Sunday, November 07, 2010

Pemilhan Keadilan 'HALAL' dihentikan segera.

Parti Keadilan Rakyat menafikan siri dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim bahawa kertas-kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.”

“Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan.

“Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau (didakwa) ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini,” kata beliau.

Selain itu kata beliau, Jawatankasa Pemilihan Pusat (JPP) juga tidak menerima apa-apa aduan walaupun sistem pemilihan kali ini membolehkan setiap calon yang bertanding menghantar ejen proses pengundian dan pengiraan undi (PACA) di setiap pusat pengundian.

“Kalau ada anasir jual kertas undi, tentunya PACA paling awal menyerang JPP, bukan seorang blogger liar,” kata beliau lagi.

Pentadbir Pemilihan Keadilan Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin juga menafikan perkara itu dengan menegaskan, beliau juga ingin tahu butiran lanjut mengenai tuduhan itu.

“Tidak benar... sebenarnya saya pun nak tahu dari mana, berapa banyak kertas undi boleh dibeli, harganya, tetapi kami telus (dalam mengendalikan pemilihan),” kata beliau

Calon jawatan naib presiden Nurul Izzah Anwar melihat dakwaan itu sebagai sesuatu yang berat.

“Saya memandang berat dakwaan ini dan saya menggesa agar siasatan mendalam dijalankan berhubung perkara ini,” kata Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditanya tulisan Haris semalam.

Pada masa yang sama beliau meminta ahli-ahli parti bertenang dan berkata, parti harus mengambil tindakan tegas dengan menjalankan siasatan rapi.

“Sebaik sahaja siasatan selesai, parti harus mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencuri harta parti, selain kerana telah membenarkan sekuriti dilanggar,” katanya lagi.

Sebanyak 68 cabang telah selesai mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan pada hujung minggu lalu - pusingan awal tiga hari pertama - dengan Azmin kini mendahului Datuk Zaid Ibrahim dan Mustafa Kamil Ayub bagi pemilihan timbalan presiden.

Pada sidang media minggu lalu, Saifuddin telah memberi penjelasan berhubung kesilapan pada pengumuman keputusan rasmi yang menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, pada Isnin lalu mendahului saingan tiga penjuru jawatan nombor dua itu buat seketika.

Dalam blognya kelmarin di bawah tajuk ‘PKR, and its ballot papers, up for sale’ (PKR, dan kertas undi untuk jualan), Haris berkata, beliau akan menemui seseorang yang mendakwa mempunyai kertas undi, yang boleh digunakan dalam pemilihan kali ini dan akan menyerahkan kepadanya sebagai bukti.

Dalam tulisan susulan bertajuk “Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers? (Kak Wan, apa yang anda mahu saya lakukan dengan kertas-kertas undi ini) semalam, Haris berkata, beliau menemui lelaki berkenaan yang menunjukkannya kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Kertas undi bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden semuanya membawa nombor siri manakala kertas undi MPP tidak.

“Dia memiliki 100 keping kertas undi kesemuanya,” tulis Haris dalam blognya The People’s Parliament.

Haris berkata, beliau bertanya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkannya tetapi dia enggan menjawab.

“Dia menjelaskan pengawas pemilihan JPP boleh memanipulasi senarai ahli yang menghadiri proses pemilihan, di mana peratusan keluar mengundi adalah rendah, diubahsuai ke arah peningkatan, dan dimasukkan kertas undi tambahan ke dalam peti undi,” katanya lagi.

Malah kata beliau lagi, di tempat tertentu tiada langsung senarai kehadiran ahli, keadaan yang membolehkan kertas undi tambahan dimasukkan ke dalam peti undi.

Haris memberitahu, lelaki berkenaan mengakui dia mendedahkan perkara berkenaan kerana kepimpinan yang dia memihak dilihat ditipu.

Malah menurut Haris, lelaki itu bertindak sedemikian dengan harapan sesuatu akan dilakukan untuk membetulkan keadaan itu dan jika tidak, tiada gunanya kekal dalam PKR.

Haris juga berkata, apabila ditanya siapa di belakang kejadian itu, lelaki berkenaan mendakwa Azmin dan sekretariat ibu pejabat dan beberapa anggota JPP di mana pengerusinya Dr Molly Cheah tidak lagi mempunyai kawalan ke atas jawatankuasa berkenaan.

Haris, peguam yang berpejabat di Bentong juga menunjukkan kertas undi yang didakwa diperoleh daripada lelaki terbabit dan mempersoalkan sama ada terdapat banyak lagi kertas undi di luar pada masa sekarang.

Haris juga bertanya sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjaya mempertahankan jawatannya tanpa cabaran akan melakukan sesuatu untuk mengatasi isu terbaru ini.

