SharpShooter Followers

Thursday, January 31, 2013

Pemuda umno berdemo tolak Cikgu Fariz Musa

Malam ini Koordinator Jingga 13 Malaysia cikgu Fariz Musa dijadualkan berceramah di felda Chuping, Perlis.

Penganjur di sana memaklumkan bahawa pemuda umno akan berdemo membantah cikgu Fariz Musa berceramah di sana.

Pengurus felda Chuping juga tidak benarkan cikgu Fariz Musa berceramah di sana tetapi penganjur tetap akan laksanakan juga..lawan tetap lawan..

Nantikan berita selanjutnya malam ini..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kenapa polis cuba halang ke pejabat JPN Penang


Satu kekecohan berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang apabila polis cuba menghalang peserta protes yang memegang kad pengenalan (IC) merah daripada memasuki premis tersebut.

Kira-kira 30 pemegang IC merah dan keluarga mereka serta beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum itu berkumpul di Jalan Larut pagi ini sebelum berarak ke pejabat JPN di Anson Road.

NONEKumpulan itu, yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran, termasuk warga emas dan kanak-kanak yang gagal mendapatkan IC biru dari JPN.

Apabila mereka tiba di destinasi tersebut, kekecohan berlaku apabila polis cuba menghalang mereka memasuki pejabat JPN itu.

"Ini menyalahi undang-undang," kata Surendran.

Satu peserta protes itu menjerit "polis sabotaj kita!"

Ancaman ditangkap

Latheefa Koya dari Peguam NGO for Liberty berkata polis telah mengancam untuk menangkap mereka.

Mereka disertai ramai penyokong dan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak), Jason Ong (Kebun Bunga), dan Ng Wei Aik (Komtar).

NONETerdapat juga beberapa individu dengan IC hijau menyertai perhimpunan tersebut.

Selepas pemimpin Pakatan berunding dengan pihak polis, kumpulan itu dibenarkan memasuki ke bangunan tersebut.

Mereka duduk di lobi dan menunggu untuk tindakan selanjutnya dari JPN.

Terdahulu, perarakan sejauhj 100 meter tidak mengganggu aliran trafik kerana polis dan anggota unit rondaan sukarela membantu mengawal lalulintas.

Mereka membawa sepanduk dengan slogan 'duduk' dan 'bantah' serta melaungkan "Hidup rakyat".



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, January 30, 2013

Zaman dah berubah

Zaman dah berubah..InsyaAllah kerajaan juga akan berubah..dah lama sangat dah..

Masa untuk berubah.. Anda mampu lakukan..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 25, 2013

JINGGA 13 - POLIS WAJAR DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS INSIDEN KEMATIAN SUGUMAR

Jingga 13 mendesak PDRM untuk membuka kertas siasatan berkaitan seorang seorang pengawal keselamatan, Sugumar Cheliah – 40 Tahun yang didakwa dipukul oleh polis dan orang awam di Taman Sri Nanding, Hulu Langat hingga membawa kematian. Memetik kenyataan saksi menyebut sekurang-kurangnya empat anggota polis terlibat mengejar Sugumar dan seterusnya menahan dan menggari lelaki tersebut dalam kejadian itu. Laporan itu menyebut, seramai 20 orang yang lain kemudiannya didakwa menyertai anggota polis berkenaan dan memukul Sugumar.

Jingga 13 mempersoalkan  mengapa mangsa digari, kemudian dipukul, dibogelkan serta dilumur dengan serbuk kunyit dan kemudiannya mangsa didapati meninggal dunia. Setelah itu dicampakkan ke bahu jalan dan dibiarkan sehingga pasukan forensik PDRM yang tiba jam 11 malam.

Kenyataan Ketua Polis Kajang amat diragui kerana dilihat seolah olah satu cubaan ingin menutup kes itu dengan mendakwa bahawa polis tidak memukul Sugumar hingga mati dan dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Sedangkan tiga saksi telah tampil memberi keterangan bahawa Sugumar telah dikejar oleh polis, digari, dipukul dan berlumur dengan kunyit.

Adalah menghairankan apabila pihak polis mendakwa bahawa tidak ada unsur janayah, sedangkan mereka telah merekodkan kenyataan ketiga-tiga saksi berkenaan. Semalam polis mengklasifikasikan kes Sugumar sebagai 'kematian mengejut' dan bedah siasat menunjukkan dia mengalami saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain.

Jingga 13 mendesak pihak PDRM untuk segera membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan kepada pegawai dan anggota-anggota polis termasuk beberapa individu yang terlibat memukul mangsa sehingga membawa kematian. Seseorang yang ditahan dan dituduh bersalah seharusnya dibicarakan dan diadili terlebih dahulu sebelum dijatuhi hukuman. Polis dan orang awam tiada kuasa untuk menghukum sesuka hati seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang Malaysia.

Jingga 13 memandang serius terhadap tindakan kejam sesetengah pegawai dan anggota polis yang menggunakan kekasaran melampau terhadap OKT. Insiden ini bukan baru berlaku tetapi telah banyak kali berulang kali dan ramai OKT kehilangan nyawa ketika ditahan polis.
 
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Mohd Rudey Bin Abd Rahman
Koordinator Penerangan
Jingga 13 Malaysia


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

MP Baling Ustaz Taib Azamuddin kini terlantar di Hospital Pantai Bayan Baru

Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin yang juga bekas Imam Negara kini terlantar di CCU Hospital Pantai Bayan Baru, P.Pinang semalam akibat stroke dan pendarahan di kepala..

Gambar ini dikirim oleh Ustaz Badrulamin ketika menziarahinya..doakan semoga beliau cepat sembuh..amin..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

YB Malik Kassim "bakar" bontot Perkasa

Kerajaan Negeri dengan tegasnya menolak gesaan Presiden Perkasa Ibrahim Ali bagi membakar Bible versi Bahasa Melayu. Ini langsung tidak mencerminkan Agama Islam yang sebenarnya.

Islam mengajar umatnya agar bersifat Penyayang (Love), Toleransi (Tolerance) dan Hormat (Respect) dengan manusia tidak mengira fahaman Agama.

Ini telah ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sepertimana yang terdapat dalam sirah Nabi. Saya ingin mengajak semua pihak Umat Islam khasnya meneladani Qudwatul Ar-Rasul keunggulan keperibadian Rasulullah SAW.

