Wednesday, September 29, 2010

Tak usah ugut nak keluar parti...

BALING: Sekumpulan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Baling mengancam akan keluar parti sekiranya kepimpinan PKR negeri Kedah gagal mengambil kira pandangan mereka.

Setiausaha PKR cabang Baling, Mohd Azmi Mohamed Amin, berkata sikap kepimpinan negeri yang tidak mahu menerima pandangan cabang itu akan membawa kepada kehancuran parti.

Beliau berkata, mereka di peringkat cabang juga berasa tidak puas hati kerana campur tangan pihak atasan PKR dalam banyak hal termasuk turut merestui mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 pada 24 September lalu.

"Kami hairan bagaimana kepimpinan PKR negeri boleh mengarahkan mesyuarat itu diadakan kerana jelas ia mengetepikan perlembagaan parti," katanya pada sidang akhbar yang dihadiri 20 anggota parti itu di sini hari ini.

Kumpulan berkenaan mendesak pihak pendaftaran pertubuhan dan pucuk kepimpinan pusat PKR berbuat sesuatu sebelum mareka bertindak keluar beramai-ramai daripada parti.

Mohd Azmi berkata beliau turut membuat satu laporan polis pada 25 Sept di Balai Polis Kuala Ketil berhubung mesyuarat agung tahunan dan pemilihan cabang Baling 2010 yang dianggapnya sebagai tidak sah.

Sharpshooter :- Kalau nak jadi pejuang tulen dan sejati, tak usahlah nak main ugut-ugut pula. Cuba bawa bertenang dan matang dalam perjuangan ini. Jika rasa nak keluar....silakan..takkan kerana masalah teknikal saja nak ugut keluar parti. Jika niat sertai Keadilan kerana jawatan, kepentingan, habuan dan sebagainya, tak payahlah sertai Keadilan.

Kita tahu masalah paling besar dalam Keadilan sekarang adalah kemasukan beramai-ramai ahli baru menyertai Keadilan selepas PRU 2008. Mereka ini ada yang terdiri dari bekas pemimpin umno, mic, mca, gerakan dan sebagainya.
Mereka berebut jawatan untuk jadi calon akan datang dan ada yang memang dengan sengaja menyelinap masuk untuk membuat huru hara dalam Keadilan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. biarlah depa keluar klu itu yg depa nak!!!

    ReplyDelete
  2. Sekarang adalah musim untuk mengumumkan keluar parti kerana harga pada masa ini sedikit meningkat - PRK Galas akan datang.

    Saya amat bersetuju dengan sharpshooter bahawa masalah yang di bawa adalah, "Kita tahu masalah paling besar dalam Keadilan sekarang adalah kemasukan beramai-ramai ahli baru menyertai Keadilan selepas PRU 2008. Mereka ini ada yang terdiri dari bekas pemimpin umno, mic, mca, gerakan dan sebagainya. Mereka berebut jawatan untuk jadi calon akan datang dan ada yang memang dengan sengaja menyelinap masuk untuk membuat huru hara dalam Keadilan."

    ReplyDelete
  3. Din
    Tolong usul cadangan ahli baru PKR kena tunggu 4 tahun sebelum boleh di calunkan utk apa2 jawatan dalam parti. harap ini dapat mengurangkan kemelut yg cekup kalut sekarang ni dalam pkr.
    Seperkara lagi kita juga perlu melihat yg 96% pemilihan cabang pkr berjalan dengan baik, of cause ini tak disiarkan dalam media arus perdana. secara statistik ini satu kejayaan yg besar memandangkan ini kali pertama prk memperkenalkan undi terus......malangnya orang pkr sendiri pun tak tahu yg 96% mesyuarat cabang ok.....sebab orang pkr pun terus baca akhbar terbitan utusan meloya..KOSMO dan akhbar terbitan berita hairan....METRO.. tengok lagi TV3 suku!!!

    ReplyDelete
  4. Kepada orang kampong Cikgu Idrus, abang kepada Anwar Ibrahim,

    1) terimakasih kerana sudi layari blog sharpshooter.

    2) Tolong bagitahu Anwar kegelisahan akar umbi tentang spesis berudu yang berada dalam Keadilan hanya menunggu masa untuk jadi katak dan melompat.

    3) cadangan 3 tahun atau 4 tahun ahli baru tidak boleh bertanding apa-apa jawatan dalam parti adalah sangat wajar dan wajib dilaksanakan segera.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.