Dalam gambar tersebut adalah YB Dr Mansor Othman TKM1 P.Pinang, YB Ustaz Salleh Man Adun Permatang Pasir, YB Tan Hock Leong Adun Machang Bubuk dan Roslan Yahaya Pegawai Daerah SPT.
Ingat tak isu ini. Kalau sudah lupa boleh layari semula di sini.
Isunya apa? Kesnya Apa? Siapa dia? Mengapa? Bila? Di Mana?....
Sharpshooter menerima aduan dari suami mangsa dan terus bertemu dengannya. Beliau menceritakan segala-galanya termasuk menyerahkan laporan polis (untuk baca klik pada gambar)dan bahan bukti rakaman kepada sharpshooter.
Yang aneh dan peliknya dalam kes ini, isteri mangsa ditukarkan 24 jam ke tempat lain, sedangkan bosnya tidak diambil apa-apa tindakan.
Lebih menariknya bosnya bersumpah laknat mengatakan bahawa beliau difitnah dan menjadi mangsa. Alamak macam sumpah laknat Saiful pula.
Sumpah laknat Saiful kita kata fitnah tetapi dalam sumpah laknat bos ini kita terima pula. Alamak.... takkan macam tu kot kita kendalikan kes.
Di manakah keadilannya. Di manakah letaknya slogan CAT? Di manakah letaknya slogan "amar makruf nahi mungkar".
Yang salah tetap salah...keadilan wajib ditegakkan...katakan benar walaupun pahit...
Sehubungan dengan itu, sharpshooter telah buat surat rasmi kepada Lim Guan Eng dan salinan kepada YB Lydia Ong Exco Pembangunan Wanita P.Pinang, YB Mansor Othman TKM 1 P.Pinang, YB Malik Kassim Exco Agama, YB Law Choo Kiang dan Anwar Ibrahim. Salinan laporan polis dan bahan bukti akan diserahkan bersama surat tersebut dalam masa terdekat.
Sharpshooter guna saluran dalaman dulu. Biar mereka ambil tindakan dan selesaikan. Jangan sampai sharpshooter muncul di TV3 buat kali kedua macam kes Fairus sudahlah...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
jangan jadi perangai penganut umco la pulak...
ReplyDeletesiasat jangan tak siasat...sampai ke lubang cacing....
Quote" Jangan sampai sharpshooter muncul di TV3 buat kali kedua macam kes Fairus sudahlah..."unquote
ReplyDeleteSabar Bro'
Jgn marahkan nyamok kelambu di bakar.
Betenang, carik sebaik baik jalan penyelesaian.
Sobar!sobar!
Jgn maree!!!
salam,
ReplyDeletesaya dah list blog ni dalam blog saya, http://warta365.blogspot.com
diminta jasa baik tuan listkan blog http://warta365.blogspot.com dalam blog tuan
semua dijemput lepak di warta365.blogspot.com
terima kasih.
Salam..sy tau jabatan mana....hehe..mintak pihak atasan ambil tindakan selanjutnya sbb yg buat kerja ni bkn calang2 org..pangkat tinggi..
ReplyDeletejangan risau ...bertenang...doakan semoga keadilan dapat ditegakkan...
ReplyDeletewarta365..ok hajat ditunaikan..
syabas bro din
ReplyDeleteteruskan perjuangan
lawan tetap lawan
terjaaaaah
Salam sdr Amizuddin (Din Binjai);
ReplyDeleteSyabas kerana sdr nampak ikhlas dlm perjuangan utk keadilan! Tapi keadilan utk siapa? Cuma jangan sampai Melayu/Islam semakin jauh terisih dan terhimpit dlm pemerintahan kerajaan PR di PP.
Pak Tam
ReplyDeleteKeadilan untuk mangsa yg juga org Melayu/Islam tetapi dalam Islam kita disuruh tegakkan keadilan walaupun yg jadi mangsa bukan Islam.
pak tam,
ReplyDeletesaya setuju dengan Din BInjai kerana dalam Islam tidak mengenal bangsa untuk menegakkan keadilan kerana orang yang hebat di sisi Allah adalah orang yang bertakwa (bukan cina, bukan India dan bukan hanya melayu tapi semua bangsa). Memperjuangkan bangsa dengan mempertahankan kesalahan adalah satu perbuatan laknat...
Anuar Bin Safian...
ReplyDeleteTerimakasih kerana berkata benar walaupun pahit...
Nabi pernah bersabda..jika Siti fatimah anak aku yang mencuri...nescaya aku sendiri yang akan potong tangannya...
Inilah ketegasan Nabi...tegakkan keadilan tanpa mengira Agama, bangsa atau kroni...takbir..