Sunday, September 06, 2009

Mengapa MPPP cuba menghalau Peniaga Melayu di Chowrasta?

Suasana di persiaran kaki lima berdekatan Bazar Chowrasta, Jalan Penang di sini hari ini kecoh gara-gara tindakan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) cuba menghalau para peniaga beroperasi di situ.

Difahamkan, para peniaga di situ sudah berniaga di sepanjang tepi jalan itu setiap kali Ramadan sejak 24 tahun lalu tetapi mula 'diganggu' semenjak kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan tahun lalu.

Para peniaga di situ yang pada asalnya mempunyai kira-kira 70 lot gerai kini dikatakan hanya tinggal 30 gerai dalam tempoh tidak sampai dua tahun.

Rata-rata mereka kecewa dengan tindakan kerajaan negeri tidak memberi lesen perniagaan kepada mereka seperti mana yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 22 tahun sebelum itu.

Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Bazar, Mohd. Akram Masir Ahmad, beliau bersama para peniaga yang lain kesal terhadap tindakan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak membenarkan mereka berniaga di situ lagi.

"Kami berniaga di sini sejak 1985. Perniagaan kami di sini tiada masalah sehinggalah kerajaan negeri pakatan pembangkang ambil alih pada tahun 2008.

"Tahun ini mereka tidak memberi kami lesen untuk berniaga. Kalau tak berniaga, macam mana kami nak cari makan. Kami cuma berniaga kecil-kecilan seperti baju Melayu dan baju kurung.

"Kami ada juga meminta Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman dan salah seorang pemimpin negeri, Abdul Malik Kassim melihat mengenai perkara ini tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan," katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita di lokasi kejadian yang turut ditemani Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, di sini hari ini.

Pada masa sama, Rizal berkata, pihaknya kecewa terhadap apa yang berlaku terhadap para peniaga Melayu di situ.

Beliau hairan mengapa hanya masyarakat Melayu yang menjadi 'mangsa' sedangkan masyarakat lain 'terselamat.'

"Peniaga Melayu ini bukannya selalu berniaga di kawasan ini, hanya ketika Ramadan sahaja, bukannya menganggu pun. Lagipun, masyarakat negeri ini sudah serasi dengan bazar Ramadan ini, kalau tutup orang Melayu nak beli di mana lagi.

"Apabila bazar ini ditutup, hampir 30 keluarga menerima kesan kerana perniagaan mereka telah tergendala," jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada peniaga terbabit dan berharap isu itu berakhir dengan penyelesaian yang baik.

Saya tidak mahu salahkan MPPP sahaja dalam tindakan ini. Persoalannya apa Ahli Majlis MPPP Pakatan Rakyat buat? Adakah mereka cuba mahu tunjuk kuasa mereka?

Kes nak roboh gerai dan kedai ini terutamanya milik orang Melayu ini bukan sekali saya terima laporan. Tetapi terlalu kerap terutamanya di kawasan Sg Tiram dan Teluk Kumbar.

Pengalaman setahun saya menjadi Ahli Majlis MPSP, saya juga terima aduan dari peniaga kecil terutamanya peniaga Melayu di Seberang Perai. Saya bawa masalah mereka ini berjumpa dengan Pengarah Pelesenan MPSP. Setelah berbincang, Alhamdulillah...selesai masalah.

Tetapi mengapa Ahli Majlis MPPP pula suka bertindak untuk merobohkan gerai-gerai orang Melayu?

Dan bila YB Malik Kassim cuba campur tangan untuk menghalang tindakan MPPP untuk merobohkan gerai, mereka pula mendakwa YB Malik Kassim salah gunakan kuasa kerana menghalang kerja-kerja MPPP. Apa nak jadi dengan Pakatan Rakyat P.Pinang?

Mengapa Ahli Majlis MPPP tidak mahu memahami dan menjiwai masalah peniaga kecil Melayu ini. Adakah kerana mereka ini terdiri dari golongan profesional, maka mereka tidak tahu betapa peritnya jadi peniaga kecil Melayu P.Pinang.

Saya tahu ada dikalangan Ahli Majlis MPPP ini memang terlalu sombong dan payah untuk dibawa berbincang. Saya juga tahu ada Ahli Majlis MPPP yang mempunyai 1000 unit saham dalam perusahaan kuari tertentu dan terbukti perusahaan kuari tersebut telah didenda 2 juta lebih kerana menipu kerajaan Negeri.

Bulan Ramadhan adalah madrasah terbaik untuk bermuhasabah, menguatkan iman serta memerdekakan jiwa kita dari menjadi hamba kepada manusia.

Dalam soal perjuangan untuk membongkar penyelewengan ini, "membujur lalu, melintang patah". InsyaAllah saya tidak gentar dengan ugutan dan tekanan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. Mintak MPPP jangan bersikap bodoh melalut tak tentu pasal!!!depa berniaga..bukan juai dadah!!kalu xdak lesen pun awat takleh runding elok2 ka..tak abis2 ada org nak sabotaj PAKATAN!!kalu UMNO punya keja..aku fahamla..tapi kalu sendir punya pasal..bukan nak katala..jangan jadi seru tak pasal22la..TKM1 tolong amik perhatian dalam hal ini!!!!jangan duk senyap!!!

    ReplyDelete
  2. Salam saudara din,
    sila hayati fakta2 yg dikomentarkan ini oleh salah seorang melayu asli pulau pinang.

    kita selalu salahkan melayu UMNO krna kemunduran melayu Islam Pulau Pinang.... tapi stelah PR mmerintah, adakah nasib melayu Islam pulau pinang masih sama dgn zaman UMNO BN?
    INGAT wahai pimpinan, nak capai kemenangan bukan mudah, tapi tak pertahankan kemenangan lagi susah.


    KENAPA MELAYU PULAU PINANG MUNDUR?

    SOALAN INI KERAP KALI DIAJUKAN OLEH BLOGER-BLOGER MUDA YANG KURANG PENGETAHUAN MENGENAI PERKEMBANGAN SOSIO-POLITIK PULAU PINANG YANG SEMATA-MATA MENYALAHKAN UMNO PULAU PINANG TIDAK MELAKUKAN APA-APA KEPADA MELAYU PULAU PINANG DI BAWAH PIMPINAN UMNO/BN.INI ADALAH TANGGAPAN SALAH DAN DAKYAH PEMBOHONGAN PIHAK PEMBANGKANG DAP/PAS & PKR SEMATA-MATA!.

    1. Melayu Pulau Pinang Merasakan diri mereka adalah golongan minoriti dan tidak dipedulikan. Oleh itu setiap langkah pembangunan kerajaan negeri semasa BN memerintah dianggap anti Melayu. Sedangkan Melayu itu sendiri layu dan tidak mampu berdaya saing dengan bukan Melayu.

    2. Melayu Pulau Pinang merasa diri ditindas kerajaan yang dikatakan kerajaan berteraskan kaum Cina, sedangkan majoriti anggota kerajaan negeri adalah Melayu. Majoriti pegawai kerajaan pusat adalah Melayu. Majoriti pegawai PBT adalah Melayu.

    3. Merasa terpinggir di Negeri sendiri kerana tidak mampu memiliki rumah yang terlalu mahal sedangkan tanah-tanah Melayu yang dibangunkan. Majoriti tanah kepunyaan orang Cina adalah tanah bukit yang tidak boleh dibangunkan. Maka salah siapa kalau Melayu sendiri tamak haloba dengan wang ringgit sanggup jual tanah yang mahal dan pindah ke Seberang Jaya untuk membeli tanah yang murah.

    4. Polimik Melayu di Pulau Pinang berkisar penghijarahan beramai-ramai orang Melayu ke Seberang Prai untuk mencari kehidupan yang lebih selesa dengan itu ekonomi dan sosial yang sedia ada pada mereka telah tercabar di George Town.

    5. Dengan kos dan sara hidup (bandar) di George Town agak tinggi dan kos pemilikan premisis kediaman dan perniagaan semakin jauh dari jangkauan orang Melayu.

    6. Ada juga yang kata orang Melayu ini telah dilatih terlalu harapkan bantuan kerajaan tanpa mahu kerja keras untuk memajukan diri.

    7. Kenapa tidak manfaatkan tanah wakaf yang sedia ada untuk menjana ekonomi Melayu. Di seluruh negara terdapat 32,000 hektar tanah wakaf. Negeri yang paling banyak tanah wakaf Negeri Johor. Tetapi dari segi nilai yang paling tinggi ialah tanah wakaf yang terdapat di tengah bandar George Town. Kerajaan Pusat telah pun mengadakan RM250 juta untuk membangunkan tanah wakaf di seluruh negara. Kenapa yang diamanahkan untuk jaga tanah wakaf ini tak mahu gunakan sumber ini untuk memajukan tanah wakaf di Pulau sekali gus boleh majukan Melayu yang tinggal di sekitar bandar George Town?.

    8. Kerajaan telah adakan agensi-agensi kerajaan Seperti Mara, PDC, UDA Holdings dan Majlis Perbandaran untuk program membantu Melayu Pulau Pinang, kenapa masih tak mampu berdaya saing? Salah siapa? Kerana terlalu dimanjakankah?

    9. Sebelum ini pun DSAI pernah memegang jawatan No.2 di Malaysia dan pernah memegang Jawatan Menteri Kewangan dan sebagai Wakil Rakyat Permatang pauh selama 15 tahun, kamu semua kata dia cerdik; apa yang di buat untuk Melayu Pulau Pinang?.Ada sesiapa melawat Permatang Pauh semasa pilihanraya kecil Permatang pauh...tentu anda lihat "Malaysia Baru" Datuk Anwar Ibrahim di Permatang Pauh

    harap kak jun pimpinan2 disemua peringkat dipenang ni smada PAS, DAP & PKR kena betul2 berusaha bantu melayu Islam...

