Monday, May 10, 2010

Antara sumpah dan sampah..

Hospital Pusrawi adalah hospital pertama Sialful buat pemeriksaan..

Ketika di Hospital Pusrawi, sialful yg jauh lebih muda dari Anwar tu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, dan hasilnya tiada kesan sialful diliwat:

http://www.malaysiakini.com/news/86841

dan ini video pengakuan doctor tersebut:



surah an-Nur ayat 13:
"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."

mengikut fatwa yang dikeluarkan dr.Yusuf, sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung, maka hukumnya adalah munafik manakala sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik..

Sheikh dr. Yusuf al-Qaradhawi adalah Pengerusi Kesatuan Ulama' Dunia yg juga tokoh maal hijrah 09..

Ucapan dr. Yusuf itu diterjemahkan oleh Pengerusi Sekteriat Ulama' Asia (SHURA), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin..

tapi org UMNO kata dgn junjung Quran saja dah tau siapa salah..
padahal mantan mufti, dr.Asri kata - "junjung Quran bukan ajaran nabi" dalam blognya di sini:
http://drmaza.com/home/?p=316

bila kita tanya, tunjukkan ayat quran mana yg menunjukkan kita boleh tentukan sape salah melalui sumpah saja? depa takde jawapan..

Majlis fatwa kebangsaan sendri kata lafaz sumpah hanya selepas proses mahkamah, ini videonya:



sila baca ini juga:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=355356

Padahal kes ni belum lagi selesai di mahkamah sialful dah sumpah (dapat siaran langsung lagi siapa taja?) Sialful ikut ajaran mana?

Sebut pasal sumpah2 ni, sdra tengok video ni ada orang pernah bersumpah najib bagi rasuah:



Tapi ini kenapa tiada siaran langsung? yela, org UMNO kata kononnya siapa sumpah dia yg betul.. SPRM taknak siasat ke?

dan ini bukan tuduhan kali pertama tapi kali kedua..

ini pengakuan sukma yg mendakwa beliau dipaksa mengaku diliwat, ini videonya:



Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya Min Fiqh Daulah Fil Islam mengatakan pada zaman sekarang para pemimpin dengan sengaja telah memakai undang-undang yang bercanggah dengan hukum Allah dengan memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan harta, maruah dan darah orang ramai.

Lebih dari itu, mereka juga mengeluarkan undang-undang yang memaksa umat Islam mengamalkan undang-undang selain hukum Allah yang tertera dalam kitab-Nya dan dalam sunnah Rasul-Nya. Mereka lebih mementingkan hukum ciptaan orang kafir daripada hukum yang diturunkan Allah.


Antara Sumpah dan Sampah....

Tonton di sini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. Saudara Din,

    diharapkan laporan, kenyataan rasmi dan Statutory Declaration yang dilakukan oleh Dr Mohamed Osman adalah benar dan dengan Ikhlas.

    Setelah melihat video pengakuan tersebut dibimbangi ianya menjadi senjata kepada UMNO untuk mempertikaikan perakuan Dr Mohamad Osman kerana jelas di sini Dr Osman tidak dapat menyampaikan kenyataan dan pengakuan secara 'lancar' dan ini dianggap bahawa perakuan yang tidak tersusun dan lancar ini merupakan rancangan pihak pakatan atau pihak-pihak tertentu.

    wassalam..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.