SharpShooter Followers

Tuesday, March 29, 2016

P.Pinang satu2nya Negeri di Malaysia yg beri......

PULAU PINANG SATU-SATUNYA NEGERI DI MALAYSIA YANG BERI BANTUAN BULANAN KEPADA KELUARGA MISKIN TEGAR SEJAK 2009

Salam sejahtera

Melalui program yang dikenali sebagai Agenda Ekonomi Saksama (AES) sesebuah keluarga yang telah menetap sekurang2nya selama 5 tahun (3 tahun untuk zakat) di Pulau Pinang akan dibantu bagi memastikan pendapatan keluarga tersebut melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK: lihat jadual dibawah).

Syarat permohonan ketua keluarga mestilah warganegara Malaysia. Borang permohonan boleh didapati di pejabat daerah atau melalui JKKK, Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) atau ADUN masing2.

Apabila terdapat permohonan, 3 agensi akan turun serentak iaitu zakat penang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penghulu. Setelah bantuan dari zakat dan JKM ditentukan barulah kerajaan negeri akan "top-up" selebihnya bagi memastikan jumlah keseluruhan adalah mencapai PGK.

Contoh sebuah keluarga dengan 4 ke 5 ahli maka  PGK yg ditetapkan ialah rm790. Jika zakat setuju beri bantuan rm300 sebulan dan JKM pula rm200 sebulan maka kerajaan negeri akan tambah sebanyak rm290 lagi. Minima sumbangan AES ialah RM100 dan maksima RM790.

Mulai 2015 program AES ditambah baik menjadi AES bersyarat dimana penerima dikehendaki memastikan anggota2 keluarganya menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di hospital kerajaan dan juga anak2 mereka pergi ke sekolah.  Bantuan AES adalah untuk setahun sahaja dan penerima hendaklah membuat permohonan menyambung jika masih memerlukan. Tim penilaian akan turun dan menyiasat samada bantuan untuk pemohon wajar disambung, dikurang, ditambah atau dihentikan.

KES KHAS

Pengecualian boleh diberikan kepada kes2 yang mendesak walaupun tidak cukup syarat contohnya kes seorang bapa yang baru2 ini ditangkap kerana mencuri barangan makanan dari Tesco Bukit Mertajam untuk diberi kepada anak2nya yang kelaparan.  Setelah disiasat beliau baru saja berpindah dari Kedah ke Pulau Pinang. Setelah kes ini sampai ke pengetahuan Ketua Menteri Pulau Pinang beliau meminta supaya keluarga ini dibantu walaupun tidak memenuhi syarat.

LEBIH 80% PENERIMA BANTUAN ADALAH KELUARGA MELAYU

Ketika dilancarkan pada tahun 2009 jumlah keluarga yg dibantu adalah sebanyah 728 dengan perbelanjaan sekitar RM213,000 sebulan. Pada tahun 2015 jumlah keluarga meningkat ke 1142 dengan perbelanjaan sekitar RM304,000 sebulan.  Daripada 1142 keluarga yg dibantu, 82% atau 937 keluarga adalah Melayu, 11% atau 121 keluarga India manakala selebihnya iaitu 7%(84) adalah Cina.

BERJAYA CAPAI SIFAR MISKIN TEGAR

Dengan adanya skim AES ini maka secara teknikalnya Pulau Pinang berjaya menjadi satu2nya negeri di Malaysia yg berjaya menghapuskan kemiskinan tegar hasil kerjasama dengan agensi2 yang berkaitan.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat!

HJ ZAIDI BIN AHMAD
(Bekas Mejar TUDM)
Pegawai Penerangan
Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang
29 Mac 2016
20 Jamadil Akhir 1437

#Sebarkan mungkin ada insan yang perlukan AES

Thursday, March 24, 2016

Warkah dari Penjara Kajang

Surat dari Penjara Kajang.

23 MAC 2016 (RABU) PENJARA KAJANG

AsSalam, Ide dan Jemaah, Ustaz Siddiq, Prof Redzuan, Prof Din, Bahrin, Ipin, Din, Naj dan Semua

1) Alhamdulillah saya dlm sel penjara sihat.

2) Masa kat sini rasa terlalu lama utk habis satu hari kerana kebiasaan yg padat dgn aktiviti.

3) Dlm sel aktiviti utama makan dan tidor.