    ReplyDelete
  3. tuan,apa nak jadi nasib org melayu pp nak niaga di bumi tumpah darah pun susah.kalau senang2 tolong ambil gambar cina peniaga kat chualia street ,dato keramat,dan sewaktu dengan nya pada malam hari tunjuk kat ahli majlis yg dok lena lagi.depa niaga tutup jalan pun tak apa2.anda sebagai bekas ahli mpsp bagi cadangan buat bandar islam kat pp.chiana town ada,litter india ada melayu town?panasssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

    ReplyDelete
  4. buat sdr din..cadangan bandar Islam saya setuju sangat..dulu saya pernah cadangkan semasa pak lah perintah supaya pulau jerjak tu dijadikan pulau Islam..masuk P.Pinang je terpampang papan tanda Pulau Islam ke Pulau Hadhari ke tak kisahlah..sebab dulu pernah nak dicadangkan pulau perjudian di situ..saya bersama Dr Mujahid pernah melawat ke sana..

    kepada mama moden..melayu terpinggir dan tersingkir disebabkan pemimpin umno, kita tidak boleh nafikan sama sekali..sebagai bukti baca artikal saya tentang nasib kg buah pala dengan nasib kg nelayan sg batu..

    bukankah pemimpin umno yg bersekongkol dengan pemaju, dan mereka tergamak halau penduduk melayu di situ ketika bulan ramadhan..tidakkah ini zalim namanya..

    kes di kg binjai tahun 1995..saya jd pengerusi persatuan bertindak ketika itu..saya sendiri pernah ditawarkan rm100k oleh yb arif shah yg ketika itu menjadi pengarah syarikat pemaju..yb syed ameruddin dan yb dr helmi turut bersekongkol dalam kes ini..

    ada kenyataan saya setuju tetapi tidak semuanya saya setuju..tidak sama dengan analisa dari jauh dengan pengalaman saya sendiri berjuang sesuatu isu..terutamanya isu orang melayu..

    begitu juga dengan masalah terjadi hari ini di p.pinang...dengan perangai ahli majlis mppp yg suka nak roboh gerai melayu..

    sepatutnya mereka ini beri tumpuan kepada masalah kilang haram dulu..mengapa syarikat besar tak nak kacau tetapi peniaga kecil terutamanya orang melayu mereka suka kacau?

    ReplyDelete
  5. salam.

    kes yang berlaku di pulau pinang sama juga apa yang berlaku ketika pas memegang kuasa di trengganu dulu.
    Walaupun ada ahli majlis dikalangan pakatan namun hanya nak kuasa saja.Elaun 7oo sapu macam lembu kenyang.Nak bergaya dengan jawatan.sebab tu kalah aku sokong.sebab hidup ala macam budaya umno bn.
    Dikalangan Pbt ada yang hatinya macam batu sokong bn kerana selama bn berkuasa,puak inilah yang kaya raya dengan bermain projek dan mengamalkan rasuah.
    Yang mengamalkan kehidupan dengan mewah dengan budaya korup tidak akan menyerah kalah dan sanggup buat apa saja untuk survival mereka.Pegawai atasan di pbt ada hubungan dengan umno dan buat provokasi kononnya nampak pakatan yang bersalah.
    Susah nak membetulkan puak juak umno bn yang berhambakan pitih dan kuasa.Memang dah jadi budaya puak bn bahawa se nya duit,perempuan adalah dunia mereka.....contoh dapat dilihat pada pemimpin umno bn tapi tak semuanya macam tu.
    Kita pakat-pakat nyahkan mana-mana pemimpin,kakitangan awan yang berfikiran sempit dan perasuah dan carilah yang benar-benar berjuang demi bangsa dan negara bukan kerana nak kumpul harta bertimbum2.

    ReplyDelete
  6. ahli majlis mppp dari pkr memang dasar penting diri sendiri...elaun rm600 dapat macam 6juta punya elaun sebulan...pirahhhh...

    ReplyDelete
  7. Salam saudara Din...

    Membincangkan masaalah Melayu PP memang unik,menarik lagi, jika kita membaca komen "Mama Moden" ni,
    Namun, tidak bolih dinafikan yang pemerintahan lama banyak memainkan peranan penyumbang kearah apa yang kita lihat sekarang!...bak kata pepatah...."buah yang kita nikmati adalah hasil dari pokok yang kita tanam dahulunya"
    Kesilapan besar yang mereka buat..jangan pula turut dilakukan oleh pemerintahan baru!

    Tentang Permatang Pauh...tak payah dok cerita...mama pergi lihat kat Kepala Batas...kat tepi Kuala Muda...alahai!...macam ni ka?
    Kalau nak buat bandingan.....jauh la,....mama kusayang!

    ctm

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.