Terdapat berbagai kisah membuktikan yang Islam mengajar umatnya bersifat penyayang, toleransi dan hormat-menghormati sesama manusia sejagat. Nabi Muhammad SAW telah diutuskan kepada manusia sebagai contoh ikutan dan rahmat kepada alam semesta.

Gesaan Presiden Perkasa ini dan usaha mengadakan satu acara membakar Bible sangatlah merbahaya dan menjatuhkan imej Agama Islam serta Umat Islam. Saya sebagai seorang yang beragama Islam merasa malu dan marah terhadap Perkasa dan orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini yang saya anggap menghina Islam dengan gesaan dan usaha itu.

Saya ingin menyeru umat Islam Pulau Pinang khasnya melalui NGO-NGO dan juga Persatuan agar menentang usaha ini dan membuat kenyataan membantah usaha jahat ini. Usaha ini bukan sahaja memalukan umat Islam dan menghina Islam tetapi juga bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat dan mengugat keharmonian Pulau Pinang yang aman selama ini terutama 5 tahun kebelakangan ini.

YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim
Exco Hal Ehwal Agama


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jom ke Tazkirah TG Nik Aziz

Anda dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Majlis Tazkirah Zohor bersama-sama Qaryah masjid dan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat anjuran YB Raveen. Aturcara program adalah seperti berikut;
 
Tarikh : 27hb Januari 2013 (Ahad)

Jam  : 11.00 pagi
                       
Bertempat di Masjid Batu Uban
 
Semua dijemput hadir..sebarkan..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, January 21, 2013

#LISTEN Utusex sudah minta sedekah? Kah kah kah

Laaaa..siannyerrrr..takkan Utusex nak bayar peguam pun tak ada duit atau perkasam yg ambil kesempatan?

Apa hubungan perkasam dgn utusex? Jawabnya mudah...Ibarat tahi dan kentot..kah kah kah..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

#LISTEN #LISTEN #LISTEN Utusan Meloya ternyata amat meloyakan

Saman Fitnah Anwar Terhadap Utusan: Kemenangan Untuk Keadilan
 
Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada hari ini yang mendapati bahawa Utusan Melayu (M) Bhd serta ketua editornya, Abdul Aziz Ishak bertanggungjawab terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Kemenangan ini bukan sahaja kepada Anwar tetapi untuk badan kehakiman itu sendiri. Keputusan ini merupakan isyarat yang jelas dan nyata bahawa kewartawanan yang kotor tidak akan diberi toleransi oleh mahkamah.
 
Hari ini merupakan hari yang menentukan kebebasan badan kehakiman. Hakim perlu mempunyai pegangan yang berani dalam membuat penghakiman tanpa perlu mengambil peduli tekanan yang diterima. Oleh itu, saya salut kepada Hakim VT Singham untuk tindakan tegas dan keputusan yang tepat ini.
 
Pada pendapat peribadi saya dan saya percaya bahawa rakyat seluruhnya, tidak timbul sebarang keraguan mengenai artikel-artikel yang disiarkan oleh media alat Umno pada 17 Januari tahun lepas itu merupakan satu fitnah yang telah dirancang untuk merosakkan reputasi Anwar serta mendedahkan beliau kepada cemuhan dan penghinaan awam.

Seperti yang dinyatakan Anwar didalam mahkamah, pemilikan Umno keatas Utusan Malaysia dan penerimaan arahan mereka daripada presiden parti itu bukan lagi rahsia.
 
Amat memberangsangkan  apabila hakim memutuskan bahawa selayaknya Utusan dicemuh kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, saya sendiri merupakan mangsa kepada kewartawanan kotor ini.

Turut membuktikan kewajaran penegasan mahkamah bahawa kenyataan Anwar telah diambil di luar daripada konteks sebenar dan sangat jelas dalam wawancara BBC tersebut kelulusan  aktiviti LGBT melalui undang-undang tidak disebut oleh Anwar.
 
Saya menyeru Utusan dan media yang dikawal UMNO-BN yang lain untuk menghentikan serangan karakter yang sangat keji dan jahat terhadap Anwar serta sedar dan perbetulkan kesilapan mereka dan amalkan kewartawanan yang lebih bertanggung jawab mulai saat ini.
 
Keadilan akan terus ditegakkan.
 
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, January 20, 2013

#LISTEN LISTEN LISTEN @anwaribrahim cabar sekali lagi @NajibRazak berdebat

Insiden “listen ... listen ... listen” yang menimbulkan kekecohan di laman media sosial yang mengaitkan Bawani KS dan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin adalah budaya pendoktrinan yang mewakili sistem pendidikan di negara ini, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar, insiden tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pelajar di negara ini diajar melalui kaedah “listen” seperti dalam video di laman YouTube tersebut.

“Kalau orang kata ini suatu yang luar biasa berlaku, tak betul ... listen, listen, listen, ini mewakili sistem yang ada, ini kaedah anak kita diajar,” kata Anwar dalam ucapan ketika majlis kutipan dana untuk Pilihan Raya Umum ke-13 DAP di sini malam tadi.

Kaedah sedemikian jelas pemimpin pembangkang itu  telah bermula sejak pelaksanaan Biro Tata
Negara (BTN) yang mana pelajar diarahkan untuk menuruti arahan tanpa sebarang pertanyaan.
“Dulu mereka disuruh ikut BTN, bila dipesoalkan, akan kata khianat Melayu ...”

“Ia falsafah politik rasis dan autoritarian yang diibaratkan pemimpin berkuasa penuh terhadap rakyat,” tegas Anwar di hadapan lebih 3,000 hadirin majlis tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjelaskan, hanya  melalui pendidikan, kebenaran akan dapat disebarkan.

“Pendidikan adalah asimilasi ilmu pengetahuan, untuk mendapatkan pendidikan bagi menyebarkan kebenaran,” katanya lagi.

Anwar dalam ucapannya juga sekali lagi turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat kerana menurutnya Najib adalah pemimpin yang lemah kerana terpaksa mendapatkan khidmat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penasihat” Umno.

“Najib seorang perdana menteri yang lemah, maka dia terpaksa ‘outsource’ melalui Perkasa dan Tun Mahathir,” katanya yang turut merujuk kepada badan bukan kerajaan pro Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

“Saya sekali lagi cabar Najib untuk berdebat!” kata Anwar disahut sorakan hadirin yang hadir.
Kutipan derma malam tadi berjaya mengutip sejumlah RM66,3042.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

#LISTEN KERAJAAN NEGERI MEMANDANG SERIUS KEJADIAN MENGEDAR BIBLE KEPADA PELAJAR ISLAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELUTONG

Perkara membabitkan soal agama sepatutnya dipandang serius olih semua pihak lebih-lebih lagi mendakwah agama lain kapada orang orang beragama Islam, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia menyalahi undang-undang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutian Perkara 11(4).