4) Saya penuhi masa utk tampung amal Ibadah yg byk tertinggal di luar, solat dan baca Al Quran, juga sedang mencatat Karya, Insyaallah nanti kita terbitkan

5) Sistem pengurusan Penjara punya class yg cukup rendah, tiada kualiti dgn mentaliti pegawai dan kakitangan yg entah apa2.

6) Saya juga sedang cuba utk berbincang dan berunding dgn pengurusan utk mengaktifkan Perpustakaan di Blok tempat saya menginap, Blok G. Nanti Ide boleh bantu sumbang pelbagai buku dan bahan Ilmu untuk pembelajaran.

7) Saya mohon doa Ustaz dan semua utk sy sihat, anak dan isteri saya cekal semangat dan Insyaallah usaha pembebasan segera berhasil.

Wasalam
YAHYA SAHRI

Maklumat tambahan  mengenai keadaan Hj Yahya.

Beliau sekarang ditempatkan di  blok klinik penjara. Ada 9 orang dalam blok ini. Boleh tidur atas tilam. Keadaan selesa sedikit.

Tuesday, March 22, 2016

Adakah Najib penyangak luar biasa?

TERLALU BESAR UNTUK PENYANGAK JALANAN

"JANGAN ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat."

Kenyataan di atas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan secara meluas oleh media atas talian pada hari Sabtu 19 Mac.

Ia adalah petikan ucapan beliau di Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan pada 19 Mac.

Perhimpunan politik di pangkalan tentera? Adakah ini disengajakan sebagai isyarat bahawa angkatan bersenjata kini di bawah "kuasa" beliau ekoran Akta Majlis Keselamatan Negara? Mohon ampun sekadar bertanya.

Mohd Najib kata, dia bukan penyangak – satu istilah yang keras dan hina. Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan penyangak sebagai pencuri atau penjahat.

Sepanjang ingatan saya, tiada siapa pun menuduh beliau perompak dan penjahat yang mencuri balak dan bauksit di Pahang.

Tapi ramai mendakwa dan mensyaki beliau terbabit dengan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma" RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Jadi apakah tujuan beliau apabila berkata "jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat"?

Bagi saya, ialah adalah mainan psikologi yang sengaja beliau dilakukan untuk sekali lagi mengaburi mata rakyat jelata, khususnya marhaen totok yang tidak faham isu-isu kompleks yang sedang dibincangkan.

Sama ada Mohd Najib penyangak atau tidak, saya serahkan kepada rakyat jelata dan kepada mahkamah pendapat umum (court of public opinion) membicarakannya. Saya hanya ingin menghalusi sama ada beliau "mencuri harta rakyat" atau tidak.

Mari kita halusi perkara berikut:

1. Kalau kita berpegang kepada hukum bahawa negara ini adalah milik semua warganegaranya maka apa saja harta benda yang bukan milik individu adalah harta kekayaan milik semua rakyat jelata.

2. Harta ini diamanahkan untuk ditadbir secara yang paling baik oleh rakyat jelata kepada kerajaan yang mereka pilih melalui proses pilihan raya.

3. Pada 3 April 2009 Mohd Najib mengambil alih mandat Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. Pada 6 Mei 2013, melalui Pilihan Raya Umum, dia memperoleh mandat sendiri dengan hanya 48 peratus undi popular.

4. Apabila Mohd Najib yang berulang kali mengaku dirinya sebagai "perdana menteri untuk rakyat" menggunakan kuasa eksekutif yang diamanahkan oleh rakyat jelata untuk menjual atau memindahkan hak milik tanah TRX di Jalan Tun Razak dan Pangkalan TUDM Sungai Besi beliau sebenarnya menjual dan memindahkan hak milik tanah yang dipunyai secara kolektif oleh rakyat Malaysia.

5. Dalam kaitan inilah sesiapa saja yang faham undang-undang melihat penjualan dua bidang tanah ini dengan harga murah kepada 1MDB sebagai perbuatan khianat kerana telah menyebabkan rakyat kerugian potensi pendapatan (potential income) yang besar.

6. 1MDB menilai semula harta ini. Dalam sekelip mata nilainya naik berpuluh kali ganda. Dengan nilai yang tinggi itu 1MDB mencagarkannya untuk mendapatkan pinjaman. Dalam sekelip mata hutannya naik melepasi RM42 bilion.

7. Pada harga baru yang tinggi itu jugalah 1MDB menjual tanah TRX kepada Tabung Haji dan pihak-pihak lain dari dalam dan luar negara. Kalau Mohd sayangkan Tabung Haji, dia sepatutnya menjual tanah TRX itu awal-awal lagi kepada Tabung Haji pada harga kerajaan dan bukan harga pasaran. Tidak perlulah Tabung Haji beli atas tangan dengan harga yang mahal.

