Sunday, September 13, 2009

Dr Mansor pantas bertindak segerakan bantuan mangsa kebakaran

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Mengira hari sahaja lagi menuju Syawal, kira-kira 25 orang penduduk di Butterworth tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka dimamah api kebakaran 10 September lalu.

Prihatin dengan keadaan keluarga terbabit yang terpaksa menyambut Aidilfitri dalam serba kekurangan, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Mansor Othman turun padang menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran.

Bersama Mansor adalah wakil dari dua agensi iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Pejabat Daerah. Antara bantuan segera yang diberikan ialah bantuan makanan dan juga wang tunai lebih kurang RM3500 untuk setiap keluarga.

Manga juga menerima wang tunai sebanyak RM500 untuk perbelanjaan keperluan harian mereka yang punah dijilat api kebakaran.

Selain itu Pejabat Dearah juga menyediakan dalam lebih kurang RM5000 setiap keluarga, dan setakat ini sebanyak RM1000 telah diserahkan kepada mangsa-mangsa.

Mansor berkata buat sementara ini mangsa-mangsa tersebut akan menetap di dewan serbaguna untuk sementara dan akan dipindahkan ke rumah panjang di Ampang Jajah dalam masa tiga hari sementara menunggu rumah mereka diperbaiki.

Selain itu, Mansor berkata akan membincang dengan tuan tanah bagi memperbaiki rumah-rumah yang musnah akibat dijilat api itu.

Mangsa-mangsa kebakaran kelihatan lega dapat bantuan daripada pihak-pihak kebajikan kerana ia meringankan kepayahan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. Berat mata memandang, berat lagi bauh memikulnya...??? bauh tu ape bang...???

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan
    Selamat berpuasa dan salam sejahtera Tuan,minta jika boleh Tuan fokus untuk 'highlight'kan pasal kampong Melayu yang tinggal bernyawa ikan kini iaitu Tanjung Tokong ! Seperti ulasan blog Kudaranggi dan saya difahami pada mula PKR menang ada sekali KM LGE pi jenguk tapi lepas tu macam lepas tangan setiap permintaan penduduk kampung tu ,harap Tuan boleh minta Dr Mansur beri perhatian pada kampung ni pasal dia pun ada penduduk kontak tapi tak ada respon ! Orang Cina pandai 'heritage'kan tempat depa tapi Melayu slowly makin hilang semua kampung-kampung tidak seperti Kg Buah Pala pun minta untuk di'warisan'kan mengapa kampung-kampung Melayu tidak ? Selama lebih 50 tahun UMngok-BN perintah tak ada langsung tindakkan untuk memelihara semua kampung Melayu yang ada hanya nak musnahkan pasal UMngok memang pengkhianat hanya fikir untuk 'fulus' & tembolok saja ,harap sangat-sangat Tuan boleh bangkitkan kes ini demi penduduk & kaum Melayu yang tingal sakibaki di Penang ,takbir bukan take beer (macam umngok punya )wassalam !

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan dan Aidilfitri buat Amuraria...

    InsyaAllah hajat tuan hamba akan saya tunaikan...banyakkan berdoa, mudah2an Allah permudahkan segala urusan...

    Esok saya dipanggil oleh Dr mansor Othman.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.