ali dan dr mansor akan terima melalui e-mel. Tentang Dato' Zahrain saya juga merasakan adalah tidak wajar dan terlalu awal utk beliau menerima pingat dato' seri. persepsi rakyat akan memperlihatkan seolah-olah dato' zahrain kemaruk pangkat dan gelaran. sedangkan dap tak ambil pun. tentang lim boon chang memang ramai pkr kaum cina yg tidak bersetuju dan marah. tapi entahlah mgkin segelinntir pmpinan neg p.pinang mgkin kelabu mata dgn kete mewah.sebab itu kalau kita tgk undian ttg siapakah yg layak menerajui pkr p.pinang, dato' zahrain hanya dapat 7 undi 9% sahaja. manakala halim hussein dan anwar ibrahim adalah calon paling popular.

    ReplyDelete
  3. Abg Din..saya isu pangkat dato 2 ni..saya rasa rakyat dan ahli yg berhak tentukan dan bukan pimpinan parti semata2..jgn bagi nampak kemaruk pangkat sangat...kalu ada usul nak bagi pangkat dato..satu ajk yg dianggotai oleh rakyat setempat dan ahli parti patutt diadakan untuk membincangkan kewajaran mendapat title atau tidak..
    tentang logo PR dan keseragaman organisasi PR ..dah lama saya bangkitkan dalam blog DSAI..tetapi umpama tidak ada pelan konkrit dan blue print dasar utk ini..kesepakatan PR di Sarawak dan Sabah pun umpama kosong..cthnya SAPP telah keluar dari BN dari tahun lepas lagi..tetapi sekarang masih Bebas dan tidak sertai PR ..kenapa??Di Sarawak apa langkah2 menguatkankan PR di sana jika sekadar PKR,PAS dan DAP saja bekerjasama tanpa melibatkan parti2tempatan pembangkang yg lain?
    Misi sekarang adalah utk menawan Sarawak..kerana mau tak mau penting utk matlamat PR utk ke Putrajaya..bayangkan jika BN masih lagi menang pilihanraya negeri nanti..saya percaya ia sudah cukup kuat bagi BN utk menyepak PR kembali pada PRU13 nanti!!Oh ya..bagi saya PKR perlu juga kuat di Penang sebab ini negeri DSAI..malu kita jika UMNO masih kuat di kpg2 Melayu sedangkan negeri ini diperintah PKR...apa rancangan PKR utk menawan DUN2 melayu spt Sg Acheh?Harap TKM1 kerap turun2 kpg Melayu ni!!

    Dari Ahli PKR Cabang Nibong Tebal

    ReplyDelete
  4. ya..memang perkara logo pakatan rakyat telah lama pernah dibincangkan. tapi malangnya pmpinan parti masing2 punyai ego tersendiri dan tidak berani buat perubahan. mereka bimbang rakyat tak faham terutama org tua yg taksub dgn parti pas atau dap,kalau bubuh logo lain nanti org tua tanya itu roket, mana itu bulan, itulah alasannya perkara ini tertangguh. sebab itu saya berpendapat sudah tiba masanya perkara ini menjadi realiti. tentang sabah dan sarawak saya akan citerkan mengapa pkr kalah di batang ai, 2 minggu saya berada di sana.saya setuju dgn cadangan saudara tentang pingat dan gelaran. masalahnya sendiri yang pohon bukan org lain yang rekeman. dr mansor tolak gelaran dato' untuk dirinya.

    ReplyDelete
  5. Kalu benar pimpinan parti ada ego masing dalam hal logo PR pun..jangalah marah nanti bila rakyat samakan pimpinan PR dgn BN..cam org Penang kata..pimai2 tang tu jugak!!!
    Mintak Abg Din teruskan usaha dalam perkara logo PR ini..minatk setkan dateline..dan umum kepada rakyat..jangan tiru cam UMNO..bila dah dekat pilihanraya baru kalut nak wat tu nak wat ni..time dah tak guna dah..3 tahun lagi pun bukan lama..2009 pun lagi 6 ulan saja nak abis!!

    PKR Cabang Nibong Tebal

    ReplyDelete
  6. Bukan setakat DZ saja,tapi anuar ismail pun dapat pingat apa.sepanjang TUN join PKR png ,anuar ismail umpama bangsa yahudi yang suka buat kacau dan fitnah,mcm -mcm.tukar saja kepimpinan kita.atau kita buat kerja kita.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.