Thursday, July 30, 2009

Wawasan Dr Mansor TKM 1 P.Pinang

Dr Mansor TKM 1 memulakan siri perjumpaan dengan Cabang-Cabang di P.Pinang. Semalam giliran Cabang Kepala Batas. Saya hadir selaku ketua AMK Kepala Batas.

Dr Mansor menyampaikan 3 perkara penting yang perlu diberi perhatian dan tumpuan.

1) Kes Anwar Ibrahim sekarang, terbukti bahawa umno menggunakan modus operandi yang sama ketika kes Anwar 1998. Tujuannya hanyalah untuk memastikan dengan apa cara jua, Anwar wajib dipenjarakan.

Selagi Anwar dibiarkan bebas, umno dan b-end mungkin terkubur pada pilihanraya akan datang.

umno dan b-end juga melihat PKR sedang subur berkembang dan melebarkan sayap. Tokoh-tokoh ternama juga kini telah menyertai PKR contoh terbaru Zaid Ibrahim dari umno, Dato' Chua Jui Meng dari MCA dan S.Subramaniam dari MIC.

Mereka juga tahu kekuatan dan kredibiliti Anwar menyatukan Pakatan Rakyat. Walaupun berbagai serangan dan cubaan umno buat untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, namun ianya masih tidak berjaya.

Contoh terbaru Pak Tam Timbalan Ketua Permatang Pauh dilokap kerana kes yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Permit polis lulus tetapi kena tangkap dan dilokap juga. Ini semua untuk menghancurkan PKR.

Sehubungan dengan itu PKR akan perhebatkan penerangan dan strategi telah disusun.

2) Dr Mansor mahu memperkasakan JKKK. Kursus JKKK akan turut disertai kakitangan kerajaan. JKKK kawasan Seberang Perai Utara (SPU) akan berkursus pada 8 hingga 9 Ogos. Kursus ini bertujuan untuk menyelaraskan matlamat kerajaan dan JKKK.

Koperasi juga akan diwujudkan di setiap JKKK. Pengarah Angkasa akan memberi penerangan tentang koperasi dan terus menubuhkan Koperasi peringkat Daerah pada kursus tersebut. Selepas itu Koperasi JKKK akan ditubuhkan selepas kursus.

Sebagai pemantauan dan galakkan untuk koperasi, hadiah terbaik serta insentif istimewa juga akan diberi kepada Koperasi JKKK terbaik.

Dr Mansor juga memaklumkan selepas Koperasi JKKK ditubuhkan, Koperasi Qhariah pula akan ditubuhkan.

Tekun adalah contoh terbaik hasil kerja dan cetusan Dr Mansor tetapi malangnya hari ini pinjaman Tekun disalah gunakan dan peminjam mesti ahli umno. Semasa beliau melancarkan Program Tekun, dana sebanyak 6 juta diberi kepada 1300 peniaga kecil dan kerajaan dapat mengutip kembali pinjaman sebanyak 98% dan dalam masa tempoh 3 tahun saja dana Tekun meningkat 13 juta. Ini satu kejayaan program Dr Mansur.

3) Dr Mansor juga mahukan Cabang Kepala Batas menyusun program hingga akhir tahun. Khabar angin Pak Lah akan mengosongkan kerusi Kepala Batas juga bertiup kencang. Borang pemantauan prestasi Cabang-Cabang juga akan dikeluarkan. Ini untuk memastikan setiap Cabang akan memperkasakan parti.

Dr Mansur juga memaklumkan sempena bulan Ramadhan yang akan datang, Lim Guan Eng telah meluluskan peruntukan sebanyak RM4 ribu untuk Masjid Daerah dan RM2 ribu untuk setiap Masjid Qhariah.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. cara tulis mcm nak jadi PA TKM 1 jerk hahaha

    ReplyDelete
  2. takpa..ada gaya..ada bakat tu..heheh..

    ReplyDelete
  3. Saya rasakan JKKK boleh buat aktiviti kitar semula barang..dan bayaran boleh dibayar kepada penduduk kpg yg menghantar brg2 kitar semula ni..cth:botol kaca; suratkhabar lama; besi buruk; dan apa2 lagi brg yg termasuk dalam kategori kitar semula..ahli JKKK akan membayar ikut berat atau jenis brg..kaedah ini..boleh membantu menghijaukan lagi kampung dan secara tak langsung menambahkan sedikit pendapatan kepada org kpg..barang2 yg dikutip boleh dijual oleh JKKK kepada kilang scarp dan kitar semula..ha..duit ini boleh digunakan utk membangunkan koperasi seperti yg disyorkan oleh TKM 1 dan boleh juga diguna kembali utk membantu org2 kpg yg tidak berkemampuan; cth bayaran pendahulan ke sekolah atau tuisyen.
    Saya juga ada patutnya JKKK wujudkan satu papan iklan/bilboard ringkas di setiap lokasi2 strategik kpg cth di simpang jalan atau di sebelah bangunan JKKK atau mana kawasan yg difikirkan sesuai..ini boleh membantu usahawan2 kpg untuk mengiklankan produk atau barangan mereka di papan iklan ini dengan harga yg berpatutan dan tidak membebankan..ini juga salah satu cara membantu usahawan2 kpg dan menambah pendapatan JKKK..
    Harap TKM 1 boleh pertimbangkan..
    Macih!!

    ReplyDelete
  4. kita nak TKM1 bagi perhatian pada JKKK.Ada ahli-ahli JKKK yang dilantik tak tau tanggungjawab sebenar mereka dalam masyarakat, malah kehadiran mereka juga tak dirasai,,.
    Malah ada kawasan-kawasan didalam kampung yang langsung tidak mendapat sentuhan JKKK,,
    ada antaranya syok sendiri,,rasa macam dah cukup kuat..

    ReplyDelete
  5. Semoga program yang akan dilaksanakan mendapat manafaat untuk semua...Semoga tiada yang mengangguk di air yang keruh...
    Utamakan kepentingan Parti dari kepentingan diri.

    ReplyDelete
  6. chegu bard...

    bukan gaya nak jadi PA TKM1...tapi angin-angin sepoi bahasa dengaq kata nak jadi PA TKM2 pulakk....hehehehe...betoi ka dak tak tahu le...

    ReplyDelete
  7. terimakasih pada semua... citer nak jadi pa tkm 1 atau 2 dan ada yang geng kepala batas tanya betul ka saya akan dilantik semula menjadi ahli majlis mpsp jadi ketua whip. saya nak jelaskan itu semua khabar angin saja. memang ada pimpinan pkr dan dap yang mencadangkan saya dilantik semula jadi ahli majlis mpsp tetapi saya tolak dengan baik. saya tidak mahu dianggap gila jawatan dan bukan kerana hilang jawatan maka saya dedahkan kes kuari padahal kes kuari sudah didedah sejak julai 2008. antara maruah dan jawatan. maruah itu lebih berharga. janganlah kita sanggup ludah dan jilat semula hanya kerana jawatan.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.