Penyanyi kumpulan Crosstown dari Pulau Pinang, saudara Ramli baru menghembuskan nafas yang terakhir akibat sakit barah usus. Beliau baru menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Pulau Pinang sebentar tadi lebih kurang pukul 6.20 petang.
Jenazahnya sedang diurus untuk di bawa pulang ke rumahnya ibu bapanya di Glugor, Pulau Pinang. Beliau masih bujang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...amin..
Pada bulan April tahun ini, kumpulan Crosstown juga kehilangan pemain gitar utama "Din Bass" yang juga menghembuskan nafas terakhir akibat barah tulang. Citernya di sini.
Inilah adalah antara dua lagu yang cukup popular oleh Crosstown iaitu lagu "Pulau Pinang Kita"dan "Bicara Tanpa Balasan".
Inilah gambar Ramli kali terakhir Sharpshooter menziarahinya ketika beliau masih di rumahnya di Glugor. Ketika itu pun terasa sedih dan pilu melihat keadaanya yang terlalu kurus dan sakit. Allah lebih menyayanginya... Al-Fatihah..
Tanah Runtuh Di Jalan Gunung Brinchang, Sebahagian Laluan Ke Cameron
Hihglands Terhalang
-
*CAMERON HIGHLANDS: *Tanah runtuh di Jalan Gunung Brinchang, dekat Sungai
Burung, Brinchang di sini pagi tadi menyebabkan sebahagian laluan jalan
terhala...
1 day ago