Malah dalam mesej Twitter semalam, Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali pula berkata, “anggota-anggota PKR harus waspada terhadap blog-blog dan laman-laman web yang menabur pelbagai fitnah untuk gagalkan pemilihan parti.”

“Mereka punya agenda buruk,” kata beliau yang tidak mempertahankan jawatannya kali ini.

Hari ini masuk hari kelima pemilihan dilangsung dan tinggal lima hari lagi.

Sharpshooter - Majoriti anak muda amat malu dengan perkembangan terkini dalam pemilihan Keadilan 2010. Pemilihan Keadilan 2010 wajar dihentikan segera. Jangan hina blogger setelah berkuasa, bukankah dahulu bloggerlah yang menjadi rujukan dan media alternatif Pakatan Rakyat sejak tahun 1998? Luahan terkini Mat Saman Kati di sini dan anak muda di sini.

Sepatutnya pemimpin atasan Keadilan insaf dengan kekalahan di Galas dan Batu Sapi. Sepatutnya mereka ambil pengajaran dari keputusan kekalahan dalam pilihanraya kecil tersebut dengan bermuhasabah dengan hukuman rakyat bukannya saling salah menyalah umno dan bn. Soal umno dan b-end gunakan media, jentera kerajaan, wang, pembangunan segera dan sebagainya itu perkara biasa. Sejak bila umno dan b-end tidak guna wang dalam pilihanraya?

Sharpshooter selaku penyokong Penerus Perjuangan Reformasi team Chegubard telah membuat beberapa laporan secara dalaman walaupun team Chegubard sedang mendahului. Ini bermakna bukan soal siapa menang siapa kalah tetapi ini soal ketelusan dalam keadilan. Ini soal masa depan Parti Keadilan Rakyat bukan soal individu yang bertanding.

Pemimpin boleh datang dan pergi, tidak akan ada pemimpin yang kekal sebab semuanya akan menemui ajal. Janganlah hanya kerana seorang pemimpin, rosak semua imej Perti Keadilan Rakyat. Biarlah ahli menentukan siapa pemimpin mereka tanpa dipaksa. Inilah pesanan Chegubard yang berjaya memikat hati anak muda Keadilan, Chegubard juga selalu berpesan, ini bukan soal Chegubard menang atau kalah, jangan taksub dengan Chegubard, jangan fanatik dengan Chegubard tetapi ayuh bersama Chegubard jika anak muda merasakan Chegubard boleh memimpin dan menegur pimpinan atasan. AMK wajib diberi nafas baru.

Akhir kata, kepada Saifudin Nasution, bertindaklah secara adil, siasatlah segala laporan secara adil, telitilah segala laporan dengan teliti sesuai dengan sifat anda yang memang amat teliti dengan angka dan fakta. Yang salah katakan salah, tidak ada kompromi.

Semoga Keadilan dapat bertindak segera sebab rakyat sudah menyampah dengan sesetengah pemimpin Keadilan. Ubah sebelum parah..ubah demi maruah.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

10 comments:

  1. dah agak dah benda mcm ni akan terjadi..aku berasa sedih dengan kenyataan sec gen..apa2 pun , aku tetap sokong zaid ibrahim utk timbalan presiden..azmin suka main taktik kotor...din, tlg siasat perkara ni din...

    ReplyDelete
  2. By N. Ganesan, National Adviser, Hindraf/Human Rights party

    Pakatan will never make it to Putrajaya if they do not take heed of what the People are saying. And they are saying we need a "New Pakatan".

    Pakatan is whittling away their opportunity for getting to Putrajaya, little by little with every passing day. This is directly because of the wrong policy frame they have chosen. Their explicit policy of not addressing the socio economic woes of the poor, their implicit policy of entirely supporting the developers and the business community (so very clear in Penang), their policy of maintaining the same basic development policy platform as BN, their policy of playing one-upmanship with BN on that platform, their policy of ignoring the unique problems of the Indian poor in the 4 states in spite of the glaring nature of the problem, are just some examples of where their policy frame is getting them down.

    On the political side, their decision to alienate and demonise Hindraf, to sideline Jeffrey in Sabah, to go in for three cornered fights, their implicit decision to sidestep PAS’ Islamic state agenda, the decision for Anwar not to contest for the top post in PKR, are all instances of decisions that aggravate their position. All of this is just not cutting it.

    On the ground, the poor people see no real difference between BN and PR. The thousands that voted in Batu Sapi, Galas, Hulu Selangor and Bagan Pinang are not even middle class, they are poor. It is not difficult to see why they are a bastion for BN.

    BN has a firm grip on these poor through purse string control over their local leaders, and through the media mind control over the people themselves, feeding them with a regular diet of propaganda. BN never really solved their problems and will never really solve their problems. So, they do what the power elites in most parts of the world do – deceive the people and control them with mind control.