8. Logiknya 1MDB membuat keuntungan besar apabila tanah yang dibelinya pada harga rendah dijual dengan harga tinggi. Apabila 1MDB mendapat keuntungan, keuntungan itu juga menjadi hak semua rakyat jelata.

9. Malangnya, bukan sahaja rakyat jelata tidak dapat apa-apa, sebaliknya mereka dan anak cucu mereka memikul beban hutang berpuluh bilion ringgit kerana banyak hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan.

10. Tanah yang dulu mereka miliki kini sudah dijual. Kalau dijual kepada Tabung Haji, walaupun pada harga yang tinggi, ia masih milik rakyat jelata. Tetapi lebih banyak tanah 1MDB dijual kepada orang asing.

11. Rakyat jelata yang menyimpan, mencarum atau melabur dalam Tabung Haji, KWSP, KWAP dan PNB juga menanggung risiko tambahan kerana agensi-agensi ini adalah antara yang memberi hutang kepada 1MDB.

12. Sebahagian tanah TRX telah dijual kepada pemodal Australia dan Indonesia manakala 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia (bekas Pangkalan TUDM) dimiliki oleh perkongsian di antara Cina Malaysia dan Cina negeri China.

13. Penjana elektrik bebas (IPP) yang 1MDB beli daripada pemilik tempatan dengan harga mahal dan dijual murah kepada syarikat negeri China sepatutnya menjadi hak milik negara dalam masa beberapa tahun lagi.

14. Menurut sumber industri tenaga, IPP tersebut akan menjadi hak milik negara selepas tempoh konsesi selama 20-25 tahun tamat dengan bayaran hanya antara RM10 dan RM100 sebuah.

Kesimpulannya, memang betul dakwaan Mohd Najib bahawa beliau bukan penyangak. Dalam penggunaan dan kefahaman harian, penyangak adalah penjahat atau bajingan jalanan biasa sahaja. Dalam loghat Utara kawar.

Apa yang sedang diperkatakan mengenai 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma" RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib adalah di luar kemampuan penyangak, bajingan dan kawar jalanan.

Kalau ia kegiatan "menyangak" biasa seperti mencuri motosikal kapcai atau kasut di masjid ia tentulah tidak disiasat dan akaun bersabit dengannya dibekukan di Singapura, Hong Kong, Switzerland, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Wallahuaklam

Dato' A. Kadir Jasin

Monday, March 21, 2016

KHAIRY JAMALUDIN PERLU JUGA DISIASAT BERHUBUNG SKANDAL PENYELEWENGAN PEGAWAI KBS

KHAIRY JAMALUDIN PERLU JUGA DISIASAT BERHUBUNG SKANDAL PENYELEWENGAN PEGAWAI KBS

www.amanah.org.my

Selepas kecoh isu tajaan RM 1.4 juta untuk 191 orang exco Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Bahagian UMNO mengerjakan umrah oleh Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin sepertimana pendedahan oleh salah seorang exco Pemuda UMNO saudara Nazir Hussin Akhtar Hussin, kini salah seorang pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula ditahan pihak SPRM untuk siasatan skandal penyelewengan dana KBS sebanyak RM 100 juta.

Laporan siasatan tersebut amat memeranjatkan rakyat negara ini kerana di saat tahap kualiti sukan negara merosot dan dikritik, skandal ini mendedahkan bagaimana tuntutan kontraktor dibayar melalui MSN untuk program anjuran KBS yang tidak dijalankan atau tidak wujud. RM 100 juta adalah satu jumlah yang besar yang seharusnya dibelanjakan dengan penuh berhemah bagi menjalankan program pembangunan sukan yang merupakan segmen penting pembangunan negara.

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap anak muda,  masalah pengangguran lebih 400,000 graduan negara ini boleh diatasi jika jumlah ketirisan tersebut dimanfaatkan sebagai insentif perniagaan di kalangan anak muda.

Seharusnya, Khairy juga perlu disiasat bagaimana skandal jijik seperti ini boleh didakwa dilakukan oleh pegawai di kementeriannya. Ini adalah kerana program-program yang didakwa tidak dilaksanakan atau tidak wujud dikatakan dianjurkan oleh kementeriannya. Adakah beliau tidak tahu perkara ini atau hanya membiarkan sahaja ianya berlaku?

Siasatan sebegini penting bagi membersihkan KBS daripada apa-apa elemen jenayah rasuah dan penyelewengan dana awam. Seksyen 25 akta SPRM 2009 menjadikan kegagalan melaporkan sesuatu perbuatan rasuah sebagai satu kesalahan. Justeru, beliau boleh disiasat.

Sepertimana ucapan Khairy dalam perasmian Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang lalu di mana beliau tidak akan memekakkan telinga terhadap isu penyelewengan, Pemuda Amanah dengan ini menuntut Khairy supaya tidak membisu daripada menjelaskan isu ini serta telus untuk disiasat.

FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH Nasional

Pegawai KBS songlap RM100j, beli kereta Audi, beg Hermes, cincin Cartier

PETALING JAYA, 20 Mac — Penahanan pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menimbulkan persoalan tata kelola dana jabatan kerajaan diuruskan, lapor akhbar Malay Mail hari ini.

Suspek berusia 56 tahun yang menjadi dalang menggelapkan kira-kira RM100 juta dana kementerian sejak enam tahun lalu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya di Kajang pada Jumaat.
SPRM menyita beberapa barangan termasuk 12 kenderaan antaranya Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire.

Antara barang mewah lain yang dibeli dengan dana gelap tersebut ialah jam berjenama Richard Mille (RM400,000), 40 beg tangan berjenama termasuk jenama Hermes (RM400,000), set cadar mewah (RM300,000), dan barang kemas termasuk cincin mutiara Cartier bernilai RM600,000.

Barangan yang disita berjumlah RM20 juta, sementara wang di dalam 69 akaun bank berjumlah RM8.33 juta dibekukan.
Lapan kontraktor termasuk seorang wanita ditahan kerana didakwa bersubahat dalam kes itu.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata dana itu disalurkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan bayaran dibuat kepada 14 syarikat yang dimiliki kontraktor dan RM14 juta kepada akaun peribadi suspek.

Azam berkata suspek sudah menyalah guna dana sejak 2010.

"Tetapi dia mungkin melakukan perkara itu lebih awal melihat penglibatannya dalam KBS sejak 1998 dan memegang jawatannya sejak lapan tahun lalu," katanya.

Menjelaskan modus operandi, Azam berkata penjawat awam itu akan memastikan bayaran dari MSN disalurkan kepada syarikat untuk projek atau penganjuran program kementerian.
"Tapi sebenarnya, projek itu tidak dijalankan. Dalam sesetengah keadaan, projek tidak wujud tetapi wang dibayar," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram.

Kesemua sembilan suspek direman seminggu.
- See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pegawai-kbs-songlap-rm100j-beli-kereta-audi-beg-hermes-cincin-cartier?utm_content=buffer605e4&utm_medium=social&utm_source=twitter.com&utm_campaign=buffer#sthash.VpVDyDij.dpuf

Friday, March 11, 2016

Kenapa disebut rasuah RM45 ribu.... Sebut derma kan elok sikit bunyinya dan tiada kesalahan jika sebut derma.....kan kan kan...

Dua pemimpin Umno Permatang Pauh, termasuk pemimpin pemudanya didakwa di Mahkamah Seksyen Alor Setar, Kedah atas tiga pertuduhan berkaitan rasuah.

Bendahari Umno Permatang Pauh, Nor Azamuddin Ahmad dan naib ketua pemuda bahagian sama, Farid idris Khan didakwa melakukan kesalahan tersebut di Persiaran KTC 4/3, Kulim Techno City Golf View, Kulim pada 2014.

Sinar Harian melaporkan, Nor Azamuddin didakwa melakukan kesalahan pertam
a pada Mei 2014 dengan mengambil suapan bernilai RM45,000 daripada seorang ahli perniagaan.

Suapan itu adalah sebagai dorongan untuk mendapatkan kuota beras standard tempatan dengan (15 peratus hancur) daripada sebuah syarikat pada Mei 2014 sebanyak 100 tan metrik untuk perniagaan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Nor Azamuddin didakwa menerima suapan masing-masing sebanyak RM45,000 daripada individu sama pada Jun dan Julai 2014.

Sementara itu, Farid dituduh bersubahat dengan Nor Azmuddin pada Mei 2014 dan mengulangi kesalahan itu pada Jun dan Julai di lokasi yang sama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28 Akta yang sama dan boleh di hukum mengikut Seksyen 24 dalam akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan masing-masing boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut peruntukan hukuman yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Zulhazmi Abdullah menetapkan kedua-dua mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 3 Mei untuk sebutan semula kes.

