Monday, November 08, 2010

Zaid "mati sebelum ajal"

Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Keadilan dan meletak semua jawatan dalam parti itu.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Keadilan Wilayah Persekutuan membuat keputusan itu kerana tidak ada usaha dari pimpinan parti untuk mengatasi pelbagai masalah manipulasi dan amalan pemilihan yang tidak adil, walaupun isu itu diungkit berkali-kali.

“Saya ditawarkan untuk bergabung dengan parti ini di bawah kepercayaan bahawa saya boleh mempromosikan politik progresif, memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya yang saya anggap penting bagi perkembangan demokrasi dan tata pemerintahan yang baik di negara ini.

“Aku salah,” tulisnya di dalam blognya http://www.zaiduntukrakyat.com hari ini.

Sharpshooter - Bukan mudah untuk menjadi seorang pejuang tulen yang sanggup menghadapi segala risiko. Jika takut pada risiko usah bicara soal perjuangan. Kita mampu berbicara tentang misi dan visi perjuangan tetapi tiada ertinya bila kita membuat keputusan drastik dengan meletak jawatan atau menarik diri.

Sharpshooter juga pernah berkata kepada imam muda Batu Cave YB Amirudin, mengapa team anda "Generasi Reformasi" yang diketuai oleh Rafizi, "mati sebelum ajal." Sebagai pemimpin anak muda kita wajib punyai pendirian yang jelas dan tegas bukannya tunduk dan angguk kepada telunjuk seorang pemimpin. Sebagai pemimpin anak muda kita wajib berjiwa merdeka dan bukannya bertanding atas arahan seseorang dan akhirnya menarik diri juga atas arahan seseorang.

Pemimpin anak muda wajib berdikari dan bukannya bergantung atau menyorok dibawah ketiak seorang pemimpin. Pemimpin anak muda akan dilihat terlalu lemah bila mana ianya bertindak atau membuat keputusan atas arahan orang lain tidak kira apa juga alasannya samada "U-Turn" atau "T-Junction." Bagaimana kita mahu menjadi seorang pemimpin anak muda yang hebat dan disegani sekiranya diri kita sendiri pun ibarat "masih menyusu dengan mama dan menyorok di bawah ketiak abah".

Berbalik kepada isu Zaid, ramai yang menelefon bertanya apa sebenarnya Zaid tarik diri dan melepaskan semua jawatan. Apa yang terjadi sebenarnya? Sebenarnya apa juga alasan yang diberikan oleh Zaid samada tentang ketidak telusan pemilihan atau soal campur tangan Anwar Ibrahim yang bermatian-matian bagi memastikan calon kesayangannya Azmin Ali menang atau mungkin beliau terlalu kecewa kerana ditipu penyokongnya di Sabah atau sebagainya, mengapa harus beliau menarik diri dan melepaskan semua jawatan?

Sepatutnya jika kita benar-benar seorang pejuang, kita wajib lawan dan terus lawan soal ketidakadilan yang berlaku bukannya mengambil jalan mudah dengan melepaskan semua jawatan dan menarik diri. Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai. Inilah sebenarnya ujian yang wajib ditempuh jika mahu jadi seorang pejuang tulen.

Sharpshooter seperti semua sedia maklum memang terlalu rapat dengan Chegubard dan berkempen untuk memastikan Chegubard ditabalkan menjadi Ketua AMK Pusat yang baru. Apakah Chegubard tidak punyai tekanan dan serangan hebat serta fitnah kerana menentang calon pilihan wahyu? Apakah Chegubard tidak membuat laporan secara dalaman kepada parti? Tidak perlu sharpshooter dedahkan semua laporan kerana kami sayangkan Parti Keadilan Rakyat yang lahir di atas darah dan keringat rakyat.

Kami cukup yakin dan akan terus menegur segala kepincangan dan penyelewengan yang berlaku biarpun Chegubard ibarat "anak tiri". Inilah semangat luar biasa yang dimiliki oleh Chegubard "membujur lalu melintang patah." Chegubard ibarat Hang Jebat bukannya seperti Hang Tuah yang taat membuta tuli. Inilah kehebatan Chegubard bersama teamnya "Penerus Perjuangan Reformasi".