Kerajaan Negeri memandang serius kejadian yang dilaporkan dalam akhbar tempatan kelmarin sepertimana dilaporkan terdapat 2 orang yang tidak dikenali dipercayai sedang mengedar bible berbahasa Melayu kepada pelajar-pelajar termasuk pelajar-pelajar Islam di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong.

Saya difahamkan pelajar tersebut sudah membuat lapuran polis dan saya telah menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang Dato Hj Abdul Rahim Hanafi untuk mendapat pengesahan. Pihak polis telah mengesahkan menerima lapuran dan siasatan sudah dimulakan.

Kerajaan Negeri berharap pihak polis akan segera menyiasat insiden ini dan mengambil tindakan membawa mereka yang melakukan kesalahan undang-undang ke mahkamah. Ini akan mengelakkan spekulasi dan apa-apa andaian masyarakat yang mungkin timbul atau segaja ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya juga ingin menyeru agar semua pihak mengambil sikap bertanggungjawab dan jangan menimbulkan ketegangan agama dengan tidak melakukan perkara seperti ini dan saya ingin menasihati masyarakat Islam khasnya menyerah kepada pihak yang berkuasa seperti PDRM dan JAIPP untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Saya juga akan meminta JAIPP menyiasat insiden ini dan jika terdapat usaha-usaha seumpama ini supaya mengawasi dan mengambil tindakan segera.

YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim
Exco Hal Ehwal Agama

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, January 19, 2013

Jom ke debat LEMAN Raja Lawak vs Ibrahim Ali


Nak tunggu debat Anwar vs Najib ibarat tunggu ayam jantan bertelur la jawabnya..kah kah kah..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

#LISTEN Jingga 13 desak Rosmah Najib saman Deepak

DAKWAAN DEEPAK: JINGGA 13 DESAK NAJIB-ROSMAH SAMAN DEEPAK DAN KECEWA SIKAP DWI STANDARD SERTA BERDIAM DIRI POLIS

Setelah sekian lama akhirnya Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor mula memberikan reaksi terhadap dakwaan Deepak Jaikishan dengan menyifatkan Deepak sebagai "individu yang tidak dipercayai" dan "terlalu sibuk" untuk menjawab segala dakwaan ahli perniagaan permaidani tersebut.

JINGGA 13 hairan terhadap sikap Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang menunjukkan reaksi mengelak daripada bertindak mempertahankan diri terhadap dakwaan serius oleh Deepak dengan dakwaan jenayah. Sebagai Perdana Menteri dan First Lady Of Malaysia ini adalah satu tuduhan yang serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan maruah , integriti dan kredibiliti mereka.

Deepak Jaikishan mendakwa Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam usaha penukaran akuan sumpah pertama oleh penyiasat persendirian P.Balasubramaniam pada tahun 2008 yang turut mendedahkan Datuk Seri Najib Razak dengan skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

JINGGA 13 mempersoalkan jawaban ringkas Datuk Seri Najib Razak dengan mendakwa Deepak sebagai "individu yang tidak boleh dipercayai". Adakah ianya bermaksud bahawa Deepak tidak boleh dipercayai kerana mendedahkan kebenaran dan gagal menutup rahsia terhadap peranan yang dibuat oleh beliau dalam usaha menutup skandal pembunuhan Altantuya melalui Akuan Bersumpah Pertama P.Balasubramaniam? Malah Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah sehingga kini sedikit pun TIDAK MENAFIKAN segala dakwaan Deepak.

Sehingga sekarang walaupun Deepak telah mendedahkan beberapa siri pengakuan terhadap perlakuan dan tindakan jenayah Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor , tetapi kedua-dua mereka masih gagal untuk memberikan respon yang menyakinkan rakyat bahawa mereka berdua tidak terlibat sepertimana yang didakwa oleh Deepak.

JINGGA 13 telah membuat laporan polis pada 14 Disember 2012 di Balai Polis Dang Wangi , tetapi sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan oleh pihak Polis , malah tidak ada seorang Pegawai Penyiasat pun memanggil kami untuk diambil keterangan. JINGGA 13 menyelar sikap berdiam diri pihak polis daripada mengambil tindakan proaktif terhadap laporan jenayah melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor tetapi berbeda terhadap tindakan melibatkan rakyat marhean.
JINGGA 13 MENDESAK Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor melakukan tindakan undang-undang menyaman Deepak Jaikishan agar segala dakwaan Deepak dibicarakan di mahkamah . Sikap Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang terus mengelak dan tidak mengambil tindakan terhadap Deepak menimbulkan pelbagai persoalan dan persepsi oleh rakyat.

Rakyat sedang memerhati dan menunggu tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah. Rakyat wajar menolak penjenayah sebagai Perdana Menteri dengan menolak UMNOBN dalam PRU 13.




MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone








Friday, January 18, 2013

UMNO JADIKAN RAKYAT TEBUSAN POLITIK UNTUK TAWAN SELANGOR

Tuduhan Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Kerajaan Selangor bermain politik dalam isu air umpama menepuk air di dulang; habis terpercik ke muka sendiri. Bermain politik dalam isu air samalah seperti memperjudikan nasib dan kepentingan lebih 5 juta pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mana mungkin kerajaan yang dibina atas sokongan rakyat ini akan berbuat demikian, apatah lagi bukan mudah untuk rakyat menumbangkan sebuah kerajaan yang telah memerintah lebih 50 tahun lamanya.

Usaha kerajaan Selangor untuk mengambilalih perkhidmatan air dengan niat semata-mata mahu menjaga kebajikan pengguna yang selama ini tidak mendapat pembelaan kerana kerajaan sebelum ini hanya mementingkan tembolok dan kroni sendiri. Rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tiada kepakaran dalam industri air menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.

Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong usaha ini lantaran lebih mementingkan syarikat konsesi daripada kebajikan rakyat.

Bukan sekadar itu, syarikat konsesi ini mendapat sokongan kuat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu air dan menghentam usaha Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim mengambilalih perkhidmatan air.

Jadi, siapa sebenarnya yang bermain politik dalam isu air ini? Jika sememangnya kerajaan Persekutuan tidak setuju perkhidmatan air diambilalih kerajaan negeri, mengapa mereka meluluskan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi? Mengapa penstrukturan air boleh dilaksanakan di Terengganu, Perak dan Melaka dan tidak Selangor?

