Monday, September 07, 2009

DIMANAKAH KEADILAN UNTUK PENIAGA PASAR RAMADHAN DI CHOWRASTA

Saya tidak mahu dan suka bercakap soal perkauman tetapi saya bercakap soal KEADILAN.

Mengapa peniaga pasar Ramadhan di Chowrasta mahu diusir oleh MPPP? Sedangkan mereka hanya muncul hanya sebulan dalam setahun.

Mujur Dr Mansor Othman TKM 1 P.Pinang telah menyelamatkan keadaan kelmarin. Kalau tidak mungkin demo membawa kepala lembu tajaan umno akan berulang pula di P.Pinang.

Masalah ini timbul kerana aduan dan bantahan seorang Ahli Majlis DAP yang memiliki 6 lot kedai di Pasar Chowrasta. Mereka ini berniaga sepanjang tahun di Pasar Chowrasta.

Saya hairan juga apa Ahli Majlis MPPP PKR buat? Sudah jadi Ayam Piru kah? Sudah jadi Burong Tekukur kah? Ingatlah...Jawatan bukan satu kemegahan tetapi satu tanggungjawab yang berat.

Mengapa rungutan dan aduan yang saya terima mutakhir ini berkisar tentang isu MPPP mahu robohkan gerai dan isu ini disokong pula oleh sebahagian Ahli Majlis MPPP termasuk PKR?

Sepatutnya Ahli Majlis MPPP beri tumpuan kepada masalah kilang haram dan rangkaian Restoran Nasi Kandar yang banyak tidak mengikut peraturan.

Mengapa hanya tertumpu kepada peniaga kecil sahaja terutamanya peniaga Melayu. Saya tidak mahu sentuh soal perkauman tetapi anda sendiri tahu peniaga Cina dan India dan Mamak boleh berniaga di tepi jalan sepanjang tahun. Bukan soal perkauman tetapi DI MANAKAH KEADILANNYA?

Saya bercadang untuk menghantar MEMORANDUM KEPADA KETUA MENTERI DAN TIMBALAN KETUA MENTERI P.PINANG TENTANG ISU PENIAGA PASAR RAMADHAN DI PASAR CHOWRASTA.

Lihatlah gambar-gambar di bawah...Berilah peluang kepada semua untuk berniaga...Berniaga itu halal hukumnya...Rasuah itu haram hukumnya...











* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. salam,taniah atas keberanian anda menunjuk gambar2 ini .saya harap ahli majlis tak lena dah,jangan ada yg nanti kasut terbang kat muka baru sedar.ini adalah peringatan buat semua yb pakatan yg dah lupa tentang perjuangan rakyat.

    ReplyDelete
  2. bagus...dia keep it up bro !!..

    hg memang pejuang Melayu PP..la ni kita kena tunjuk PKR menjaga kepentingan Melayu PP.


    keadilan utk semua...

    ReplyDelete
  3. Tahniah bro...ini baru justice for all...biar umno tak dak modai nak boh pr...
    bro...lagu latar belakang blog ni ambik dari mana? kitaro ke? best lah...

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah beri kekuatan dan kemenangan...

    Saya sedang himpun maklumat lengkap untuk memorandum tu...bukan tentang pasar ramadhan chowrasta sahaja..tetapi keseluruhan peniaga di p.pinang

    kalau ada idea dan gambar nak bagi tolong e-mail kpd saya

    dijaabadi@gmail.com atau dinbinjai_kepalabatas@yahoo.com

    Amboi mahmud...bila saya buang sekejap baru tanya..he..he...

    saya buang sekejap lagu latar tu sebab baru ni artikal pasal video banyak..takut ganggu pula...

    saya akan masukkan semula lagu latar tetapi lebih perlahan bunyinya...

    ok ka..

    lagu tu lagu tema cetusan hati sinar FM...saya pun tak tau lagu siapa...tapi yg pasti bukan kitaro...

    tapi memang lentok...menyusuk kalbu..

    ReplyDelete
  5. bro din....

    bongkaq ja isu2 ni....sometimes teruk pulak melayu kena tekan, tp kita faham perkauman bukan isu yg ditimbulkan....

    1 cadangan....memula adu kat LGE n anwar, depa tak layan hang dedahkan benda ni kat media2 umno, tp sblm tu jgn lupa bgtau paper2 PR dulu....maksudnya kalau kita yg memerintah tak layan, kita bg pembangkang bn juarai isu ni...baru depa layan macam isu kuari dulu.

    bukan apa, kadangkala bila depa kat atas yg kat bawah depa dah mula lupa sbb pemimpin tanpa agama umpama berjalan di malam gelap gelita sambil tutup mata.

    satu lagi, besaq sangat ka jawatan ahli majlis, senang2 ja depa nak ambik tindakan...n adun2 pr kat penang yg buat kerja x dpt liputan ka sampai yb malik pulak nak disalahkan? tengok isu kedah dulu, sekandang babi pun boleh jd nasional isu. tp kat penang hak sekumpulan rakyat lak dinafikan. apa cerita..?

    1 lg, bila ada isu ni, aku rasa bukan takat hang boh dlm blog hang saja, takut tak ramai baca, link kan sekali blog hang kat blog2 yg lain mcm perakexpress ka, albanjari ka, kedahlanie ka....adukataruna ka..etc, sbb agak terhad la sharpshooterblogger ni kat blog yg lain, berpusing kat blogger penang ja.....

    to pemimpin pr: jgn bercakap la soal keadilan, kalau isu kaum masih dipandang sinis.

    ReplyDelete
  6. Salam bro,
    Ikut2 banyak lagi kita kena buat amal makruf nahi munkar ni...FYI, kat bukit jambul shopping complex tingkat 4 ada permainan judi haram lagi..game yang bubuh token...lawan teka arnab ka apa tah....hari tu masa pr baru ambik alih dah tak dak...la ni ada balik pulak dah...bila dah kalah judi nanti takut kasut kita hilang, besi buruk hilang termasuk motor kita hilang.
    satu lagi kat tingkat 4 jugak ada dok jual dvd blue lagi...kalau takat movie biasa yg pirate boleh terima lagi...kalau dok biag nanti takut anak2 atau adik2 kita jadi mangsa rogol pulak...
    lagu tu ada link dia ke...nak download lah....tq.

    ReplyDelete
  7. ada..buka you tube...taip sharpshooter...ada dalam senarai my video..dijaabadi

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.