Saturday, September 12, 2009

Pulanglah..Keluargamu menanti dengan penuh harapan...


Kelmarin saya sempat membuat liputan sidang media oleh Dr Mansor Othman dan Encik Alias yang kehilangan anaknya. Anaknya bernama Norshafarahani binti Alias (gambar di atas) atau lebih mesra dengan panggilan Syera, seorang pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan Politeknik, Kulim telah hilang dari rumah tanpa sebarang berita sejak 21 Ogos yang lalu.

"Pulanglah Syera..kerana kami amat merinduimu..terutama sekali ibumu yang saban hari menitis air mata.." kata ayahnya dengan nada pilu sambil menitiskan air mata.

Encik Alias berkata, beliau tidak tahu punca sebenar anaknya itu hilang, tetapi tidak menolak kemungkinan anaknya itu berkecil hati selepas dia ada bertanya, mengapa wang pinjaman PTPTN dalam akaun bank semakin menyusut.

"Saya tidak tahu bagaimana anak saya itu hilang kerana ketika kejadian saya dan isteri, Salmah Ahmad, tiada di rumah kerana membeli barang keperluan Ramadhan."

Sementara itu TKM 1 P.Pinang dan juga Adun Penanti Dr Mansor Othman yang amat simpati dan prihatin dengan masalah Encik Alias, menyeru kepada semua terutamanya pihak media dan polis serta orang ramai agar dapat membantu menjejaki anak Alias yang hilang tanpa berita. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

Beliau juga berkata, mereka yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi ayahnya Encik Alias Othman ditalian 016 - 483 3539 atau datang ke alamatnya 257, Mukim 5, Kubang Semang, Bukit Mertajam.

Pulanglah Syerah...keluargamu amat merinduimu dan menantimu dengan penuh harapan...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. Salam sdr. Din.

    Apa masalah sebenar anak ini. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa tetapi sebagai ibu bapa pernahkah kita selami hati dan perasaan anak kita?

    Anak ini saya yakin sudah punya fikiran dan sudah matang. Kalau dia tidak diculik sudah pasti kerana pemberontakan perasaan.

    Apa pun saya doakan semoga Allah membuka hati anak ini untuk pulang ke pangkuan keluarga. Ingatlah kepada ibu dan bapa yang berbudi kepada kita sejak hari pertama mengandungkan kita sehinggalah dewasa ke tahap hari ini. Hidup tidak akan berkat sekiranta kita kesampingkan ibu bapa. Insaflah!

    ReplyDelete
  2. Bumi mana tidak ditimpa hujan...
    Lautan mana tidak bergelora...

    Ku sangka panas hingga ke petang...
    rupanya hujan ditengahari...

    Carik-carik bulu ayam...
    Lambat laun bercantum semula...

    Cincang air tak akan putus...
    Biduk berlalu...kiambang bertaut..


    Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan ia kembali ke pangkuan keluarga..

    Semoga Sireh pulang ke gagang...
    semoga Haruan kembali ke lubuk..

    ReplyDelete
  3. salam bang din.

    saya mohon copy gambar untuk tatapan di blog kedaikopitepimasjid kerana tak sempat nak ambil dari pak yeh. dah terlanjur gambar dah ada,jadi baik rasanya terus ambil dari sini.

    ReplyDelete
  4. sdr akira...

    hak cipta sharpshooter memang tidak terpelihara..sebarkan seluas mungkin..

    Jazakallah...

    ReplyDelete
  5. Semuga dia akan kembali.Telah disebarkan juga di face book.Sama2 doa.

    http://www.facebook.com/photo.php?pid=646437&id=1388741439

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.