Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

9 comments:

  1. salam aidilfitri...

    apa dia??? tak nak...??? tak naklah...tak naklah nak berenti gamaknya... mungkin belum sampai seru agaknya... khehehekekekekekekeke... jgn mare aaa...

    " Hentam Ajer Lah Labuuu...."

    ReplyDelete
  2. salam eid mubarak...sungguh tersentuh dengan perutusan khas dari sdr. dan dengar perkhabaran yg sdr. telah digantung selama 6bulan keahlian dalam pkr? betulkah? jika benar, adakah salah dan tidak demokrasikah parti pkr ni? kata pertubuhan melayu bersatu kebangsaan (baca: umno) SAHAJA yang tidak boleh dikritik oleh ahli2 parti? pkr pun macam 2x5?

    dengan penampilan paling kini sdr.yang berkopiah dan bertazkirah dalam video perutusan, sdr.lebih layak untuk berada bersama2 saf pimpinan dewan ulamak pas ataupun dewan pemuda pas sahaja lebih baik...

    jazakallah hukhairan kasiraa...

    takbir...!!!

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..Kepada Hijat..Marilah kita sama-sama berubah..apa ertinya kita laungkan reformasi tetapi kalau dulu merokok, kini merokok dan selamanya pun merokok..he..he..

    kpd anak muda PAS... Isu gantung 6 bulan itu, sampai ke hari ini saya masih belum terima sebarang surat dari PKR.

    Saya tidak mahu cepat melatah, saya tunggu surat rasmi PKR dulu. Sampai sekarang gantung 6 bulan itu masih kabur..sebab pimpinan PKR negeri (Dato Seri Zahrain) tak boleh jawab bila ada teman bertanya kalau benar saya digantung, berkuat kuasa bila?

    Kenapa saya digantung? Apa kesalahan saya? jawapannya kerana saya dedahkan kepincangan PKR di media arus perdana. Tidak timbul soal saya fitnah tetapi yang timbul soal sebab saya dedahkan kepada media.

    Chegu Bard dan Saiful Izham Ramli berhujah mempertahankan saya bukan sebab kerana kawan tetapi soal kebenaran dan keadilan.

    Harap bersabar...
    Yakinlah..
    WAMAKARU...WAMAKARALLAH..
    WALLAHHUQAIRUN..MAKIRIN...

    ReplyDelete
  4. berani kerana benar.... takot kerana tembelang depa akan pecah.....

    apapun teruskan usaha....

    jangan sekerat jalan dah la.. satni kena pangil jkr bagi penuh.....hikhikhik

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitri maaf zahir batin....apa takut lawan tetap lawan.

    jgn kira apa yg orang kata, kita buat ja. apa kisah orang. baik orang kata, jahat orang kata, jadi lebih baik baik tuhan suka, jahat masuk neraka.

    tengok2 lah binjai, sesekali balik sedih sangat tengok keadaaan,.... anak muda & yg tua melepak, masjid tak sampai berapa orang, rasa saya umuq binjai pun mcm nak habis mcm kg melayu lain yg kat penang ni....

    ya la tempat jauh lagikan di kenang, ini kan tempat jatuh.

    apapun semoga kampung kita ni sentiasa mendapat rahmat ALLAH.

    ReplyDelete
  6. Adindaku zul mamak...
    jalan sekerat ada ka?
    kalau sekerat jalan...kasi pecah laaa..

    motor besar tu bila nak bagi balik?...
    jgn dok buat harta pula..he..he..

    jgn marah..salam aidilfitri..
    maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  7. adindaku albinjayie...selamat pulang anak perantauan...

    syukur kepada Allah kerana kita dipertemukan di Kg Binjai pada raya kedua setelah sekian lama tidak bersua...

    hujan emas di negeri orang...
    hujan batu di negeri sendiri...
    tetapi baik lagi di negeri sendiri...
    bidalan pepatah Melayu...
    bila balik penang...kena cakap penang...takkan sampai dah lupa loghat utara kot?..he..he..

    tidak timbul soal takut...
    tetapi saidina Ali berpesan...
    Kebenaran yang tidak dirancang dan disusun dengan rapi akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun rapi...

    Soal Kg Binjai...masih ingatkah lagi tahun 1995 di mana waktu itu saya mengetuai jawatankuasa bertindak projek pangsapuri sri bayanmas? bukankah akhirnya yb arif shah yang mewakili pemaju singapura (concord land) dan yb syed amerudin dan yb helmi yang menjayakan projek tersebut?

    sejarah perjuangan itu tidak mungkin saya lupakan..kita bakar 2 kali rumah kongsi, saya dan cikgu arshad di tahan dan di soal siasat di balai polis bayan lepas.

    ketika itu anda mungkin masih bersekolah. bukankah johar (kini ketua caw umno kg binjai) dan bapanya (dulu penghulu kg binjai)yang akhirnya ambil kontrak penyelenggaraan kepada pemaju tersebut.

    Yb arif shah pernah tawarkan rm100k di waktu itu kepada saya dan ajk badan bertindak tetapi kami tolak. kami mahu mempertahankan kg melayu kg binjai.

    pengalaman banyak mengajar saya betapa peritnya sebuah perjuangan...harapkan pagar,pagar makan padi..harapkan yb, yb penting diri...di ketika itulah baru saya mengerti, rupanya macam inilah perangai yb umno yg kononnya berjuang membela nasib melayu.

    sebab itu bila isu anwar timbul tahun 98, kg binjai yang dulunya memang kubu kuat umno akhirnya pas dan keadilan berjaya menembusinya.

    bukankah ketika itu saya digelar penghianat kampong kerana mengetuai keadilan? bukankah ketika itu saya digelar pemecah belah masyarakat?

    ketika itu saya masih ingat anda bersama saya turut menyaksikan pru tahun 1999, di mana org umno kg binjai datang mahu menyerang saya hanya kerana gantung bendera di tepi jalan hadapan rumahnya? bukankah pergaduhan hampir berlaku?

    bukankah tahun 2004 ketika saya jadi calon dun bayan lepas, apa orang umno tak kata dekat saya? jgn tanya apa depa kata, tanya apa lagi yg depa tak kata dekat saya.
    tapi saya tidak peduli...lawan tetap lawan..

    yakinlah berkat kesabaran dalam perjuangan...akhirnya kebenaran dan keadilan akan dapat ditegakkan..takbir..

    salam aidilfitri..
    maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  8. salam....
    aikkss..nak berhenti rokok...bagus la tu...hmmmm kalau setakat 2-3 minggu sapa pun boleh....paling lama pun 2-3 bulan..
    Tapi aku boleh..din binjai pun boleh..Takbir!!!

    ReplyDelete
  9. boleh caya ka din binjai nak berenti 2-3 bulan sajaa...???? macam pernah ku dengar ya tapi dimana yaa..??? sebelum ni pun ada la tak sampai setahun...berasap balikkkk.....yang penting nawaitu serta niat dalam ati aja..tak payah dok gebang satu malaya nak berenti...kasi pecah aarrrrrrrrrr....

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.