Tuesday, November 23, 2010

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010

23 November 2010

Kepada :

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,

Presiden ,

Parti Keadilan Rakyat

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010

Perkara di atas dirujuk.

2. Saya ingin merujuk kepada laporan keputusan terpeinci di setiap Cabang seperti yang dipaparkan dalam laman web rasmi keadilan

JAWATAN UTAMA AMK

http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg/MPP/Week3/JwtnUtamaAMK_WK03_DETAILED1.pdf

AHLI AMK PUSAT

http://www.keadilanrakyat.org/images/stories/webimg/MPP/Week3/MPAMK_WK03_DETAILED.pdf

Terdapat keraguan dan kepincangan yang jelas dan nyata tentang jumlah undi yang diperoleh oleh Calon Ahli AMK dan Calon Naib Ketua AMK Pusat.

Pertama (Seperti lampiran bukti 1) klik pada gambar untuk besarkan


Keputusan undian di Cabang Semporna

Calon Ketua AMK
1) Chegubard 8 undi
2) Shamsul Iskandar 27 undi

Calon Timbalan Ketua AMK
1) Chang Lih Kang 3 undi
2) Jonah 31undi

Calon Ahli MP AMK
No 3) Ahmad Akhdor 112 undi

Adalah amat tidak munasabah Ahmad Akhdor boleh mendapat undi sebanyak 112 sedangkan jumlah AMK yang mengundi sekitar 35 orang sahaja.


Kedua (Seperti lampiran bukti 2) klik pada gambar untuk besarkan


Keputusan undian di Cabang Petra Jaya

Calon Ketua AMK
1) Chegubard dapat 11 undi
2) Shamsul Iskandar 19 undi

Calon Timbalan Ketua AMK
1) Chang Lih Kang 5 undi
2) Jonah 25 undi

Calon Naib Ketua AMK
No 5) Kesavan 55 undi


Adalah amat tidak munasabah YB Kesavan boleh mendapat undi sebanyak 55 sedangkan jumlah AMK yang mengundi sekitar 30 orang sahaja.

Sehubungan dengan itu, saya amat berharap laporan ini mendapat perhatian dan tindakan segera serta satu "Badan Siasatan Pemilihan" segera ditubuhkan bagi menyiasat segala laporan tentang pemilihan oleh pihak lain.

" UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH "

Sekian, terimakasih.
AMIZUDIN BIN AHMAT

016 - 469 5343


Sk.
1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Saifudin Nasution
3) YB Fuziah Salleh

4) YB Tian Chua
5) YB Dato' Johari Abdul
6) YB William Leong
7) Saiful Izham Ramli
8) Chegubard

9) Zulkifli Ibrahim (Kempen manager Chegubard)

Sebenarnya bukan mudah untuk analisa setiap keputusan undi di setiap cabang kerana formatnya PDF susah untuk membuat analisa. Sharpshooter hanya sempat analisa keputusan AMK sahaja itu pun tak sempat habis semua, keputusan yang lain langsung tak sempat nak analisa. Laman web parti hanya papar keputusan berakhir pada 14 Nov sahaja. Sepatutnya undi rosak juga wajib dipaparkan sekali.

Sepatutnya Calon berhak mendapat satu salinan keputusan di setiap cabang tetapi malangnya bila diminta berbagai alasan diberi. Bukan soal siapa kalah siapa menang tetapi soal ketelusan itu wajib diutamakan supaya Parti Keadilan Rakyat lebih dihormati.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

12 comments:

  1. Sy pngundi ats pagar..lihat pemilihan PKR..lgsg xde kebebasan. Anak muda dh bosn PKR..parti retorik..

    Mcm kes Zaid..anwar dh jadi hakim tanpa jubah. Siasat dlu segala dakwaan Zaid..bukannya pusing konar kata Zaid dalang UMNO, semata2 diwawancara Utusan. Sedgkan isu pokok, ketelusan pemilihan PKR langsung tak diendahkan olh Parti Retorik ini..

    InsyaALLAH sy akan kempen kwn2 supaya tolak PKR ini. Retorik semata-mata. Penyelewengan nampak secara terang-terangan,tp tiada tindakan. Kalau mcmnilah..PKR ni baik berkubur je..ada pun buat org menymph.

    ReplyDelete
  2. UMNO yg aku paling benci sekali dalam Malaysia.....sekarang nie PKR pun lebih kurang jer kecuali x der power lagi sekarang nie......kalau dah jadi PM mungkin sama ngan UMNO.....so aku tolak UMNO,PKR,MIC,MCA,dan BN punya parti.....bekasan UMNO adalah sampah selamanya.....

    ReplyDelete
  3. Bila UMNO kata PKR-Parti Kencing Rakyat, Kita marah..tapi sendiri yg nak menipu apa hal...toksah duk berangan nak pi Putrajayalah kalu camni!!Kalu SPR menipu kita riuh macam ayam nak berteluq..tapi kita jugak macam SPR..apa kejadah la pulak???

    ReplyDelete
  4. Din..

    Yang lebih dari jumlah yang datang mengundi tu.. Undi Pos kot.. kalau bukan Undi Pos.. pengundi hantu la tu..

    Macam beruk depa tu buat kerja.. buat malu saja..

    ReplyDelete
  5. pemilhan pada kali ini gagaL menunjukkan ketelusan kepada pihak yang lebih benar..PKR sendiri memperjuangkan keADILan..tetapi di mana itu KEADILAN..masih tidak nampak di takuk yang lama..Apabila saya dengar dari Rembau yang mengatakan Chegubard akan diambil tindakan disiplin olen badan disiplin PKR kerana mengkritik pihak JPP,saya sangat kecewa dengan keputusan itu..di mana kebebasan yang diperjuangkan oleh pihak PKR??Anwar sendiri mengatakan Zaid Ibrahim itu TROJAN HORSE, apakah dulu Anwar sendiri bukannya TROJAN HORSE juga??saya sangat sedih dan kecewa dengan pemilihan pada kali ini..di mana ketelusan yang diperjuangkan??kita sendiri memperjuangkan BERSIH,akan tetapi kita sendiri membuat cara yang kotor..lihat laa sendiri dengan UNDI POS,pegawai JPP boleh membawa pulang peti undi ke rumah..sangat sedih dan sadis..dengan cara ini, hanya angan-angan sahaja ingin menawan PUTRAJAYA...

    ReplyDelete
  6. Anwar sebenarnya Trojan Horse hendak mengekalkan kemenangan UMNO dalam pilihanraya depan. Entah apa deal dia dengan Najib senyap-senyap.

    ReplyDelete
  7. ...sometime when you can't win them, you have two choice..1) you join them or 2) you leave them...should you choose to stay put...then shut up for now.. there will always be next election.. should you decide to leave pkr, then cross over to pas or dap....never, never, never umno.
    LAWAN TETAP LAWAN.

    ReplyDelete
  8. malaysian: bukan soal menang @ kalah...itu da memang adat pertandingan..tetapi yang kita nampak sekarang soal pemilihan yang tidak telus..memang macam SAMPAH!!!! sama naik dengan SPR..maaf saya terkasar bahasa...kita sayangkan parti..sebab itu kita tidak buruk-burukkan dalam media...kita sebagai ahli biasa melihat perkara ini dengan serius..ini untuk masa depan parti...takkan kita nak sama dengan UMNO..itu yang kita nak tolak..

    ReplyDelete
  9. Brother Azlan,
    You are abosolutely right. Atas sebab yg samalah saya tak pernah sertai pkr. Tapi pada masa yg sama saya tak pernah musuhi pkr dan akan terus menyokong calon pkr. pru yg lalu saya undi YB Yusmadi dia menang, malang calun pas bayan lepas yg saya undi kalah. Persoalan yg pokok sekarang adakah group yg tersangat kecewa dgn pkr lanie macam saudara akan kembali kpd umno? statement2 pkr lani sama dgn umno, tak adil, so and so and so adalah racun yg akhirnya akan membunuh pkr, if not stop now, it will be a matter of time before pkr is destroyed. Dah banyak pun kita dengar orang2 yg mengaku pengundi atas pagar kecam pkr lebih teruk lagi berbanding dengan umno kecam pkr. Is that mean mereka dah mula sokong umno dan akan undi BN bila pru 13 nanti? May be. Orang macam ni ibarat keluar mulut naga, masuk mulut ular, kemudian keluar mulut ular untuk masuk semula dalam mulut naga. Amazing!!

    ReplyDelete
  10. malaysian: sebab itulah kita kena berfikir cara bagaimana ingin menyelesaikan..kalau parti PKR sendiri berpendirian macam SAMPAH,its better you should out from this party...tak guna kita memperjuangkan keADILan kalau kita sendiri tidak mempraktikkan sendiri...whats the useless party..pemilihan kali ini paling KOTOR dan paling TERUK lagi daripada SPR...kita tidak payah dok mengutuk orang, akan tetapi kita sendiri yang melakukan..tapi jangan bimbang kita cuba pulihkan apa yang boleh...kalau tidak boleh juga,faham-faham je laa....

    ReplyDelete
  11. Agak-agak kalau ada perhimpunan BERSIH sekali lagi, Anwar berani ke untuk turut serta dan berada di depan?

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.