Kerajaan negeri Pulau Pinang belum membuat keputusan sama ada mahu membubar Dewan Undangan Negeri serentak dengan pembubaran Parlimen.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, masih terlalu awal untuk membuat keputusan itu walaupun telah ada perbincangan mengenainya di antara pemimpin tertinggi kerajaan pakatan sebelum ini.
"Kami hanya akan umum keputusan muktamad apabila Parlimen dibubarkan. Sama ada serentak atau tidak, tunggu Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bubar Parlimen dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), di sini.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Penduduk Terjejas Banjir Di Seluruh Pahang Terus Meningkat Malam Tadi,
Terkini Melebihi 7,000 Orang Susulan Hujan Berterusan
-
*KUANTAN: *Penduduk terjejas banjir di Pahang terus meningkat malam tadi
susulan hujan berterusan yang melanda negeri itu.
Setakat pukul 11 malam 7, 677...
2 hours ago