Thursday, March 10, 2016

Umno belanja 16 kali ganda dalam PRU13, adakah SPR berani ambil tindakan?



BELANJA LEBIH RM1.5 BILION: BARISAN NASIONAL LANGGAR PERATURAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Saya mengucapkan terima kasih di atas pengakuan Ketua Menteri Melaka, YAB Dato' Seri Idris Haron bahawa Barisan Nasional telah membelanjakan lebih dari RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada tahun 2013. Pengakuan ini sememangnya mengejutkan. Pertama, ia jelas bercanggah dengan pengakuan Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mendakwa bahawa Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak mendedahkan bahawa BN membelanjakan hanya RM1.5 bilion sahaja dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Kedua, tindakan Barisan Nasional ini – sekiranya benar – jelas merupakan satu bentuk pelanggaran kepada undang-undang pilihan raya.

Saya merujuk kepada kenyataan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Omar Wan Ahmad yang dilaporkan media pada 17 Mac 2013 yang menegaskan bahawa SPR tidak akan menaikkan had bagi perbelanjaan membiayai pilihan raya bagi calon-calon yang bertanding.

Dalam kenyataan yang sama, Wan Omar turut menegaskan bahawa had perbelanjaan maksimum yang dibenarkan bagi calon yang bertanding  untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah RM100,000 manakala bagi calon kerusi parlimen pula adalah sebanyak RM200,000.

Kenyataan dari Timbalan Pengerusi SPR ini selaras dengan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon DUN.

Jika kiraan kasar dibuat bagi setiap kerusi yang ditandingi oleh Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, maka perincian perbelanjaan yang digunakan adalah seperti berikut:

DUN : RM100,000 x 500               = RM50,000,000

PARLIMEN : RM200,000 x 222       
= RM44,400,000
                                                              JUMLAH = RM94,400,000
 
Berdasarkan kiraan kasar di atas, jumlah perbelanjaan keseluruhan pilihan raya jika bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen seluruh negara adalah sebanyak RM94.4 juta. Justeru, apakah kewajaran dan keperluan Barisan Nasional untuk berbelanja lebih dari RM1.5 bilion? Dan apakah perkara ini tidak menyalahi peraturan pilihan raya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh SPR? Jumlah RM1.5 bilion adalah nilai yang teramat besar serta mencecah 16 kali ganda dari jumlah yang dibenarkan oleh SPR!

Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 juga, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu. Mereka yang didapati bersalah, boleh dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di mana terbatal kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak.

Undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan ini jelas telah dilanggar secara terbuka oleh Barisan Nasional dan ia telah diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Sehubungan dengan itu, KEADILAN menuntut penjelasan rasmi dari pihak SPR berhubung perkara ini iaitu apakah tindakan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu boleh dianggap sebagai satu bentuk korupsi iaitu menggunakan wang untuk membeli undi dari rakyat?


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka

Saturday, March 05, 2016

JINGGA 13 KESAL HUKUMAN PENJARA DAN SEBATAN TERHADAP YAHYA SHARI DAN KES PERLU DI BUKA SEMULA

JINGGA 13 KESAL HUKUMAN PENJARA DAN SEBATAN TERHADAP YAHYA SHARI DAN KES PERLU DI BUKA SEMULA

Jingga13 Malaysia kesal terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara dua (2) tahun dan dua (2) sebatan terhadap Haji Yahya Shari yang merupakan Timbalan Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat di atas dakwaan menipu berkaitan wang derma RM50,000 oleh Datuk Abdul Karim Munisar di atas kapasiti beliau sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2008 iaitu menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam .

Sedangkan Hj Yahya Shari langsung tidak menggunakan wang tersebut walau sesen pun dan wang tersebut masuk ke dalam akaun parti , bukannya akuan peribadi. Manakala DS Najib Razak memperolehi derma RM2.6 billion yang masuk ke dalam akuan peribadi langsung tidak didakwa dan didapati tidak bersalah serta 'dibersihkan' oleh Peguam Negara .

Sewaktu perbicaraan,Datuk Abdul Karim Munisar , Presiden Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) yang namanya disebut didalam kertas pertuduhan sebagai pihak yang didakwa diperdaya memberi keterangan bersumpah yang beliau tidak pernah pada bila-bila masa diperdaya oleh Hj Yahya Shari adalah membuktikan beliau tidak bersalah.

