Tuesday, November 23, 2010

Halang Anwar ke luar negara tidak demokrasi.

Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendesak kerajaan supaya menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus menghina Malaysia ketika berada di sana.

Menurut mereka, kerajaan tidak harus membiarkan Anwar terus berbuat demikian kerana ia akan menjejaskan usaha menarik kemasukan lebih ramai pelabur asing bagi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) berkata, halangan perlu dikenakan kerana individu seperti Anwar perlu dikawal perbuatannya.

"Saya percaya kerajaan perlu mengkaji balik kebenaran kepada golongan yang kecewa ini untuk ke luar negara bagi mengelak mereka terus memburukkan Malaysia," katanya semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar ketika mengunjungi Australia baru-baru ini mendakwa, pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dalam usahanya mencari sokongan Perdana Menteri negara itu, Julia Gillard selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

Dalam pada itu, Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang bangun mencelah menyifatkan perbuatan Anwar sebagai tidak mengenang jasa.

"Beliau sepatutnya pusing ke belakang dan memikirkan kembali siapakah yang telah membantunya untuk mendapatkan pendidikan sehingga menjadi cerdik.

"Saya kecewa kerana ada orang yang tidak rasional seperti ini di negara kita. Beliau juga tidak sepatutnya bertindak menghancurkan negara sendiri semata-mata demi kepentingan peribadi.

"Ingatlah bahawa dalam ajaran Islam sendiri ada menyatakan bahawa mencintai negara adalah sebahagian daripada iman," ujarnya.

Mengulas isu sama, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut membahaskan Bajet 2011 berkata, perbuatan Anwar berceramah di luar negara dengan mendakwa negara ini tidak mengamalkan demokrasi adalah sesuatu yang amat dikesali.

"Beliau cuba menyamakan dirinya dengan pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi dan ini adalah tidak tepat kerana di negara itu pemimpin yang melawan kerajaan akan dibunuh dan dipenjara.

"Sedangkan di negara kita ini hari-hari boleh berceramah untuk mengkritik kerajaan, asalkan mendapat permit daripada pihak polis," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mewujudkan akta baru atau memperkenalkan pendekatan lain yang sesuai bagi menghalang pemimpin seperti Anwar berceramah di luar negara semata-mata bagi meremehkan kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang bangun mencelah berkata, beliau tidak boleh menerima perbuatan Anwar menghina rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Kalau beliau berucap di luar negara bagi mengkritik kerajaan, saya rasa boleh terima lagi kerana dia adalah pembangkang.

"Tetapi yang saya tidak boleh terima apabila beliau mengkritik negara dan bangsa kita serta menghina rakyat keseluruhannya dengan menyatakan penduduk di Malaysia terutamanya umat Islam masih lagi berada dalam kemiskinan dan mundur.

"Orang ini sebenarnya lupa kepada pepatah Melayu iaitu meludah ke langit, menimpa muka kita sendiri," katanya.

Sharpshooter - umno dan b-end setiap hari serang Anwar sebab Anwar adalah musuh mereka yang paling mereka geruni. Tv3 suku dan RTM serang Anwar itu perkara biasa tetapi jika puji Anwar itu luar biasa namanya. Anwar dituduh pengkhianat,ejen asing, ejen yahudi, ejen amerika, tak kenang budi dan berbagai-bagai lagi hanya kerana Anwar berani menegur dan mengkritik ketempangan dan penyelewengan kerajaan Malaysia.

Benarkah semua tuduhan itu terhadap Anwar? jawabnya sudah pasti tidak kerana sayangkan negaralah Anwar tegur dan kritik kerajaan umno b-end sebab itu Anwar lancarkan slogan "SELAMATKAN MALAYSIA"

Berbalik kepada pemilihan Keadilan 2010, mengapa kecoh sangat? mengapa riuh sangat? Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? benarkah berlaku penipuan atau mereka yang bertanding tidak boleh terima kekalahan?
Mengapa mereka tegur dan kritik parti sendiri?

Adakah dengan menegur dan kritik akhirnya mereka juga dilabel sebagai pengkhianat dan ejen umno b-end. Jika itu jawapannya, apa beza tindakan umno b-end melebelkan Anwar sebagai pengkhianat kerana menegur dan mengkritik kerajaan dengan tindakan Keadilan yang melebelkan mereka yang berani menegur dan mengkritk kepincangan parti sebagai pengkhianat dan ejen umno b-end?


Tindakan ahli parti bertindak mengadakan demo di depan pejabat parti seperti video dibawah ini adalah tidak wajar. Gunalah saluran dalaman dahulu dan kita amat berharap pimpinan parti juga tidak dilanda sindrom "NAFI".


Tindakan mereka yang mengugut akan keluar parti beramai-ramai juga adalah tindakan yang terlampau. Tak perlu ugut nak keluar parti. Jika nak keluar, silakan parti tak pernah menghalang. Tetapi dalam masa yang sama pimpinan parti wajib ambil tindakan terhadap aduan dan bantahan mereka dan hendaklah menubuhkan "Badan Siasatan Aduan"



Tindakan mereka di atas berbeza dengan tindakan Chegubard yang juga pernah beberapa kali menghantar bantahan dan aduan kepada pimpinan parti dan juga telah bertemu dengan Presiden Parti Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Dato' Fauzi.


Semalam Malaysiakini telah menerbitkan artikal
Laporan Pemilihan : Ada 'campurtangan serius' Anwar.

Chegubard ketika dihubungi Malaysiakini mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama. Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Tukar Tiub juga pernah terbitkan laporan aduan ini tetapi telah dikeluarkan semula beberapa jam selepas itu namun Malaysiakini telah 'pick-up' laporan tersebut di
sini dan di sini.

Chegubard juga telah dihubungi Agenda daily dan ini jawapan Chegubard.
“Saya tidak nafi surat itu wujud, tapi saya tidak mahu layan Agendadaily kerana selalu tidak beri ruang yang adil kepada Pakatan Rakyat,” Itu komen calon Ketua Angkatan Muda PKR Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi lewat petang Isnin untuk mengulas suratnya mengenai kepincangan pemilihan PKR yang bocor.

“Surat tersebut bukan untuk tontonan umum. Saya memang ada menulis bukan sekali, banyak kali tetapi hingga kini tidak ada jawapan. “itu sahaja jawapan saya, saya tidak mahu ulas panjang kerana menjaga displin parti,” kata beliau sebelum letak telefon. Selanjutnya di sini.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.


"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."

Ada dua persepsi di sini. Pertama adakah berlaku penipuan dalam pemilihan atau yang kedua adakah mereka yang bertanding tidak boleh terima kekalahan?


Chegubard dalam kempen terakhirnya di Johor menjawab berbagai soalan dan kepincangan yang berlaku dalam pemilihan, katanya "Anwar adalah pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri dan Parti Keadilan Rakyat adalah yang parti yang sesuai oleh anak muda. Oleh itu jangan ada tindakan yang melampau dan semua harap bertenang dan bersabar, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan sudah laporkan segala kepincangan dan bukan soal siapa menang atau siapa kalah tetapi soal ketelusan itu wajib dilaksanakan dan berharap pimpinan parti akan ambil tindakan terhadap laporan".


Kesimpulannya adalah tidak adil dan tidak wajar jika umno dan b-end melebelkan Anwar sebagai pengkhianat dan ejen asing hanya kerana Anwar menegur dan kritik kepincangan dalam kerajaan dan begitulah juga dengan Chegubard. Adalah tidak adil dan tidak wajar melebelkan Chegubard sebagai pengkhianat dan ejen umno atau ejen zaid hanya kerana menegur dan kritik kepincangan dalam parti.


Tidak timbul soal Chegubard tidak terima kekalahan tetapi soal ketelusan dan kepincangan itu wajib disiasat segera demi untuk "SELAMATKAN PARTI KEADILAN RAKYAT" .

Kemenangan sebenar adalah kemenangan untuk menumbangkan umno dan b-end dalam PRU 13 yang dijangka akan berlaku dua minggu sebelum Tahun Baru Cina tahun 2011. Sehubungan dengan itu, sokonglah Pakatan Rakyat untuk "SELAMATKAN MALAYSIA".

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

8 comments:

  1. Brilliant comment from you brother...terus istiqamah dalam perjuangan. You are very similar to "Tulang Besi" @ Abd Rahman Abd Talib in many ways. walau pun disisih, dibenci, diugut, difitnah, ditohmah oleh orang pas sendiri...beliau masih terus istiqamah dan berjuang bersama pas..inilah quality pejuang yg pakatan rakyat perlukan.

