SharpShooter Followers

Wednesday, November 25, 2009

Anwar bersama Ku Li...


Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini, Anwar berkata, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang, telah menyatakan persetujuannya pagi ini.

Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan kakus itu minggu lepas, ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mulai tahun depan, kerajaan pusat akan membayar 'wang ehsan' kepada Kelantan dari hasil carigali minyak luar pantai di negeri itu.

Pengumuman itu mendapat tentangan wakil rakyat Pakatan, terutama dari Kelantan, yang berpendapat kerajaan pusat sepatutnya membayar royalti minyak dan bukannya wan ehsan.

Tengku Razaleigh tidak menghadiri sidang akhbar hari ini, tetapi telah meminta Anwar mengumumkannya.

"Ia merupakan isu panas sekarang dan saya fikir Tengku Razaleigh, yang pengalaman luasnya, akan dapat membantu kita," kata Anwar.

Kakus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kita baru sahaja mengedarkan draf tersebut. (Walaupun) terdapat peruntukan yang jelas (dalam akta asal)... terdapat kekaburan (di mana ia) tidak menyatakan secara khusus isu wilayah dan (sempadan) luar pantai," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

"Kita mahu membuatnya menjadi lebih jelas dalam undang-undang supaya tidak ada interpretasi yang bercanggah dengan kepentingan negeri-negeri. Kita akan cuba menyiapkan draf itu untuk dibahaskan dalam sidang parlimen sekarang," tambahnya.

Anwar berkata, beliau juga akan memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan kakus tersebut.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/