Sebelum ini Mahkamah Seksyen telah dua (2) kali memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan daripada sebarang salahlaku mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan .

Keputusan yang dibuat adalah sangat sangat mengejutkan kerana Mahkamah Seksyen mendapati ianya adalah menimbulkan keraguan yang munasabah yang membuktikan dakwaan tersebut adalah fitnah dan tidak benar oleh UMNO dan Gagasan Anti Penyelewengan ( Gaps ) , selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas beliau.

Jingga 13 Malaysia juga menuntut agar kes beliau dibuka semula dan dibebaskan .

Keputusan Mahkamah Rayuan adalah satu penginayaan terhadap Haji Yahya Shaari serta ahli keluarga beliau. Semoga Haji Yahya Shari dan Ahli keluarga beliau tabah dan sabar serta diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Tuesday, March 01, 2016

Ubah Najib Ubah umno

Ubah Najib
Ubah Umno
----------------

Tun Dr Mahathir Mohamed mengumumkan untuk keluar daripada Umno kelmarin kerana Umno kini bukan Umno yang berjuang seperti masa lalu.

Umno hari ini katanya cuma berjuang untuk pertahankan DS Najib.

Setelah berkuasa begitu lama Umno kini dipenuhi oleh pemimpin2 yg lupa kepada rakyat.

Mereka sebenarnya lebih mementingkan kepentingan diri sendiri, kekayaan, diri sendiri dan tidak berminat untuk pergi ke kampung2 berjumpa orang kampung, bertanya khabar dan melihat sendiri keadaan dan kebajikan orang2 kampung.

Dua minggu yang lepas saya telah melawat suatu kampung di Kampung Aur, Sik, Kedah bersama2 pemimpin2 PKR Rafizi, Saifuddin Abdullah, Saifuddin Nasution dan lain2  yang melawat ke negeri Kedah.

Orang2 kampung di sini hidup seolah2 terbiar. Mereka duduk di kampung ini di bawah skim Felcra, di bawah Kementerian Luar Bandar.

Mereka potong getah dan dapat hasil yang rendah. 80 Sen se kilo. Dapatlah beberapa ringgit untuk menyara hidup satu keluarga. Tak ada pendapatan sampingan. Kemiskinan jelas nampak di merata2.

Apa Umno buat?

Cukup bagi BRIM lima enam ratus.
Orang kampong bukan mahu bantuan duit macam itu. Mereka mahu wujudkan peluang2 untuk hidup.

Dulu masa zaman allahyarham Tun Razak, beliau datang sendiri ke kampung2, bertanya khabar.

Kaji masalah orang kampung.
Orang kampong tak bertanah, beliau wujudkan Felda. Beri tanah pada orang kampung.

Ujudkan Risda dan Felcra untuk bantu orang kampung. Macam2 skim diujudkan bantu dan latih anak2 orang kampung.

Sekarang orang Umno dah tak masuk kampung.

Mereka sibuk cari projek di bandar. Projek besar. Projek kecil.

Orang kampung ketinggalan. Orang kampung diabaikan.

Kini Dr Mahathir sudah meninggalkan Umno. Beliau kata Umno kini cuma jaga Najib. Taat pada Najib. Jaga kepentingan Najib.

Suatu gerakan terdiri dari ahli2 Umno yang kecewa dengan pimpinan Umno dan Najib bersama2 dengan parti2 pembangkang PKR, Amanah dan DAP serta NGO2 sedang bekerjasama cari jalan untuk pulih semula keadaan yang buruk ini.

DS Najib dianggap beban atau liabiliti kepada negara. Umno cuma berminat mempertahankan Najib.

Kalau begitu Najib dan Umno sudah tidak releven lagi kepada negara.

Rakyat harus bertindak bijak menyingkir bukan sahaja Najib tapi Umno yang sudah gagal menjaga rakyat terutama orang2 kampung.

Di sini kita terasa kerinduan dan kemesraan yang ada pada Anwar Ibrahim mampu mengembalikan semula image negara yg tercalar untuk terus maju di masa hadapan. Kita akan pulih semula.

Saya terasa bahawa rakyat sudah amat bosan dengan Najib dan Umno.

Masa untuk berubah sebenarnya telah datang. Rakyat sudah muak dan bosan dengan kepimpinan yang ada pada hari ini.

TS Muhammad Muhammad Taib

1 Mac 2016