Wednesday, September 29, 2010

UMNO kutip semula wang warga emas RM100 - Kempen Galas bermula

Dari Blog pro umno

Petang tadi, seramai 40 warga emas penerima bantuan wang ehsan dari kerajaan DAP P.Pinang telah berkumpul di Penaga, Kepala Batas untuk memulangkan kembali wang RM100 kepada Lim Guan Eng.

Ini berikutan adanya unsur judi didalam dana program membasmi kemiskinan termasuklah dana bantuan wang ehsan RM100 yang disalurkan kepada warga emas di negeri tersebut.

Dijangka, ramai lagi warga emas di P.Pinang akan menurut jejak langkah rakan-rakan mereka di Penaga, Kepala Batas ini.

Buat masa ini, saya muatkan gambar-gambarnya terlebih dahulu. Video majlis tersebut akan saya muatkan dalam masa yang terdekat. Yang pasti, Guan Eng dan DAP P.Pinang pasti tak akan dapat tidur lena malam ini berikutan kejadian ini.


Sharpshooter :- Kadang-kadang kita nak jaga adab kita supaya jangan maki hamun pemimpin umno yang dari dulu, kini dan selamanya asyik tipu Melayu saja. Tetapi perbuatan mereka memang melampau sangat.

Mereka akan guna apa cara sekali pun untuk merampas kembali P.Pinang. Satu demi satu demi satu demi satu, isu dan isu dan isu dan isu yang umno terbitkan bermula sejak tahun 2008 lagi.

Guan Eng dan Hj Malik serta Ustaz Asri sudah buat penjelasan tetapi ye lah, mana nak disiarkan dalam TV3 suku atau Utusan Meloya. Memang mudah UMNO tipu orang-orang Melayu kampong.

Ini bermakna kempen Galas sudah bermula. Isu ini akan berlegar di Galas.

Ayuh... AMK seluruh negeri P.Pinang yang baru yang masih segar dan enjin pun masih baru, anda wajib buat sesuatu..Anda wajib selamatkan orang-orang Melayu Kampong yang tertipu.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

11 comments:

  1. tak abis2 duk kena serangla..apa PAKATAN Penang xdak isu ka nak balas balik??alahai..!!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    kesian juga melihat orang melayu ditipu oleh pemimpin umno,...apa yang saya tau ...kaki judi selalu papa kedana,ni siap boleh bagi duit kat warga emas pula?
    masa mengaji dulu selalu malas,tu la ni selalu bagi orang susah!..cuba rujuk kitab,...awat bayar duit zakat...tak tanya lak duit tu mai dari mana?...duit bank ke?..riba tak?...kerja pemandu teksi...tanya tak?...encik ni dapat duit dari mana bayar tambang?..duit tikam ekor ke?
    Tanam pokok...ambil buah...tengok ke dari mana akar tu hisap bajanya?halal ke baja tu?
    mungkin segalanya!

    ReplyDelete
  3. awat la amno lapaq jugak bila kerajaan penang bagi duit aritu...p ambek buat apa? ada amno be-end bagi duit kat hangpa sebelum ni? awat la bodo jelangaq sampai kena pebodo sampai tahap tu? alahai melayu amnooooo...

    ReplyDelete
  4. Dari gambar yang dirakam oleh sharpshooter:
    i)wajah yang terpampang adalah orang-orang yang dulu, kini dan selamanya dengan United Malay National Organisation,
    ii) wang kertas RM50 semuanya baru belaka yang dibekalkan,
    iii) Wang yang dipungut 40 x 100 = RM4,000 telah atau belum disampaikan kepada LGE?

    ReplyDelete
  5. Kepada pencinta2 keadilan dan kebenaran....this is real! hasutan / kempen umno memburukan PR semakin menjadi, bukan kerana pemimpin umno pandai berpidato tapi kerana serangan bertali arus media2 perdana yg lambat laun akan termakan juga oleh rata2 orang melayu. Dulu sebelum PRU12 kalau turun kat KLIA naik teksi, kebanyakan dereba teksi akan condem BN terasa sgt semangat nak tukar kerajaan. Tapi kini agak lesu, komen dereba teksi lebih dilihat seimbang, PR pun dilihat bermasalah, manakala BN yg telah lama banyak bermasalah kian tengelam "masalahnya" oleh masalah yg tonjolkan oleh media perdana didalam PR.
    Anak2 muda dalam PKR/PR perlu meniup semula laungan REFORMASI yg pada tahun 1998 lalu mampu goncang kekuatan/keangkuhan umno/BN walaupun pada masa tu dakyah yg disebarkan oleh media arus perdana mengecam pemimpin PR cekup hebat...tapi orang dengar laugan REFORMASI lebih kuat.Di situlah datangnya sokongan.
    Bengong betul Datu Azahar dengan muka tersengeh dia dalam gambar... teringat aku kisah dia pi Bangkok tengok pondan menari... bila orang tanya apa yg dia buat disana dalam sidang DUN.. dia kata untuk melihat bagaimana thailand menarik pelancung supaya idea tu boleh diguna pakai di Penang........Bengong betul!!!!

    ReplyDelete
  6. sy rasa pakatan rakyat perlu mula menyerang umno pulau pinang pula..sebarkan kelemahan dan penyalahgunaan kuasa umno pd msa pemerintahan BN dahulu..Terutama pd org umno yg byk ckp sprt mamak rezal, dato zahar dan lain2.

    ReplyDelete
  7. aku tgk gambar semua muka orang tak ingat mati.beribadat selalu konon.blah la puak2 tu.macam alim sangat.yang p join majlis umno campur lakli pompuan tu.yang tak pakai tudung tu.tak haram lak ke.bangang tul la tua tua ni.gambar tu termasuk pak sedara aku.aku tau sangat peragai dia macam mana orang kuat dato azhar penaga.harap sebelum dia pejam mata tu dapat bertaubat la.mana tau mati tu any time boleh.nasihat buat bapa saudara dari anak saudara.tedur depan2 buat bodoh je siap kata tak reti hormat orang tua...alahai apa nak jadi melayu skang ni.

    ReplyDelete
  8. Tu la aku dok tunggu punya tunggu tak dak sapa pun mai antaq duit RM100 kat pejabat aku..aku setuju la kalu depa ni dibayar double..awat belah sana saja ka yang nak pulangkan duit RM100 ..Umno x dak modai dah..mcmna din kat pejabat hang dah ramai hantaq duit tu ka??

    ReplyDelete
  9. terimakasih pada semua yg memberi komen...

    Semoga Allah tunjukkan kebenaran...

    ReplyDelete
  10. dia..kena start ceramah hjg minggu balik ni...bg penerangan kpd rakyat PP terutama warga emas

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.