Saturday, February 19, 2011

Chegubard bersama Penternak kerang merayu kepada Guan Eng.

Chegubard bersama penternak kerang Seberang Perai menuntut kepada Kerajaan Negeri P. Pinang agar mempertimbangkan Lesen Pendudukan Sementara (LPS/TOL) diberikan terus kepada penternak kerang yang sedia ada.

Untuk makluman, semasa pemerintahan BN, kawasan penternak tapak kerang diberi kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

PNK sepatutnya mengusahakan sendiri tetapi mereka bertindak hanya mengaut keuntungan 'atas angin' terhadap penternak kerang.

Kerajaan Negeri hanya mengenakan kadar bayaran sewa kepada PNK hanya RM3.00 seekar tetapi PNK mengenakan kadar sewa kepada penternak kerang dengan kadar sewa yang sentiasa naik dan kini kadar sewa mencecah RM140.00 seekar.

Kemudian PNK juga mengenakan kadar cukai setiap guni kerang 50 sen kepada penternak kerang, ini ternyata telah membebankan mereka.

Tambahan pula kini pendapatan mereka terjejas akibat pembinaan Jambatan Kedua P.Pinang, pencemaran tempat pembuangan sampah Pulau Burung dan sisa buangan industri kilang.

Chegubard selaku Pengasas Solidariti Anak Muda (SAMM) menegaskan bahawa sistem 'orang tengah' warisan BN wajib dihapuskan segera.

Beliau cukup yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Rakyat P. Pinang berjiwa rakyat di bawah kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng akan prihatin dan akan memenuhi hasrat permintaan penternak kerang tersebut.

Menurut Chegubard beliau menjangkakan umno akan cuba mengambil kesempatan isu ini dengan memainkan sentimen perkauman.

Beliau menegaskan dengan mengambil contoh penternak kerang berdaftar Seberang Perai Selatan (SPS) dari 12 orang penternak, 8 orang daripadanya adalah Melayu, mereka inilah ditindas oleh sistem 'orang tengah'.

Chegubard juga berharap Kerajaan Negeri PR P.Pinang akan menyewa tapak kerang terus kepada penternak kerang dan bukan lagi kepada 'orang tengah'.

Saudara Rizal Hamid selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya DUN Sg Acheh turut hadir.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

4 comments:

  1. Lawak la bila aku baca bab ni, "Saudara Rizal Hamid selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya DUN Sg Acheh turut hadir."

    Bila masa dia dilantik sbg Tim. Pengarah Pilihanraya DUN Sg. Acheh?
    ataupun dia sendiri yg lantik diri dia mcm dia angkat diri dia sbg Penyelaras DUN masa hari tu?

    Ni nak habaq bg kat hang, RIZAL HAMID takdak apa2 jawatan pun dlm PKR N.Tebal. Lain kali rujuk kpd cabang dulu... Jgn tulih ikut dgr dr mulut Rizal si perosak tu saja.

    -Ma'assalamah

    ReplyDelete
  2. mana muka melayunya din?
    duit tu masuk koperasi elok la org melayu juga dpt dividen ramai2,,
    nk tagih undi pun jgn jd penghianat bangsa din

    ReplyDelete
  3. tuhan tak suruh bela melayu saja bila jadi pemimpin ...cina tu pun makhluk tuhan jugak. karat betul la otak yang jenis macam ni

    ReplyDelete
  4. Kepada tanpa nama,jgn jadi bodoh & guna nama melayu utk tekan nelayan...siapa yg dapat faedah sbnrnya!

    Ahli lembaga pengarah bercuti sambil belajar di medan?itu maksud bantu melayu???

    Kebanyakan bencana nelayan dibantu LKIM jgn nk racist tak tentu pasal...klau sewa tanah tol pada org lain sudah salah...semua penternak kerang yg menyewa pd persatuan nelayan tu adalah ahli sendiri...jgn nk timbulkn isu tak tentu hala nanti org ckp bodoh tak bertempat...

    Klau ko tu nk sara anak bini nelayan bgtau la nama dgn no kontak kat sini...jgn ckp mcm tin kosong...sikit2 melayu..sikit2 melayu...tp yg dpt tanah penternak nanti melayu yg usahakan sendiri bukan melayu yg mkn hasil usaha org lain...bodoh!!!!

    Lie Changkat Nibong Tebal

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.