SharpShooter Followers

Friday, December 31, 2010

Perbezaan Negeri PR dan b-end

Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN

Johor/Pahang dengan Selangor
Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.) Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.) Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.

Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (http://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2/) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009, m.s 19)

Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.

Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009

Melaka dengan Pulau Pinang

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta. Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.

Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1. Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.

Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).

Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya. Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan. Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)

Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka


PENTADBIRAN NEGERI

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah. Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&catid=1:utama&Itemid=50)

Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.

Kajian Kes: Isu Curi Pasir

Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor. Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.

Misalnya, pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82 juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan Selangor. (Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009, m.s 50)

Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi.

Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan. Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot.

Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang. Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta. Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Melaka dengan Pulau Pinang

Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang. Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali. Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat. Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga. Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang? Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Berlainan pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan negerinya. Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta. Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang tidak tertanggung? Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai Melaka dan projek Eye on Malaysia yang tergendala sekian lama sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. (Eye on Malaysia jadi 'gajah putih' )

PENDEMOKRASIAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:

1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
2. Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
3. Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
4. Menghidupkan semula SELCAT;
5. Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
6. Mengumumkan aset Exco Selangor;
7. Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek Perhutanan Semula dan lain-lain.

Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka. Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat. Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:
1. Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;
2. Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;
3. Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.

Kesimpulannya, fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka. Laporan Ketua Audit Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional. Dari segi pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.

Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi. Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan. Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Rujukan am:
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009
2. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009
3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009
4. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009
5. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009
6. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009
7. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009
8. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009
9. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
10. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009

Disediakan oleh,
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Gobala diminta tarik balik

Beberapa pemimpin India Parti Keadilan Rakyat hari ini berhimpun di ibu pejabat parti itu di sini bagi menjawab segala dakwaan yang dilontarkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan terhadap kepimpinan parti.

Mereka terdiri daripada Naib Presiden Keadilan yang baru, N. Surendran; Exco Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar dan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Menurut mereka, dakwaan Gobalakrishnan adalah tidak berasas termasuk tuduhannya bahawa Anwar Ibrahim meminggirkan masyarakat India dan mengarahkan penutupan Kuil Sivan di Bukit Gasing di sini.

Surendran yang nyata kecewa dengan dakwaan berkenaan secara keras menuntut Gobalakrishnan agar menarik balik kenyataan tersebut serta-merta.

Menurutnya, jika Gobalakrishnan gagal berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

"Dakwaan itu dipandang serius oleh kepimpinan parti dan ia adalah kenyataan yang tidak adil dan tidak benar sama sekali.

"Selain itu, kita juga menuntut beliau menarik balik kenyataan berkenaan yang berupa dakwaan salah terhadap Xavier berhubung isu kontrak komputer yang dihebahkan secara meluas di media baru-baru ini," katanya.

Jelas Surendran, pihaknya berharap agar Gobalakrishnan dapat menarik balik kenyataannya jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Sementara itu, Manikavasagam yang menjawab tuduhan berhubung penutupan Kuil Sivan berkata, Anwar tidak pernah mengarahkan agar kuil tersebut ditutup.

Ujar beliau, ia diarah tutup oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) atas faktor keselamatan berikutan berlakunya tanah runtuh di cerun berdekatan.

"Saya kecewa dengan kenyataan yang mengatakan Anwar mengarahkan kuil itu ditutup. Jika berlaku runtuhan dan terjadinya bencana, sudah tentu orang ramai akan menuding jari kepada kerajaan negeri.

"Jika beliau (Anwar) arah tutup, sudah tentu saya orang pertama yang akan bising. Sebenarnya, kita amat menitikberatkan keselamatan orang ramai," katanya.

Perkara itu turut disokong Xavier yang menyatakan bahawa kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu tersebut.

Mengenai pelantikan Surendran selaku Naib Presiden Keadilan, Manikavasagam secara berseloroh menyatakan bahawa beliau dan beberapa pemimpin India dalam parti tidak berhadapan dengan sebarang masalah kerana ia adalah keputusan Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya yang bawa beliau masuk ke dalam Keadilan pada 2002. Apabila beliau dilantik sebagai Naib Presiden, saya terima dengan hati terbuka termasuk Xavier," tegasnya.

"Ini keputusan parti dan kita kena akur. Kita akan bekerja bersama dengan Surendran," tegasnya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Polis sekat maklumat TV3 dan Tv1


Mohd. Shukri Dahlan (kiri) menerima tongkat kuasa daripada Zakaria Yusof sambil diperhatikan Ismail Omar pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Kontinjen Perak, Ipoh, semalam.

IPOH 30 Dis. - Polis akan mencari inisiatif baru bagi menyekat penyebaran maklumat tidak tepat yang dilakukan oleh media-media baru pada tahun depan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasikan teknologi maklumat (IT) untuk kepentingan sendiri perlu disekat.

"Kita bimbang sekiranya tidak ditangani, ia akan menyebabkan penyebaran fakta-fakta salah yang boleh memesongkan pemikiran rakyat.

"Oleh itu, polis harus ada mekanisme atau struktur prosedur operasi standard (SOP) kerja baru untuk mengatasi ancaman ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak yang ke-18 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyaksikan penyerahan dokumen serta tongkat kuasa daripada pemangku, Datuk Zakaria Yusof kepada Ketua Polis negeri yang baru, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.

Sharpshooter - Mengapa polis hanya mahu menyalahkan media internet sahaja. ini bermakna Polis akan menyekat maklumat dari blog atau laman web yang pro Pakatan Rakyat.

Adakah selama ini maklumat dari media arus perdana seperti TV1, Tv3, Utusan Meloya dan yang sepusat dan sepusing dengannya adalah benar dan tepat? Sudah banyak kali mereka disaman kerana memfitnah.

Polis wajib bertindak adil bukannya menjadi pencacai angkat najis najib rosmah. Ramai polis yang menjalankan tugas mereka dengan profesional tetapi kebanyakkan Ketua Polis akan menjadi alat dan pencacai najib rosmah sahaja. Sebagai contoh, usung tilam sahaja boleh jadi Ketua Polis Negara.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Isu Khusrin: BN belum belajar dari tsunami

Tindakan yang dibuat oleh kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara dilihat akan memberi impak kepada pemulihan persepsi rakyat kepada sejauh mana kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) itu selama ini belajar dari kesilapan sebelum hampir ditenggelami oleh tsunami politik 2008.

Di saat Umno dan BN semakin kembali kuat dengan dasar-dasar baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada suku ketiga tahun ini, nampaknya kerajaan kembali melakukan kesilapan lagi bagi mengambil semula hati dan keyakinan rakyat terutamanya mereka yang berada di atas pagar.

Tindakan yang dimaksudkan ini ialah tindakan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru oleh kerajaan pusat yang tidak menitikberatkan aspek profesionalisme dan mengambil kira kesesuaian calon dengan kerajaan negeri. Bukan itu sahaja, langkah kerajaan pusat ini dikesali kerana sampai sekarang nampaknya BN masih belum sedar bahawa punca utama mereka pernah ditolak dulu adalah kerana sikap menunjuk pandai dan kuasa yang berpaksikan politik dan bukannya kepentingan rakyat. Mungkin terghairah tidak tentu fasal dengan kemenangan di Galas dan Batu Sapi membuatkan mereka kembali membuat ’dosa’ lama.

Saya amat letih sekali kerana banyak artikel saya sebelum ini hanya mahu mengingatkan beberapa kali kepada BN bahawa Najib sendiri sebelum ini akur akan persepsi dan minda rakyat masa kini yang menyebabkan mereka hampir tersungkur dalam PRU 2008. Ini adalah kerana ketika itu, rakyat menyampah sama-sekali kerajaan BN yang mengamalkan dasar ’only we who know the best for people.’ Najib sendiri beberapa kali bercakap pada media dan rakan-rakannya dalam BN bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir. Namun, apa yang berlaku sekarang, keangkuhan lama yang masih belum surut terus diamalkan dan janji Najib untuk tidak akan lagi mengamalkan dasar tahu semuanya itu nampaknya meleset sekali.

Tidak dinafikan sepanjang dan selepas pemilihan pimpinan Keadilan pusat yang lalu, selain dari program penambahbaikan ekonomi oleh Najib, persepsi rakyat terhadap pemerintah pusat nampak semakin pulih. Namun, tahap ’kemaafan’ rakyat yang pernah mengundi Pakatan Rakyat (PR) pada PRU yang lepas nampaknya semakin lusuh apabila bermula episod pertarungan tunjuk kuasa BN di Dewan Rakyat beberapa minggu lepas mengenai dakwaan PR mengenai unsur Israel yang cuba menerapi konsep 1 Malaysia telah menyebabkan empat ahli Parlimen digantung dari Parlimen.

Bagi rakyat, yang menginginkan doktrin pembahagian kuasa dengan penuh demokrasi yang sempurna dapat dilaksanakan amat kesal dan ternyata sedih dengan penggunaan kuasa politik melebihi daripada kepentingan masyarakat. Bukan itu sahaja, BN dilihat mengamalkan matlamat yang menghalalkan cara telah menyebabkan negara juga mengalami susutan kedudukan di kalangan negara dunia dari segi amalan demokrasi yang jelas secara langsungnya akan memberi kesan kepada nama baik negara dan kemasukan pelaburan asing yang kini semakin mengecil. Laporan Economist Intelligence Unit (EIU) menunjukkan Malaysia turun dari tangga 68 ke 71 di dalam prestasi indeks demokrasi dua hari yang lalu di kalangan 167 buah negara.

Dari saat penggantungan ahli-ahli Parlimen itulah, rakyat yang sebelum ini nampaknya sedia memaafkan BN sudah kembali berang dan melupakan kemarahan mereka ke atas apa yang berlaku di dalam pemilihan Keadilan baru-baru lagi. Mungkin penggantungan tidak demokratik itu yang tidak memberi peluang adil membela diri dan termasuklah dengan perlantikan sesuka hati KSU Selangor ini menjadi rahmat kepada PR yang sejak dua menjak ini kekurangan isu-isu panas untuk diketengahkan bagi meraih sokongan rakyat. Namun yang amat dikesalkan ialah cakap tak serupa bikin oleh BN apabila masih meletakkan kepentingan parti melebihi daripada demokrasi yang dijunjung oleh rakyat. Malah membabitkan istana semata-mata untuk berkuasa dan kesannya rakyat mula menaruh prasangka ke atas raja-raja Melayu.

Perlantikan Datuk Mohd Khusrin Nawawi untuk menjadi SUK Selangor yang pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor dilihat sebagai satu pertikaian yang bakal membabitkan pihak istana yakin Sultan Selangor. Khusrin yang sebelum ini penuh kontroversi dan terkenal apabila gagal bekerjasama dengan kerajaan Selangor di dalam perkara berkaitan dengan agama Islam di negeri itu turut menggunakan Sultan Selangor sebagai pelindungnya dengan alasan hal ehwal agama adalah dibawah bidang kuasa sultan. Khusrin boleh diibaratkan seperti ’firaun kecil’ yang pernah berlaku di Pulau Pinang apabila Pegawai Pembangunan Pulau Pinang yang sepatutnya berkhidmat dengan kerajaan negeri tetapi lebih berkiblatkan kepada kerajaan persekutuan. Jadi samalah dengan Khusrin.

Bila pejabat KSN dan istana Johor semalam memaklumkan perlantikan Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, ini jelas usaha semborono kerajaan BN yang cuba membabitkan kedudukan istana. Sebenarnya perlantikan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan sepertimana perkenan diperlukan untuk jawatan-jawatan tertinggi berkaitan dengan fungsi baginda dengan hal ehwal agama Islam negeri sahaja. Baginda berkuasa untuk perkenan perlantikan mufti dan lembaga pengarah untuk JAIS dan agensi-agensi berkaitan dengan agama negeri seperti Majlis Agama Negeri Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor dan lain-lain lagi.

Perlantikan SUK mestilah dipersetujui hanya oleh Menteri Besar Selangor. Ini adalah kerana Menteri Besar adalah ketua pentadbiran di dalam negeri itu. Sultan Selangor hanya lambang negeri, kedudukan Melayu dan berkuasa penuh dalam aspek agama Islam sahaja. Oleh itu, sebab kerajaan pusat mengheret baginda ini tidak nampak rasional dan apa yang boleh diandaikan ialah kerajaan pusat cuba menggunakan nama baginda sultan ini untuk dua sebab.

Sebab pertama ialah untuk berlindung di belakang baginda dengan mengenengahkan baginda sebagai ’satu alat’ untuk membuatkan semua orang senyap dan terpaksa menerima Khusrin atau sebab kedua ialah BN menggunakan situasi ini untuk memburukkan imej kesultanan Selangor di kalangan rakyat jelata. Ini benar kerana sejak dahulu lagi di bawah Tun Dr Mahathir, BN selalu mencabar kedudukan raja-raja Melayu secara halus untuk tujuan politik nasionalis mereka termasuklah pengurangan kuasa raja-raja.

Tidak dinafikan keputusan akhir perlantikan SUK memang terletak di tangan kerajaan pusat. Oleh itu, kerajaan pusat BN haruslah membuat keputusan berdasarkan profesionalisma dan kebaikan rakyat. Apa yang saya maksudkan di sini ialah pejabat KSN kena letakkan faktor keharmonian pentadbiran negeri sebagai matlamat utama. KSN yang sesungguhnya dipengaruhi oleh Perdana Menteri kena akur bahawa bagi mencapai keharmonian ini, SUK yang dilantik mestilah seseorang yang boleh bekerja dengan kerajaan negeri tidak kiralah dipimpin oleh BN ataupun PR. KSN tidak boleh mengamalkan double standard untuk kepentingan bosnya di Putrajaya sahaja.

Matlamat beliau seharusnya adalah untuk kebaikan rakyat. KSN dan kerajaan pusat kena akur pilihan rakyat Selangor yang memilih PR sebagai kerajaan negeri. Kerajaan pusat kena letakkan kepentingan sosial dan rakyat melebihi impian politik ataupun dendam kesumat politik mereka. Jika BN mahu mengambil hati rakyat yang menolaknya dahulu sewajarnya berprofesionalismalah dalam perkara ini. Biarkan calon yang boleh bekerja dengan kerajaan PR kerana inilah meletakkan Najib bukan sebagai ahli politik tetapi seorang negarawan di mata rakyat kelak.

BN kena tahu bahawa penolakan ke atas mereka semasa Tsunami 2008 disebabkan oleh luka di hati rakyat yang mana luka yang sembuh meninggalkan parut. Parut yang ada boleh terluka semula sekiranya BN masih kekal angkuh dan lupa janjinya untuk tidak lagi bertindak sebagai ’mereka yang tahu segala-galanya’. Bagi kerajaan PR pula, sememangnya apa yang terjadi ini menjadi satu rahmat kepada mereka bagi memainkan isu ini di kalangan rakyat supaya api kemarahan 2008 itu kembali menyala semula lebih-lebih lagi pilihanraya umum ke 13 sudah semakin dekat.

Najib dijangkakan tidak akan menghabiskan penggal Parlimen atau mandat PRU-12 sepenuhnya 5 tahun sehingga tahun 2013. Ini kerana semua ahli ekonomi sudah bersependapat bahawa keadaan ekonomi global dijangkakan menguncup semula pada suku kedua atau ketiga tahun hadapan. Dan di kala penguncupan ekonomi ini mengambil masa hampir 2 tahun untuk pulih semula, maka Najib tiada pilihan lagi untuk membubarkan Parlimen sebelum pertengahan tahun hadapan.

Sudah menjadi kelaziman, sesuatu pilihanraya terbaik kepada parti pemerintah adalah dilakukan semasa keadaan ekonomi yang stabil dan amat buruk sekali padahnya jika dilakukan semasa ekonomi meleset. Oleh itu, Najib harus sedar api kemarahan di atas kedangkalan pentadbirannya mengasingkan elemen politik dan pentadbiran akan memberi kesan yang mungkin lebih teruk lagi jika dibandingkan semasa PRU yang lepas.

Ketirisan dalam salahguna kuasa tidak sahaja tertakluk kepada penggunaan wang. Episod kedegilan BN meletakkan SUK pro-BN adalah satu bentuk ketirisan atau penyalahgunaan kuasa melibatkan kuasa. Sudah banyak kali BN menafikan pilihan rakyat ke atas apa yang mereka mahukan. Sebelum ini, jawatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkat negeri yang merupakan jawatan pentadbiran awam telah dipolitikkan oleh kerajaan BN pusat.

Contohnya, Ketua Perhubungan Umno Kedah dilantik menjadi ketua MKN negeri sedangkan yang layaknya ialah kerajaan negeri yang dipilih rakyat iaitu kerajaan pimpinan PAS di Kedah. Sepatutnya jawatan-jawatan sebegitu secara automatiknya diberikan kepada siapa sahaja yang menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak kira dari parti mana sekalipun.

Bukan itu sahaja, MKN mempunyai sumber utama bagi membantu malapetaka besar yang sudah termaktub di dalam perjanjian pusat dan negeri bahawa MKN akan mengeluarkan semua bantuan dan bukannya negeri. Apa yang berlaku dalam banjir besar Kedah yang lalu yang sengaja dimainkan oleh media kerajaan menunjukkan kerajaan PAS Kedah lemah akhirnya menjadi senjata yang makan tuan apabila rakyat yang sudah ramai yang pintar dan berpendidikan tinggi sudah lebih awal faham situasi siapa yang sebenarnya ada ’kuasa dan wang’ dalam isu malapetaka sebegitu. Perkara macam inilah menyakitkan hati rakyat yang sudah pandai dan geram apabila kerajaan pusat memperkecil-kecilkan mereka dengan bertindak seperti ’Profesor Serba Tau’ segalanya.

Saya yakin Khusrin akan tetap menjadi SUK Selangor dan kerajaan PR Selangor terpaksa menerimanya kerana seperti biasalah kerajaan Najib tidak akan beralah. Namun begitu, Menteri Besar dan pimpinannya di dalam negeri terkaya di Malaysia itu boleh gunakan cara lain untuk memperkecil-kecilkan peranan SUK tajaan kerajaan BN itu. Dengan bajet yang ada mereka mampu mewujudkan satu jawatan pegawai khas kepada Menteri Besar.

Apa-apa fungsi pentadbiran mengenai isu-isu dalam negeri itu seperti kerajaan tempatan, air ,sumber asli dan lain-lain lagi boleh dipengerusikan oleh pegawai khas ini menggantikan SUK ini dan segala surat-menyurat ditandatangi oleh pegawai khas ini adalah di atas nama Menteri Besar untuk sebaran perkhidmatan awam kerajaan negeri.

Dengan cara ’memboikot’ ini boleh memberi tekanan kepada Khusrin sendiri. Biarlah Khusrin pergi bermesyuarat di Putrajaya dengan KSN setiap bulan tetapi tiada kuasa di negeri dan maklumat cukup tentang pentadbiran negeri. Tidak payahlah saya huraikan bagaimana mahu memboikot SUK tajaan BN ini oleh pihak PR kerana saya tahu pimpinan PR kerajaan Selangor lebih mengetahui cara yang terbaik asalkan berlandaskan undang-undang dan peraturan tubuh pentadbiran negeri.

