Tuesday, October 06, 2009

YB Ustaz Salleh Man pilihan Yang Dipertua MAIPP

PAS Pulau Pinang tetap ingin mencadangkan pesuruhjayanya Mohd Salleh Man bagi mengisi jawatan yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang kosong Disember ini.

Jawatan tersebut kini disandang ADUN Umno, Shahabudin Yahya, yang juga setiausaha politik menteri bagi urusan agama Mejar Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

"Kita berpegang kepada keputusan terakhir kita, kerana kompromi tidak berlaku. Jadi kita menerima tamat kontrak beliau bulan Disember ini.

"Pakatan bersetuju kerusi itu diberikan kepada PAS. Kerusi itu milik PAS," kata Timbalan I Pesuruhjaya PAS negeri Mujahid Yusof kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas perebutan jawatan tersebut antara Mohd Salleh dengan bekas pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Ellias Zakaria yang dilaporkan akan mengetuai MAIPP.

Dihubungi hari ini, Mujahid berkata tuntutan Pakatan Rakyat untuk Shahabudin meletakkan jawatan sejak mengambil alih teraju kepimpinan negeri mulai Mac tahun lalu telah gagal.

Dalam perbincangan antara kerajaan baru dengan ADUN Pengkalan Berangan, Mujahid mendakwa Shahabudin bersedia meletakkan jawatan sekiranya ia tidak diisi dengan orang politik, sebaliknya seorang pemimpin NGO.

"Oleh kerana jawatan tersebut lantikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, maka kita ambil jalan tengah, setuju beliau memegang jawatan sehingga bulan Disember 2009.

"Atas kepentingan orang ramai, kita terima cadangannya. Tetapi peletakkan (jawatan Shahabudin) itu tidak berlaku," katanya.

Menurut Mujahid, PAS dan Pakatan mempersoalkan janji Shahabudin dan beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar tidak mengetahui mengapa wakil rakyat Umno itu tidak mahu melepaskan jawatannya.

Sehubungan itu, Majlis Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbincang semula mengenai perkara tersebut - sebelum pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir hujung Ogos lalu - dan menganggap keputusan perbincangan dengan Shahabudin telah terbatal.

"Dengan itu, Majlis Pakatan bersetuju untuk melantik Mohd Salleh mengetuai majlis tersebut," katanya.

Pelantikan pesuruhjaya itu sebagai yang dipertua baru MAIPP dipersetujui mesyuarat exco kerajaan negeri sehari selepas kemenanganya, 25 Ogos.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

2 comments:

  1. Untuk renungan para pembaca,

    Kemelut ini berlanjutan oleh kerana ketidakpekaan pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri khususnya Exco Agama.

    Sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU12, Exco Agama (ketika itu Fairus) tidak bersungguh2 mendesak Shabudin serta memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong untuk menggantikan YDP baru dari PR. Sehinggalah satu ketika Shabudin meletakkan jawatan, tetapi beliau (Fairus) tidak cepat2 mengadap YDP Agong untuk menggantikannya. Apabila YDP Agong melihat kekosongan jawatan itu tidak diisi hampir sebulan, lalu tuanku menyambung kembali khidmat Shabudin.

    Memang benar Fairus bersama rombongan kerajaan negeri ada mengadap YDP Agong lebih kurang 3 kali, tetapi kelihatan sudah terlambat itupun setelah Shabudin dilantik semula.

    Pada awalnya, Pimpinan PKR ada menyatakan YDP MAIPP akan diserahkan kepada YB Ustaz Maktar berdasarkan pengalaman dan keupayaan beliau yang dilihat mampu memikul amanah tersebut.

    Malangnya pimpinan PKR negeri kurang berminat dalam isu melibatkan agama dan langsung tidak peka dengan masalah umat Islam. Maka usaha untuk mempertahankan koata itu tidak berlaku sehinggalah pada PRK Permatang Pasir, DSAI sendiri telah menjanjikan tempat tersebut bakal diisi oleh YB Ustaz Sallah Man.

    Mungkin perkara ini terjadi disebabkan survival politik PR supaya dilihat tidak meminggirkan PAS di Pulau Pinang. Walaupun PAS hanya satu kerusi tetapi ia tetap berperanan dalam pentadbiran kerajaan negeri. Itu dari sudut perkongsian kuasa yang sebenarnya...

    Dari sudut tanggungjawab dan amanah pula, pemimpin yang berperinsip tidak harus mengorbankan/menggadai janji semata2 untuk menjaga hati pihak yang lain.

    Hal Ehwal Agama Islam tidak semestinya dipegang oleh PAS disebabkan mereka Parti Islam, ia harus dinilai dari segi kelayakan, keupayaan, pengalaman dan keredibiliti individu itu sendiri.

    Bagi saya jika diukur dari pelbagai aspek, Ustaz Maktar jauh lebih layak untuk dibandingkan dengan Ustaz Salleh Man.

    "Katakan kebenaran walaupun ianya pahit"

    Wallahuaklam...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.