Khairy memberi reaksi demikian setelah Timbalan Presiden Pas itu menolak untuk berdebat selepas beliau menyahut cabaran Pas agar UMNO berdebat dengan parti tersebut dalam isu kontroversi yang dibangkitkan oleh Mohamad itu.
“Hari ini Pas memilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah. Tewas sebelum tempur. Sekretariat yang mewakili Kerajaan Pas Kelantan yang mencadangkan saya berdebat dengan Mat Sabu (Mohamad) dan bukan saya yang cadangkan.
“Sekurang-kurangnya Husam (Datuk Husam Musa) anak jantan. Ini Mat Sabu dengan Ketua Pemuda UMNO sudah lari, memalukan,’’ katanya seperti dipetik daripada laman sosial twitternya hari ini.
Mohamad dilaporkan menyerahkan tugas untuk berdebat dengan Khairy kepada Pemuda Pas Johor dengan alasan, sayap pemuda Pas negeri itu lebih layak memandangkan Bukit Kepong terletak di Johor.
Sedangkan cabaran debat tersebut dilontarkan oleh Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu parti itu berdebat secara terbuka dengan UMNO mengenai tajuk Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?.
Isu Bukit Kepong mula panas apabila Mohamad semasa berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu menganggap pengganas komunis adalah hero sebenar dan bukannya 25 anggota keselamatan dan keluarga mereka yang dibunuh dalam trajedi serangan komunis balai polis Bukit Kepong.
Dalam pada itu, Khairy berkata, Mohamad tidak perlu berdolak-dalik kerana hakikatnya, ayam sabung Pas itu tidak berani menyahut cabaran untuk berdebat kerana sedar fakta sejarah tidak boleh diputar-belit.
“Mat Sabu tak payah cakap Ketua Pemuda UMNO lawan Ketua Pemuda Pas baru betul. Tanya Husam, dia pernah mencemar jawatannya kerana berdebat dengan Naib Ketua Pemuda UMNO walaupun dia berjawatan Naib Presiden Pas.
“Jadi biarlah rekod sejarah mengesahkan bahawa saya setuju dengan jemputan Kerajaan Pas Kelantan untuk berlawan dengan Mat Sabu tetapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini,” katanya.
Sharpshooter - Sejarah membuktikan pemuda umporno memang penakut selepas mereka pernah dicabar oleh pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk berdebat dalam isu 'Melayu Pulau Pinang'. Sejarah membuktikan bahawa setelah surat jemputan rasmi debat dihantar serentak di bangunan umporno Pulau Pinang dan di pejabat umporno di PWTC, mereka takut dan umpama hilang 'telor' untuk berdebat. Sejarahnya di sini dan di siniSejarah juga pernah mencatat najib penakut dan tidak mahu berdebat dengan Anwar Ibrahim. Bermacam-macam alasan najib berikan untuk mengelak berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Adakah Mat Sabu juga penakut seperti pemuda umporno dan najib? ini respon terkini Mat Sabu
KUALA LUMPUR 5 SEPTEMBER : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Umno kini hanya cuba menggali kuburnya sendiri apabila terus-menerus mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.
Mengulas lanjut dakwaan Umno itu, beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang mana penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri dengan menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.
Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.
Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Umno melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan Mat Indera adalah hero kerana melawan British.
Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucap an Mohamad Sabu.
Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.
Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.
Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.
Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.
Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/