Apabila mereka meletakkan kekalahan mereka kepada kesalahan PAS, tidak mahu mengaku kelemahan, membuktikan betapa egonya mereka dan mereka tidak dapat menerima kekalahan demi kekalahan dalam semua prk di Semenanjung.
Dalam soal kredibiliti calon hinggalah tuntutan untuk calon b-end bela diri tidak diurus dengan baik. Malah ada pula yang cuba menegakkan benang yang basah.
Dari situ rakyat sudah nampak kekalutan pengurusan jentera pilihanraya b-end dalam menangani krisis secara mengejut hasil daripada pemilihan calon yang bermasalah.
Saya amat yakin ini adalah sabotaj oleh pemimpin umno p.pinang sendiri yang mahu Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai pengerusi perhubungan umno p.pinang.
Bila b-end sudah tewas mereka salahkan pula rakyat kerana tidak mahu pembangunan kononnya. Kenapa diungkit lagi soal pembangunan itu
Bila b-end sudah tewas mereka salahkan pula rakyat kerana tidak mahu pembangunan kononnya. Kenapa diungkit lagi soal pembangunan itu
Tidakkah pihak b-end sedar yang rakyat inginkan pembangunan integriti pemimpin yang ingin memimpin mereka bukannya pembangunan semata-mata.
Media arus perdana juga tidak berubah. Berita arus perdana ternyata berat sebelah. Mereka tidak mahu belajar dari kesilapan.
Biarkan..biarkan..biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
hentam ajerlah labuuu.....
ReplyDeletealif wau mim nun... = sarkisss...keh keh keh...
ReplyDeleteSalam Sdr.
ReplyDeleteSebenarnya mereka tidak sedar yang rakyat mahukan pembangunan jiwa pemimpin mereka.
Mereka mahukan kejujuran dan keberanian berkata benar!
rakyat hari ini mahukan pemimpin yg boleh memimpin dan dipimpin..
ReplyDeletekalau zaman Khalifah Umar Bin Al Khattab ada rakyat yg menghunuskan pedang kepadanya sekiranya ia menyimpang dari landasan Allah...tetapi Khalifah Umar tidak sedikit pun marah malah beliau berterimaksih...
Tetapi zaman sekarang kita tidak gunakan mata pedang..kita gunakan mata pena...itu pun ada sesetengah pemimpin kita tidak dapat menerimanya seolah-olah ianya tidak boleh ditegur...
Adakah mata pena lebih tajam dari mata pedang?