Wednesday, May 04, 2011

Pengkhianat Islam

Pengkhianat Islam - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.

Sharpshooter - Mengapa kes liwat 1 dan 2 Anwar dibawa ke mahkamah sivil, sepatutnya kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah, bukankah ini bukti umno pengkianat Islam sebenarnya....

Mengapa bila hero porno Chua Soi Lek secara terang menghina Islam semasa kempen di Tenang, mengapa umno masih menyokong kenyataan Chua Soi Lek, bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya....

Mengapa Ustaz Ibrahim Libya dituduh komunis dan pengganas lalu mereka dibunuh beramai-ramai di Memali, bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...

Mengapa bila Obama umumkan Osama mati dibunuh, pemimpin umno menyokong Obama dan menuduh Osama pengganas, apakah tentera Israel dan Amerika yang membunuh jutaan umat Islam dengan begitu kejam dianggap sebagai pengaman dunia? Mengapa pemimpin umno menyokong tindakan tentera Israel dan Amerika? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...

Mengapa umno sanggup habiskan RM70 juta wang rakyat untuk melantik penasihat APCO? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...

Mengapa umno sanggup memecat mufti Selangar Allahyarham Ustaz Ishak Baharom kerana beliau mengambil tindakan ke atas tiga orang ratu cantik yang beragama Islam? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya...

Mengapa ada pemimpin umno yang sanggup menghina dan memperlekeh Hukum Hudud dengan mengatakan kalau nak makan sup tangan pergilah ke Kelantan? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya....

Mengapa peruntukan untuk sekolah agama Islam ditarik balik oleh umno? bukankah ini satu lagi bukti umno pengkhianat Islam sebenarnya....

Ini adalah sebahagian dari bukti-bukti yang jelas bahawa umno adalah pengkhianat Islam sebenarnya, banyak lagi bukti-bukti lain.. Mungkinkah masih ada lagi pimpinan Pas yang berminat dengan "Kerajaan Perpaduan" untuk bergabung dengan umno atas dasar Melayu Islam?

Mengapa mufti hanya berani bersuara tentang sesetengah isu yang menyebelahi umno tetapi diam membisu bila isu Islam dihina?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. mitos kesatuan melayu ni kalau mufti melayu ataih nie berani TEGUR polis sebangsa dia pun dah cukup baguih!

    lan-chow punya mufti!

    suruh dia pi buang je kitab2 agama dia kalau bangang nak mampos!

    sumpah aku menyampah dgn melayu bodoh macam mufti nie!

    ReplyDelete
  2. adakah Utusan berani keluarkan kenyataan penuh Dr Juanda?
    "Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib.." - ini menunjukkan Utusan yang menambah sendiri perkataan "Umno dan Pas". Kalau dibuang (Umno dan Pas), TG Nik Aziz pon dah cakap benda yang sama beribu kali..

    ReplyDelete
  3. wahh! bila Dr Juanda kata tak sah video seks sebagai bahan bukti, dia diangkat sebagai ulama' hebat, mufti tersohor, paling berani..
    bila dia sebut penyatuan Umno dan Pas (betul ke dia sebut?) tiba-tiba lan-chow pulak..
    dawai koko+, engkau tu yang bangang nak mampos!

    ReplyDelete
  4. DAWAI KOKOIT KARAT... Kepala hotak hang lagi berkarat.. hoi baghal.. kao tak baca ke senarai pengkhianatan UMNO pada melayu dan islam yang si Din listkan. Buta dan pekak kao niii. Bukan khayalan dah lama berlaku daaaahh.. Hang memang bangang!!

    ReplyDelete
  5. juanda bukannya maksum.. ada pendapat dia betol dan ada tak betol.. nak samakan UMNO dengan khalifah saidina Ali?1!! kepala lutut pencacai UMNO!! lu orang UMNO pikir sendiri!! dahlah sombong, baghal pulak!!

    ReplyDelete
  6. umno tu parti korup nape perlu bergabung,Tuan Mufti berpada2 la nk bg idea pun,ingat kite buta ke,slagi ada ketua penyamun dlm umno baik xpyh,udahnye sok PAS yg kena terajang,Pas xkn nk masuk lubang yg sama 2 kali..

    ReplyDelete
  7. sebab tu PAS perlu bergambung dgn UMNO utk memantapkan lagi melayu dan memperbetulkan segala kesilapan masing masing,juga UTAMAKAN islam di malaysia.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.