Thursday, November 25, 2010

Bertolak ke Kongres

Sharpshooter bersama sahabat-sahabat seperjuangan bertolak ke Kongres Petaling Jaya, Shah Alam petang ini. Kongres Nasional akan bermula mulai esok dan akan berakhir pada hari Ahad.

Pemilihan Keadilan 2010 berakhir sudah kecuali Cabang Kuala Langat, Selangor yang mengadakan pemilihan pada hari ini setelah dua kali gagal mengadakan pemilihan. Semoga hari ini berjalan lancar di Kuala Langat.

Kepada yang menang, jangan sombong tetapi ingatlah jawatan itu satu amanah dan tanggunjawab yang berat dan bukannya ianya satu kemegahan.

Kepada yang kalah, jangan kecewa dan mudah putus asa kena berjiwa besar. Semangat mesti kuat dan percayalah ada hikmahnya.

Namun begitu soal ketelusan pemilihan wajib diperbetulkan dan diperhalusi. Segala aduan dan laporan juga wajib disiasat demi untuk memulihkan imej Parti Keadilan Rakyat yang tercemar.

Ikuti perkembangan terkini Kongres Nasional 2010 melalui twitter DinSharpshooter dan juga facebook Amizudin Sharpshooter. Selamat bersidang.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. I like your spirit brother. Berkatalah benar walaupun pahit. Semoga kongres ini dapat menjadi forum yg efektif utk pkr mencari penyelesaian dan memulihkan semangat dan iltizam pejuang2 keadilan dlm pkr. Whatever the outcome...never, never, never turn back to umno. Kalau D Zaid buat parti baru pun tak apalah asalkan dia tetap jadi komponen PR sekurang2-nya ada wadah alternatif kpd pejuang2 keadilan yg dah lafaz talak 3 kepada pkr untuk terus berjuang menentang kezaliman umno.

    ReplyDelete
  2. ada beberapa cadangan dr AMK2 cabang supaya tidak menghadiri kongres kali ini sebagai simbol protes kpd pihak atasan yg tidak mengambil berat atas aduan terhadap JPP... nanti kita lihat ada berapa bnyk AMK2 cabang yg x pergi.. dn klu ada yg pergi pn cuma menghantar 2@3 org sahaja sebagai pemerhati apa tindakan selanjutnya dr pihak atasan..

    ReplyDelete
  3. Kepada cabang yang ingin memulaukan kongres tersebut, terutama dari Johor, tahniah kepada usaha anda semua kerana PKR dah berjaya menawan Putrajaya! Cakap sahaja projek apa yang kamu semua mahu? PKR sekarang cukup kukuh dengan dibantu media massa dan media pemerintah. Ayuh buat protes besar-besaran, mohon peruntukkan kepada UMNO, pasti dapat! 200 juta paling sikit! Sebagai mentor kamu, undanglah Zaid Brahim, Jenapala, Zul Nordin, Zahrain Gabai, Anuar Shaari dan Nalla Maruku sekali... pasti hebat. Kebijaksanaan dan jasa anda semua akan dikenang di dalam buku tiga lima UMNO. Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Cuba suruh owang2 pkr berhenti mengutuk2 ZAID boleh tak? mengutuk2 zaid seolah2 seperti nak bagi dia marah lebey marah.. diam2 lah .. jgn dicucuk owang yg sedang marah.. zaid keluar dari pkr pun mmg salah pkr sendiri.

    ReplyDelete
  5. Bodohnya pkr ni. Anakmuda perlukan prmimpin muda yg boleh memahami aspirasi anak2 muda. Cgu bad ada adalah ikon anak muda. Tapi pkr ni lebih pentingkan politiking daripada meremajakan pkr. Mereka sanggup kehilangan sokongan rakyat. bak kata org, biarlah pkr jatuh. Asalkan aku terus berada di tampuk kuasa.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.