Tuesday, August 04, 2009

Peserta GMI di upah - Rais Yatim

PUTRAJAYA 3 Ogos - Sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sumber yang diperoleh pihaknya turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.

''Motif perhimpunan juga mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes mahkamah tertentu dan ini diperoleh daripada maklum balas yang diperoleh ," katanya ketika dihubungi hari ini.


Kah..kah..kah... Gelak besar bila baca kenyataan Rais Yatim. Inilah masalahnya manusia selalu menilai melalui neraca dirinya.

Kalau dia penyamun..dia akan ingat orang lain pun penyamun macam dia..

Kalau dia pembohong..dia akan ingat orang lain pun pembohong macam dia..

Kalau dia rasuah..dia akan ingat orang lain pun rasuah macam dia..

Kalau dia gila kuasa..dia akan ingat orang lain pun gila kuasa macam dia..

Kalau dia selalu upah rakyat untuk hadir program..dia akan ingat orang lain pun selalu upah rakyat untuk hadir program dia...

Inilah punca masalah...menilai orang lain dari neraca dirinya tanpa sebarang bukti..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. Tak perlulah kita hiraukan cakap orang yang pernah bakar jambatan dengan UMNO dan selepas itu rujuk semula. Ini namanya hipokrit tahap paling tinggi. Setiap kali dia buka mulut bercakap, terserlah kebodohannya. Datuk, janganlah pulun semua kebodohan UMNO. Bagilah peluang ahli UMNO lain bodoh sama.

    ReplyDelete
  2. Oii Din dulu yang perjatuhkan YB Khairudin tapi la ni hang bodek lebih-lebih. Awat hang kalut sangat.

    Sila beri penerangan sejelasnya. kami dan penguni PR amat benci tengok hang dengan kes yang hang bawa.

    dari. Warga Penanti kedai kopi tepi masjid

    ReplyDelete
  3. upah mengupah ni budaya umno "be end"setakat 2009 apabila ada aktiviti @ ceramah pakatan rakyat kita pergi suka rela bahkan keluar duit sendiri lagi,Pilihan raya kecil kita pergi walaupun tanpa apa-apa bayaran.cuba banding kan jentera pilihan raya umno"be end" kalau x dapat elaun tak pergi,tampal poster pilihan raya poster umno"be end" tak akan ada orang pasang kalau tak ada duit.pakatan rakyat tak ada duit pun poster ramai orang suka rela nak tolong pasang siap sponsor buluh lagi untuk pasang bendera.Rais yatim hang nie sekolah je tinggi cakap melalut macam orang nyanyuk,nak cakap tu gunakan otak di kepala,jangan cakap ikut kepala lutut,malaysia merdeka dah 52th tapi orang yg memerintah negara berfikiran macam zaman baru merdeka.kalau negara luar kata malaysia kolot marah!tapi pemimpin masih lagi nak mempertahankan undang2 lama yg kolot dan merapu(ISA).Pengikut umno"be end"semua pak turut dulu zaman pak lah "islam hadari" semua kata "ya islam hadari"bagus.sekarang zaman najib "satu malaysia"semua pengikut umno "be end"kata "ya satu malaysia bagus"kalau pemimpin umno akan datang kata"tahi itu wangi"adakah pengikut umno akan kata "wangi juga"..........

    ReplyDelete
  4. Kepada warga penanti kedai kopi tepi masjid.

    Sudah 3 bulan lebih saya tunggu saman fairus. Mengapa sampai sekarang beliau tidak berani saman saya?

    Tahukah anda bulan sudah fairus nak pukul pak berahim (ketua staff)di pejabat HQ PKR di tropicana?

    Tahukah anda selepas kejadian di atas fairus terus hantar 4 sms maki anwar ibrahim dan menggelarkan anwar kepala setan?

    Tahukah anda fairus minta pada umno untuk jawatan timbalan menteri bila dia nak keluar PKR?

    Tahukah anda mengapa fairus dihantar ke australia bukan pergi umrah semasa prk penanti?

    Tahukah anda sekiranya fairus benar2 bersih sudah tentu anwar angkatnya semula?

    Tahukah anda mengapa SPR mesyuarat rabu tunda jumaat akhirnya isnin batu umum tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi Penanti? Bukankah ini luar biasa?

    Tahukah anda SPRM p.pinang cukup kecewa dengan konspirasi SPRM pusat yang mendakwa kononnya fairus bersih dgn harapan fairus akan tarik balik perletakan jawatan? Memang ada percubaan fairus untuk melompat tapi dihidu oleh Anwar Ibrahim, jadi Anwar sempat menghalang Fairus.

    Tahukah anda mengapa puan Latifah Pengarah SPRM P.Pinang amat kecewa dan enggan ulas kes Fairus.

    Saya bersedia bertemu dengan anda untuk menunjukkan segala bukti yang saya ada.

    Berani kerana benar.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.