Wednesday, August 05, 2009

Jeff Ooi hina Islam - Umat Islam Marah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak supaya menuntut peletakan jawatan ketua kakitangannya, Jeff Ooi yang menuduh Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebuah sebuah kumpulan pelampau.

Desakan tersebut dibuat oleh gabungan yang mewakili 27 pertubuhan Islam. Mereka cuba menyerahkan memorandum tersebut ke pejabat ketua menteri.


Bagaimanapun, Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik meminta mereka menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau.

Berlaku sedikit ketegangan apabila mereka berkeras untuk menemui Lim, sedangkan Ng mahukan mereka menyerahkan memorandum kepadanya.

Apabila mereka enggan berbuat demikian, Ng memanggil pengawal keselamatan untuk membawa mereka keluar dari pejabat ketua menteri.

Berikutan itu, mereka kemudiannya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri Ketua Menteri, Mansor Othman.




Selain menuntut peletakan jawatan Jeff, mereka juga menuntut beliau yang juga ahli parlimen Jelutong, memohon maaf.

Manakala di luar kompleks kerajaan negeri itu, kira-kira 300 anggota gabungan berkenaan berhimpun untuk memberi sokongan kepada wakil mereka.

Delegasi tersebut kesal dengan kenyataan Jeff itu, yang dianggap mereka sebagai mendedahkan "kejahilannya mengenai masyarakat Islam".

Reaksi presiden JIM

Sementara itu, Presiden JIM, Zaid Kamaruddin menafikan tuduhan Jeff yang menggelarkan JIM sebuah pertubuhan pelampau.

"Jeff Ooi bermaksud demikian ekoran desakannya supaya seorang ahli jawatankuasa Pusat Khidmad Krisis Sehenti (OSC) di bawah Dewan Bandaraya Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa berkenaan.

"Mohd Razali, menurut Jeff Ooi merupakan 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Zaid (kiri) menegaskan, mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan merupakan aspirasi setiap umat Islam - bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

"Bahkan beliau percaya rahmat kebaikan Islam di Malaysia nanti akan turut dinikmati oleh seluruh rakyat. JIM yakin pegangan Islam Mohd Razali dan pengalaman profesionalnya akan menjadikan beliau lebih berkemampuan dalam menjalankan tanggungjawabnya," tambahnya.

Zaid turut menyuarakan rasa hairan bagaimana pelantikan seorang Muslim yang baik, boleh mengundang bahaya.

"Agama Islam telah berdiri teguh sejak sekian lama. Jadi, sebarang kekeliruan dan sikap prejudis orang ramai terhadap Islam yang timbul akhir-akhir ini tidak akan mengubah kesucian dan kerelevanan agama ini dalam masyarakat.

"Sebagai sebuah NGO yang bertanggungjawab, JIM berpegang kepada prinsip keamanan, kedaulatan undang-undang dan keadilan untuk semua.

"JIM juga akan terus berkempen agar hak dan maruah rakyat dipertahankan, kerajaan lebih telus dalam pentadbirannya dan pemerkasaan individu dan komuniti dapat direalisasikan melalui penglibatan rakyat dalam proses demokrasi," tambah Zaid.


Saya difahamkan selepas solat Jumaat minggu ini, satu demontrasi akan diadakan bermula dari Masjid Kapitan Keling hingga ke Komtar untuk mendesak Jeff Ooi meminta maaf dan meletak jawatan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. DAP lagi...hahha .memang sial Jeff Ooi..bangang lagi bodoh !!

    Bodoh la kerajaan LGE ada kakitangan yg bangang..ni

    Bila dh berkuasa , sombong dan angkuh !!