Walaubagaimanapun, poin yang menyebab saya kesal sangat sebagai salah seorang yang berada di atas pagar semasa PRU yang lepas ialah BN masih gagal perbaharui pendekatan politiknya dan masih menggunakan kuasa untuk mendapat apa sahaja yang diidamkan yang menyalahi norma-norma demokrasi. Amat geram sekali apabila BN masih tunjuk pandai dan memperbodoh-bodohkan rakyat serta belum serik lagi dengan tsunami melanda mereka suatu masa dahulu.

Oleh Shaharul Shafie

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, December 30, 2010

Wajarkah Mujahid dkecam disaat PAS berdepan Tenang

Dewan Ulama PAS Kedah menolak buku bertajuk Menuju PAS Baru tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud berkata berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS.

"Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan. Yusuf juga berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya. Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional. "Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.

"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya lagi.

Katanya idea "menasionalkan PAS" adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan. "Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri," katanya.

Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.

"Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil," katanya. Mujahid adalah juga Anggota Parlimen Parti Buntar.

Sharpshooter - Isu ini tidak wajar ditimbulkan disaat ketika PAS akan berdepan dengan pilihanraya kecil Dun Tenang. Mengapa tidak ditimbulkan sahaja selepas prk Tenang.

Namun sharpshooter percaya ada hikmahnya kerana orang ramai akan berminat mendapatkan dan membaca buku tersebut yang menimbulkan kontroversi seperti buku SHIT yang diharamkan oleh kerajaan zaman Mahathir dulu.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mahfuz letak jawatan kerana prinsip.

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd, berkuatkuasa serta merta.

Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.

Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.

Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

"Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.

"Memang betul apa yang anda dengar. Saya tidak nafikan...," katanya.

Ditanya beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata:

"Mereka sedia maklum kenapa saya bertindak begitu kerana saya telah jelaskan dalam surat peletakan jawatan saya. Mereka ada jawapannya," katanya.

Desas desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.

Sharpshooter - Syabas dan tahniah kepada Mahfuz jika benar perkara di atas berlaku. Inilah pemimpin yang rakyat mahukan, yang beramanah bila berkuasa dan tidak mahu sembunyikan semua kesalahan dibawah permaidani.

Rakyat mahu melihat pemimpin tegas menjaga amanah rakyat bukannya bila berkuasa seperti umno yang kebiasaannya menyapu skandal pemimpin umno dan b-end dibawah karpet.

Malangnya Keadilan juga turut membuat perkara yang sama seperti umno. Kes Fairus mantan TKM 1 P.Pinang sebagai contoh, siapa percaya Fairus letak jawatan kerana nak sambung belajar? Sudah menjadi TKM 1, tiba-tiba nak sambung belajar? Rakyat tidak sebodoh itu, "kita boleh berbohong pada semua orang pada satu masa tetapi kita tidak boleh berbohong pada setiap masa pada semua orang." Insaflah wahai pemimpin Keadilan jika mahu rakyat hormat dan beri kepercayaan kepada Parti keadilan Rakyat pada PRU 13.

Sudah pasti selepas ini SPRM cepat dan pantas bertindak.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Apa dah jadi dengan Puteri UMNO

Apa dah jadi dengan Puteri UMNO? Ketua Puteri UMNO yang pertama Azalina pernah menegur Puteri UMNO yang kini amat lesu hingga beliau berkata eloklah tutup kedai.

Kini isu Puteri UMNO bukan lagi digeruni seperti awal penubuhannya semasa diketuai oleh Azalina tetapi kini hangat kerana terlibat dengan skandal yang amat memalukan.

Benarkah apa yang didakwa atau hanya sekadar menjadikan ianya sensasi?


Jika tidak benar masakan hingga ada yang membuat laporan polis...berita lanjut baca di sini

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tahniah - Malaysia juara AFF Suzuki Cup 2010 (Video dan Gambar)


Syabas dan tahniah kepada anak muda Raja Gopal yang berjaya mencipta sejarah. "Berikan aku 11 anak muda...akan ku gegarkan bumi Indonesia..."Begitulah kemenangan manis yang sukar digambarkan oleh anak-anak muda didikan Raja Gopal dan disambut oleh jutaan rakyat Malaysia yang dahagakan bolasepak Malaysia menjadi juara seperti dizaman kegemilangan Mokhtar Dahari.

Najib bijak mengambil peluang dengan mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan timbal balik.

Penjaring:

MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (min 53)
INDONESIA: Mohammad Nasuha (min 71), gol sendiri (min 87)

Laporan Perlawanan

Minit ke 1:- Perlawanan sudah bermula.

Minit ke 2:- Serangan pertama dari Indonesia oleh penyerang Arif Suyono dengan pantas khairul fahmi menangkap bola.


Minit ke 6:- offside buat Indonesia, Gonzales yang terlalu gelojoh disitu.

Minit ke 8:- Serangan demi serangan oleh Indonesia, sepakan sudut pertama buat Indonesia.

Minit ke 11:- Sepakan pecuma buat Indonesia, perggh ada orang main laser kat muka khairul fahmi. Mendapat sepakan sudut lagi, buat Indonesia.

Minit ke 15 :- Sepakan sudut buat Malaysia yang pertama.

Minit ke 17:- Penalti buat Indonesia. Yess tak gol!!!! selamat ….cayalah khairul fahmi.

Minit ke 20:- Percubaan yang menarik dari Ashaari, penjaga gol markus pantas menyelamatkan keadaan.

Minit ke 25:- Percubaan dari gonzales hasil dari hantaran bola lambung, tapi tak gol pun.. keke

Mint ke 28:- sekali lagi penjaga gol Malaysia di uji, berjaya diselamatkan dengan mudah.

Minit ke 32:- Percubaan yang menarik dari Safee Ali , walaupun tersasar jauh.

Minit ke 38 :- Fuh terselamat dari serangan Indonesia (cayalah khairul fahmi), sepakan sudut buat Indonesia.

Minit ke 40-42:- Serangan demi serangan dari Indonesia, nampaknya mereka memang tertekan untuk mendapatkan gol awal, Arif Suyono membuat serangan yang macam offside, serta gonzales. Fuh bahaya nie!! Malaysia must do something!!


Minit ke 45:- masa tambahan sebanyak 2 minit, asakan demi asakan dari pemain Indonesia menampakkan mereka begitu bersungguh-sungguh dalam perlawanan akhir yang kedua ini. Indonesia hampir-hampir menjaringkan gol, nasib baik diselamatkan oleh pemain pertahanan, keeper khairul fahmi sudah pun keluar, tak sempat nak balik ke position asal dek kerana nak membuat clearance.

Tamat separuh masa pertama!

Memang diakui separuh masa pertama, melihatkan Indonesia begitu garang dalam membuat serangan. Namun pujian buat penjaga gol Malaysia, khairul fahmi yang begitu cemerlang dalam menyelamatkan gawang apabila Indonesia menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke 17, termasuk semua adalah 4 kali saves.

Separuh masa kedua, kemungkinan besar, Indonesia akan menukarkan corak permainan dan Malaysia sudah tentu akan buat strategi tertentu. Apapun kita tengok perlawanan separuh masa kedua nanti, apa yang Raja Gopal akan membuat percaturannya.


Separuh masa kedua! Sudah bermula.

Minit ke 45-51 :- Tiada serangan yang betul-betul mengancam, cuma serangan demi serangan dari Indonesia. Mereka betul-betul bersungguh -sungguh. Pertahanan dari Malaysia masih dalam kawalan yang ketat.



Minit ke 53:- Goooool dari Safee ALi… terbaik!! Sepakan yang sangat kencang… kedudukan terkini Malaysia 1- Indonesia 0. Aggregate 4-0.

Mnit ke 62 :- Serangan demi serangan dari Indonesia, tetapi kebal disitu pertahanan, sepakan sudut buat Malaysia. Kelihatan muka raja gopal, happy jer.



Minit ke 72 :- Golll buat Indonesia. Dijaringkan oleh Mohammad Nasuha , kedudukan sekarang ialah Malaysia 1- Indonesia 1. Aggregate 4-1

Minit ke 77:- Amri Yahya dimasukkan.

Minit ke 81:- Cubaan yang menarik, tetapi tak gol lah pulak!! Tandukkan yang kencang oleh syahrul, hasil hantaran yang cantik dari Safee Ali. Sikit jer lagi nak gol.



Minit ke 88:- Golll lagi oleh Indonesia, oleh Muhammad Ridwan. Kedudukan terkini Malaysia 1-Indonesia 2. Aggregate 4-2 .

Minit ke 90:- Sepakan percuma oleh Indonesia. Berjaya diselamatkan oleh penjaga gol khairul fahmi.Sepakan sudut buat Indonesia.

Minit ke 94 :- tamat perlawanan!! Malaysia juara Piala Suzuki 2010!! -zikrihusaini
















* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia juara malam ini.. :-D

Pertembungan antara pasukan Malaysia menentang Indonesia pada perlawanan akhir Piala AFF-Suzuki diibaratkan sebagai pertemuan klasik bagi kedua-dua pasukan, kata pengurus pasukan Indonesia Andi Darussalam Tabussala.

Beliau berkata pertembungan antara kedua-dua pasukan akan sentiasa diberi tumpuan oleh semua pihak.

“Pertandingan pada hari Ahad ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dilihat amat menarik kerana selama ini pertandingan bola sepak Indonesia-Malaysia adalah satu pertemuan klasik,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini.

Mengenai pertemuan akhir Ahad ini, beliau berkata semestinya kedua-dua pasukan sudah mengatur strategi masing-masing selepas pertemuan yang terdahulu.

“Selepas bertanding di Indonesia (pada peringkat kumpulan), kami sudah mengetahui corak permainan antara satu sama lain. Persaingan sudah semestinya sengit,” katanya.

Pertemuan pusingan pertama peringkat akhir Piala AFF-Suzuki pada Ahad ini akan menyaksikan pasukan Indonesia buat pertama kali bermain di gelanggang luar dari Jakarta.

Pada peringkat kumpulan, Indonesia bermula di gelanggang sendiri iaitu di Stadium Gelora Bung Karno selepas menjadi tuan rumah untuk Kumpulan A dan seterusnya dua perlawanan peringkat separuh akhir juga berlangsung di venue yang sama selepas Filipina tidak mempunyai gelanggang yang sesuai.

“Tidak ada masalah… kita bermain sama sahaja sama ada bermain di Kuala Lumpur atau di Jakarta. Ada di antara pemain pernah bermain di sini seperti Bambang Pamungkas yang bermain untuk Selangor tidak lama dulu.

“Kita akan bermain semaksima mungkin dan kami tahu bahawa kami perlu mencari kelebihan di sini. Bermain sebagai pasukan yang bertandang adalah lebih sukar kerana kita perlu berusaha lebih untuk membawa kelebihan (agregat),” katanya.

Bagi jurulatih skuad bola sepak kebangsaan K. Rajagobal pula, pertemuan akhir ini sudah semestinya dinanti-nantikan.

“Selepas perlawanan dengan Vietnam (perlawanan separuh akhir menentang Vietnam), sudah tentu kami mahukan keputusan yang positif. Kami mahu menang… kami tiada pilihan lain. Kami tahu bahawa selepas ini kami akan balik ke Indonesia (perlawanan akhir kedua).

“Selaku jurulatih, saya mahu pemain saya beraksi dengan baik dan mencapai kemenangan. Para pemain sudah bersedia untuk perlawanan akhir. Saya rasa ia akan merupakan perlawanan akhir yang menarik. Tidak banyak bezanya dalam latihan… ia latihan biasa dan kami akan beri tumpuan dalam aspek tertentu yang saya tidak boleh jelaskan,” katanya.

Beberapa pemain Malaysia turut mengalami kecederaan dengan pemain tengah Amirulhadi Zainal dan Khyril Muhymen sedang pulih daripada kecederaan di lutut.

Bagaimanapun, Amirulhadi menyertai latihan pada Jumaat pagi dan kedua-dua mereka dijangka bersedia untuk perlawanan berkenaan.

Pusingan pertama perlawanan akhir Piala AFF-Suzuki akan berlangsung Ahad ini di Stadium Nasional di Bukit Jalil, manakala perlawanan kedua pula di Stadium Gelora Bung Karno Stadium di Jakarta pada 29 Dis.

Sharpshooter - Jangan lepaskan peluang menonton perlawanan klasik ini, mungkinkah zaman kegemilangan bolasepak Malaysia akan kembali bersinar.

