SharpShooter Followers

Wednesday, September 07, 2011

Keluarga tuntut kerajaan bersihkan nama Mat Indera dan Pakatan Rakyat jangan lupa isu tuntutan "BERSIH"

Adik Muhammad Indera, Baharom Shah Indera menuntut kerajaan supaya membersihkan nama abangnya yang dituduh sebagai pengganas komunis.

(Baharom (duduk tengah) bergambar kenangan dengan rombongan Mohamad Sabu dan PAS Johor)

Beliau mewakili keluarganya turut menuntut sejarah dikaji semula bagi memperbetulkan persepsi terhadap perjuangan abangnya sebelum kemerdekaan.

“Abang saya adalah pejuang kemerdekaan. Saya mengalu-alukan mana-mana pihak untuk membersihkan nama abang saya,” kata Baharum pada sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Media Umporno yang diketuai Utusan Malaysia terus-terusan menyiarkan berita kononnya Mat Indera adalah pejuang komunis dan menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 dahulu.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu telah mendedahkan sebuah buku yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor, "Pengukir Nama Johor" yang mencatatkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan negara dan bukannya komunis.

Akhbar milik Umporno, Utusan Meloya pada 27 Ogos lalu menyiarkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap Mat Indera yang terlibat dalam serangan di rumah pasung Bukit Kepong pada 1950, adalah hero sebenar yang menentang penjajah British.

Kenyataan tersebut kemudian diputarbelitkan pimpinan Umporno dan media arus perdana yang menuduh Mat Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat menyokong perjuangan komunis.

Mat Sabu lantas menegaskan perjuangan Mat Indera turut diiktiraf oleh kerajaan Johor melalui buku "Pengukir Nama Johor" yang diterbitkan pada 1994 dan turut disertakan dengan prakata Menteri Besar Johor.

Sharpshooter - Sebenarnya umporno telah berjaya alihkan isu besar yang sedang dibincangkan iaitu isu tuntutan BERSIH kepada isu Mat Indera.

Umporno sudah panik dengan pendedahan demi pendedahan tentang penipuan dan pendaftaran warga asing sebagai pengundi. Mereka berjaya alihkan isu yang mereka hadapi dengan menyerang pula Mat sabu isu Mat Indera.

Sebab itu, pimpinan Pakatan Rakyat jangan terlalu hayal dan menari dengan rentak sumbang umporno dalam isu Mat Indera, isu tuntutan "BERSIH" wajib diteruskan...


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/