SharpShooter Followers

Tuesday, January 12, 2010

Musa Hassan perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR : Ekoran kegagalan menjalankan tugas melibatkan keselamatan negara, sikap berat sebelah dan tidak profesional ketika meluluskan perhimpunan aman di negara ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatannya.

"Hal itu termasuklah kes penyelewengan kuasa yang wujud dalam kalangan anggota polis yang tidak pernah langsung diselesaikan sehingga ke hari ini," kata Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung dalam suatu kenyataan media di sini hari ini.

Tambah Yap, sikap berat sebelah polis itu semakin jelas ketara dalam isu perhimpunan aman khasnya yang membabitkan isu penggunaan kalimah "Allah" baru-baru ini.

"Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi anjuran Hindraf di Gereja Assumption, Petaling Jaya yang mahu diadakan pada 13 Jan depan.

"Tetapi, polis sebaliknya membenarkan perhimpunan aman diadakan di beberapa buah masjid mengenai isu kalimah 'Allah' pada 8 Januari," katanya.

Yap berkata, polis hanya menyeru supaya rakyat bertenang dalam isu ini, tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan serius seperti mengumumkan langkah-langkah penyelesaian atau pencegahan untuk menghentikan kes-kes keganasan yang berlaku di tempat beribadat dan sekolah.

"Kami tidak berpuas hati dengan pendirian polis apabila mereka meminta gereja mengambil langkah keselamatan sendiri kerana mereka kekurangan anggota polis untuk berkawal.

"Persoalannya di sini, adakah keselamatan rakyat bukan tanggungjawab polis dengan memberi alasan bahaw rrakyat perlu mengambil langkah keselamatan sendiri untuk mendapat perlindungan?" kata Yap.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/