SharpShooter Followers

Friday, July 03, 2009

DAP tak pernah jaga sensitiviti kaum Melayu? - Malaysiakini

Ini adalah sebahagian petikan ucapan saya pada bulan Julai 2008 mengenai Isu Papan Tanda di Jalanraya apabila ia dibangkit oleh seorang ahli majlis DAP MPSP pada bulan Jun 2008. Saya tentang bersungguh-sungguh dan akhirnya ia tidak dilaksanakan di Seberang Perai. Tetapi malangnya saya dapati ianya dibenarkan oleh MPPP. Saya tak pasti mengapa Ahli Majlis MPPP setuju :-


Bahasa Kebangsaan Adalah Bahasa Malaysia.


Mengikut Perlembagaan Persekutuan Bahagian 12, Perkara 152 iaitu Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia. Maknanya ianya dengan jelas telah tertulis dalam Perlembagaan bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh Parlimen.


Sehubungan dengan itu, adalah besar harapan saya agar perlembagaan ini dihormati dan dipatuhi sepenuhnya. Kita tidak mahu isu untuk menulis Bahasa Mandirin dan Tamil pada nama-nama jalan ini menjadi isu yang akan diperbesar-besarkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Alasan untuk ianya memudahkan pelancong-pelancong memahami adalah tidak munasabah. Jika kita pergi ke luar Negara pun, mereka juga akan gunakan Bahasa Kebangsaan mereka. Kita faham dan kita sedar dasar kerajaan tidak pernah menghalang Bahasa lain diajar dan digunakan di Malaysia.



Begitu juga dengan kebebasan beragama. Kita harus sedar, bersyukur dan berbangga kerana Negara Malaysia rakyatnya boleh hidup bersama, tanpa rusuhan kaum biarpun kita mempunyai berbilang bangsa dan berlainan agama. Bunyinya macam menyokong BN. Yang mana baik kita akui baik. Begitu juga dalam MPSP, yang mana baik kita akui baik. Yang kita tentang UMNO dan Barisan Nasional adalah kerana amalan rasuah, salah guna kuasa, kronisme, menggunakan isu perkauman ini untuk kepentingan sempit parti mereka. Justeru itu, sekali lagi saya tegaskan janganlah isu-isu sensitif ini ditimbulkan atau dibangkitkan demi untuk menjaga keharmonian serta kesejahteraan kita bersama.


Cadangan untuk isu papantanda jalan berbagai bahasa ini kemudiannya dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Lalulintas dan Infrastruktur dan akhirnya ia ditolak.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat