Monday, August 10, 2009

JEEF OOI TIDAK AKAN MINTA MAAF PADA UMAT ISLAM

PULAU PINANG 9 Ogos – Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang mengaitkan syariah Islam dan Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebagai ekstremis sebaliknya hanya mahu menarik balik kenyataan tersebut.

Menurut Ooi, tindakan menarik balik kenyataannya itu dibuat atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahu beliau berbuat demikian.

Justeru katanya yang juga Ketua Staf Pejabat Guan Eng, sebagai seorang yang bekerja sepertinya dan mempunyai ketua, dia perlu mengikut nasihat dan arahan yang diberikan ketua walaupun mempunyai pandangan lain.

‘‘Sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar dan entiti awam, JIM juga seharusnya tidak mudah terasa hati dengan kenyataan peribadi yang dikeluarkan oleh orang ramai berkaitan misi dan aktivitinya.

‘‘JIM patut menerima segala kenyataan yang dikeluarkan tidak kira dalam bentuk yang bagaimana kerana semua orang berhak mengeluarkan pandangan peribadi masing-masing,’’ katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat DAP Parlimen Jelutong di Jalan Perak di sini hari ini.

Menurut Ooi, beliau juga mencabar pihak-pihak tertentu yang mendakwanya sebagai anti-Islam supaya memberikan bukti kukuh terhadap perbuatannya yang menunjukkan dia berbuat demikian.

Katanya, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terus menuduhnya.

Sementara itu, Ooi juga mahu Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd. Razali Abdullah, yang juga ahli JIM keluar daripada Majlis Jawatankuasa One Stop Centre (MJOSC) kerana beliau hanya satu beban politik kepada kerajaan negeri.

Katanya, tindakan Mohd. Razali yang telah menangguhkan projek dua pemaju yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hanya kerana syarat dan permintaan ‘peribadinya’ tidak termaktub dalam garis panduan dan kriteria sedia ada tidak dipenuhi, hanya satu tindakan merugikan semua pihak.

Menurut beliau, permohonan Kebenaran Merancang (KM) telah ditangguhkan walaupun kedua-dua pemaju itu telah memperoleh surat kelulusan daripada semua jabatan-jabatan teknikal yang terlibat.

‘‘Dalam mesyuarat MJOSC yang diadakan, beliau telah mempersoalkan dan meminta maklumat berkaitan harga jualan rumah, meminta gambar perspektif 3D, pindaan pelan dan maklumat pelan induk terdahulu, sedangkan pelan itu telah diluluskan sebelum itu.

‘‘Ini semua tidak berasas dan bukannya merupakan aspek teknikal yang berada dalam bidang kuasa MJOSC. Tindakannya itu hanya akan menimbulkan keresahan, kegelisahan dan ketakutan kepada pemaju. Jangan bila mereka sudah keluar dan tidak ingin melabur di negeri ini, baru kita mahu mengambil tindakan terhadap Mohd. Razali. Ini sudah terlambat,’’ katanya.

Bagaimanapun, Ooi berkata, beliau tidak akan campur tangan dan menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya terhadap Mohd. Razali.

Namun, kata Ooi, dia akan mengumpulkan segala bukti yang ada untuk menunjukkan ‘tindakan’ keterlaluan dan tidak berasas Mohd. Razali itu untuk diserahkan kepada Guan Eng.

‘‘Tidak seharusnya Mohd. Razali dibiarkan terus berada dalam MJOSC, dia harus keluar untuk menjamin pelabur terus berminat melabur di Pulau Pinang,’’ katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya pemberita, adakah beliau akan meletakkan jawatannya disebabkan isu yang timbul tersebut, Ooi berkata, isu mengenai jawatannya itu tidak penting sebaliknya yang paling utama kini adalah jawatan Yang Dipertua MPPP.

Menurut beliau, jawatan itu kini dipangku Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman setelah penyandangnya, Tan Cheng Chui menghadapi masalah kesihatan.