Budak sekolah pun tahu akan jawapnnya; kerana kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat. Jika Selangor mengurus sendiri air maka akan matilah syarikat kroni mereka. Malah, jika kerajaan negeri berjaya menguruskan perkhidmatan air dengan lebih baik, maka akan terbukti dasar penswastaan BN yang memberi konsesi kepada syarikat kroni telah gagal dan hanya mengkayakan pihak tertentu di atas kesengsaraan rakyat.

Oleh itu, tidak hairan pemimpin UMNO bermati-matian mempertahankan konsesi ini walaupun mereka sedar keyakinan rakyat terhadap syarikat ini telah hilang. Pemimpin Umno akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu air ini. BN percaya jika kerajaan Selangor dibenar mengambilalih perkhidmatan air maka peluang mereka untuk kembali menang di Selangor akan terus terkubur.

Kita sebenarnya telah menerima maklumat risikan bahawa Umno akan menggunakan isu air untuk mengadu domba rakyat. Meskipun demikian, kita meragui kebenaran maklumat risikan tersebut kerana mensabotaj keperluan asas harian seperti air, adalah lebih buruk dari Yahudi. Dato’ Menteri Besar bagaimanapun telah mengarahkan semua PBT bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Justeru, apabila lima buah pam di Wangsa Maju tiba-tiba rosak serentak maka semua PBT di Selangor terus bergerak membantu kawasan-kawasan terlibat termasuk di Wilayah Persekutuan. Kecekapan dan sikap tolong menolong semua pihak telah mengurangkan impak sabotaj yang dilancarkan BN.

Sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang berkali-kali merayu agar diberi peluang untuk BN kembali mentadbir Negeri Selangor dilihat begitu terdesak. Janji Najib untuk selesaikan isu air jika BN berjaya menawan semula Selangor menguatkan bukti bahawa BN menjadikan rakyat Selangor dan Lembah Klang sebagai tebusan politik. Janji berupa ugutan tersebut lebih menonjolkan sifat buruk pimpinan Umno apatah lagi datangnya dari pemimpin tertinggi.

Md Zin sepatutnya malu untuk menuduh kerajaan hari ini berpolitik dalam isu air sedangkan pemimpin tertinggi Umno yang begitu jelas telah hilang wibawa semata-mata mahu mengambil semula Selangor.

Sukar untuk mempercayai beliau boleh mengeluarkan hujah dangkal kononnya kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana SYABAS adalah anak syarikat kerajaan negeri. Jika SYABAS anak syarikat kerajaan Selangor, kita tidak akan berdepan dengan masalah sebegini.

Seperti dijelaskan Dato’ MenteriBesar, Kerajaan Selangor hanya mempunyai saham 30 peratus dalam SYABAS manakala pemegang saham terbesar adalah Puncak Niaga dan Kementerian Kewangan Diperbadankan pemegang saham emas. Golden Share atau saham emas dalam syarikat konsesi ini yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan sebagaimana termaktub di dalam WSIA. Malangnya Kerajaan Persekutuan lebih suka berpolitik dan mengutamakan kepentingan kroni berbanding rakyat teramai.

Jika Mohd Zin mahu menjadi jaguh dalam isu air ini, seloknya beliau membuat kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam agar sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kredibiliti ketika membuat tuduhan ke atas Pakatan Rakyat.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

#LISTEN Che Det pengkhianat cemar nama Tunku untuk lepaskan tengkuknya

Projek Kad Pengenalan – Mahathir mencemarkan nama Tunku untuk melepaskan tengkuknya

Kenyataan terkini oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membersihkan dirinya daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya sebagai angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggung jawab.

Percubaan Dr. Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam kekotoran ini adalah keji dan hina. Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di semenanjung Malaysia semasa era Tunku.

Beliau berterusan menghina akal kita dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita. Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut. Oleh itu Dr. Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalih beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama.

Projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Plihan Raya Umum 1994 dan Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi.

Saya tetap terkejut apabila mendapati bahawa pesalah-pesalah dalam penipuan tersebut telah menginap di rumah Aziz Shamsuddin dan membuat manfaat daripadanya sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu tersebut. Tidak lebih mengejutkan apabila ada keterangan bahawa Megat Junid Megat Ayub pernah mengarahkan pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan resit penerimaan kad pengenalan itu.

Aziz Shamsuddin dan Megat Junid tidak mungkin mampu melaksanakan penipuan yang sebegitu rapi tanpa arahan atau persetujuan daripada orang atasan mereka, yang tentunya ketika itu adalah Dr. Mahathir.

Saya tetap dengan seruan saya bahawa Dr. Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan Negara dengan menjual kedaulatan kita dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal di Sabah.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jom bersama Anwar di Selangor

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Selangor

19 Januari 2013 (Sabtu)

1) 2.00–5.00 ptg – "Meet Anwar" – Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi: Oriental Crystal Hotel, Kajang  

2) 7.00-10.00 mlm – "DAP Fund Raising Dinner" -  Petaling Jaya Utara

Lokasi: Stadium Hoki Petaling Jaya, Jalan Selangor, Petaling Jaya

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana  Merdeka Rakyat

Lokasi: Tapak Pasar Malam PJS 2D, Taman Medan, Petaling Jaya

4)     9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

Lokasi : Tapak Pasar Tani, Seksyen 17, Syah Alam

5) Barisan Penceramah:

i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Lim Guan Eng

iii. YB Rodziah Ismail

iv. YB Tony Pua Kiam Wee

v. YB Khalid Samad

vi. YB Lee Hoy Seang

vii. YB Dato' Teng Chang Kim

viii. YBhg Razifi Ramli

ix. YBhg Siti Aisyah Shaik Ismail

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, January 17, 2013

#LISTEN #LISTEN #LISTEN @khairykj sudah "U-TURN"

