Sunday, February 20, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kebun Sireh baru bermula

Ahad - 20 Feb 2011 - Hari ini JKKK Kebun Sireh dengan kerjasama Surau Al-Huda Taman Sireh, Belia 4B Kebun Sireh dan Persatuan Penduduk Taman Kebun Sireh buat julong kalinya mengadakan program bersama Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Kebun Sireh.

Majlis baru bermula dan akan berakhir hingga 3 petang ini.

Aktiviti yang diadakan adalah berzanji/marhaban, kempen derma darah, daftar warga emas, daftar ibu tunggal & OKU, Dartar pemilih baru SPR dan semakan daftar SPR, ceramah, jamuan, kuiz dan berbagai acara menarik.

Risalah kerajaan negeri, suara CAT juga turut diedarkan.

YB Ong Chin Wen juga turut akan hadir bersama rakyat hari ini.

Mai jangan tak mai..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

  1. Salam brader din, ada email kat dijaabadi@gmail.com mohon baca.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.