    These disadvantaged and minority groups now see nothing really different coming for them from PR even where PR is in power. So, from their standpoint, since they do not gain or do not see any gains from an unknown entity, they have no real motivation to go away from a BN whom they believe is doing things for them – rightly or wrongly.

    As it stands in a General Election, PR only has a short campaigning period, and a whole host of promises about what they will do if elected. They can never match what BN can do with the might of their machinery during that period, besides what they do daily - with full 24 hour TV blasting through every household in the country with their hard hitting propaganda, all the newspapers working as their party organs and the country’s entire administrative structure ready at their call.

    PR has nothing to match this might in a GE. The only way PR can challenge all of this is not in the event of the GE but well before it, during its tenure as a ruling party, to have policies that result in changes for the people and to use these as examples for things to come all over the country – plain and simple.


    Ever heard of the Blue Ocean Strategy?

    If the majority of the people, the poor, can see true benefits like improved employment, improved incomes, better housing, better educational benefits, better treatment on contentious issues between the state and the people, then all of this BN electoral might will not make a difference when it comes time to vote. That is something that UMNO cannot match because of the class structure of UMNO. The lack of such a program just hands the advantage to BN. The current Pakatan is competing iwht UMNO/BN in the red ocean.The result: more Batu Sapis, Galases, Hulu Selangors and Bagan Pinangs all over the country in the next election and every election thereafter – dashing all our hopes for change.

    .

    http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/35792-the-people-are-saying-we-need-a-q-new-pakatanq

    ReplyDelete
  3. salam saudara
    save deposit PKR ialah anak muda dan mereka yg tidak suka akan BN. Natijahnya ramai yg atas pagar dan tidak berparti tp berprinsip.
    Maka, jika hal ini berterusan maka tidak mustahil sejarah S46 akn berulang.
    Justeru itu, marilah kita yg ikhlas dgn semangat Reformasi dan Ketuanan Rakyat Kemakmuran Islam menentang mereka yg berperangai sebegini.

    ReplyDelete
  4. Jangan lah buat cerita kalau ya pun nak sokong Zaid tu.
    Siasat lah dulu dan tak de siapa nak menghina blogger. Cuba tanya sama haris apa agenda dia sebenarnya?
    Orang yang menudah orang lain penipu sebenar nya dia lah kaki penipu.
    Pooraaah la lu. Kita ta kira siapa menang asalkan UMNO tumbang!!!

    ReplyDelete
  5. skg apa bedanya PKR ngan BN? persamaanya ada la... menghalalkan segala cara demi kuasa

    ReplyDelete
  6. Selagi anwar azmin kitsiang karpal guan eng ada selagi tu lah PR tk dpt kuasai putrajaya..semuanya ular dan kaki penipu yg hanya pentingkan kuasa mereka dan anak pinak masing masing! Aku tetap setia dgn tok guru dan harap harap PAS dpt ke putrajaya seorang diri tanpa PKR dan DAP yg punyai politik perkauman dan kotor!bagaimana caranya?wallahualam..moga mogaan PAS dpt menjadi sebuah parti yang kuat dan dpt berdiri dgn sendiri tanpa bantuan pkr dan dap.dgn ini insya Allah PAS dpt tadbir negara kita suatu hari nanti dan menjadi pengganti BN selama lamanya! Takbir!

    ReplyDelete
  7. http://www.zaiduntukrakyat.com/index.php?mact=News,cntnt01,detail,0&cntnt01articleid=225&cntnt01origid=15&cntnt01returnid=80

    ReplyDelete
  8. Mcm2la korang ni...mengarut jer semua 2...korang nk puas hati cmner lg?..ini baru plhanraya parti politik bkn plhanraya umum lg...blogger juga perlu buktikan bhw ada unsur penipuan...jgn hanya tulis dlm blog tp bukti tarak...apa cmni?KLU SMUA xpuas hati wat parti sendirila...sng citer..

    ReplyDelete
  9. Alah sharpshooter ckp pasal batu sapi konon.

    kamu ada di batu sapi ke?

    jambu kamu si badrul, calon timb si li kang ada di batu sapi ke?

    org susah payh berkempen, btg hidung x nampak sibuk berkempen tempt lain.

    tak malu ke?

    sharpshooter sokong la si haris kaki minum tu sbb blog dia ni sama banyak tabur fitnah, tuduh x de bukti, mcm si haris.

    sharpshooter klu orng beli bendera dia, semua baik lah. klu tidak, gunakan blog fitnah orng.

    ReplyDelete
  10. sblm ni kejenya menyalak je kat SPR skg sendiri praktik jadi SPR amburadul. bkn senang kan jadi SPR yg telus?

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.