KHAIRY JAMALUDDIN MENARIK BALIK TUDUHANNYA DAN MENGESAHKAN WATAK PERKAUMAN UMNO

Kenyataan Khairy Jamaluddin yang dipetik oleh Sinar Harian[1] menyebut bahawa “beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat”.
Seterusnya, beliau juga cuba memberi gambaran seolah-olah Dato’ Seri Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh.
Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian ( Settlement Terms ) yang dimeterai di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013. Tindakan Khairy yang memutar belitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah.
Syarat penyelesaian menyebut seperti berikut:
“Since the defendant (Khairy Jamaluddin) is now prepared to say that he did not say the offending words as opposed to the position taken earlier, the matter ends there and stands resolved.”
Khairy dan Pemuda UMNO sebelum penyelesaian ini bertegas bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah “pengkhianat perjuangan Melayu” dan “boneka Amerika Syarikat dan Yahudi”.
Malah, dalam transkip ucapannya yang menjadi bahas kes di mahkamah, secara jelas beliau menyebut perkara-perkara ini.
Muka surat 10 transkrip ucapan yang dikemukakan dalam mahkamah:
“Tuan-tuan, saya balik daripada Ijok, saya dengar dengan telinga saya sendiri, keluar dari mulut pemimpin Melayu di ijok, daripada Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa kita tak perlu lagi ada Dasar Ekonomi Baru, kita tak perlu lagi membantu orang Melayu.
Sekarang ini Anwar sudah masuk kawasan-kawasan kaum Tiong Hwa. Dia kata kita nak bina sekolah Cina, tak payah lagi ada Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.
Tuan-tuan, sudah jadi macam ini, sudah sampai satu tahap di mana ada pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan kehidupan kita oleh kerana politiknya.”
Bukan sahaja beliau menuduh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menggadaikan kehidupan orang Melayu, Khairy juga mengapi-apikan sentimen perkauman dengan membina kebencian terhadap pendidikan Cina yang cukup rapat dengan masyarakat Cina di negara ini.
Muka surat 11 transkrip ucapan Khairy yang dijadikan bahas kes di mahkamah pula menyebut:
“Pilihanraya yang akan datang adalah masa depan kita, adalah perjuangan kita. Adakah kita sanggup memberi laluan kepada Anwar yang menjadi boneka kepada Amerika? Yang menjadi boneka kepada Yahudi? Adakah kita sanggup memberi laluan kepada PAS yang sanggup menggadaikan khazanah asli bumi bertuah Malaysia ini kepada rakyat asing?
Dari transkrip ucapan yang menjadi rujukan kes saman di mahkamah, adalah jelas bahawa Khairy memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan menghina perjuangan PAS. Dakwaan Khairy bahawa kenyataan beliau disalah lapor oleh media, seperti yang dinyatakan kepada Sinar Harian adalah tidak benar, kerana prosiding perbicaraan mahkamah merujuk kepada transkrip ucapan beliau yang disediakan oleh peguam UMNO sendiri dan bukannya mana-mana laporan akhbar.
Oleh sebab itulah, syarat penyelesaian secara jelas menegaskan bahawa kes ini ditamatkan apabila Khairy bersedia menukar pendirian awalnya mengenai fitnahnya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Pendirian awalnya yang memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat perjuangan Melayu dan boneka Amerika Syarikat dan Yahudi terkandung dalam transkrip ucapan Khairy pada 1 Ogos 2007.
Oleh yang demikian, apabila beliau menukar pendirian awalnya, ia bermakna beliau menarik balik fitnah tersebut yang terkandung di dalam ucapannya dan kempen UMNO sebelum ini.
Kenyataan - kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur. Beliau lebih rela berbohong daripada berterus terang kepada rakyat bahawa beliau telah menarik balik fitnah yang dibuatnya.
Namun, lebih membimbangkan adalah kenyataan - kenyataan beliau yang berhubung pendidikan Cina di negara ini dan mengaitkannya dengan sentimen perkauman sempit yang melampau.
Perkara ini perlu diberi perhatian serius dan untuk mengelakkan putar belit, Khairy Jamaluddin harus menjelaskan pendirian beliau mengenai institusi pendidikan Cina yang ada di negara ini agar pendirian Pemuda Barisan Nasional dalam hal itu dapat dinilai oleh pengundi-pengundi.
Setelah meneliti kenyataan - kenyataan susulan Khairy selepas dimeterai syarat penyelesaian, saya berpendapat ianya mempunyai unsur - unsur menghina Mahkamah (contempt) yang perlu dirujuk semula kepada Mahkamah.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, January 16, 2013

#LISTEN LISTEN LISTEN "apa kata Bawani pada Menteri Saifudin..."

Insiden memalukan di Universiti Utara Malaysia (UUM) secara jelas memperlihatkan sisi hodoh bagaimana universiti kita hanya mahu mengajar surah-surah yang memuja Barisan Nasional (BN) dan memburukkan Pakatan Rakyat semata-mata.

Jika tidak dengan keberanian mahasiswa bernama Bawani KS mempertahankan hujah hingga gagal dijawab panelis serba dangkal pro-BN, Sharifah Zohra Jabeen tersebar di laman perkongsian video Youtube, tiada siapa yang terasa panas termasuk timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah.

“Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum ‘Mahasiswa dalam politik’ dan menggunakannya untuk ‘brainwash’ pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka,” kata Bawani.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

“Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah,” katanya menceritakan ketika dihubungi.

Nampaknya Saifuddin lebih berminat mencari publisiti murahan sanggup meminta supaya Bawani berhubung dengannya daripada meminta penjelasan Sharifah Zohra yang terang-terang menghina keintelektuakan mahasiswa dalam konteks minda terbuka, mengkritik dan dikritik.

“Dia memberitahu saya dia menyokong saya dan saya menjawab pemimpin NGO seperti Sharifah tidak harus dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa forum yang berat sebelah dalam universiti awam,” katanya.

Sepatutnya Saifuddin menasihatkan mana-mana panelis yang dijemput hadir ke sesi percambahan minda sebegini supaya mengenepikan sentimen 'mahu menang' sebaliknya menumpukan perhatian dengan mendengar pandangan mahasiswa kemudian menjawabnya dengan fakta bukannya ikan jerung.

Jika beginilah yang ditunjukkan Sharifah Zohra bermakna Saifuddin telah gagal 'mendisiplinkan' penyokong BN seperti Sharifah Zohra dan harus meminta maaf secara terbuka kerana ia bukan setakat menghina mahasiswa malah program cuci otak sebegini sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa yang maklumat diterima begitu pantas.

Nyata kementerian pengajian tinggi sekali lagi hanya membenarkan program memandulkan pemikiran mahasiswa diadakan di universiti awam tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya terhadap kemajuan negara pada masa akan datang.

Respon MPP PMUKM berkaitan isu Bawani





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

#LISTEN LISTEN LISTEN ..Anwar tabik KS Bawani

Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah.
Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak.

“Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” kata Anwar dalam facebooknya.

Isu ini mendapat perhatian ramai selepas satu klip video berdurasi 24 minit yang dirakam dalam sebuah forum suara mahasiswa anjuran UUM memaparkan panelis, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur dan enggan memberi ruang kepada Bawani memberi pandangan.

