SharpShooter Followers

Monday, March 01, 2010

Wajah sebenar Fairus

SIDANG MEDIA

Pertamanya AMKPP ucapkan tahniah kepada UMNO yang berjaya mengutip dan memungut Fairus mantan TKM 1 P.Pinang untuk kembali ke lubuk asalnya iaitu UMNO.

AMKPP sedikitpun tidak terkejut malah sudah menduga dan menghidu lebih awal serta mengetahui wajah sebenar Fairus, sebab itu tahun lalu kita mendesak supaya Fairus digantikan.

Fairus dalam ucapannya semalam berkata bahawa beliau masuk umno atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia.

Hari ini AMKPP mendedahkan wajah sebenar Fairus. Beliau sebenarnya tidak layak langsung menggunakan alasan ‘demi kepentingan islam’ walhal sewaktu beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merangkap Exco Agama, 7 kali beliau TIDAK PERNAH LANGSUNG menghadiri mesyuarat dengan JAKIM sehingga menimbulkan kemarahan Presiden PKR & pimpinan negeri termasuk Y.A.B Lim Guan Eng. Inikah yang dikatakan nak membela agama Islam?


Jika benar dengan penyertaan beliau ke dalam UMNO bagi mempertahankan isu ‘ALLAH’, bagaimana pula dengan kenyataan YB Datuk Seri Nazri Aziz penggunaan perkataan ‘ALLAH’ ini boleh digunakan oleh di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang & Wilayah Persekutuan? Apakah perkara ini beliau tidak sedar?

Bagi AMKPP, penyertaan beliau ke dalam UMNO akan terus menjadi liability kepada parti itu yang semakin mereput dan ditolak rakyat.

Amizudin Ahmat

Ketua AMK Kepala batas

Exco Angkatan Muda Malaysia


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/