Wednesday, May 04, 2011

Eloklah berambus....

Sudah sampai masanya katak zahrain melepaskan jawatan selaku Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) setelah 16 perlawanan, pasukan Pulau Pinang hanya mampu seri dalam satu perlawanan dan tewas dalam 15 perlawanan.

Pulau Pinang kini menduduki tempat tercorot. Jika beliau ada maruah dan tanggungjawab, beliau sepatutnya berundur dan melepaskan jawatan selaku Presiden FAP.

Tetapi kita juga sedia maklum, zahrain memang tidak ada maruah sebab itu beliau juga tidak mahu lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru yang dimenanginya atas tiket Keadilan. Rakyat Bayan Baru mengundinya bukan kerana namanya zahrain tetapi mengundinya kerana menyokong Pakatan Rakyat atas tiket Keadilan.

Jagdeep Singh ketika berucap di dalam Dewan Undangan Negeri P.Pinang berkata zahrain adalah punca Pasukan Bolasepak P.Pinang menduduki tempat tercorot.

Katanya lagi "Sesuatu harus dilakukan bagi mengatasi masalah prestasi skuad bola sepak negeri ini, yang pada suatu ketika dahulu pernah digeruni dan menjadi kuasa besar dalam arena bola sepak dengan menggondoli beberapa kejuaraan utama.

"Ini juga adalah berpunca dari Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang tidak berfungsi serta berperanan untuk membawa kejuaraan dan kegemilangan persatuan bola sepak ini,” dakwanya.

Katanya, pengurusan yang tidak cekap itu harus diberi perhatian oleh kerajaan negeri, dengan mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah kemerosotan prestasi pasukan bola sepak negeri ini


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. Beberapa bulan sebelum YB Dato' Seri Zaharin Bin Hashim melompat keluar dari PKR,saya terserempak dengan dia didalam pesawat Firefly dari Penang ke KL,masa nak keluar pesawat,bersesak berdiri dalam pesawat yang kecil,saya hulurkan tangan berjabat dengan nya,penerimaan nya acuh tak acuh bila saya cuba berbual,mata nya lagsung tidak melihat saya tetapi jelas mata nya terpaku kepada seorang perempuan yang agak anggun,cantik bergaya didalam pesawat tersebut,tak buang mata punya dok 'jegey'.. Saya bersangka baik kepada pemimipin,tetapi dalam hati berkata 'macam ni kah pemimpin PR,tak lama dia ni rasanya' Alhamdulillah sebenarnya dia telah diterajang keluar oleh ALLAH SWT,kesesuainya berada didalam parti yang membebaskan isteri berpelukan dengan jantan mana yang disukainya... Ho ho ho..
    Bangunlah Bayan Baru!!!!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.