Monday, August 10, 2009

Kg Buah Pala terlalu besar kepala

BUTTERWORTH: Kerajaan Pulau Pinang tidak mahu lagi membuang masa melayani kerenah segelintir penduduk Kampung Buah Pala yang didakwanya mempunyai agenda peribadi berhubung isu kampung itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pihak berkenaan sering mengubah pendirian dan kenyataan berhubung keputusan yang dicapai melalui rundingan selama ini dan tindakan sedemikian menyukarkan kerajaan negeri untuk membantu mereka.

"Pada suatu ketika mereka memohon maaf kepada kerajaan negeri kerana membuat pelbagai dakwaan terhadap kami tetapi apabila berada di luar, mereka menukar kenyataan pula," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, suasana di kampung itu dikeruhkan lagi oleh beberapa penduduk yang mempunyai agenda peribadi serta mahu menguji kemampuan kerajaan negeri dalam menangani isu itu. "Kerajaan negeri berpendapat ada satu atau dua orang penduduk di situ yang mempunyai agenda peribadi untuk menguji kerajaan pakatan pembangkang.

Katanya, kerajaan negeri akan hanya memberikan perhatian kepada penduduk yang tidak mempunyai agenda tertentu serta yang benar-benar mahu menerima tawaran rumah teres dua tingkat serta geran tanah selama 99 tahun itu.

"Kerajaan negeri harus menjaga kebajikan keseluruhan 1.5 juta rakyat Pulau Pinang dan bukan hanya 23 keluarga di kampung itu sahaja," katanya.

Isu Kampung Buah Pala timbul selepas Mahkamah Persekutuan memerintahkan penduduk mengosongkan tanah masing-masing untuk memberi laluan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan pemaju Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd membangunkan tanah itu.

Bagaimanapun, 23 keluarga di situ enggan berpindah kerana mendakwa beberapa pemimpin pakatan pembangkang pernah berjanji dalam kempen mereka mahu membantu penduduk jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum 2008.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. Pihak koperasi ingin memalumkan bahawa isu kg buah pala telah banyak dipolitikkan termasuk dgn kerajaan negeri sendiri.Isu ini sepatutnya telah selesai kerana pihak mahkamah persekutuan memutuskan supaya penduduk pindah dari kg itu.

    Ramai pihak bersetuju dengan arahan ini tetapi ada pihak mengambil kesempatan politik untuk agenda individu.Tidak sepatut mengadaikan hak penduduk kerana agenda politik.Pemberian rumah teres 2 tingkat adalah suatu yang tidak berpatutan kerana kedua-dua pihak telah bersetuju untuk membawa kes ini ke mahkamah.Semua pihak harus tanggung resikio kerugian sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka.Ini sebaliknya pulak berlaku setelah kalah di mahkamah lain pulak cerita untuk tidak keluar dari situ dengan mereka cerita yang tidak logik akal.Masa perbincangan sepatutnya sebelum membawa kes ini ke mahkamah.Pada masa itu pemaju dan koperasi bersedia untuk menerima cadangan penduduk untuk menyelesaikan kes ini.Malangnya hanya 11 buah rumah sahaja yang bersetuju terima.Banyak lagi tanah kerajaan di negera ini dimana penduduknya keluar dengan baik memandangkan tanah itu bukan milik mereka sekiranya pemajuan hendak dijalankan bagi merancakkan ekonomi.

    Pihak koperasi sama sekali tidak akan bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri untuk rumah teres 2tingkat di dalam tanah koperasi.Sekiranya kerajaan negeri benar ingin menyelesaikan kes ini berikanlah tanah lain untuk dibangunkan bukan tanah milik koperasi kerana pelan pembangunan telah diluluskan.Sekiranya ingin membuat rumah teres pindaan pada pelan harus dibuat dan tuan tanah harus menandatangani pelan tersebut.Keputusan ini hanya menyelesaikan masalah sebelah pihak sahaja sedangkan koperasi yang ahlinya 3500 orang diabaikan.

    Pihak kami memohon supaya saudara-saudara semua berfikir lebih jauh terhadap perkara ini.Jgn lah kerana isu ini bangsa sendiri dinafikan haknya.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.