Difahamkan, Syarifah Zohrah juga adalah Timbalan Ketua Wanita Kimma, atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia, komponen baru dalam BN.

Bawani memberikan pandangan mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Beliau turut menegaskan kepada penganjur forum bahawa negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.

Pelajar jurusan undang-undang itu mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton, rata-ratanya mahasiswa.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya.

Sharifah kemudian berkata ‘listen’ kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon.

Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak dan masyarakat.
Dalam isu ini, Pakatan Rakyat menegaskan, pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seterusnya melaksanakan sistem pendidikan percuma adalah antara 10 agenda utama dalam mereformasikan hala tuju pendidikan negara.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, January 15, 2013

#LISTEN LISTEN LISTEN... Srikandi desak Sharifah Zohra mohon maaf pada Bawani



Srikandi KEADILAN hari ini kesal dengan insiden yang tercetus di antara ahli panel jemputan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan saudari Bawani KS yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di UUM apabila pelajar itu dimalukan dalam satu sesi Forum Dialog Mahasiswa Suara Perubahan yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Semua sedia maklum bahawa program yang dihadiri oleh Saudari Bawani KS ialah sesi forum dialog yang pengisiannya pastilah berkisar kepada pemahaman dan sesi soal jawab.

Srikandi yang meneliti persoalan yang cuba dibangkitkan oleh saudari Bawani KS dalam program itu melihat bahawa Bawani cuba untuk menyuarakan pendapat dan persoalan yang jelas berkaitan dengan pemasaalahan yang dekat dengan generasi muda hari ini.

Puan Sharifah telah memperlihatkan ketidakmatangan beliau dalam berhadapan dengan kenyataan dan persoalan yang diberikan oleh Bawani.

Srikandi melihat ia sebagai satu sikap yang biadap, tidak matang dan tidak profesional. Persoalannya jelas, Bawani bicara soal isu yang menekan mahasiswa , isu yang membelenggu mahasiswa namun jawapan yang diberikan hanyalah #listen!

Untuk itu dalam ruang demokrasi di negara ini yang dilihat semakin tercemar dengan budaya “Diam dan Dengar” ia menjelaskan bagaimana suara rakyat tanpa mengira siapa pun jika yang dibangkitkan itu ialah soal kelemahan kerajaan maka ia harus “ didiamkan”.

Srikandi mengambil pendirian bahawa Bawani berhak diberikan ruang tanpa dimalukan dan mendesak Sharifah Zohra dalam kadar segara memohon maaf kepada Bawani dan seluruh mahasiswa.

Puan Sharifah Zohra yang merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) adalah lambang kepada budaya pembodohan Umno BN yang selama ini menanam rasa ego kuasa yang akhirnya melenyapkan kesantunan bahasa dan budaya Melayu.

Mungkin Puan Sharifah harus diingatkan bahawa dia bakal berhadapan dengan ribuan anak muda yang tidak akan hanya “diam dan dengar” tetapi akan bangkit bersama dalam mempertahankan hak mereka.

Kepada saudari Bawani KS, Srikandi KEADILAN mengutus salam tahniah diatas keberanian dan ketegasan beliau dalam menyuarakan pendapatnya tanpa mengira siapa.

Ini keberanian yang harus didokong dan dicontohi oleh semua anak muda terutamanya wanita muda Malaysia tanpa mengira latar belakang dan siapa kita dalam menyuarakan hak dan pendapat kita.Ini masa untuk generasi muda bangkit dengan prinsip bahawa budaya biadap dan usaha pembodohan ini harus ditolak!

Siti Aishah Shaik Ismail
Ketua Srikandi KEADILAN Malaysia



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, January 11, 2013

Himpunan esok tetap di Stadium Merdeka

Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) menegaskan himpunan esok akan tetap diadakan di Stadium Merdeka seperti perancangan awal.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, tidak berlaku perubahan tempat ke Stadium Bukit Jalil seperti yang cuba dikelirukan sesetengah pihak.

"Dalam pertemuan dengan Ketua Polis Dang Wangi petang semalam, persetujuan dah dicapai pihak penganjur dan pihak polis.

"Kita bincang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jadi tidak timbul sebarang perubahan," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Beliau juga menegaskan, tidak ada sebarang perarakan sebaliknya orang ramai bebas berjalan menuju ke Stadium Merdeka.

Namun, pihak penganjur menyediakan lapan tempat berkumpul bagi memudahkan pergerakan orang ramai.

"Berjalan sahaja macam orang ramai berpusu-pusu nak pergi pasar malam.

"Cuma kita sediakan lapan check point bagi kemudahan peserta berkumpul sebelum berjalan," katanya.

Tengah malam tadi, jawatankuasa penganjur bermesyuarat di Pejabat Agung PAS ekoran cadangan polis agar perhimpunan dipindahkan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Sebelum itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan, perhimpunan itu dicadangkan agar dipindahkan ke Stadium Nasional kerana kapasitinya lebih sesuai.

Ini kerana, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja sedangkan penganjur menjangka penyertaan kali ini mencecah satu juta orang.

Guna pengangkutan awam

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa HKR, Hishamuddin Rais meminta orang ramai menggunakan pengangkutan awam ke ibu kota bagi mengelakkan kesesakan.

"Pihak penganjur minta sangat-sangat, semua orang guna pengangkutan awam.

"Jangan masuk ke pusat bandar dengan kenderaan sendiri kerana ini akan menyusahkan diri sendiri. Kita berjalan kaki sahaja ke stadium dan stadium pun tidak membenarkan kenderaan diletakkan di bahu jalan," katanya.

Para peniaga juga katanya boleh berniaga seperti biasa tanpa sebarang halangan.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, January 10, 2013

Isu Rasuah RM30 ribu - Saya hanya sebagai saksi - Pembantu TKM 1 P.Pinang

Kenyataan Media

Membalas Laporan Penangkapan Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang oleh Pegawai SPRM

Saya adalah pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang.

Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi.

Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:-

1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut;

2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek atau pesalah;

3)Siasatan berkenaan dakwaan korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I).

4)Memandangkan terdapat niat jahat serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap saya tanpa sebarang justifikasi.

Sekian penjelasan saya.

Zainal Abidin bin Saad
Pembantu Khas 
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

"Ustaz Taliban" menang saman RM100 ribu

Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini mengarahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak (Wawasan), Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 berhubung fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan Dewan Ulama' PAS Perak, Ustaz Norazli Musa.