Chegubard berkata....
Biar seratus tekanan yang datang...
Biar seribu serangan yang melanda...
Biar sejuta fitnah yang dilontar...
Biar patah sayap namun bertongkat paruh ku terbang jua...

Namun apa yang lebih penting dan selalu sharpshooter berpesan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan, jangan terlalu taksub kepada mana-mana pemimpin. Pemimpin boleh datang dan pergi. Pemimpin bukan malaikat yang tidak buat salah. Anak muda wajib berani menegur pemimpin jika terbukti pemimpin tersebut tergelincir dari landasana perjuangan.

Kepada ahli Keadilan, ingatlah menang kalah adat pertandingan tetapi soal penyelewengan dan ketidakadilan wajib ditentang dan yang paling penting teruskan perjuangan dan ingatlah musuh sebenar adalah umno dan b-end bukan sesama kita.

Jangan sampai pimpinan PAS dan DAP akan tinggalkan Keadilan dalam PRU13 kerana Keadilan dianggap beban dan sampah. Jangan sampai bila setiap kekalahan, Keadilan dipersalahkan. Ayuh kita kukuhkan Parti Keadian dan kukuhkan Pakatan Rakyat dan teruskan perjuangan untuk menawan Putrajaya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

20 comments:

  1. sharpshooter jgn nak lari dr persoalan pling penting bila zaid tarik diri.

    JAMBU SHARPSHOOTER - CHEGUBARD disokong & dibiayai oleh Zaid.

    Sekarang kencang bertiup jambu sharpshooter itu menggunakan pengundi hantu untuk naikkan undi dia & zaid terutamanya di N9.

    Skrg ini, biler funder dh x de, bila kiblatnya dah terbalik - mana si badrul ni nk pegi?

    Sharpshooter jgn cuba nak tonjolkan yg dia ni mulia.

    perangai sharpshooter yg melondehkan semuanya dlm parti dgn buat cerita2 fitnah utk naikkan jambu dia, samalah dgn perangai zaid yg pergi ke utusan untuk tikam parti.

    skrng Chegubard dh gundah gulana sbb kena tinggalkan Zaid - sedngkan semua reformis asal (bkn reformis yg mengaku juara rakyat tp masih duduk di maktab masa tahun 1998!) mcm Tian Chua marah kt dia.

    Mesti Tian Chua marah, jambu sharpshooter sanggup korbankan "kawan" ikut chai zaid, smpai di Rembau Tian Chua dpt 9 undi, Jonson Chong jambu zaid dpt 44 undi bg jawatan naib pres. X timbul pulak cerita mesti sokong reformis, yg x pernah turun ke jalan pulak yg jambu sharpshooter arahkn untuk rembau undi (tu pun x tahu brp undi hantu).

    sharpshooter kena jawb semua ni, dh lama sngt dh memfitnah orng & bermaharajalela.

    sapa yg nakkan kebenaran - tanya chegubard knp dia korbankn tian chua smta2 turut arahan zaid utk naikkan jonson?

    kpd semua yg baca, sebarkan ini.

