Rektor Kolej Universiti Insaniah (Insaniah), Profesor Datuk Dr Jamil Osman bersedia melepaskan jawatannya sekiranya diarah oleh Lembaga Pengarah Insaniah atau Pengerusinya yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Katanya, beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan selagi arahan tidak dikeluar secara rasmi.
"Saya tidak disuruh letak jawatan, kenapa saya perlu buat demikian. Tetapi jika Menteri Besar selaku Pengerusi Insaniah arahkan saya berundur, hari ini juga saya letak jawatan, kerana saya dilantik untuk tugas itu," katanya ketika ditemui selepas majlis MoU antara Insaniah dengan Universiti Islam Yala, Thailand di Wisma Darul Aman.
Jamil juga menyifatkan dakwaan yang mengaitkan dirinya dalam kemelut Insaniah sebagai bukan serangan peribadi, ekoran semua keputusan babitkan kolej universiti itu, bukan diputuskan beliau, sebaliknya oleh Lembaga Pengarah.
Mengulas mengenai memorandum diserah staf Insaniah, Jamil berkata, perkara itu dibincang dalam mesyuarat Lembaga Pengarah dan mereka putuskan hanya Menteri Besar layak mengulas isu terbabit.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tanah Runtuh Di Jalan Gunung Brinchang, Sebahagian Laluan Ke Cameron
Hihglands Terhalang
-
*CAMERON HIGHLANDS: *Tanah runtuh di Jalan Gunung Brinchang, dekat Sungai
Burung, Brinchang di sini pagi tadi menyebabkan sebahagian laluan jalan
terhala...
1 day ago