Saturday, November 27, 2010

ikuti siaran langsung Kongres Nasional

http://live.tvsnews.net/

2 comments:

  1. merujuk kepada ucapan dasar presiden,

    Mungkin inilah hikmahnya kak wan terus kekal sebagai Presiden, aku tertarik dengan ucapan dasar yang kak wan kemukakan, hujah yang agak mantap. Sambil berhujah sambil berdakwah, selitan dakwah Kak Wan memang penuh ayat-ayat tersirat dan tersurat.

    Alhamdulillah KEADILAN masih bertahan walaupun diserang kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, dalam dan luar. Aku tak dapat nafikan, kini keadilan dibarisi oleh gandingan Naib Presiden yang mantap iaitu Nurul Izzah, Fuziah Salleh dan Tian Chua.

    Aku harap ada satu perubahan drastik akan berlaku. Cuma aku agak kecewa dengan kekalahan CheGuBard tetapi aku hara CheguBard tidak kecewa, aku yakin CheGuBard masing kurang mendapat sokongan dikalangan AMK sendiri.

    Senario ini kita boleh lihat sendiri ketika pencalonan dimana masih dikuasai oleh SAM. Aku harap CheGuBard akan terus turun padang untuk mendamping anak-anak Malaysia. Aku akui CheGuBard memang agak famous dikalangan anak muda “siber dan marhean yang celik politik” tapi beliau masih kurang “famous” dikalangan anak muda AMK.

    Ini kerana beliau tidak terlibat dalam gerak kerja AMK secara rasmi pada sesi sebelum ini. Beliau lebih fokus terhadap SAMM dan posisi MPP Keadilan. Aku harap CheGuBard akan terus konsisten untuk berdambingan dengan AMK walaupun telah tewas dalam perebutan Ketua AMK.

    Pola pengundian telah menunjukkan kemenangan nipis buat SAM. Ini menunjukkan pola penolakan terhadap SAM semakin meningkat dan dalam masa yang sama pola pengundian terhadap CheGuBard semakin meningkat. SAM perlu berkerja keras untuk meningkatkan semula sokongan terhadap beliau begitu juga CheGuBard.

    Sepertimana yang selalu diwar-warkan, sebelum pemilihan kita masing2 berlawan hujah untuk memenangkan diri sendiri, kemudian setelah habis pemilihan kembalilah bersatu sebagai satu pasukan. Aku harap CheGuBard akan menjadi sebahagian daripada “team penggerak AMK” dan aku harap juga HafiziRamli dan Hasmi Hashim dijemput untuk mengisi ruang-ruang yang ada dalam AMK.

    Kombinasi CheGuBard, Hafizi Ramli, Hasmi Hashim dan SAM insya Allah pasti akan memunculkan semula era reformasi versi kedua. Semoga calon yang tewas berlapang dada, semoga calon yang menang meraikan calon yang tewas. Kembalilah sebagai satu “pasukan”.

    Tetapi sekiranya CheGuBard diketepikan dalam AMK. Aku cadangkan CheGuBard dilantik sebagai Naib Presiden Lantikan sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam KEADILAN. Aku tak nampak calon lain yang lebih layak untuk mengisi kekosongan tersebut melainkan CheGuBard dan Gobalakrishnan.

    ReplyDelete
  2. CheGuBard & Gobalakrisnan dilantik sebagai VP? Obsolutely right choice. Di harapkan pkr leaders dapat lihat a clear cut rational behind this. But there will be peoples yg akan cadangkan org dari spesis "yes man" yg akhirnya terlantiklah org2 yg tak menyumbang langsung, in the past, present and future.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.