    ReplyDelete
  2. sy berharap akn ada satu pengumuman drpd pemeimpin PKR terutama presiden or ketua umum utk menubuhkan badan siasatan bebas serta akn mengumumkan keputusanya secepat mungkin..jgn mengharap ahli2 tertunggu2..1 tindakan perlu dilakukan segera...sy akn benar2 kecewa sekiranya tiada tindakan segera..klu mcmni rakyat akn samakan PKR dgn umno...x guna kita melalak kerajaan x adil tp kita pun 2x5 jgk...

    ReplyDelete
  3. Zaid Ibrahim guna Utusan sebab tiada ruang bersuara dalam saluran PKR sendiri.

    Anwar marah Zaid dan jadikan itu alasan untuk mencaci nista Zaid dalam perhimpunan di Shah Alam hari tu.

    Kesimpulannya ialah Anwar ni berfikir serupa dengan UMNO. Salin kulit saja, isi dan hati tetap sama.

    ReplyDelete
  4. "Saya memang ada menulis bukan sekali, banyak kali tetapi hingga kini tidak ada jawapan. “itu sahaja jawapan saya, saya tidak mahu ulas panjang kerana menjaga displin parti,” kata beliau sebelum letak telefon. Selanjutnya di sini. " ini adalah ulasan chegu bard..

    Saya dapat merasakan, siasatan tidak akan dilakukan oleh JPP kerana masalah sebab sindrom BN-UMNO telah membiak dalam hati sesetengah golongan. Jangan telalu mengharap yang pemimpin PKR akan bertindak mengikut kehendak ahli. Jika benar (mendengar pandangan ahli) mengapa tiada tindakan dilakukan sejak awal lagi aduan diberikan?! setelah bukti terkumpul (melalui blog dan sebagainya) mengapa tiada satu langkah awal untuk memulakan proses siasatan?!

    Kita terlalu mengharap akan ada tindakan selepas aduan dikemukakan dan kita sentiasa masih lagi bersikap berlembut berkaitan isu keadilan dan hak dengan harapan akan sesuatau dilakukan oleh pihak berkuasa PKR. Malangnya, sehingga kini tiada apa tindakan dilakukan..

    Budaya kita yang terlalu berlembut menjadikan kita tidak kuat untuk bertindak. Hanya beberapa orang sahaja (seperti zaid) yang berterus terang dalam menghadapi ketidakadilan dalam parti dan sikap berterus terangnya itu pula dilihat seperti mengancam parti dan juga dilihat keras dalam memberikan ulasan terhadap parti. Sedang dikebanyakkan negara demokrasi ianya adalah kebiasan dalam berpolitik.

    Lihat sejarah bagaimana negara demokrasi seperti Amerika dan Peranchis membina tamadun 'demokrasi' dan kebebasan dalam berpolitik, mereka begitu terbuka. Hatta semasa Islam zaman para sahabat juga, rakyat mempunyai sikap berani dan tegas dalam hal-hal kebenaran contoh bagaimana Umar berceramah untuk berjanji menegakkan kebenaran dan tiba-tiba seseorang rakyat yang hadir bangun dan menghunuskan pedangnya dengan mengancam jika UMar tidak bertindak lurus maka dia akan meluruskan dengan pedangnya. Ini adalah sekadar contoh sikap tegas dalam hal kebenaran walaupun ianya pahit bagi sesetengah pihak..

    Diharapkan kita sedia paham mengenainya...

    ReplyDelete
  5. Kepada Chegu Bard,

    Kalah sekali bukan bermkna kalah selama2nya..ada lebih 50% ahli yg tidak mengundi dan saya pasti majoriti menyokong Che Gu Bard..

    ReplyDelete
  6. kata nak sama dgn aung san suu kyi (ASSK)..

    dia langsung tak pi luar negara, kena tahan dalam rumah, dia tak berjanji 16 sept, dia langsung xdpt coverage media, lawyer, dia xbuat ceramah..paling baik ASSK bukan biseksual macam anwar yang tibai kak wan dan tibai bontot lagi..disuruh bersumpah tak mau, kena kencing lagi ada pemujanya...

    din,

    malu dengan hang...

    ReplyDelete
  7. lepas ni potong line internet rumah Anwar...potong line telefon sume lah..senang..

    ReplyDelete
  8. Kepada belaci2 dan cybertrooper umno-yahudi.... get loss!Otak selut macam hampa tak layak berada di laman ni....belaci dan pecacai umno tak tahu berhujah...yg depa tahu... cuma maki dan mencarut.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.