Thursday, September 24, 2009

Gila Pangkat

Kegelisahan yang disuarakan oleh Datuk Seri Dr Rais Yatim mengenai gejala pembelian gelaran seharusnya diberi perhatian serius. Ia perlu ditangani segera.

Seperti kata Rais, kegiatan pembelian gelaran sosial itu jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi “ilmuwan palsu”.

Berdasarkan situasi semasa di mana ramai yang tiba-tiba bergelar “doctor falsafah”, dakwaan Rais itu sudah pasti berasas. Paling penting, beliau pastinya tidak akan mengeluarkan sesuatu dakwaan tanpa bukti.

Maka, gejala "PhD ekspres" seperti yang digelar Rais itu perlu disekat. Jangan biar ia menjadi “budaya”.

Bayangkan jika negara ini dilimpahi dengan mereka yang bergelar “Dr” tetapi sebenarnya hanya mempunyai ijazah doktor falsafah palsu. Gelaran itu diperoleh tanpa perlu bersusah-payah belajar. Bagi golongan ini, etika dan kredibiliti bukan lagi menjadi keutamaan.

Namun sekiranya gejala ini "terdedah dan terbongkar", bayangkan apa yang bakal berlaku pada kredibiliti golongan ilmuwan secara keseluruhan.

Malang bagi mereka yang benar-benar memperoleh PhD menerusi laluan yang betul. Sudah pasti sedikit-sebanyak kredibiliti mereka akan dipersoalkan. Tentu mereka juga akan menerima “bahangnya”. Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kita memang tabik pada pemimpin atau individu yang sanggup bersengkang mata belajar dan membuat tesis untuk memperoleh ijazah yang membawa gelaran itu. Bukan mudah untuk memperoleh PhD. Ada yang terpaksa menghabiskan masa bertahun tahun untuk mendapatkannya.

Kesan gejala pembelian PhD rasanya lebih teruk berbanding pembelian gelaran sosial yang membawa status Datuk.

Memang pembelian “Datuk” juga merupakan tindakan yang tidak beretika tetapi sekurang-kurangnya ia tidak melibatkan soal ilmuwan. Ia tidak menjejaskan bidang pendidikan negara.

Tetapi daripada segi moral, kedua-dua gejala pembelian status “Datuk dan Dr” ini memang tidak boleh diterima langsung.

Ia perlu dikekang segera. Seperti kata Rais, kenal pasti apa yang boleh dilakukan untuk menangani perkara ini.

Jabatan Peguam Negara mesti bertindak segera. Isytiharkan sahaja perbuatan mereka ini sebagai satu jenayah. Selepas itu, gunakan apa sahaja peruntukan yang ada untuk mengekangnya. Jangan biar ia menjadi barah yang boleh memalukan negara.

Kita tidak mahu negara dilimpahi oleh “doktor-doktor falsafah” palsu.

Begitu juga mereka yang bergelar “Datuk”. Biarlah hanya yang benar-benar terbukti berjasa kepada negara dan bangsa sahaja yang menerima gelaran berprestij itu.

Jangan biarkan gelaran Datuk menjadi seperti tiada nilai. Jangan sampai nanti semua yang kaya akan bergelar “Dr atau Datuk”.

Kalau di P.Pinang, Dato' Zahrain telah dianugarahkan pula gelaran Dato' Seri oleh TYT P.Pinang. Tindakan beliau sebenarnya menunjukkan sikap sebenar beliau yang mengejar pangkat dan masih berbudaya umno.

Sedangkan DAP pula, tidak seorang pun pimpinannya di P.Pinang yang menerima anugerah gelaran "Dato' " ini.

Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat harus mengutamakan rakyat dulu bukannya diri sendiri. Baru setahun perintah P.Pinang dah terhegeh-hegeh minta gelaran Dato' Seri pula. Tidakkah tindakan ini memalukan PKR?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

9 comments:

  1. aiii..lepaih dah beraya dengan dato' seri teruih 'tembak' nampakkk... mungkin dia boleh bagi alasan yg title 'Dato' Seri' tu orang yang dok lobi..bukan dia yg mintakk...kekekekeke...manusia, penuh dgn alasan...dan pasaipa kawan rapat Din dalam MPSP dulu yg pernah kena pecat lepaih tu dapat balik jawatan tu tak dapat pulak pangkat 'Dato' ataupun 'datok seri'...???

    pasai title 'dr.' pulak macamana dengan yb tkm1...??? kenapa tiba-tiba lani dah tak digunakan 'title' tu dan cuma guna Y.B Mansor Othman saja..??? sebelum ni sikit punya dok pakai gelaran nama 'Dr.Mansor'...lepaih dah jadi TKM1, terus tukaq? sudah tukaq ka? mana itu 'Dr.'???

    * p/s - pemimpin yg dikelilingi oleh org2 yg bermasalah akan 2-3 kali ganda bermasalah dari pemimpin yg sedia ada masalah...hmmmm...mungkin selepas berita dalam artikel serta komen ni sampai ke pengetahuan tuan yg empunya diri, kompom melompat punyaa... kasi pecah aarrrrrrrr...

    ReplyDelete
  2. Hi din, pedas ni tp apa pun, kalu x betul kita mesti suarakan.

    i dengar u nk jadi pa seseorang (arial i tinggi, blh dpt siaran dr india sekali pon)? betul ke? i x salah u atau dengki ngan u, macam orang dengki kat rahman balik pulau. i nak ucap tahniah kalu betul beb kena ada suara yg bangkang juga kalu mau reformasi.

    ReplyDelete
  3. sorang lagi yg duduk sebelah dato' zahrain tu bila pulak nak dapat 'dato'? dia tu baguih oooo...dia ada syarikat kuari...tapi kuari yg haram laa..halai punyaa...pasai dia pun semayang punya orang ooo...

    selamat hari raya kepada sdr.din yang terus lawan tetap lawan...

    ReplyDelete
  4. opss...itu orang tadi aaa..dia ada syarikat kuari kat seberang perai, BUKAN kuari haram, tapi yang HALAL punya aaaa...

    kesilapan teknikel tidak sengaja...

    ReplyDelete
  5. kepada hijat...

    harap banyak bersabar...masa akan tentukan segalanya...

    ReplyDelete
  6. kepada ckcounterpunch...

    kalau dalam mahkamah "dengar cakap"
    tak boleh pakai...

    he..he..bila you mau mai saya punya rumah..

    you ada Dhubai lagi ka?

    ReplyDelete
  7. kepada antiAmeno

    anda kenal orang kanan dato' seri zahrain ya?...

    dah kenal tak payah cakap banyak2...

    wait and see..

    ReplyDelete
  8. din,hang berani tembak dato seri no .memang kebanyakan pemimpin pkr gila kuasa.tak macam dap dan pas mereka tak nak.kalau tanya ahli parimen b baru tentu nak tun tahun depan,kalau ada masalah kat bayan baru dia kata ahli parlimen tak ada power kena jumpa adun.kalau pakatan memerintah baru dia ada power,gaji ambil tak tolak pangkat ambil,masaalah rakyat buat de saja .jaga2 din nanti lembu terlepas tanduk hang.yang sebelah tu ada peluanglah tahun depan kot.harap 2 yb lain jangan jadi macam ni.................................

    ReplyDelete
  9. Salam Adilfitri!

    "kopi "O" satu,pekat punyaa tampa gula"!
    Din punya kopi,setengah orang kata "pahit" sangat!
    ...namun bagi sesetengah...ianya menyegarkan...bagi hilang mengantuk!..depa kata ada uuuuummm.
    suka kopi berkrim...aaaaaaaarrr

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.