    ReplyDelete
  2. Saya masih percayakan kepada anda,tetapi saya kecewa kenapa PKR sekarang nampak seolah2 seperti Semangat46!! Suka atau tidak betul atau tidak orang dah bagi tanggapan yg buruk kepad PKR..ini tentu akan datang kesan secara langsung kepada PAKATAN..bagi saya banyak kelemahan pemilihan jawatan kali ini..walaupun niatnya baik..saya harap pada masa hdapan pemilihan utuk pusat dan negeri diadakan secara bersama, tidak perlu tempoh menunggu begitu lama seprti sekarang..biar tempoh yg lama menunggu digantikan dengan waktu kempen..ahli dan biasa terikut seperti pilihanraya biasa..jadi jika ada tempoh atau gap diantar dua pemilihan..tentu ada yg malas keluar dah sebab hype tu pun dah hilang..dan tanggapan negatif keputusan boleh dimanupulasi pun ada...harap dimasa hadapan sebelum ada pemilihan penerangan rasmi kepada ahli2 dilakukan oleh cabang..biar ahli2 rasa mereka ada tanggungjawab utk memilih pimpinan parti..jika PKR benar2 nak meningkat martabat rakyat dan menhapus kezaliman biarlah ia dilihat dan dirasa perlaksanaannya..terus terang saya rasa sekarang PKR semakin lemah..bukan semakin kuat..mungkin betul mungkin salah..tapi itulah persepsi peribadi saya..sedangkan 2 parti kompenan lain seperti PAS dan DAP semakin mantap..adakah PAS dan DAP tidak punyai masalah..sudh tentulah tidak..tetapi mereka berjaya selesaiakn semua permasalah dengan baik..umpama krisis DAP Perak..tapi saya lihat PKR Sabah masih lagi haru biru..seolah2 tiada siapa pun penduli..nasib baiklah PKR Sarawak nampak dah stabil sikit..jangan jadikan PAKATAN dan PKR sperti "One Time Wonder" seperti Kerajaan PAS Terengganu..sudah tentu Kerajaan PAS Terengganu 100X lebih baik dari mana2 kerajaan UMNO Terengganu..tetapi kenapa mereka tumbang sedangkan Kerajaan PAS Kelantan tidak? Belajarlah dari masa lepas..Rakyat melihat kita!!!

    ReplyDelete
  3. Antara2 keburukan pemilihan PKR ni adalah spt berikut:

    1. Perpecahan di dlm ahli2 PKR
    2. PRK di batu sapi n galas PR tewas
    3. Berkurangannya penyokong2 Anwar..
    4. Byk Blogger2 yg menyokong PR mula berpaling tadah dan asyik menyalahkan parti
    5. Kedudukan UMNO/BN semakin kuat
    6. xmustahi kubu2 PR akn jatuh semula ke tangan BN
    7. Rmainya batu api dan musuh yg memecah belahkan PR

    Sedara2 sekalian..lihatlah skg..harapan PR utk menguasai putrajaya tinggal harapan sahaja..BN tetap akn menguasai Malaysia sampai bila2..sekiranya pemimpin PR tdk meneylesaikan mslah ini dgn segera..maka percayalah...kita x akn blh berkuasa di malaysia selama2nya..

    ReplyDelete
  4. para penyokong zaid..anda lihatlah zaid...inikah pejuang yang kita harap2kan...Mengalah sblm brjuang..
    pkr2knla

    ReplyDelete
  5. aku sokong keputusan zaid tandanya dia org ada prinsip. klu dr awal je HQ kempen buat azmin apa maknanya? yg pasti DSAI skg dah X macam dulu kurang wibawa semata2 sayangkan si ganteng lupa dng laungan DEMOKRASI. klu 2/3 bln lagi ada pilhn raya dah pasti tumbang PR. kesian kat DAP ngan PAS

    ReplyDelete
  6. Sharpsooter pun nak ikut Zaid tubuh parti baru ke?

    ReplyDelete
  7. Zaid lebih licik dan cerdik daripada Anwar Ibrahim - Zaid menjadikan dirinya sebagai mangsa dan korban "demokrasi" ala-Anwar Ibrahim, agar beliau mampu menuju ke puncak dan menjadi sang juara pada masa ketiadaan Anwar Ibrahim kelak!

    Menjadikan diri sendiri sebagai mangsa kezaliman dan penindasan - merupakan jalan pintas dan paling mudah untuk seseorang ahli politik menuju ke puncak kuasa- Zaid meletakkan semua jawatan politiknya dalam PKR, namun demikian, harus diingat beliau masih tetapi sebagai ahli PKR, yang pada bila-bila masa mampu untuk kembali merebut jawatan-jawatan utama dalam PKR. Zaid bijak berpolitik - beliau tahu bila dan di mana mesti bertindak. Untuk masa yang akan datang

    ReplyDelete
  8. sepatutnya pemilihan diadakan serentak di semua 222 cabang.kita pandai kutuk spr, tapi kita lagi teruk daripada spr.