Hakim, Roslan Abu Bakar memutuskan, Fauzi bersalah dalam kenyataannya yang disiar akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 yang menuduh Norazli menjadi jutawan segera semasa pemerintahan Pakatan Rakyat Perak selama 11 bulan dulu.

Dalam kenyataan itu, beliau juga mendakwa Norazli membina rumah banglo besar bernilai RM500,000 semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat sebelum dirampas oleh BN.

Hakim turut memerintahkan bekas ketua penerangan PKR Perak itu itu memohon maaf secara terbuka di Utusan Malaysia sebanyak tiga kali dalam tempoh seminggu dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000.

Norazli yang lebih dikenali sebagai 'Ustaz Taliban' diwakili peguam PAS Perak, Aminuddin Zulkaple.

Norazli ketika ditemui selepas keputusan tersebut berkata, beliau sangat bersyukur dengan kemenangannya itu dan menyifatkan ia adalah kemenangan Pakatan Rakyat.

"Saya bersyukur kepada Allah atas keputusan tersebut dan ini adalah tanda-tanda kemenangan Pakatan Rakyat khususnya di Perak," katanya yang ternyata gembira dengan keputusan tersebut.

Pada 11 Disember 2011, Norazli Musa,45 atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ustaz Taliban' femfaikan saman terhadap  Fauzi dan Utusan Malaysia berikutan fitnah tersebut.

Bagaimanapun akhbar Umno tersebut membuat keputusan menyelesaikan di luar mahkamah dan telah memberikan ganti rugi kepada Norazli.

Kata beliau, wang ganti rugi tersebut akan menjadi dana Pakatan Rakyat khususnya PAS dalam menghadapi PRU13 yang akan menjelma tidak lama lagi.

Hadir sama ialah AJK PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam dan pimpinan serta penyokong Pakatan Rakyat untuk memerikan sokongan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 09, 2013

Pastikan anda bersama melakar detik sejarah KL112 di Stadium Merdeka


Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa pengurusan Stadium Merdeka membenarkan mereka menggunakan tempat bersejarah berkenaan bagi perhimpunan 12 Januari.

Pengerusi penganjur himpunan itu Mohamad Sabu berkata pihaknya menerima surat keizinan bagi menggunakan stadium pada kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Dalam surat berkenaan, pihak stadium juga menetapkan syarat agar penganjur membayar RM75,000 sebagai wang pendahuluan untuk menggunakan stadium berkenaan, katanya.

"Kita akan tunaikan," kata timbalan presiden PAS yang menambah, pihaknya akan menghantar delegasi untuk berbincang dengan pengurusan stadium mengenai aspek keselamatan dan persiapan perhimpunan tersebut.

"Kita akan menghantar jawatankuasa untuk berunding dengan pengurusan stadium mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh (dilakukan), yang dikenakan oleh pihak stadium," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Stadium Merdeka.
Dalam sidang media hari ini, Mohamad berkata seramai 5,000 orang anggota unit amal akan dikerahkan untuk menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan berkenaan.

Sementara itu, naib presiden PKR Tian Chua pula berkata, penganjur juga akan membincangkan dengan pihak stadium mengenai kapasiti hadirin bagi perhimpunan tersebut.

Pakatan Rakyat Selangor pada hari Isnin lalu dilaporkan akan membawa seramai 300,000 orang terdiri daripada aktivis dan penyokong parti bagi menyertai perhimpunan tersebut.

Sementara itu  Wanita Pakatan Rakyat menyasarkan ribuan anggota mereka dari seluruh negara membanjiri Stadium Merdeka Sabtu ini dengan membawa enam tuntutan supaya dilaksana kerajaan memerintah.

Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha berkata, tuntutan tersebut adalah sebuah kerajaan yang bersih dari rasuah, gaji berpatutan kepada golongan wanita dan kualiti hidup lebih baik.

“Wanita Pakatan juga menentang keganasan terhadap wanita, pemansuhan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pilihan raya bersih dan adil,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Haniza, kumpulan mereka akan berkumpul di Pasar Seni, Kuala Lumpur jam 2 petang dengan warna tema ungu sebelum berarak ke Stadium Merdeka.

“Wanita KEADILAN Selangor sahaja, kita sasarkan 5,000 ahli. Tidak termasuk negeri lain. Kita jangkakan ribuan akan turun.

“Kita seru kepada wanita-wanita lain, yang tidak berparti, dan bukan ahli NGO untuk turut bersama. Sasaran kita ialah sejuta rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menegaskan, HKR 112 adalah peluang terbaik golongan wanita membantah dasar ekonomi dan sosial negara yang tidak berpihak kepada mereka.
“Saya menyeru golongan wanita muda, profesional dan kaum ibu untuk bersama bersolidariti dalam HKR 112,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Malaysia (Empower), Maria Chin.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

DAP edar 100,000 Bible Melayu' tak masuk akal, kata Zairil

ZAIRIL Khir Johari (kiri) dan Stevan Steven Sim Chee Keong (kanan) bersama
pemuda DAPSY lain menunjukkan aduan polis yang menyifatkan Mohd. Puad
mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan serta berniat jahat terhadap parti
mereka serta Pakatan Rakyat.


DATUK Dr. Mohd Puad Zarkashi disindir gara-gara Menteri Pelajaran itu dilaporkan menuduh "DAP rancang edar 100,000 Bible percuma?" melalui akhbar Utusan Malaysia serta beberapa akhbar kawalan Umno lain.

Zairil Khir Johari (kanan) selaku Setiausaha Politik bagi Setiausaha Agung DAD Lim Guan Eng berkata, kenyataan itu membayangkan negara ini seolah-olah tiada undang-undang.

Justeru, Zairil yang juga Ketua Pengarah Eksekutif bagi Penang Institute membuat satu aduan di Ibu pejabat Polis (IPD) Timur Laut, George Town pada petang tadi.

"Saya rasa kita (rakyat) hidup dalam sebuah negara yang tiada undang-undang langsung. Ikut sedap hati dia (Mohd. Puad) nak kata apa pun tak apa.

"Bila kita saman dan dia mungkin akan kalah pun,  kata apa pun tak apa. Sudah banyak kali Utusan dibuktikan mengfitnah DAP. Lebih RM500 duit dana pilihan raya DAP pun datang daripada (bayaran) saman oleh Utusan.