Kita patut berbangga dengan pemain-pemain bolasepak negara kerana berjaya mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak apabila melangkah gah di pentas final Piala AFF Suzuki 2010 dengan menundukkan Indonesia 3-0 pada final pusingan pertama. Sudah pasti kita rindukan saat-saat kegemilangan bolasepak negara dan sudah pasti juga nama Lagenda Bolasepak Mokhtar Dahari tidak mungkin hilang dalam ingatan.

Pada awal 1960an hinggalah awal 1980an, bola sepak Malaysia amat disegani. Dalam tempoh tiga dekad itu Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik iaitu pada 1972 di Munich dan 1980 di Moscow dengan barisan pemain seperti M Chandran, Syed Ahmad, Namat Abdullah, Soh Chin Aun, R Arumugam, James Wong dan Hassan Sani.

Dua kali Malaysia berjaya menampilkan diri dalam Piala Asia secara merit iaitu 1976 dan 1980 serta meraih pingat gangsa Sukan Asia pada 197 di Teheran.



Dato' Soh Chin Aun aka God Of War. Ketua Pasukan yang amat tenang dan disegani oleh kawan dan lawan.


Hassan Sani aka Lipas Kudung. Pemain yang lincah


Mendiang R. Arumugam aka spiderman. Lagenda Penjaga gol Malaysia yang sukar dicari ganti.



Santok Singh aka Ironman . Pemain pertahanan terbaik Malaysia.



Allahyarham Mokhtar Dahari (kiri) dan Diego Maradona (kanan) semasa perlawanan persahabatan menentang Boca Juniors.

Super Mokh adalah legenda bolasepak Malaysia yang tiada pengganti sehingga kini. Pada 1975, dia mewakili Malaysia melawan Arsenal dan menang 2-0 dengan arwah Mokhtar Dahari menyumbatkan kedua-dua gol. Selepas perlawanan Mokhtar Dahari dikatakan dilamar oleh pasukan the Gunners!

Arwah juga menjaringkan gol ketika melawan England yang berkesudahan seri 1-1. Mari kita imbau sejenak video di bawah khas buat Allahyarham Mokhtar Dahari. Al-Fatihah.



Semoga pasukan bolasepak Malaysia menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 malam ini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Dr Chandra disaman 10 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 23 Februari depan bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu di dalam kamar ketika kes itu dikemukan untuk pengurusan kes.

Mengikut Bernama, peguam Wan Anuar Shaddat Mohamed Amin mewakili Anwar, manakala Dr Chandra diwakili peguam Mohamed Zaharudeen Harun.

Pada 6 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Dr Chandra kerana mendakwa ahli akademik itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya pada satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac 2008, yang kemudiannya disiarkan oleh akhbar.

Dalam kenyataan bela dirinya yang difailkan pada 16 Mei 2008, Dr Chandra Muzaffar menafikan memberi komen yang berniat jahat, palsu atau berbaur fitnah tentang Anwar, yang didakwa ketua pembangkang itu telah tersiar dalam dua akhbar berbahasa Inggeris pada 5 Mac 2008.

Dr Chandra juga mendakwa bahawa walaupun kata-kata yang beliau ucapkan itu berbaur fitnah (tetapi beliau menafikan perkara itu), ia disiarkan dengan perlindungan bersyarat, tanpa berniat jahat.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, December 28, 2010

Pemuda PAS mendahului Jelajah Tawan Putrajaya


Pembuka tirai 2011 menyaksikan PAS akan mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk memberi kesedaran supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011. NONE

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (kiri) berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu.

"Kami juga telah mengeluarkan arahan untuk menggerakan jentera di setiap peringkat kawasan dan negeri,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Dalam siri jelajah yang akan bermula di Pahang dan berakhir di Terengganu itu, rombongan Pemuda PAS dijadual mengadakan sesi dialog dengan Pemuda negeri serta taklimat khas daripada Nasrudin.

Di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah perdana, dinamakan Pentas Pemuda. Nasrudin berkata, setiap jentera Pemuda terlibat menyelesaikan culaan undi, daftar pemilik dan jumlah semak semasa berada di lapangan. NONE

Ditanya bilangan anggota PAS akan turut serta, katanya, itu semua bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan. "Kita tidak meletakkan jumlah kapasiti, jumlah tenaga (ahli) bukan berada di atas kertas tetapi di lapangan kelak," ujarnya. Nasrudin berkata, siri jelajah mencapai kemuncaknya pada 19 Februari, dijangka 30,000 Pemuda PAS Kedah akan menghadiri program tersebut.

Ditanya sama ada sudah memohon permit polis, Nasrudin memberitahu telah memohon permit daripada pihak berkuasa untuk kesemua siri jelajahnya. "Ada negeri dah serah borang permohonan dua minggu lebih awal untuk mohon permit," kata beliau yang menjangka tiada masalah akan timbul dalam program sulung mereka untuk tahun depan itu.

Sharpshooter - Syabas Pemuda PAS kerana mempunyai perancangan yang jelas. Teruskan perjuangan...semoga setiap saat dan langkah dalam perjuangan diberkati Allah hendaknya...Takbir..

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Apa akan jadi pada Gobi akhirnya

Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat akan mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Ahli Parlimennya N. Gobalakrishnan, yang dilihat mula memberontak dengan kecaman-kecaman pedas terhadap kepimpinan parti itu, bulan depan.

Setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa beliau telah menerima banyak aduan daripada akar umbi berhubung tindakan wakil rakyat Padang Serai itu menyerang beberapa pemimpinnya menerusi Twitter.

Saifuddin berkata, beliau akan memanjangkan aduan-aduan yang diterima kepada pemimpin parti ketika mesyuarat biro politik bulan depan, yang lazimnya bertemu setiap minggu, untuk membincangkan nasib Gobalakrishnan.

“Saya akan membangkitkan perkara ini dan menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi. Saya tidak boleh mengambil tindakan disiplin ke atas beliau tanpa membawa perkara ini kepada pemimpin-pemimpin parti.

“Menerusi perbincangan, biro politik akan membincangkan sama ada perlu mengeluarkan surat tunjuk sebab,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tambah beliau, ahli-ahli parti mengadu bahawa kepimpinan parti perlu merapatkan kerjasama selepas mengalami kesan teruk ekoran pemilihan parti baru-baru ini.

“Mereka melahirkan rasa tidak puas hati ke atas Gobalakrishnan, selaku pemimpin kanan parti, melahirkan rintihan di khalayak,” katanya lagi.

“Mereka merasakan beliau harus tahu peraturan (parti),” kata Saifuddin.

Malah kata beliau, ramai ahli berpandangan bahawa Gobalakrishnan cuba berusaha untuk memprovokasi parti agar mengambil tindakan memecatnya.

“Ini pandangan tulen ahli-ahli biasa. Mereka mengadu menerusi SMS, ada yang menghubungi saya. Mereka tidak gembira dengan beliau,” katanya.

Saifuddin menambah, Gobalakrishnan seharusnya menggunakan kelantangan beliau untuk faedah yang lebih baik daripada menyerang pemimpin-pemimpin sendiri dalam Keadilan.

“Saya tahu beliau sejak hari pertama dan beliau sentiasa kritikal, lantang dan berani. Ia satu aset kepada parti jika digunakan untuk tujuan yang baik,” katanya.

Saifuddin menambah, Keadilan ada ruang yang secukupnya bagi ahli-ahli parti melahirkan rintihan mereka.

Saifuddin juga menekankan, parti belum lagi mengisi tujuh jawatan dalam kepimpinan tertinggi dan juga nama ketua-ketua perhubungan negeri.

“Kami akan menyelesaikan semua ini pada minggu pertama bulan depan,” kata beliau sambil menambah, ahli-ahli Keadilan seharusnya memfokus untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum.

The Malaysian Insider mambawa laporan pagi tadi memetik naib presiden baru Keadilan N. Surendran melahirkakn kekecewaan dengan sikap Gobalakrishnan sambil menggesa Ahli Parlimen Padang Serai itu agar menghentikan serangan ke atas parti tersebut serta-merta.

Surendran berkata, Gobalakrishnan juga telah menghambur kritikan kabur serta tidak berasas ke atas beberapa individu dalam parti.

“Di saat Keadilan mengalu-alukan sebarang diskusi konkrit dan menguntungkan, kita juga tidak bertolak ansur dengan serangan tidak berasas ke atas kepimpinan parti,” kata beliau, yang minggu lalu dilantik sebagai naib presiden, dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau meminta Gobalakrishnan menghentikan segala serangan tidak berasas ke atas parti pada kadar segera.

“Jika tidak, kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat mengandaikan tindakan beliau itu adalah semata-mata untuk memprovokasi parti agar tindakan disiplin diambil ke atas beliau berikutan matlamat beliau untuk mendatangkan bahana kepada parti sebelum meninggalkannya,” kata beliau merujuk kepada kenyataan melalui media lama dan Twitter oleh Gobalakrishnan, yang telah dilapor sejak akhir minggu lalu.

Gobalakrishnan merupakan salah seorang calon naib presiden yang kalah dalam pemilihan Keadilan yang baru berakhir.

Kelmarin, Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan serta menjawab ulasan pelbagai pihak tetapi menafikan akan keluar parti.

Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa bekas wakil rakyat parti itu.

“Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.

“Kami baru mengadakan pemilihan, saya memberi panduan kepada pemimpin-pemimpin yang baru... saya memberikan pandangan ikhlas, itu sahaja,” katanya.

Dalam mesej Twitter hari ini, Gobalakrishnan berkata, “semua pimpinan PKR harus sedar saya tidak kecam parti, malah pimpinan yang tidak telus dan juga mereka yang tidak hormati rakyat.”

Satu lagi mesej berbunyi, “Anwar boleh pecat saya, mengkhianati saya, malah menghantar saya ke neraka. Tiada mengapa. Tolong buka (laluan ke) Kuil Siva (di Bukit Hasing), yang dia tutup,” katanya.

Gobalakrishnan menambah, “saya telah melalui ranjau perjalanan, tetapi hasilnya hanya pengkhianatan Anwar (yang saya terima)”.

Sharpshooter - Keadilan tidak mampu kehilangan mana-mana pemimpin selepas Pemilihan 2010. Gobala atau Gobi, Saifudin Nasution, Chegubard adalah nama-nama besar dalam Keadilan sejak era Reformasi1998.

Rakyat sudah pasti resah dan gelisah melihat kemelut Keadilan yang tidak berkesudahan. PAS dan DAP juga sudah pasti tidak selesa dengan kemelut dalaman ini.

Tindakan Gobala memang salah walaupun ada kebenaran dalam kata-katanya tetapi dalam masa yang sama Saifudin juga sudah terlalu banyak berbohong. Janji Saifudin juga belum tertunai.

Bayangkan jika dalam prk Tenang yang akan berlangsung awal tahun depan, selesai berkempen dan mengundi, SPR umum calon BN pemenang Dun Tenang tanpa memberitahu jumlah undi yang diperolehi oleh calon PAS dan calon BN. Adakah PAS dan Pakatan Rakyat akan berdiam diri dan akur sahaja dengan keputusan seperti itu? Sudah pasti tidak, PAS dan Pakatan Rakyat akan membantah keputusan seperti itu dan mungkin akan mengajak rakyat ke jalanraya tanda protes seperti perhimpunan BERSIH.

Jika perkara seperti ini berlaku, siapa salah? sudah pasti kita akan salahkan SPR sebab SPR tidak telus umum pemenang calon BN tanpa umumkan jumlah undi calon BN dan calon PAS.

Inilah punca sebenar yang berlaku dalam Pemilihan Keadilan 2010, Shamsul Iskandar dan barisannya diumum pemenang tanpa mengetahui jumlah undi. Sudah pasti Chegubard protes. Mengapa dalam hal ini, Chegubard terus difinah sedangkan Chegubard dan barisannya hanya ingin menegakkan haknya sebagai calon yang bertanding.

Bolehkah kita berkata pada PAS jika keputusan seperti itu berlaku di Dun Tenang..tak pe lah..yang sudah tu sudah lah..jangan protes..nak buat macamana terimalah kekalahan...kalau takut kalah jangan bertanding...

Sudah pasti PAS dan Pakaan rakyat akan berkata, ini bukan soal menang atau kalah, ini soal ketelusan dalam pemilihan pilihanraya.

Jadi janganlah double standard dalam setiap isu yang berbangkit.
Jika kita SPR tidak telus kerana umum pemenang tanpa umum jumlah undi, kita juga wajib berkata JPP tidak telus kerana perkara yang sama.

Sebab itu, Keadilan wajib segera selesaikan kemelut dalaman yang melanda parti yang sudah pasti mengecewakan rakyat. Sudah pasti dalam prk Tenang, Keadilan yang akan jadi sasaran serangan umno BN, yang terpalit dan terkesan adalah calon PAS yang bertanding.

Ada yang berkata...kita kena tahu adab berjamaah...ya sharpshooter setuju...tetapi kita kena ingat dalam masa yang sama adab berjamaah juga tidak mengizinkan kita menipu sesama jamaah.

Ada yang berkata...jika takut kalah jangan bertanding...ya sharpshooter setuju...tetapi kalau nak menang jangalah sampai menipu...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ketuanan Melayu sama fahaman Yahudi

Konsep "Ketuanan Melayu" yang membawa maksud orang-orang Melayu lebih mulia dari bangsa-bangsa lain di negara ini seumpama fahaman yang diamalkan oleh bangsa Yahudi.

Bekas mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dari segi sejarah tidak ada Ketuanan Melayu. Malahan pada zaman kerajaan Melayu Melaka , Melayu di hina oleh orang Melayu sendiri.

"Istilah ini perlu ditukar seperti Islam Hadhari, istilah itu ‘telah memakan tuan (kerajaan) sendiri," kata beliau pada forum Polemik Ketuanan Melayu anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di sini kelmarin.

Beliau berkata, istilah itu lebih banyak menimbulkan kekeliruan. Boleh tolong kaum tetapi jangan sampai meruncingkan hubungan dengan kaum lain.

"Saya bimbang istilah Melayu menjadi lebih keliru. Tafsiran agama berdasarkan kaum menjadikan semua pihak keliru,” tambah beliau.

Tegas beliau, “Apa yang hendak dipertahankan di sebalik ketuanan orang Melayu? Jika ia bermaksud keistimewaan gunakan saja perkataan keistimewaan."

‘Ketuanan bermaksud pemilikan’

Menurut seorang lagi ahli panel, Setiausaha Majlis Perundingan Melayu Bumiputera (MPM) Dr Hasan Mad, Ketuanan Melayu bukan bermaksud "Malay Supremacy".

Hasan menjelaskan bahawa istilah itu pertama kali digunakan oleh perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman untuk menggambarkan pemilikan orang Melayu terhadap negara ini.

Justeru itu, Hasan mengesyorkan semua pihak agar tidak membuat terjemahan secara literal dan menggunakan contoh istilah ‘land lord’ yang diterjemah sebagai ‘tuan tanah’ dan bukannya ‘tun tanah’.

Walau bagaimanapun, beliau tidak melihat sebarang masalah dengan penggunaan istilah kesultanan Melayu hingga istilah tersebut perlu ditukar.

“Tukar istilah tidak menyelesaikan masalah.”

Beliau menyatakan bahawa polemik sekarang tidak lebih dari gegaran politik yang dibuat oleh tiga kumpulan iaitu ‘ahli politik, cendikiawan dan kumpulan bukan Melayu yang menangguk di air keruh’.

Sementara itu, Izaruddin Abd Rahman yang turut menjadi ahli panel forum mendefinasikan konsep Ketuanan Melayu sebagai legitimasi anak watan yang memperkukuhkan fakta bahawa orang Melayu adalah orang asal di Tanah Melayu.

"Bagaimanapun isu ini digunakan oleh ahli politik untuk mendapatkan populariti," kata naib presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Sabky Yusof pula mengucapkan "tahniah" kepada Umno kerana berjaya mewujudkan polemik ini untuk mengekang sokongan dengan menonjolkan diri sebagai juara masyarakat Melayu.

“Mereka mencipta konsep ketuanan Melayu dan menimbulkan kegusaran bahawa kuasa orang Melayu akan hilang tanpa Umno.” katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, December 27, 2010

Pertahan Prinsip - Anwar tetap kereta kebal terbaik


Kenyataan Media

27 Disember 2010

21 Muharram 1431h

MENOLAK LANTIKAN TSUA KEADILAN DAN MENANTI KEPUTUSAN DAN TINDAKAN SIASATAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada Yg Berbahagia Datuk Seri Dr. Hjh Wan Azizah Bin Dato’ Hj Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat pada 18 Disember lepas telah membuat pengumuman dengan menamakan saya selaku Timbalan Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat.

Seperti yang saya katakan dari awal apa juga jawatan yang diberikan saya anggap ia merupakan amanah besar . Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup memanipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu melakukan apa-apa serta gagal memikul amanah dan hasrat perjuangan rakyat.

Seperti yang dijanjikan saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dan mengambil pandangan dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya. InsyaAllah.......

Namun setelah berfikir panjang, saya ingin memohon maaf kepada Dato Seri Dr. Presiden KEADILAN dan teman-teman yang lain kerana saya terpaksa menolak lantikan tersebut.
Penolakan ini adalah atas prinsip dan pengiktirafan Pemilihan Keadilan 2010 akan hanya dibuat setelah hasil siasatan pemilihan dilaksanakan dan dimaklumkan kepada saya.

Saya ingin nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan - aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan KEADILAN 2010. Saya akur dengan nasihat YB Setiausaha Agong agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2 minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung.

Namun juga saya ingin pertegaskan saya akan terus berjuang memperkasakan rakyat demi perubahan negara. Jadual saya saban hari masih penuh dengan aktiviti parti dan bersama rakyat mendesak perubahan.


Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayangkan negara ini
dan kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN subur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.

Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu. Mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam gerakan perubahan, mereka mahu kita lakukan sesuatu diluar batasan untuk memudahkan mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti bagi tiap rakyat yang memahukan perubahan kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.

Dalam konteks nasional juga kita memerlukan kumpulan muda yang sentiasa mendesak perubahan dan penambahbaikan negara. Sesuatu negara akan mudah berada dalam zon krisis apabila anak muda hilang roh mendesak ini.

Kita tidak mahu menuruti budaya pemilihan yang kotor, penipu serta korup seperti yang diamalkan oleh sesetengah parti lain. Apabila individu itu diistiharkan memang semua yang bersuara akhirnya diam disogok dengan berbagai habuan, tidak berbunyi lagi kerana anak mudanya mamai disumbat mulut mereka. Semua ini kononya untuk menjaga kestabilan parti dan menyapu semua kekotoran dan penipuan ke bawah karpet.

Ini tidak harus berlaku dalam parti reformasi, kewujudan anak muda kumpulan pendesak harus dilihat dari aspek positif kelansungan nafas semangat reformasi.

Anak muda terus bangkit mengasak keadilan meratah kezaliman.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com