Rasa terkejut ini bukannya disebabkan Muhyiddin berpolitik di sekolah! Politik di sekolah oleh Muhyiddin dan UMNO BN adalah seperti 'bau kentut dan tahi' - keduanya membusukkan persekitaran!
Rasa terkejut ini adalah disebabkan UMNO seolah-olah diberi lesen bebas untuk berpolitik di sekolah oleh menteri yang menjaga hal ehwal sekolah yang beliau juga penjaganya. Ini sudah di kira salah guna kuasa! Bukan sahaja di sekolah rendah, menengah, pusat pengajian tinggi bahkan masjid.
Ia berlaku sehinggakan 'Ustaz' P. Kamalanathan memasuki masjid untuk berpolitik tidak pula dihujani dengan pelbagai laporan polis, kata nista malah digalakkan lagi dengan diserikan oleh kehadiran penyokong setia UMNO dari pihak yang menjaga agama islam sendiri.
Terkejutnya KEADILAN Selangor lebih menjurus kepada ucapan politik Muhyiddin yang mendakwa bahawa rakyat Selangor kini 'terseksa' kehidupan dan mereka kununnya tidak sabar mengundi semula UMNO dan BN serta kembali mengemudi lombong emas nombor satu di Malaysia ini.
Manis sungguh 'gula basi' yang keluar dari mulut Muhyiddin kali ini. Pimpinan bawahan UMNO sendiri rasa loya dibuatnya!
Hakikatnya, walau dihidangkan oleh politik lucah UMNO, penghinaan terhadap tuhan golongan beragama Hindu (dipijak-pijak oleh penyokong UMNO yang kemudiannya dibela pula oleh Menteri Dalam Negeri Hishamuddin), menimbulkan keresahan dan kerisauan rakyat dengan menipu rakyat menyatakan sumber air Selangor semakin susut (walhal melimpah!), rakyat Selangor sebenar-benarnya bukan 'terseksa' namun sangat 'selesa' dengan cara pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Dalam keadaan UMNO memeras dan merompak kekayaan negeri dengan mengadakan 'lawatan teknikal' ke Disneyland dan seluruh dunia yang sebenarnya cuti peribadi, dengan skandal berbilion ringgit PKFZ yang ditipu oleh bekas Presiden MCA Tun Ling Liong Sik, dicampur pula dengan rompakan jutaan ringgit wang rakyat Selangor oleh isteri mantan Menteri Besar, rakyat Selangor kini SEBENARNYA lega, puas hati dan amat bersyukur diatas pemergian UMNO dan BN daripada pentadbiran negeri, mungkin untuk selama-lamanya.
Persoalannya ialah mengapa harus rakyat seronok di atas penindasan kaum, rompakan wang dan titik peluh rakyat, di samping pentadbiran ekonomi seolah-olah diuruskan oleh mereka yang buta ekonomi?
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini menduduki tangga teratas pelaburan tertinggi dalam Negara diikuti rapat oleh Pulau Pinang, yang juga dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.
KEADILAN Selangor menegaskan, rakyat berseronok atas penjimatan kos air yang dibawa oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor hari ini (bukan pembangkang seperti kata Muhyiddin - kenyataan sebagai pembangkang di Selangor pun UMNO enggan terima).
Rakyat bawahan dan golongan marhaen merasakan seronok dapat mengambil peluang bersama-sama berkongsi program inisiatif kerajaan negeri seperti TAWAS, SKIM MESRA USIA EMAS, SPIES, HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI, bantuan kepada orang asli dan berbelas lagi program yang lebih mementingkan rakyat daripada kroni, isteri dan ketua-ketua UMNO cawangan.
Walau dihalang dan difitnah setiap hari, namun pentadbiran negeri berjalan lancar. Pelaburan luar semakin giat memasuki negeri dan terbukti bahawa negeri Selangor tidak pernah mencatatkan pertumbuhan sebegini drastik dibawah pentadbiran UMNO dan BN.
Bahkan simpanan tunai lebih dari RM1billion hari ini. Nyata, bahawa negeri Selangor tidak hancur sepertimana yang diramal oleh tok-tok bomoh UMNO, malah berkembang pesat.
Mungkin juga Muhyiddin memberikan arahan kepada watak kartun murahan seperti Zulkefli Nordin, Lokman Adam dan kuncu-kuncu mereka untuk menjanakan imej yang buruk dengan pembiayaan yang tidak sedikit, namun usaha mereka gagal walaupun Pak Timbalan Perdana Menteri diberitahu semuanya berjaya dilakukan.
Memanda Perdana Menteri telah menyatakan bahawa 'jangan syok sendiri' apabila menyukat kadar sokongan terhadap UMNO dan BN di Selangor, namun seperti biasa Muhyiddin tidak membaca berita-berita terkini dan memilih untuk mempercayai khayalan yang dibisikkan dan dongengan yang disajikan oleh kartun yang telah luput tempoh sah-lakunya.
Dikhuatiri bahawa bukan sahaja para inteligensia UMNO hancur dan tidak boleh digunapakai namun akan menyaksikan peningkatan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di Selangor.
KEADILAN Selangor ingin mengingatkan Muhyiddin, semut mati kerana gula! Jangan pula Muhyiddin mati terkejut dengan 'bisikan gula palsu' yang di beri kepada beliau oleh juak juak yang semakin kehilangan arah tuju.
Hakikatnya yang mesti di terima Muhyiddin adalah; yang amat benar 'terseksa' kini adalah kepimpinan kanan UMNO BN yang tidak lagi dapat 'songlap' duit rakyat dan berbelanja mewah!
Rakyat Selangor tidak mudah digulakan oleh orang seperti Muhyiddin!
Shuhaimi Haji Shafiei
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone