Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa UMNO sedang memperalat bekas pemimpinnya yang keluar parti, termasuk Mohamad Fairus Khairuddin supaya melemparkan tuduhan buruk terhadap parti dan Pakatan Rakyat (PR) bagi menunjukkan kepincangan parti itu.
Naib Presidennya, Mustafa Kamil Ayub berkata, kenyataan buruk yang dilemparkan oleh bekas pemimpin PKR adalah satu tuduhan dan pendekatan demi memenuhi perjanjian di antara mereka dengan UMNO.
“Sebab itu beliau berkata apa saja tuduhan memburukkan parti dan Pakatan Rakyat (PR) sebagaimana dituntut dan syarat yang ditawarkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum mereka sertai parti itu.
“Saya tidak memikirkan perkara itu serius dan masyarakat akan mengambil kira apa yang disampaikan kerana rakyat lebih tahu dan mengenai mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam PKR yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun .
Fairus berkata, individu ini yang boleh dikatakan ‘firaun kecil’ menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan dalam PKR.
Skrip yang dibuat sebenarnya nak kaitkan isu Fairus dengan Lim Guan Eng tetapi nyata mereka gagal sebab Fairus sebenarnya memang tidak ada isu pun yang mahu dikaitkan dengan Guan Eng.
Adakah Fairus berani katakan Guan Eng atau Hj Malik adalah konspirator yang tukarkan Exco Agama kepada Hj Malik.
Sudah tentu beliau tidak berani nyatakan isu ini sebab terbukti Fairus tidak hadir ke Mesyuarat Jakim sebanyak 7 kali. Ini bukan fitnah tetapi memang benar. Katakan benar walaupun pahit.
Setelah moderator gagal kaitkan Fairus dengan Guan Eng akhirnya dari cerita politik beralih ke cerita silat.
Mungkin ramai yang keliru berkenaan Silat Gayong ini. Ramai yang bertanya bukankah Anwar Ibrahim ditabalkan sebagai Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia? Kenapa Najib pula hadir dalam majlis pengumuman Fairus masuk UMNO dalam majlis Silat Gayong?
Sebenarnya Fairus bukan sahaja tukar Parti Politik tetapi sebenarnya Fairus juga tukar Guru Silat. Fairus dikatakan akan MATI BERADAT...begitulah luahan salah seorang pimpinan Silat Pusaka Gayong yang saya kenali. Nantikan edisi khas luahan hati guru Silat Pusaka Gayong tentang Fairus.
Biarkan..biarkan...biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Perang Ekonomi AS-China. M'sia/PAS sertai BRICS?
-
*Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) berkumpul ketika latihan diadakan di
kawasan pergunungan di wilayah Xinjiang pada 4 Januari 2021. - AFP*
*1. Sej...
6 hours ago