    ReplyDelete
  9. mudah-mudahan zaid tak keluar pkr

    ReplyDelete
  10. apa nak jadi ngan zaid nie.......
    kalau tarik diri n letak jwtn semua.....apa ke bende nya nie???...

    perjuangan memerlukan 'kekuatan' dan 'kebijaksanaan' dari diri calon itu sendiri.......
    yg dok tunggang langgang dulu tu...sis-sia saja laa.......

    kalau apa masalah sekalipun...kena ingat!!!.......kita bertanding...hadapi dulu....lawan dulu......baru orang kata ada teloq.......
    nie macam roti tak dak kuah saja...
    jenuh mengkelan laa ........

    persetan kan dgn 'signal' dari sapa pun jugak.....apa nak heran pasai 'signal'tu.......
    macam orang kata kalau nak buat bendang....kena laa basah seluaq......

    kah kah kah

    ReplyDelete
  11. Ha apa dah jadi sharptumpul..beria-ria sokong zaid..pejuang bacul nasib baik x menang kat Hulu Selangor..kalu tidak dah lompat apa..elok sangat la tu..Azmin calon yang taat setia..Zaid ni nk hancur parti kita.

    ReplyDelete
  12. Zaid ni aku tengok bukannya seorang yg tak boleh terima kenyataan saja tapi hadir dengan jiwa yg perasan bagus yg keterlaluan menyebab dia sukar dlm politik


    Zaid dah nampak indikatornya bilamana negeri Sabah memilih Azmin dan dia cuma mendapat sedikit saja undi, Zaid ni jenis tak suka terima kekalahan! Dia mahu menang sentiasa! kalau tak ikut apa yang dia mahu, maka dia akan lari tinggalkan apa saja yang dia sedang hadapai!

    Dulu dia keluar UMNO katanya sebab orang-orang UMNO tak bagi kerjasama kat dia sebab dia nak tukar tah apa benda tah, pastu dia join PKR,
    Bagi aku Zaid Ibrahim adalah seorang LOSER! Jenis tak boleh nak terima kenyataan! Tak boleh nak terima kekalahan. Kira senang cerita dia ni bukan jenis ANAK JANTAN

    ReplyDelete
  13. zaid ibrat sudah hampir sampai anzal.....

    tapi dia mati pucuk sebelum anzal..

    lelaki macam ni memang kena terajang dari katil punya....

    tak dapek den nak menolong aee.....ngabihkan bogheh iyok...

    kah kah kah kah kah kah ...

    ReplyDelete
  14. ... maka berbuih-buihlah banyaknya gerombolan umno-haprak MENEGUK DI AIR KERUH KONONNYA membela zaid utk pastikan paku terakhir pada keranda pkr secured, kita akan dengar dicorong2 radio, dikertas2 akhbar untuk sebulan yg akan datang. macam2 versi, analisis, komen dan aku tak hairan kalau najib atau muhyidin sendiri komen kat TV3 suku malam ni.
    Kpd pejuang2 keadilan dan kebenaran tak kira pkr, dap atau pas, biarlah zaid dengan keputusan dia, tak perlu di perpanjangkan. Life goes on...walaupun ribut dalam pkr, kalau diadakan pru sekarang aku akan pastikan bn-umno di humban ke lubang najis.. dosa umno kepada orang melayu terlalu besar. Terlalu besar sehingga cerita ribut zaid ini pun tak mampu untuk ubah sasaran senapang aku.
    LAWAN TETAP LAWAN!!!!

