Saturday, April 30, 2011

Kenyataan Media AMK P.Pinang isu sumpah

Laksana Qazaf, Tolak Sumpah Fitnah!
30 APRIL 2011

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang diambil oleh semua pihak yang bersekongkol dalam 'menjayakan' upacara Majlis Sumpah Laknat semalam.

Tindakan ini telah dengan terang-terang mencemari kesucian rumah Allah dan mencabar kesucian Islam sebagai agama rasmi di negara ini.

Ingin ditegaskan di sini, tiada istilah Sumpah Laknat di dalam Islam melainkan Sumpah Li'an dalam pembuktian tuduhan zina yang melibatkan suami-isteri.

Dalam kes ini, kegagalan pihak Datuk T mendatangkan 4 saksi yang layak, telah dengan jelas mensabitkan mereka dengan hukuman Qazaf (80 kali sebatan). (Rujuk Surah An-Nur: Ayat 4)

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar seluruh rakyat khususnya Umat Islam agar tidak mudah terpengaruh kepada propaganda terbaru tajaan UMNO ini yang dipentaskan demi memastikan mereka terus bernyawa.

Jelas dalam kata lain, majlis yang diadakan semalam itu bolehlah dikelaskan sebagai perkara Bid'ah Dalalah (Pembaharuan dalam Islam yang menyesatkan) dan lebih tepat lagi, ia adalah hanya Sumpah Fitnah semata-mata.

Justeru, kami Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) menyeru agar Datuk T yang diketuai oleh Datuk Rahim Tambi Chik agar segera BERTAUBAT atas kesalahannya mencemarkan kesucian Islam & rumah Allah dalam majlis tersebut.

Keengganan mereka untuk bertaubat adalah cerminan mereka sengaja mencabar kemurkaan & laknat Allah ke atas mereka bertiga dan semua pihak yang bersekongkol dalam rekayasa Sumpah Fitnah itu.

Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan selaku Presiden UMNO, ada ingatan untuk beliau. Kami ingin mengingatkan beliau agar tidak ambil sikap selesa & 'cuci tangan' di belakang peristiwa Sumpah Fitnah tersebut. Keterlibatan pihak berkuasa untuk 'menjayakan' pementasan fitnah tersebut tidak boleh hanya dilihat sebelah mata. Beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya di atas aib yang ditanggung oleh Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya atas siri-siri 'Kebodohan & Perlecehan agama' yang terjadi dan ini amat mencalar maruah Islam & Negara!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

3 comments:

  1. Salam bro SS.
    Apa AMK kata?Mencemar kesucian rumah Allah?

    Biar betul bro.Aku berada 3kaki berhadapan dengan Sam Ketot yang menyerang dan merusuh ruang solat smlm dan menghambur kata kata kucah dalam masjid.

    Itu apa ke jadah kalau bukan menodai kesucian masjid?

    ReplyDelete
  2. AMK MESTI BERJUANG MEMERTABATKAN PEMIMPIN YANG AKAN MEMERTABATKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT. AMK TELAH MELAKUKAN SEMBAHYANG HAJAT SEBAGAI MENYATAKAN SOKONGAN DAN MENGIKUT LANDASAN KEMURNIAN ISLAM SEJATI. MAKA AMK MESTI TERUSKAN DAN JADIKAN AMALAN PARA ULAMA DAHULU IAITU SEMBAHYANG HAJAT DAN BACAAN YASIN 40 JEMAAH SELAMA 40 MALAM BERTURUT-TURUT DAN DOA KEPADA ALLAH AGAR PENFITNAH TERUTAMANYA YANG MENYAMAR DAN BERLAKUN SEBAGAI DSAI DALAM VIDIO PRONO DILAKNAT ALLAH. HANYA ALLAH YANG AKAN MENURUNKAN HUKUMAN SETIMPAL KEPADA PENFITNAH. JANGAN LUPA DOAKAN LAKNAT JUGA UNTUK SAIFUL, DS NAJIB DAN UMI HALFIDA KERANA FITNAH MEREKA KEPADA DSAI. SEMOGA DENGAN USAHA AMK YANG MURNI INI MAKA ALLAH AKAN TUNJUKAN KEBENARAN DAN KEMURNIAN DSAI.

    ReplyDelete
  3. Hanya orang yang bersalah saja sanggup bersumpah...kerana hendak melepaskan diri & takut dibicara..tanyalah pegawai agama semasa operasi di bulan puasa..ada yang sanggup mengaku kafir kerana tak mau ditangkap & didakwa kerana tak berpuasa..

    Orang yang benar tidak perlu bersumpah tetapi sanggup dibicarakan di Mahkamah Syariah yang adil..

    Anwar telah bersedia untuk ke Mahkamah Syariah..sampai sekarang tak panggil2..

    Kenapa takut???..mustahil hukum Allah tak adil plak..atau belum jumpa Hakim Syariah yang sanggup bersekongkol untuk menjatuhkan hukum mengikut kehendak skrip???

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.