Tuesday, February 02, 2010

Ayah pergi buat selamanya....

Tanggal 1 Februari 2010 jam 7:30 pagi...Ayahanda tersayang telah pergi buat selamanya...

Seawal jam 6:05 minit pagi, ayah sudah mula nazak di ambang sakaratul maut...

Ku bangun mandi solat subuh berdoa untuknya..kemudian membaca surah Yasin di sisinya. Isteriku mengajarnya kalimah Allah..ku baca Yasin hingga tiga kali dan belum sempat ku habiskan 3 ayat terakhir...ayah telah pergi buat selamanya....

Adikku Amizamri sempat sampai di rumah, sebaik beliau datang dan mengambil wuduk, sampai sahaja di sisi ayah..ketika itulah ayah genggam erat tangan isteriku...dan ayah menghembuskan nafas terakhir....

Air mata membasah pipi...perginya ayah tersayang menemui Ilahi...

Isteriku paling kuat menangis...aku bertuah punya isteri yang menjaga ayah dengan begitu sempurna...dijaganya ayah..dibelainya ayah..dimanjanya ayah...disuapkan makan minum ayah...seolah-olah seperti menjaga seorang bayi...

Dari Allah kita datang...kepadaNya kita kembali....

Aku bergegas ke balai polis Perda BM dan pejabat pendaftaran untuk urusan kematian ayahku....

Sahabat-sahabat seperjuangan seperti Amer, Syed Mikael, Rizal Hamid, Ijon, Azhar, Zul BM, Zulkarnain, Marina bersama ibu bapanya serta kawan sekolah Penang Free Sazali dan Nasir adalah sahabat yang terawal datang ke rumah.

Anuar anak jiran datang membaca surah Yasin untuk ayahku...

Isteri pertama juga datang membawa anak-anak dari Penang.

Kemudian mak buat keputusan supaya jenazah ayah di bawa ke Kg Binjai, Bayan Lepas untuk mandi dan kebumi di sana.

Jam 10.30 pagi kereta jenazah Majlis Agama Islam Bukit Mertajam datang ke rumah membawa ayah ke Kg Binjai, kampong asalku...

YB Ustaz Maktar serta rombongan, YB Hj Malik Kassim, YB Dr Mansor Othman bersama rombongan, YB Law Choo Kiang, YB Halim Hussein, YB Senator Mustaffa adalah antara yang hadir menziarahi jenazah ayahku...

Kak Syarifah ketua Wanita Prihatin juga turut hadir...Kak Asma dan Kak Soyah dari Batu Kawan juga turut hadir.

Saudara mara dari Langkawi adalah rombongan yang paling ramai hadir.

Jam 4.00 ptg ku mandikan ayah...ambil wuduk untuknya...kapankannya..selepas solat Asar jenazah ayah disolatkan di Masjid Kg Binjai... diimamkan oleh Ustaz Shahul Hamid.

Sampai dikubur Permatang Damar Laut (dalam kawasan lapangan terbang Bayan Lepas)...aku bersama Pak Chikku turun ke liang kubur..inilah kali pertama aku turun ke dalam lubang kubur. Inilah pengorbanan terakhir buat ayah tersayang...

Ustaz Shahul Hamid membaca talkin dan bertahlil. Selepas itu beliau bertazkirah mengingatkan kepada sahabat serta saudara yang hadir ke kubur termasuk YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah yang hadir ke tanah perkuburan dan menunggu hingga semuanya selesai.

Ku ucapkan jutaan terimakasih pada semua yang membantu menguruskan jenazah ayah dan memberi sumbangan..

ramai sahabat yang hantar sms ucap takziah...termasuk Kak Wan dan Anwar Ibrahim, YB Azmin Ali, YB Tian Chua, YB Amirudin manakala Shamsul Iskandar, Jonah, Mustafa Kamal Yusor dan Zulfikar telah menghubungi melalui telefon ucapkan takziah.

Sahabat sahabat AMK Zulkifli Ibrahim, Azrizal Tahir, Faisal, Jordan, Zul Mamak, Hijat, Yusof Santorian, Marzuki, Zikri, Shaari, Syukri, Nazri, Roslan, Din, Md Noor, Idris, Ong Eu Leong, Tan dan sahabat-sahabat dari PAS serta PA-PA YB...orang kampong dan kepada semuanya...

Mohon maaf banyak-banyak sekiranya ada sahabat-sahabat yang mungkin tidak tahu dan ada yang datang ke rumah Bukit Mertajam....tetapi jenazah telah dibawa ke Kg Binjai.

Sabda Nabi " Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalan kecuali 3 perkara :- Sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.."

Bermula hari ini dan seterusnya..ayahanda akan sentiasa merindui kiriman doa dari anak-anaknya walaupun hanya sebaris keinsafan...

Buat ayahandaku Hj Ahmat Bin Hj Saidin...semoga penderitaan yang ayahanda tanggung selama 13 tahun menjadi kifarah ke atas kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan dan ku yakin ayahanda pergi ke sisiNya sesuci bayi comel yang baru dilahirkan..amin..

Al-Fatihah...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. salam bro,

    takziah..minta maap tak dapat pi...ada perkara yg tak dapat nak elak..

    ReplyDelete
  2. salam saudara din,
    salam takziah dr mama moden sekeluarga. Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali..

    semoga roh Almarhum ayahanda ditempatkan dikalangan para solihin.

    semoga din sekeluarga sabar, tabah mhadapinya..

    Alfatihah...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Takziah daripada M3M seleluarga. Semoga roh ayahandanya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
    Al-fatihah...

    ReplyDelete
  4. Din aku tak tau pasal Ayah Hang meninggal...Apa pun Takziah dan Al Fatihah untuk Allahyarham.. Semoga di terima segala amalan dan taubatnya semasa Hidup...

    ReplyDelete
  5. Takziah..Alfatihah..

    Kopitiam Bang Nan

    ReplyDelete
  6. terimakasih kepada semua yang memberi ucapan takziah serta mendoakan buat ayah saya...semoga termaqbul doa anda semua..amin..

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum wr wb

    Takziah tidak terhingga. Saya dapat merasai kesedihan Sdr kerana pak saya yang sangat saya kasihi dan sangat saya perlukan kembali ke pangkuan Kekasihnya ketika saya masih Darjah Lima pada tahun 1969. Tahun 2000 mak saya yang sangat saya kasihi dan sangat saya perlukan pula kembali ke pangkuan Kekasihnya. Al-Fatihah kepada semua yang mendahului kita.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.