"Tujuannya bermotif niat jahat untuk menimbulkan api perkauman. Ini adalah suatu hasutan yang dilaporkan oleh media-media Umno dan Mohd Puad sendiri. Saya harap polis boleh ambil tindakan (siasatan lanjut)," ujar beliau di sini.

Zairil yang juga Penolong Setiausaha  Publisiti DAP Malaysia berkata, dakwaan Mohd. Puad yang juga Majlis Tertinggi Umno Malaysia adalah "sesuatu yang tidak masuk akal".

"Saya rasa ini kenyataan yang tidak masuk akal kerana DAP bukan parti (mewakili) mana-mana agama, DAP memperjuangankan semangat demokrasi yang tulin.

"Lagi pun, mana nak dapat duit yang begitu banyak untuk mencetak 100,000 naskah Bible untuk diedarkan secara percuma," ujar beliau sambil ketawa.

Setiausaha DAPSY - sayap pemuda Umno - Steven Sim Chee Keong bersama hampir 20 pemuda DAP turut hadir pada sidang media tersebut.

Difahamkan, DAP Perak dan Negeri Sembilan turut membuat aduan polis berasingan berhubung kenyataan Mohd. Puad yang didakwa berniat jahat tersebut.

Zairil berkata, beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak lagi kenyataan berunsur hasutan akan dikeluarkan oleh para pemimpin Umno demi menghasut rakyat supaya menolak integriti DAP serta Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Ahad lepas, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Mohd. Puad menuduh DAP merancang untuk "mencetak 100,000 naskah Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pula Pinang."

Manakala, akhbar Berita Harian pula melaporkan, Mohd Fuad "mendakwa menerima maklumat itu daripada sumber sahih tapi enggan mendedahkannya" dalam sebuah artikel berita berjudul 'DAP didakwa mahu edar 100,000 Bible Melayu'.

Akhbar berbahasa Inggeris, New Strait Times melaporkan, "Parti pembangkang (DAP) bercadang untuk mencetak sekurang-kurangnya 100,000 naskah Bible dan mengedarkannya secara percuma di beberapa negeri, termasuk Kedah dan Kelantan."


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Najib wajib bersihkan namanya - Jingga 13

Kenyataan Media Jingga 13

PEMBAYARAN RM160 JUTA KEPADA ASTACANGGIH SDN BHD & AWAN MEGAH SDN BHD OLEH ANAK SYARIKAT LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA (LTAT)

Baru-baru ini, Bakti Wira Sdn Bhd (anak syarikat milik LTAT melalui Boustead Holdings Berhad) mengumumkan pembayaran RM30 juta kepada Astacanggih Sdn Bhd (syarikat milik Deepak Jaikishen, seorang ahli perniagaan yang pernah rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato' Seri Najib Tun Razak) dan RM130 juta kepada Awan Megah Sdn Bhd (syarikat milik Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Selangor).

Alasan rasmi yang difailkan oleh Boustead Holdings Berhad di Bursa Kuala Lumpur bagi pembayaran tersebut adalah untuk membeli saham majoriti Astacanggih Sdn Bhd dan membeli tanah-tanah PT216 & PT220 (Mukim Kapar) dan Lot 1159 (Mukim Bukit Raja) seluas 223 ekar dari Awan Megah Sdn Bhd.

Awan Megah Sdn Bhd milik Ketua Wanita Umno Selangor itu dianugerahkan projek penswastaan untuk membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) oleh Kementerian Pertahanan yang bernilai RM72.5 juta. Sebagai balasan, Kerajaan Persekutuan berjanji akan memindahmilik tanah-tanah tersebut menjadi milik Awan Megah Sdn Bhd.

Projek itu mengalami kelewatan dan tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pindahmilik tanah-tanah tersebut kepada Awan Megah Sdn Bhd tidak berlaku kerana tidak mendapat kebenaran dari Kerajaan Selangor.

Oleh yang demikian, fakta-fakta berikut telah dilaporkan dan dibuktikan melalui pelbagai dokumen yang disertakan bersama oleh laman-laman berita maya (seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, fz.com, The Sun, KeadilanDaily, Harakah dan lain-lain) dan rafiziramli.com:

1. Astacanggih Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang pemilikan ke atas tanah atau projek penswastaan Puspahanas

2. Awan Megah Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang pemilikan ke atas tanah-tanah PT216, PT220 dan Lot 1159

3. Kos yang dibelanjakan oleh Awan Megah setakat ini hanyalah 10% dari jumlah keseluruhan kos pembinaan Puspahanas berjumlah RM72.5 juta, memandangkan projek itu baru siap 10% setakat ini

4. Awan Megah Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang kepakaran teknikal, pengalaman ataupun keupayaan kewangan untuk menjalankan pembinaan Puspahanas mahupun membangunkan tanah-tanah seluas 223 ekar

5. Kerajaan Selangor telah mengumumkan bahawa ia tidak akan membenarkan sebarang pembangunan komersil dibuat di atas tanah-tanah tersebut

Berdasarkan fakta-fakta itu, pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera kepada pemegang saham Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd tidak mempunyai asas komersil dan tidak akan membawa pulangan kepada pelaburan anggota tentera. Tindakan ini dijangka akan merugikan anggota tentera yang mungkin akan kehilangan dana pelaburan sejumlah RM160 juta itu.

Oleh kerana urusniaga dan pembayaran ini diumumkan sebulan selepas Deepak Jaikishen melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Dato' Seri Najib Tun Razak dan keluarga, ia menimbulkan syak wasangka bahawa pembayaran yang tidak ada asas komersil ini dibuat untuk menutup muluk Deepak Jaikishen dari terus membongkarkan rahsia yang boleh memalukan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Urusniaga dan pembayaran ini juga melibatkan Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor yang akan untung besar "atas angin" apabila bakal mendapat pembayaran RM130 juta. Memandangkan Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri selaku Presiden Umno yang pernah menganugerahkan projek penswastaan dan timbal balik tanah 223 ekar ini kepada Raja Ropiaah, ia menimbulkan syak wasangka bahawa anugerah tersebut dan pembayaran RM130 juta adalah penyelewengan dana awam yang tidak menguntungkan orang awam.

JINGGA 13 memohon supaya urusniaga-urusniaga ini disiasat segera bagi memastikan tidak ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan. Lebih penting, isu ini membabitkan nama baik dan integriti Dato' Seri Najib Tun Razak yang namanya perlu dibersihkan segera melalui satu siasatan yang telus , bebas dan professional .


FARIZ MUSA

KETUA KOORDINATOR JINGGA 13 /

AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI KEADILAN



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, January 05, 2013