SharpShooter Followers

Friday, July 03, 2009

Adun DAP Kedah Pentingkan diri sendiri

Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan PAS Kedah. Sebagai ADUN bebas dan berkecuali, beliau juga tidak akan menyokong BN tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, berkata pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas. "Bagaimanapun, kita tidak menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak)," katanya kepada Bernama hari ini.

Sudah terang lagi bersuluh. Siapa yang angkuh dan sombong sebenarnya. Memang sah DAP ini tertekan dengan MCA dan Gerakan dan menari mengikut tarian mereka. Saya cadangkan Rumah Penyembelihan Babi itu dibuat di sebelah rumahnya. Kita martabatkan beliau sebagai Wira Babi. Kata DAP mengamalkan dasar 'CAT' mengapa beria-ia mempertahankan tempat yang haram (tidak berlesen).

Tidakkah beliau terfikir perasaan 10 ribu penduduk yang mahukan tempat itu dimusnahkan. Tidakkah beliau terfikir perasaan petugas2 PAS dan PKR terutamanya orang Melayu yang bertungkus lumus memenangkan beliau atas semangat Pakatan Rakyat. Sudah tentu DAP di masa akan datang tidak akan dapat lagi undi orang Melayu kerana persepsi terkini ialah DAP sebuah parti terlampau kaum Cina.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat