Sunday, August 09, 2009

Internet pun nak tapis?

Satu-satunya Anak Yatim di Malaysia berhasrat menapis internet pula. Kalau tapis laman lucah kita setuju sangat-sangat. Banyak blog dan laman web politik yg pro kerajaan siarkan gambar lucah.

Internet tidak perlu ditapis dalam apa cara sekalipun, dan salah untuk melakukannya walaupun ada perkara yang perlu dikawal, kata Che Det.

"Sebagai contoh, terlalu banyak keganasan datang melalui internet. Itu, saya rasa, kita ada hak untuk tidak membenarkannya," katanya selepas berucap pada sidang kemuncak pemimpin pelajar Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata semasa pentadbirannya, apabila kerajaan memulakan Koridor Raya Multimedia (MSC), beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menapis internet.

"Jadi mungkin ia jaminan yang saya beri ketika zaman saya. Saya tidak tahu sama ada ia akan dipegang oleh kerajaan sekarang," beliau dipetik berkata.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kelmarin berkata kerajaan akan mengkaji untuk meletakkan tapisan pada internet bagi menghentikan akses kepada laman web yang tidak dikehendaki.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun berkata kerajaan tidak berhasrat untuk mengawasi dan menapis kandungan internet kerana langkah itu bukan hanya tidak berkesan tetapi juga akan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

2 comments:

  1. nuu..hang pi tapih dulu blog-blog BPN..(blogger pembela negara konon..) yang dok maki hamun, mencarut ntah apa apa tuu...web2 lucah ka baru la tapis blog2 politik...ini macam ka kebebasan bersuara??? puja puji takpa..komen kritik dan bongkar nak sekat???

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. tengok jgn x tengok.. sila
    klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..


    blog anda bagus...!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
    selamat menjalankan ibadah puasa.. semoga sentiasa diberi keberkatan.. insyaAllah. wassalam.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.