    ReplyDelete
  2. MASA UMNO-BN PERINTAH P PINANG LEBIH DARI 50 TAHUN DULU MANA PI MANGKUK DEPA NI SEMUA ? BUTA KA ATAU MATA TAK ADA SAMPAI UMNO-BN PELINGKOP PENANG SAPA PUN TAK BERSUARA ? DAH ADA SUARA LEBIH TAPI MCM PONDAN LORONG GAHARU BAGI GERAKAN PUNYA KETUA MENTERI YG PELINGKOP PENANG DENGAN SERANGAN TERSEMBUNYI HABIS KAMPONG-KAMPONG MELAYU PUNAH ! DARI TG TOKONG,JELUTONG,BATU UBAN,SG ARA,TG BUNGA,BT FERINGGI ,TELOK BAHANG,SG NIBUNG DAN KINI SAMPAI KE BALIK PULAU WALAU DULU ADA SEKOR HILMI YAHYA UMNO PUNYA BARUA ! BUTA KA MATA DEPA NI TENGOK KINI APA DAH JADI KAMPONG-KAMPONG TU DOK TINGGAL NAMA ! SAMPAI SEKEPING TANAH WAKAF DIJALAN DATUK KERAMAT ALLAHYARHAM TUAN HJ KASSIM PUN UMNO PAKAT DENGAN MAJLIS AGAMA YAHUDI OOOPS ISLAM P PINANG NAK SELEWENG NASIB BAIK ADA ALLAHYARHAM PAK SALIM HASHIM DGN SEDIKIT PEJUANG MENENTANG PENYELEWENGAN TU JIKA TIDAK LINGKOP JUGA TANAH WAKAF YG BERNILAI JUTAAN RM TU DITENGAH GEORGE TOWN ! TAPI SEKOR BARUA MELAYU DARI UMNO PUN TAK BANGKIT TENTANG RANCANGAN TU SEMUA ! SEKIAN LAMA PENYELEWENGAN TANAH-TANAH & KAMPONG-KAMPONG MELAYU DIPENANG OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO TADAK SAPA BANGKANG TAPI BILA SIJEFF OOI NI MCM KILAT BANGKIT DARI LENA MEMBANTAH (ADA MASYUK KOT?)! MANA DEPA PI MASA DULU UMNO-BN PERINTAH PENANG ? MELAYU UMNO SELEWENG BUAT BUTA TAK NAMPAK TAPI BILA SEKOR CINA PUNYA LA NAK JADI 'CHAMPION' NAK TUNJUK HERO ATAU MAU NAMA ? BARU PADAN DENGAN MELAYU PENANG BILA ADA CINA MCM NI TERANG-TERANG 'SCREW' DEPA BAGI SEDAR DARI LENA YG MEMANJANG ! DAH LAMBAT NAK BANGKANG BILA UMNO-BN DAPAT ASAP DI PENANG ,MASA DEPA PEGANG TADAK SATU APA KEMAJUAN LANGSUNG UNTUK MELAYU/ISLAM DIPENANG TAPI NAK PELINGKOP BANYAK ADA ! KINI BIAR ADA SEORANG CINA YG BERANI BERDEPAN DALAM APA SAJA WALAU NAK PELINGKOP ATAU MEMBINA DARI ADA MELAYU PENGKHIANAT DARI UMNO-BN YG MENYALAHGUNA KUASA,PWNYELEWENG & KORUP SECARA DIAM-DIAM ,CINA INI TERANG-TERANG KITA BOLEH NAMPAK WALAU BUTA AKAL ATAU PERUT DAN SENANG BERTINDAK DARI MENGHADAPI MELAYU UMNO-BN YG PENGKHIANAT MCM MUSUH DALAM SELIMUT ATAU GUNTING DALAM LIPATAN YG SUSAH KITA NAMPAK TAPI BILA DAH NAMPAK SEMUA DAH KANTOI,LINGKOP ,KAPUT & POCIK ! PODAAAH PADA YG NAK TUNJUK 'TERER' KONON TAPI LEBIH 50 TAHUN BUKAN BATANG HIDUNG SAJA TAPI BATANG APA PUN TAK NAMPAK ! PANDAI BETOI BERLAKON !

    ReplyDelete
  3. camnie lah...kaum kafir mmg xder target lain melainkan cube menjatuhkan Islam dan Melayu...jadi jgnlah perasan or percaye yg kononnye mereka akan menjaga martabat Melayu dan Islam...biar kite yg jage martabat kaum n agama kite sendiri...n bagi mereka yg dah kantoi menghina Islam...patut diBUNUH je!!!!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.