    ReplyDelete
  15. pengaruh zaid ibrahim tak sehebat mana kalau beginilah perangai beliau dalam menerima keputusan ahli..tak semestinya seorang yang bekas menteri lebih hebat dan berpengaruh dari azmin ali..ingat zaid ibrahim ketika dalam umno dulu pun tak la... berpengaruh sangat..pegang kata2 nazri aziz menteri di JPM sekarang..setelah beliau masuk PKR la nampak cam hebat tetapi akhirnya ahli PKR yang buat keputusan yang jelas azmin lebih berpengaruh.ini membuatkan peminat setia zaid ibrahim mula mengeluarkan kata2 yang mengecam azmin dan anwar serta etika dalam pemilihan parti sendiri..diakui pemilihan PKR tidaklah seratus peratus sempurna dan masih boleh diperbaiki namun demokrasi terus subur dalam PKR yang baru berusia 11 tahun sejak penubuhan parti keadilan nasional tahun 1999 dulu.penjelasan SU agung mengenai pemilihan PKR meyakinkan ahli namun zaid ibrahim jgn la berkecil hati dan cepat putus asa dalam berjuang...bukanla seorang pemimpin dan pejuang tulen yang berundur semacam zaid ibrahim ini..ikon reformasi anwar ibrahim ternyata berada dalam kelas yang tersendiri sebagai pemimpin hebat di mana begitu banyak onak dan duri dilaluinya sepanjang beliau
    menceburi dunia politik tetapi beliau tidak pernah berutus asa dan mengalah...zaid ibrahim harus terus bersama menjadi tonggak pimpinan PKR,janganlah cepat merajuk. ..anda masih diperlukan ahli-ahli dan pimpinan PKR serta rakyat yang cintakan keadilan..fikir2kan pemimpinku saudara zaid ibrahim!

    ReplyDelete
  16. Aku rasa... ramai yang komen ni cuma melihat dari jauh..

    Din.. Hang bukan Campaign Manager Zaid kawasan utara ka?

    ReplyDelete
  17. tak sangka din senyap je..awat din..dah bisu ke ?? duk gigit jari ke ?? sebab kuda hang dah tarik diri..tu la hang suka sokong membabi buta..tak kenai betis tak kenai peha..skrg ni padan muka hg...hgpa nak lawan apa dalam pkr..setakat nak reformasi..reformasi hgpa nak letak anwar jd pm..tu ja yg hgpa tau..dia main pungkok ke tidak hgpa bukan kisah pun...bila dh kena, baru hgpa ternganga..kah kah kah...seronok btui tgk org2 pkr skrg ni..semua mcm kera kena belacan..nak lawan tetap lawan konon..parti sendiri pun huru hara..podaahhhh !!!!!

    ReplyDelete
  18. Kepada Anak Sungai Derhaka,
    Today's politic is about perception brother. Mungkin you rasa yg you adalah sebahagian darpada orang2 "inner circle" politik pkr (tak kiralah dari group mana pun), jadi pandagan orang lain tak relevant, you saja yg betul. Your way of thinking is wrong brother. Pandangan orang2 diatas tu lah yg real dan relevant yg menjadi sebahagian daripada statistik sebab mereka bukan hanyah terima tarbiah/asuhan/didikan dari juzuk2 tertentu sahaja dan lantas terus taksub. Pandanagan serta penilaian mereka adalah umum dan general perception inilah yg membawa kepada keputusan PRU12 March 2008.
    If you want us to think that you are right... you show it and you act like one. Malangnya semua media perdana milik umno, jadi berapa kerat sangat boleh saksi your thought and your stuggle!!
    Tapi macam mana pun aku tak peduli lah apa jadi dalam pkr ini, yg penting pemimpin2 hipokrit umno perlu di humban ke lubang najis.
    LAWAN TETAP LAWAN.
    DULU BN KINI PR.

    ReplyDelete
  19. salam...

    aku memang bengang ngan pkr tambah lagi anwar leh wat bodoh n menangkan azmin lagi.selama ni aku pegi kempen untuk kemenagan pkr dalam prk sia2 je.buang duit aku je g sabah,sarawak,kelantan,n9,selangor n kedah.semangat setiakawan selama ni hilang macam tu je.harap pkr ubah la sikap pilih kasih ni.betul la kata asri anwar perlu berehat..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.