Monday, May 10, 2010

Saiful sahkan bertemu Najib..adakah Najib akan ke mahkamah?

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.



*Adakah Saiful juga bertemu Senator Sesumpah sebelum buat laporan polis?
...jawapannya ya..

Mengapa pendakwa tidak mahu beritahu siapa saksi?....pelik tapi benar...

Adakah Najib tersenarai dalam saksi pendakwa?...

Adakah Najib akan hadir di mahkamah?...

Dunia sedang tertawakan mahkamah kita...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. saudara Din,

    saiful boleh menjelaskan di mahkamah bahawa perjumpaan antara dia dengan Najib selain mebincangkan soal biasiswa adalah untuk mengadu (sebab diliwat) memandangkan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ahli politik yang popular dan berpengaruh dan harapan dia agar najib dapat bertindak.

    Pihak pembela anwar perlu mengemukakan bukti kukuh terdapatnya perbincangan kospirasi politik antara saiful dengan najib semasa perjumpaan tersebut. beberapa persoalan dan alasan boleh dikemukakan dalam perjumpaan antara mereka (bukan hanya kospirasi sahaja). Bagaimana pandangan saudara Din binjai mengenai kenyataan ini.

    boleh ulas sedikit.

    ReplyDelete
  2. Hari ini terbukti dengan jelas saiful kata tanpa kerelaan (seksyen 377C)tetapi pertuduhan di bawah seksyen 377B bermakna dengan rela...

    sepatutnya akan dibunag kes...

    ReplyDelete
  3. jangan harap Najib akan dipanggil. sedangkan Mahathir terang2 buat fitnah sampai sekarang boleh dok goyang kaki. apa ada hal dengan DSAI sikit punya hall..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.