‘‘Cheng Chui sekarang sedang sakit dan desas desus ada mengatakan dia akan meletakkan jawatan. Ketiadaannya menyebabkan banyak mesyuarat MJOSC terpaksa ditangguhkan yang bermakna banyak projek juga terpaksa ditangguhkan kerana kita tidak ada alternatif pengerusi.

‘‘Datuk Zainal mempunyai banyak tugas lain. Dia tidak mungkin mampu melaksanakan semua tugas. Oleh itu satu perancangan teliti perlu dilakukan untuk menjamin ekonomi negara terus berkembang,’’ katanya.

Saya amat terguris hati dengan kenyataan Jeff Ooi ini. Beliau tidak mahu meminta maaf membuktikan betapa sombong dan angkuhnya beliau.

Penyokong akar umbi Pakatan Rakyat kini dalam keresahan dan kebosanan dengan perkembangan politik PR mutakhir kini terutamanya tingkah laku segelintir pimpinan DAP baik di P.Pinang mahupun di Selangor.

Kepada pimpinan PAS dan PKR yang beragama Islam. Letaklah agama itu di atas bukan politik. Jangan tergamak gadaikan Islam hanya kerana politik.

Saya amat berharap keputusan yang akan diambil dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Khamis ini akan melegakan semua pihak.

Apakah kita mahu seperti umno dan b-end yang tidak berani tegur pemimpin mereka?

Saya tidak kisah jika ada orang menuduh saya sebagai ejen umno dan b-end hanya kerana semata-mata saya lantang menegur pemimpin dan artikal yang agak keras tentang Pakatan Rakyat terutamanya DAP.

Bagi saya mereka yang menuduh saya sebagai ejen umno, sebenarnya merekalah yang masih terbawa-bawa dengan budaya dan perangai umno yang suka membodek dan memuji pemimpin walaupun mereka tahu pemimpin mereka bersalah.

Adakah pencuri itu tidak bersalah tetapi melapor pencuri itu pula yang bersalah?Adakah rasuah itu tidak bersalah tetapi melapor perasuah itu pula yang bersalah? Budaya apa yang kita mahu bawa? Ajaran agama mana yang kita bawa?

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. kita jangan biarkan akan kebiadapan jeff ooi ini ...ia telah menunjukan keangkuhannya dengan ketara sekali...diharap pihak pimpinan pakatan dapat mengambil tindakan keatas beliau...juga dapat digerakkan pengundi2 islam jelutong untuk membantah sikap angkuh wakil mereka itu.....jangan biarkan atas sikap beliau ini kerana jika tiada tindakan dari pihak pengundi2 islam jelutong perkara ini atas akan berulang lagi......tunggulah pasti berulang....

    ReplyDelete
  2. din,

    si pelaq Jeff ni memang tahap biadap..cukup angkuh dan bongkak bila sudah berkuasa.

    aku menyampah la dengan Cina DAP ini..aku fikir pemimpin Gerakan PP lebih bertimbang rasa dan tidak angkuh seperti blogger bangang ni.

    makin hari aku makin meluat dengan DAP

    ReplyDelete
  3. ‘‘Dalam mesyuarat MJOSC yang diadakan, beliau telah mempersoalkan dan meminta maklumat berkaitan harga jualan rumah, meminta gambar perspektif 3D, pindaan pelan dan maklumat pelan induk terdahulu, sedangkan pelan itu telah diluluskan sebelum itu."

    Apa masalahnya Jeff? Walaupun pelan telah diluluskan sebelum ini, pihak OSC ada hak untuk meneliti semula apa sahaja sebelum Kelulusan OSC dikeluarkan.

    Siapa Jeff Oii ni? Kalau itu sahaja alasan kenapa sampai mendesak supaya Mohd Razali Abdullah dipecat? Malahan tak ada kena mengena langsung antara JIM dengan OSC???

    Saya selalu menghadiri mesyuarat kelulusan OSC sejak ia diperkenalkan oleh MPT. Memang itulah yang selalu dipinta oleh committee dan sememangnya pihak pemaju dan perunding tidak ada masalah langsung.

    Yang sepatutnya...Jeff Oii lah patut dipecat. BODOH, SOMBONG lagi BONGKAK!!!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.