SharpShooter Followers

Monday, November 14, 2016

#BebasRafizi



BEBAS RAFIZI

Hari ini saudara Rafizi Ramli telah dijatuhkan hukuman 36 bulan penjara, iaitu 18 bulan penjara bagi setiap pertuduhan dan ia berjalan serentak, berkaitan kes Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki dan mendedahkan mukasurat 98 laporan Ketua Audit Negara, yang merupakan satu dokumen OSA. Umum difahamkan bahawa isi kandungan dokumen tersebut mengandungi maklumat berkaitan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan keseluruhan laporan Ketua Audit Negara itu masih tertakluk di bawah OSA.

Ini merupakan satu hari yang cukup sedih buat demokrasi Malaysia, apabila seorang demokrat telah dihadapkan ke mahkamah kerana berani bersuara mempertahankan hak dan kepentingan rakyat.

Saya sekali lagi menggesa Dato' Sri Najib Razak untuk menunjukkan keberanian dan membenarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dikeluarkan dari klasifikasi Rahsia Rasmi, lebih-lebih lagi kerana beliaulah yang mengarahkan Ketua Audit Negara mengklasifikasikan laporan tersebut di bawah OSA.

Umum dapat melihat bagaimana di negara luar, seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland, siasatan dan tindakan mahkamah telahpun diambil terhadap beberapa orang yang mempunyai kaitan langsung dengan penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB. Tanpa laporan penuh Ketua Audit Negara ini, Parlimen tidak dapat membincangkan dapatan dan syor serta mengenalpasti bagaimana sejumlah wang yang sangat besar telah berjaya diseleweng beberapa pihak.

Keengganan Putrajaya untuk mengeluarkan laporan penuh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dari klasifikasi Rahsia Rasmi hanya akan mengukuhkan persepsi sebuah kerajaan kleptokrat yang tidak mahu kebenaran diketahui umum.

Saya yakin seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN berdiri teguh mempertahankan saudara Rafizi dengan penuh ukhuwah dan solidariti.

Saya mendoakan agar saudara Rafizi dan keluarga diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan yang cukup mencabar ini. Bebas Rafizi!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

*Saudara Rafizi,*

Saya menyanjung tinggi keberanian saudara di dalam menyuarakan sesuatu yang  benar.

Agama kita mengajar kita untuk berkata benar walaupun pahit.

Perkara ini tidak akan menjadi masalah sekiranya saudara berkata2 di negara luar. Malangnya Malaysia bukan seperti sesetengah negara di luar sana.

Mudah2an Allah swt akan memberi kita taufik dan inayyah semoga kita teruskan perjuangan yang saudara perjuangan.

Sekali lagi syabas.

*TS Muhammad Muhammad Taib*

Wednesday, September 28, 2016

CUBAAN MELENYAPKAN SUARA RAKYAT MELALUI DASAR DAN UNDANG-UNDANG LAPUK AKTA HASUTAN


Hari ini mencatatkan satu lagi sejarah hitam buat negara apabila ahli dewan rakyat YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu disabitkan bersalah . Mengikut seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan, hakim menyatakan bahawa Naib Presiden KEADILAN merujuk perkataan "bangkit" dan "turun ke jalan raya" adalah bersifat menghasut.

[1] Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru dan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

[2] Saya juga pernah bangkitkan pada tahun 2013 berkenaan dimana janji PM untuk memansuhkan akta hasutan.

[3] Sehingga hari ini, terdapat lebih 30 ahli parlimen pembangkang yang didakwa di bawah Peaceful Assembly Act (PAA 2014) dan Akta Hasutan yang dibebankan kepada Ahli Parlimen, aktivis-aktivis politik dan kartunis.

Pada oktober 2015, saya telah menulis kepada IPU untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan 8 orang ahli parlimen daripada Keadilan, 9 orang daripada DAP, 2 orang daripada Amanah, dan seorang daripada PSM.

[4] Data ini menunjukkan bahawa kerajaan BN tetap akan menggunakan dasar-dasar untuk menekan pembangkang dan sesiapa sahaja yang lantang bersuara mempersoalkan urus tadbir negara.

Minggu lalu Suruhanjaya Pilihan Raya,SPR yang mengeluarkan syor-syor untuk yang dikenalpasti memberikan impak negatif kepada kawasan yang dimenangi oleh pembangkang.

Minggu ini, kita dikejutkan dengan sabitan hukuman kepada YB Tian Chua yang kononnya menghasut 3 tahun yang lalu dalam satu forum.

Justeru, keseluruhan keputusan yang diambil oleh kerajaan ini jelas menunjukkan mereka terdesak untuk mengekang suara rakyat dan mana-mana pihak yang dilihat sebagai ancaman kepada mereka.

Ahli-ahli parlimen pembangkang akan disibukkan dengan isu dan kes mahkamah, dalam masa yang sama agensi-agensi kerajaan digunakan untuk menjadi tangan-tangan ghaib untuk menyelamatkan kerajaan.

Menghasut rakyat untuk menegakkan hak bersuara dan demokrasi dalam kes YB Tian Chua rupa-rupanya satu kesalahan. Tetapi menghasut rakyat dengan provokasi dan ancaman huru-hara dalam kes Jamal dan Ali Tinju bukan kesalahan? Atau saya silap.

Kes mereka masih dalam siasatan?

[5] Harus berapa tempang lagi sistem kehakiman dan keadilan negara sehingga melenyapkan suara rakyat.

Pada 26 September 2016 yang lalu, saya telah memfailkan satu surat pindaan usul di bawah akta 27 (1) menggantikan akta hasutan kepada akta keharmonian nasional.

Usul ini adalah juga merupakan satu unjuran peringatan kepada janji YAB PM untuk memansuhkan Akta Hasutan pada tahun 2012.

Kita nantikan pelunasan pemansuhan akta yang bakal memberi cek kosong kepada BN untuk terus menindas rakyat menerusi dasar-dasar menekan tanpa suara wakil rakyat pembangkang sebagai penimbang tara.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden Dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN

[1] http://www.malaysiakini.com/news/357159

[2]http://www.sinarharian.com.my/nasional/pm-mansuh-akta-hasutan-gubal-akta-keharmonian-nasional-1.65662

[3]http://www.sinarharian.com.my/politik/izzah-mahu-pm-tunai-janji-mansuh-akta-hasutan-1.177972

[4]http://www.thestartv.com/episode/opposition-highlights-malaysian-political-climate-to-ipu/

[5] http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/09/28/tian-chua-didapati-bersalah-menghasut/

Friday, September 23, 2016

SURAT TERBUKA BUAT PERDANA MENTERI MALAYSIA DATO’ SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK


*KEMBALIKAN MARUAH RAKYAT TERENGGANU:*

*TUNTUTAN ROYALTI MINYAK & TELAGA MINYAK BERTAM 307*

*Ke hadapan Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.*

*_Assalamualaikum Wmt. Wbt_,*

SAYA sentiasa mendokan Dato' Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Semoga Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Warkah yang saya nukilkan kepada Dato' Seri ini di tengah-tengah keheningan kita baru menyambut detik kemerdekaan negara kita yang tercinta Malaysia. Semoga negara dan rakyat Malaysia juga sentiasa mendapat kerahmatan dan perlindungan dari Yang Maha Berkuasa.

*Y.A.B. Dato' Seri,*
Saya sebagai anak Terengganu warga Malaysia amat terpanggil untuk mengutuskan surat terbuka ini kepada Dato' Seri apabila saya membaca kenyataan resmi yang di keluarkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang telah mengadakan pertemuan dengan Dato' Seri bersama dengan CEO Petronas Datuk Wan Zulkifli Wan Ariffin beberapa hari yang lepas di pejabat Perdana Menteri di Puterajaya.

Pertemuan ini diadakan setelah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan kerajaan negeri telah *_'membeku semua permohonan baharu permit kerja daripada kakitangan Petronas dari luar Sarawak khususnya Semenanjung'_* yang berkuat kuasa serta-merta.

Apa yang menarik perhatian saya adalah *7 rangka *'amicable agreements'* yang telah termeterai diantara Dato' Seri sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Adenan Satem dan pihak Petronas sendiri.

*Antaranya adalah;*

*1.*Perlantikan anak tempatan Sarawak sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang bakal diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

*2.* 192 jawatan kosong dalam syarikat itu pada masa sekarang akan diiklankan dalam akhbar tempatan dan diisi oleh rakyat Sarawak. Pihak Petronas perlu berunding  dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut.

*3.*Petronas juga akan menyediakan 50 tempat untuk anak Sarawak melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas, memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat negeri ini di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara.

*4.*Petronas juga komited menyokong 2 industri Petrokimia yang kini di peringkat akhir rundingan serta menyokong industri Petrokimia dan hiliran lain secara *'Joint Study'* dengan kerajaan negeri Sarawak.

*5.*Petronas bersama Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan hasrat kerajaan Sarawak untuk terlibat dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi manfaat negeri

*6.*Menerima pelan kerja Petronas untuk meningkatkan jumlah pekerja dalam kalangan anak Sarawak dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020. Ianya adalah seperti berikut;

*Management* - dari 33% kepada 60%
*Manager* – dari 41% kepada 60%
*Executive* – dari  48% kepada 75%
*Non-executive* – dari 65% kepada 95%

*7.*Tuntutan kerajaan negeri Sarawak memohon royalti minyak dinaikkan daripada 5 kepada 20 peratus, Perkara tersebut akan dibincangkan kemudian.

*Y.A.B. Dato' Seri;*
Syabas saya ucapkan kepada Ketua Menteri Sarawak serta seluruh rakyat Sarawak. Namun setelah meneliti terma '7 amicable agreements' ini, saya sebagai anak Terengganu merasa amat tercabar dengan perkembangan terbaru ini.

*Y.A.B. Dato' Seri;*
Namun berbanding dengan negeri Sarawak, kami di Negeri Terengganu kini telah kehilangan segala hak kami! Kebanyakan rakyat Terengganu pula terpaksa berhadapan dengan kekangan kehidupan yang amat perit sedangkan negeri Terengganu merupakan negeri pengeluar minyak dan pernah dikenali sebagai *'Kuwait Malaysia'.*

Kemelut ekonomi Terengganu juga sedang membelit seluruh kehidupan rakyat sehingga ke pundaknya. Rakyat Terengganu khususnya anak muda ramai tiada sumber pekerjaan yang tetap termasuk mahasiswa yang kini menjadi penganggur.

Untuk makluman Dato Seri, bermula *dari tahun 1978 di bawah fasal 2 'Perjanjian Royalti'* seperti yang telah di persetujui oleh semua pihak, Kerajaaan negeri Terengganu telah menerima bayaran royalti dengan bayaran sulungnya sebanyak RM$5.7 juta dari pihak Petronas.

Perjanjian ini adalah sebagaimana dikehendaki oleh *Akta Kemajuan Petrolium 1974,* yang telah di luluskan oleh kerajaan pimpinan ayahnda Dato' Seri, yang dikasihi *Al-Marhum Tun Abdul Razak bin Husin di Dewan Parlimen pada 15hb. Nov. 1974.* Al-Marhum menegaskan bahawa;

*_"Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerimaa 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas atau ejensi-ejensi ataaupun kontraktor-kontraktornya."_*

*Y.A.B. Dato' Seri;*
Malangnya, pembayaran Wang Royalti secara tunai kepada kerajaan Terengganu menurut perjanjian Akta Kemajuan Petrolium 1974, telah dimansuhkan pada *5hb Sept. 2000* dan digantikan dengan *'Wang Ehsan'* yang dikendalikan terus oleh Kerajaan Pusat.

Lebih malang lagi pihak Petronas juga memaklumkan secara resmi pada *25 September 2015* bahawa;
*_"Pihak Petronas tidak lagi terikat secara undang-undang untuk membuat sebarang bayaran tunai kepada negeri Terengganu di bawah Perjanjian Pembayaran yang ditandatangani Petronas dengan kerajaan Terengganu"._*

Ini berdasarkan terma *'di dalam negeri'*  bahawa; 
*_'kerajaan negeri Terengganu tidak lagi berhak menuntut hasil Wang Royalti kerana segala penemuan telaga minyak adalah di luar 3 batu nautika yang di ukur dari garis air surut persisiran pantai negeri"._*

Menurut tafsiran diatas, *_'kerajaan Terengganu kini tidak mempunyai sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak & gas yang terletak diperairan negeri.'_*    

Semua telaga minyak yang ditemui selama ini dan terletak di perairan Terengganu *bukan lagi menjadi milik 'sah' kerajaan Terengganu* kerana kedudukannya di luar daripada *3 batu nautika.*

*Y.A.B. Dato' Seri;*
Negeri Terengganu telah meyumbangkan hasil minyak & gas kepada Kerajaan Persekutuan sejak hampir 40 tahun dengan pengeluaran hasil minyak dan gas bernilai ratusan bilion ringgit bagi sama-sama membangunkan ekonomi Negara kita tercinta. Hal ini dilakukan oleh kerajaan negeri dengan penuh beramanah mengambil semangat perjanjian bersama yang telah di tandatangani pada tahun 1975.

Namun, apakah wajar Royalti sebanyak 5% yang di terima oleh kerajaan Terengganu sejak dari tahun 1978 kini terbatal sepenuhnya dan hanya dianggap sebagai *'Ihsan'* dan *'dana khas'* dari Kerajaan Persekutuan?

Sedemikian apakah wajar perjanjian royalti minyak diantara kerajaan negeri Terengganu bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan Petronas yang ditandatangani sejak tahun 1975 lagi juga sudah di anggap sebagai terbatal?

Lebih malang lagi, *Telaga Minyak BERTAM BLOK PM 307* yang di temui dan sah terletak diperairan negeri Terengganu baru-baru ini kini di'serah' sepenuhnya kepada kerajaan negeri Pahang.

Malah, *Syarikat Lundin Oil* yang merupakan syarikat carigali yang berpengkalan di Sweden yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan dengan kerjasama Petronas Carigali telah mengesahkan bahawa Bertam blok PM 307 ini terletak di perairan negeri Terengganu.

*Y.A.B. Dato' Seri;*
Dimanakah kami sebagai rakyat Terengganu mau meletakkan *'maruah'* dan *'harga diri'* kami sebagai rakyat Malaysia jika kami boleh diperlakukan sedemikian rupa?

Apakah negeri Terengganu *'tidak berdaulat'* seperti juga negeri Sarawak yang kini mendapat segala hak mereka?

*Y.A.B. Dato' Seri;*
Saya sebagai anak Terengganu ingin menegaskan kepada Dato' Seri sebagai Perdana Menteri agar mengkaji kembali kedudukan yang berlaku kepada kami di negeri Terengganu ini. Kita sama-sama mengamalkan sistem Federalism yang menjadi asas penubuhan  Malaysia yang mana negeri Terenngganu adalah sebahagian daripadanya.


*Y.A.B. Dato' Seri;*
Adalah wajar dengan perkembangan terbaru ini, negeri Terengganu juga di berikan 'amicable agreements' sepertimana yang telah termeterai antara Dato' Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia, Petronas dan kerajaan negeri Sarawak.

*Saya mewakili seluruh warga dan rakyat Terengganu *menuntut 10 perkara asas 'amicable agreements' agar dapat dipersetujui dengan kerajaan negeri Terengganu;*

*1.*  *Mengembalikan Royalti Minyak kepada kerajaan Terengganu* bersesuaian dengan perjanjian asal di bawah Fasal 2 Perjanjian Royalti yang telah ditandatangani diantara kerajaan negeri Terengganu, Kerajaan Persekutuan dan Petronas pada tahun 1975.

*2.*  *Melantik anak tempatan Terengganu sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas* seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Sarawak.

*3.*Mengisi sebarang jawatan kosong yang berlaku dalam syarikat itu khususnya di negeri Terengganu pada masa sekarang perlu diiklankan dalam akhbar tempatan dan *diisi oleh rakyat Terengganu.* Pihak Petronas juga perlu berunding  dengan kerajaan negeri jika anak tempatan tidak sesuai bagi pekerjaan tersebut.

*4.*Petronas juga perlu menyediakan sekurang-kurangnya *100 tempat untuk anak Terengganu bagi melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Petronas* setiap tahun. Juga memberi latihan teknikal secara intensif dan mendaftar lebih kemasukan untuk rakyat negeri ini di pusat latihan syarikat itu di seluruh negara.

*5.* Petronas juga perlu komited menyokong sebarang pembangunan industri Petrokimia serta menyokong industri Petrokimia dan hiliran lain secara *'Joint Study'* dengan mana-mana syarikat tempatan Terengganu serta kerajaan negeri Terengganu.

*6.*Petronas bersama Kerajaan Pusat juga perlu mempertimbangkan sekiranya kerajaan Terengganu berminat untuk terlibat dalam *Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC)* bagi manfaat negeri ini.

*7.*Mengkaji pelan kerja Petronas untuk *meningkatkan jumlah pekerja dalam kalangan anak Terengganu* dalam bahagian pengurusan, pengurus, eksekutif dan bukan eksekutif menjelang 2020.

*8.*Mengembalikan kesemua *Wang Royalti Terengganu yang berjumlah RM1.5 bilion* yang telah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk perlaksanaan beberapa projek pembangunan di negeri lain.

*9.*Mengembalikan hak *Telaga Minyak Bertam Blok 307* kepada kerajaan negeri Terengganu yang kini 'diserahkan' kepada negeri Pahang dengan kadar segera.

*10.*Mengkaji tuntutan agar kerajaan negeri Terengganu juga dipertimbangkan permohonan royalti minyak dinaikkan *daripada 5 kepada 20 peratus.* Perkara ini juga boleh dibincangkan bersama dengan kerajaan negeri Sarawak kemudian.

*Y.A.B. Dato' Seri;*
Negeri Terengganu kini seolah-olah berhadapan di medan perang tanpa pejuang dan perajuritnya mati tanpa kuburan. Siapa lagi yang kita harapkan boleh membela kehidupan rakyat seluruhnya terutama golongan marhaen kecuali seorang pemimpin yang merdeka jiwanya, denyut nadinya adalah jiwa rakyat jelata yang perlu dibela!

*Y.A.B. Dato' Seri;*
Sekali lagi saya sebagai anak Terengganu memohon dengan jari sepuluh kepada Dato' Seri' agar tuntutan yang mewakili seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira apa jua fahaman politik serta kaum ini ditunaikan dengan kadar segara.

Kami juga anak Malaysia seperti rakyat Sarawak; kami juga cintakan negeri dan negara ini.

Kami mendesak agar hak dan maruah kami sebagai rakyat Terengganu terbela dan diberikan perhatian segera.

*_Sekian Wassallam._*

*_Dr. Syed Azman Syed Ahmad, Adun Batu Burok, Terengganu Darul Iman_*

*_Mewakili Rakyat Terengganu Darul Iman_*

*'PERTAHANKAN HAK & MARUAH RAKYAT TERENGGANU'*

*23hb. Sept. 2016*

Thursday, July 28, 2016

Akmal menang kes saman Jamil Khir skandal YaPEIM

MENANG & BEBAS KES SAMAN FITNAH JAMIL KHIR & SKANDAL YaPEIM

Alhamdulillah, Mahkamah Tinggi hari ini telah menolak saman fitnah DS Jamil Khir terhadap saya berhubung pendedahan skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Kemenangan ini adalah untuk rakyat dan semoga ianya memberikan kita  semangat untuk terus berjuang dan menentang penyelewengan.

Terima kasih kepada pemberi maklumat, barisan peguam, pimpinan, sukarelawan NOW serta semua yang membantu dan menyokong usaha ini.

Hanya Allah mampu membalas jasa saudara-saudari.

Insyallah NOW akan teruskan usaha dalam melawan rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa demi kepentingan rakyat kebanyakan.

Terima kasih.

AKMAL NASIR
Pengarah
National Oversight & Whistleblowers (NOW)

Monday, July 25, 2016

@rafiziramli dakwa @najibrazak guna RM740 juta duit Tabung Haji

DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK GUNA RM740 JUTA WANG RAKYAT UNTUK SELAMATKAN TH HEAVY ENGINEERING AKIBAT KEPUTUSAN PELABURAN TABUNG HAJI YANG SALAH

Saya diberi maklumat bahawa seorang pimpinan terkanan kerajaan (yang selepas ini saya namakan dahulu sebagai #MalaysianOfficial1) telah meluluskan anugerah satu kontrak rundingan terus kepada TH Heavy Engineering Berhad (THHE) berjumlah RM740 juta.

Saya telah berkali-kali mempersoalkan pelaburan Tabung Haji di dalam THHE kerana ia sebuah syarikat yang secara berterusan mengalami masalah kewangan dan ramai yang telah menjadi mangsa THHE (sebelum ini dikenali Ramunia Holdings Berhad).

Tabung Haji kini mempunyai pegangan 30% di dalam THHE yang bermakna ia tidak mempunyai kawalan ke atas syarikat itu. Malangnya Tabung Haji terus menyediakan sokongan kewangan kepada THHE sehingga telah memakan wang rakyat setakat ini seperti berikut:

i) Pembelian 30% saham THHE yang menelan belanja RM250 juta (pada harga asal purata RM1.50 sesaham). Harga saham telah jatuh kepada 6.5 sen minggu lalu menyebabkan kerugian atas kertas sebanyak RM228 juta;

ii) Pinjaman patuh shariah dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM50 juta; dan

iii) Pinjaman terbitan hutang dalam bentuk "redeemable preference shares" (RPS) sebanyak RM275 juta

Saya juga sebelum ini mendedahkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan surat meluluskan Tabung Haji memberi jaminan korporat ("corporate guarantee") kepada THHE bagi pinjaman baru dari bank-bank sehingga had pinjaman USD228.2 juta (bersamaan RM912 juta pada kadar semasa). Namun kemudahan ini tidak laku kerana bank-bank dan institusi kewangan ragu-ragu dengan prestasi 1MDB.

Oleh yang demikian, THHE berada dalam keadaan yang terdesak terutamanya setelah dua kontraktornya telah menfailkan saman menutup THHE untuk mengutip balik hutang-hutang mereka.

Fakta-fakta di atas mengesahkan kedudukan kewangan THHE yang semakin parah seperti yang saya dedahkan sebelum ini.

Tindakan dan keputusan #MalaysianOfficial1 itu meluluskan anugerah secara rundingan terus kepada THHE sebanyak RM740 juta adalah satu "bail out" untuk menyelamatkan THHE dari jatuh bankrap.

Saya membantah sekeras-kerasnya kerana THHE adalah sebuah syarikat swasta dan hanya dimilki oleh Tabung Haji sebanyak 30% sahaja. Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang memiliki 70% lagi sedangkan mereka inilah yang akan mendapat durian runtuh apabila wang rakyat RM740 juta dianugerahkan kepada THHE.

Malah, orang-orang di belakang THHE sepatutnya disiasat dan dihadapkan ke mahkamah (jika ada kes) kerana telah menyebabkan kerugian wang rakyat sehingga RM554 juta.

Keputusan dan tindakan #MalaysianOfficial1 memperuntukkan RM740 juta wang rakyat untuk mengelakkan THHE jatuh muflis adalah zalim kepada rakyat kerana mereka terpaksa berdepan dengan GST, kenaikan harga barang, pengangguran dan pelbagai potongan peruntukan rakyat seperti biasiswa, perbelanjaan sekolah/universiti dan lain-lain.

Saya mendesak supaya Kerajaan Persekutan membatalkan serta-merta anugerah kontrak secara rundingan terus berjumlah RM740 juta yang bertujuan menyelamatkan THHE dan menutup kelemahan pengurusan pelaburan Tabung Haji.

Saya mempunyai dokumen-dokumen yang secara jelas mengesahkan anugerah kontrak secara rundingan terus sebanyak RM740 juta kepada THHE ini yang saya akan dedahkan lagi pada setiap hari minggu ini.

Dari dokumen-dokumen itu saya boleh mengesahkan bahawa #MalaysianOfficial1 adalah Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

*RAFIZI RAMLI*
*Ahli Parlimen Pandan*
*Setiausaha Agung/Naib Presiden KEADILAN*

*25 Julai 2016*

Sunday, July 24, 2016

SOAL-JAWAB ISU 1MDB UNTUK PANDUAN PAKCIK-PAKCIK DI KAMPUNG #1MDB

*SOAL-JAWAB ISU 1MDB UNTUK PANDUAN PAKCIK-PAKCIK DI KAMPUNG*

*1. AMERIKA NAK RAMPAS HARTA 1MDB NI. INI SATU CAMPURTANGAN ASING!*

Macam ni pakcik. Pakcik ada dengar Amerika nak rampas tanah 1MDB di airport TUDM Sg. Besi? Tanah 1MDB di Jalan Tun Razak?

Ada Amerika nak rampas tanah-tanah milik 1MDB di Malaysia? Tiada kan? Amerika hanya nak rampas harta hasil pendapatan filem Hollywood bertajuk "The Wolf of Wall Street". Sebab itulah dalam kertas pendakwaan, defendan atau pihak yang disaman ialah "The Wolf of Wall Street" Motion Picture.

Filem ini dikatakan dibuat hasil daripada penggubahan wang haram yang melalui institusi-institusi kewangan di Amerika. Harta hasil pendapatan filem ini juga dimiliki oleh sebuah syarikat yang didaftarkan di Amerika sana, bukan di Malaysia. Ada 17 harta yang disenaraikan, termasuklah hotel di Beverly Hills. Beverly Hills ini kawasan tempat tinggal pelakon dan penyanyi pakcik.

Di Amerika sana, pelakon & penyanyi kaya-kaya, bukan macam di sini. Ada juga jet peribadi. Kalau kita dapat jet ini karang, kita trylah naik ramai-ramai untuk pergi haji. Lagipun, yang mula-mula menyiasat benda ini bukannya orang Amerika pakcik, tapi orang Melayu kita juga.

Pakcik ingat tak Timbalan Pendakwa Raya SPRM yang ditahan? Melayu dia tu. Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis yang ditukar? Melayu. Peguam Negara yang ditamatkan perkhidmatan atas sebab 'kesihatan', Melayu.

Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM yang ditukar, Melayu. Pengarah Komunikasi Strategik Khas SPRM yang ditukar, Melayu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM yang disuruh 'bercuti', Melayu. Pegawai SPRM yang solat hajat beramai-ramai pun, Melayu semuanya pakcik.

Siapa tahu mungkin ini sebenarnya campurtangan kuasa Allah Taala hasil daripada solat hajat mereka?
-----------------------------------------------------------------------------
*2. HABIS TU APA KENA-MENGENA FILEM 'WOLF' INI DENGAN 1MDB?*

Filem 'Wolf' ini, dibuat oleh syarikat milik anak angkat PM kita, nama dia Riza Aziz. Tahun 2012, syarikat si Riza ini dapat duit daripada 1MDB sebanyak USD238 juta, iaitu kira-kira RM741.6 juta pakcik.
-----------------------------------------------------------------------------
*3. DAH TU BIARLAH 1MDB NAK BAGI BERAPA BANYAK PUN. DUIT SYARIKAT, SYARIKAT PUNYA SUKALAH.*

Masalahnya pakcik, 1MDB telah mengisytiharkan kepada umum, bahawa ia tidak memiliki apa-apa kepentingan atau pelaburan terhadap syarikat Riza Aziz. Jadi kalau tiada apa-apa kepentingan, buat apa pula nak bagi RM741.6 juta, kan pakcik?
-----------------------------------------------------------------------------
*4. MACAMANA KAU TAHU SI RIZA NI DAPAT DUIT TU. PANDAI-PANDAI SAJA KAU FITNAH BUDAK TU.*

Sebab si Riza ini, dia simpan duit dalam bank, pakcik. Dia tak simpan duit bawah tilam. Jadi, bank ada rekod duit-duit itu masuk ke akaun syarikat dia sebanyak 3 kali:

18 Jun 2012: USD133 juta (RM419.9 juta)
23 Okt 2012: USD60 juta (RM183.5 juta)
14 Nov 2012: USD45 juta (RM138.2 juta)
JUMLAH: USD238 juta (RM741.6 juta)

Duit-duit ini pula, dipindahkan daripada akaun bank Switzerland, ke akaun bank Singapura. Jadi negara Switzerland simpan rekod, negara Singapura pun simpan rekod.
-----------------------------------------------------------------------------
*5. 700 JUTA PULA. DULU BUKANKAH DAH TERBUKTI DUIT TU DERMA, APA NAMA TU, YANG 2.6 BILION TU?*

Memang betul pakcik, SPRM sendiri telah menyatakan pada Ogos 2015, bahawa hasil siasatan mereka mengenai duit RM2.6 bilion itu ialah: duit itu duit derma. Kemudian, keluar pula video Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, yang orang kata mengesahkan bahawa derma itu datang daripada keluarga diraja Arab Saudi. 'Orang kata'.

Cuba pakcik dengar balik video itu. Menteri Arab ini kata:

*WARTAWAN*: "Tuan. Uh, adakah anda maklum tentang latarbelakang <tidak dapat didengar>, mengenai <tidak dapat didengar> sumbangan kepada Perdana Menteri Malaysia?"

("Your Excellency. Uh, are you aware of the background of <inaudible>, upon the <inaudible> donation to the Prime Minister of Malaysia?")

*MENTERI LUAR ARAB SAUDI* :

"Kami sedia maklum tentang, tentang sumbangan tersebut. Dan ia adalah sumbangan yang ikhlas, dengan uh, tiada apa diharapkan sebagai balasan. Uh, kami juga sedia maklum bahawa Peguam Negara Malaysia telah menyiasat perkara ini dengan teliti dan tidak menemui sebarang kesalahan jadi bagi kami perkara ini telah ditutup."

_("We are aware of the, the donation. And it is a genuine donation, with uh, nothing expected in return. Uh, we are also fully aware that the Attorney-General of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing so as far as we're concerned this matter was closed.")_

Saya nak tanya pakcik: dalam kenyataan Menteri Arab ini, ada tak dia sebut jumlah sumbangan, dan ada tak dia kata bahawa sumbangan itu datangnya daripada keluarga diraja Arab Saudi? Sebab dalam kertas pendakwaan Amerika, Amerika kata duit RM2.6 bilion itu dipindahkan daripada akaun milik Eric Tan Kim Loong, bukan milik keluarga diraja Arab Saudi. Pakcik juga kena ingat: duit RM2.6 bilion itu, bukan duit yang masuk ke akaun si Riza ya? Duit RM2.6 bilion itu ialah duit yang dimasukkan ke dalam akaun orang lain, iaitu 'Malaysian Official 1'.

Memang ada orang-orang upahan yang berhempas pulas mahu seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada isu sumbangan RM2.6 bilion, supaya mereka lupa berbilion-bilion ringgit yang lain, contohnya:

*A. Pinjaman Palsu USD700 Juta Oleh PetroSaudi Holdings*

USD700 juta ini bukannya kes 'sumbangan' RM2.6 bilion, ya pakcik? USD700 juta ini bersamaan dengan RM2.4 bilion pada tarikh duit itu dipindahkan. Ceritanya macam ni: PetroSaudi Holdings ini, sekali dengar ada bunyi 'Petro' di hadapan, ada nama 'Saudi' di belakang, terus orang anggap "Ini 'Petronas' bagi Arab Saudi agaknya, syarikat minyak nasional Arab Saudi". Salah tu pakcik.

Syarikat minyak nasional bagi kerajaan Arab Saudi ialah Saudi Aramco. PetroSaudi Holdings ini hanya sekadar syarikat persendirian sahaja, baru-baru ditubuhkan pula tu. Syarikat ini ditubuhkan bisnesman bernama Tarek Obaid, dan ada kaitan dengan Turki bin Abdullah, anak kepada almarhum Raja Abdullah, raja Arab Saudi yang baru meninggal tahun lepas. Adakah bila berurusan dengan syarikat yang 'ada kaitan' dengan anak raja, maka ia bermakna berurusan dengan kerajaan?

Pakcik kena faham: almarhum Raja Abdullah ada 19 orang anak. Yang menggantikan almarhum jadi raja pula bukan anak beliau, tapi adik tiri beliau. Jadi faham-faham sahajalah kedudukan anak-anak almarhum, tak banyak manapun pengaruh mereka ke atas keputusan kerajaan Arab Saudi.

PetroSaudi Holdings ini dikatakan telah bagi pinjaman sebanyak USD700 juta kepada syarikat usahasama 1MDB-PetroSaudi Limited. Masalahnya, PetroSaudi Holdings tak pernah pun bagi duit tu, tapi 1MDB-PetroSaudi Limited diminta untuk bayar balik. Macam ada Ah Long datang minta hutang daripada pakcik, tapi pakcik tak pernah pinjam pun daripada Ah Long tu.

Tapi sebab pakcik dah tua dan pelupa, pakcik pun bayarlah sahaja. Lebih malang lagi, bila pakcik bayar, pakcik tak pula bayar terus kepada si Ah Long tu. Tapi pakcik bagi pula duit itu kepada Ah Pek, anak si Ah Long. Si Ah Pek kemudiannya bawa duit itu untuk berjoli.

Samalah macam 1MDB-PetroSaudi Limited ini. Dia sebenarnya tak berhutang, tapi dia bayar juga. Bila bayar, dia tak bayar terus kepada PetroSaudi Holdings, tapi kepada Good Star Limited, syarikat lain milik seseorang bernama Jho Low.

Ini namanya bangang bertimpa-timpa ni pakcik. Daripada USD700 juta ini, Amerika ada rekod bahawa sejumlah USD20 juta telah dimasukkan ke akaun 'Malaysian Official 1':
23 Feb 2011: USD10 juta (RM30.5 juta)
13 Jun 2011: USD10 juta (RM30.3 juta)
JUMLAH: USD20 juta (RM60.8 juta)

Peguam Negara sendiri menyatakan bahawa akaun ini milik 'Malaysian Official 1'. Bukan saya yang kata, pakcik.

*BUKTI DIPERLUKAN*:

a. Dokumen/rekod kiriman wang Deutsche Bank (Malaysia) Berhad bertarikh 30 September 2009 sebanyak USD700 juta kepada akaun milik Good Star (Seychelles) Limited bernombor 11116073 di RBS Coutts Bank Limited (kini Coutts & Co. Limited).
b. Dokumen/rekod bayaran fi broker kepada akaun bernombor 7573800 di J. P. Morgan (Suisse) SA.

STATUS SIASATAN: Tiada maklumat siasatan.
-----------------------------------------------------------------------------
*B. Penjualan Harta Bukan Milik Sendiri Oleh PetroSaudi Holdings*

PetroSaudi Holdings dituduh menjual harta yang bukan miliknya kepada 1MDB-PetroSaudi Limited. Harta berkenaan sebenarnya dimiliki oleh syarikat lain, iaitu Buried Hill Energy.

Ceritanya macam ini pakcik. Pakcik nak beli satu bidang tanah daripada Ah Long. Pakcik pun bayar duit kepada Ah Long. Bila pakcik pergi ke pejabat tanah, pegawai bagitau pakcik, tanah itu sebenarnya bukan Ah Long yang punya. Jadi pakcik pun terpinga-pinga: duit dah habis, tanah tak dapat.

*BUKTI DIPERLUKAN*:

a. Dokumen perjanjian usahasama 1MDB-PetroSaudi Limited bertarikh 28 September 2009.
b. Dokumen perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 4 Julai 2009.
c. Rekod pembatalan perjanjian pembelian aset oleh PetroSaudi Holdings bertarikh 23 November 2009.

*STATUS SIASATAN*: Tiada maklumat siasatan.
-----------------------------------------------------------------------------
*C. Pecah Amanah RM42 Juta Ke Akaun Peribadi*

Ini lagi satu duit yang tidak termasuk dalam kes 'sumbangan' RM2.6 bilion, tapi rakyat 'lupa' nak tanyakan. Bila rakyat 'lupa', jawabnya senyap sajalah. Duit sebanyak RM42 juta daripada SRC International Sdn. Bhd. (kini anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia) telah didakwa dilupuskan ke dalam sebuah akaun peribadi. Ini benda paling senang nak terangkan kepada pakcik. Macam pakcik kerja di pejabat, pakcik nampak duit majikan, pakcik ambil duit tu, masuk poket pakcik. Senang nak faham, kan?

*BUKTI DIPERLUKAN*:

a. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM5 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.

b. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 26 Disember 2014 sebanyak RM27 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.

c. Borang permohonan kiriman wang Affin Bank Berhad bertarikh 10 Februari 2015 sebanyak RM10 juta kepada akaun bernombor 2112022011880 di AmIslamic Bank Berhad.

*STATUS SIASATAN*: Siasatan "masih berjalan oleh SPRM."
-----------------------------------------------------------------------------
*6. OKLAH. PAKCIK ADA SOALAN LAST NI. SIAPA DIA 'MALAYSIAN OFFICIAL 1'?*

Ok pakcik, kertas pendakwaan Amerika kata 'Malaysian Official 1' ini ialah:

i. Pegawai berjawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia;
ii. Berjawatan tinggi dalam 1MDB. Berkuasa melantik dan menyingkir ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Sebarang komitmen kewangan 1MDB memerlukan kelulusan beliau;
iii. Ahli keluarga kepada Riza Aziz.

PM pun sudah berjanji "kita akan beri kerjasama yang sepenuhnya dengan semua badan siasatan peringkat antarabangsa". Jadi kita sama-sama nantikan kerjasama dari insan bernama NAJIB RAZAK.

Sunday, May 15, 2016

*Mujur Kg. Mutiara di Pulau Pinang, tidak senasib Melayu Kg. Baru KL, kata peguam muda AMK*

*BAYAN BARU* - Kampung Mutiara dekat Parlimen Bukit Bendera yang didiami majoriti Melayu mungkin senasib Kampung Baru dekat Kuala Lumpur, jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini tidak dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH).

Peguam muda Mohd. Izad Buqhary Mohd. Kamri yang juga pemimpin Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia berkata sedemikian pada Konvensyen Ke-2 PasMa Pulau Pinang 2016, semalam.

"Isu tanah Melayu di Pulau Pinang akhirnya Kerajaan PH yang jadi penyelamat," ujar Mohd. Izad Buqhary di Hotel Seri Malaysia dekat Bayan Baru di sini.

Selain Mohd. Izad Buqhary, forum _'Hak Melayu Pulau Pinang Menurut Perlembagaan Malaysia: Jaminan dan Cabaran'_ itu terus membariskan dua panelis lain, iaitu pakar perlembagaan Prof. Dr.  Abdul Aziz Bari yang kini berhijrah masuk ke Parti Tindakan Demokratik (DAP) serta Pengerusi Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Pulau Pinang merangkap Pengasas AMANAH Kawasan Balik Pulau, Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim.

Forum terbuka itu dikemudi oleh Ahli Majlis bagi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Ustaz Mohd. Rizal Akhir.

Difahamkan, tragedi pengusiran penduduk asal Kampung Mutiara sejak tahun 2008 lagi, dan kemuncaknya pada bulan September tahun lalu apabila tuan tanah persendirian Peter Loke Leng Seak berjaya mendapat perintah mahkamah.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bersama-sama Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan kebenaran merancang di atas tanah itu, sehinggalah semua tuntutan pampasan penduduk asal yang munasabah dipenuhi oleh tuan tanah persendirian tersebut.

Perjuangan mempertahankan warisan Kampung Mutiara turut diperjuangkan oleh banyak pihak lain, antaranya bekas timbalan ketua menteri I (TKM1) Dato' Mansor Othman yang kini masih Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato' Mohd. Rashid Hanson (TKM1), Datuk Ahmad Ismail (Pengerusi Umno Bahagian Bukit Bendera), Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pengerusi AMANAH Pulau Pinang), Zolkifly sendiri (Pengasas Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa, RAGAS) dan Iszuree Ibrahim (Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Tanah PAS Pulau Pinang).

Implisitnya, tuan tanah sehingga kini terpaksa menangguhkan hasrat merobohkan semua rumah komuniti Melayu Kampung Mutiara lalu meratakan tanah di situ untuk projek pemajuan komersial.

Berbeza dengan nasib komuniti Melayu di Kampung Baru dekat Kuala Lumpur (KL) akan lenyap tidak lama lagi, kerana agensi persekutuan Perbadanan Kampung Baru (PKB) hanya menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memajukan tanah bernilai tinggi itu tanpa mengambil kira kepentingan peneroka bandar asal di sana.

Selain itu, Mohd. Izad Buqhary turut mengimbau pemimpin Umno Barisan Nasional Pulau Pinang terdahulu pada tahun 1999 secara tender tertutup di Tanjung Tokong meluluskan projek tambakan laut seluas 940 ekar serendah harga RM1 sekaki persegi kepada satu pihak, dengan syarat hanya 10 peratus tanah tebus guna diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

"Isu tanah Melayu di Tanjung Tokong sebagai contoh tidak dapat diselesaikan sejak 1970-an lagi.

"Akhirnya kita (PH) yang selesai...penduduk akan dapat suasana hidup yang lebih selesa, selepas ini," ujar Mohd. Izad Buqhary lagi.


*Zainulfaqar Yaacob*
*15 Mei 2016*

Sunday, April 17, 2016

Isu #1MDBWanted - Esok laporan terhadap Jho Low bermula - @rafiziramli

#1MDBWanted

Esok (Isnin 18/4) saya akan mulakan kempen #1MDBWanted dengan laporan polis terhadap Jho Low. Setiap minggu kita tumpu kepada individu berbeza berdasarkan penemuan di dalam Laporan PAC Mengenai 1MDB.

Laporan polis terhadap Jho Low akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada hari Isnin, 18 April jam 1130 pagi. Saya galakkan kemudiannya seberapa ramai pimpinan PH, aktivis dan rakyat biasa turut membuat laporan polis terhadap Jho Low menggunakan contoh laporan yang saya akan edarkan.

Saya minta jasa baik mereka yang membuat laporan #1MDBWanted kemudiannya menghantar maklumat laporan (seperti No Laporan dan lain-lain) kepada saya di pautan yang saya akan umumkan esok.

Hanya tekanan rakyat yang akan menggoncang mereka yang terlibat di dalam 1MDB untuk tampil memberi kenyataan mengenai penglibatan Dato' Seri Najib Tun Razak di dalam skandal ini.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Ahad, 17 April 2016

Wednesday, April 13, 2016

BILA KETUA POLIS NEGARA AKAN MENGARAHKAN PASUKAN POLIS MENAHAN ARULKANDA?



Pada 30 Mac 2016 yang lalu sekitar jam 2 petang, saya telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB berhubung satu maklumat dari Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan sejumlah RM288 juta telah dibelanjakan tanpa dimaklumkan dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

Saya membuat laporan tersebut supaya satu siasatan dapat dijalankan dengan segera untuk menentukan sama ada satu kesalahan jenayah telah dilakukan kerana sebarang pembayaran atau perbelanjaan sebesar itu memerlukan kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.

Siasatan itu juga penting kerana selama ini Arulkanda sering memberi alasan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai pelbagai salah tadbir kewangan di 1MDB kerana ia berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB. Maka, urusniaga RM288 juta tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah 1MDB itu kini menjadi satu bukti bahawa di bawah pengurusan Arulkanda pun keputusan dan urusniaga yang meragukan dan boleh disifatkan melanggar undang-undang, masih terus berlaku.

Sehingga kini saya tidak nampak pihak polis mengambil tindakan menahan Arulkanda Kandasamy atau mana-mana pengurusan kanan 1MDB untuk mempercepatkan siasatan. Malah, saya tidak pasti sama ada pihak polis telah mengambil sebarang kenyataan dari Arulkanda Kandasamy atau mana-mana pengurusan kanan 1MDB.

Ini berbeza dengan layanan polis terhadap saya.

Laporan polis terhadap saya dibuat oleh Jabatan Audit Negara sekitar jam 11 pagi pada hari Selasa, 5 April 2016. Saya dimaklumkan bahawa arahan untuk menahan saya dikeluarkan sekitar jam 4 petang pada hari yang sama iaitu 5 jam selepas laporan polis dibuat. Saya kemudiannya ditahan pada jam 6 petang pada hari yang sama iaitu 7 jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat.

Oleh itu, saya ingin mengingatkan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara bahawa segala tindak tanduk beliau berhubung isu 1MDB diperhatikan oleh rakyat. Jika saya boleh ditahan 7 jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat, kenapa sehingga sekarang Ketua Polis Negara ini belum mengeluarkan arahan agar Arulkanda Kandasamy juga ditahan untuk siasatan lanjut kerana tepat jam 2 petang hari ini, 2 minggu telah berlalu sejak saya membuat laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB.

Lebih penting lagi, oleh kerana Jabatan Audit Negara mengesahkan bahawa dokumen yang saya dedahkan adalah dokumen yang sahih, maka sudah tentu maklumat yang terkandung juga adalah sahih. Ini mengesahkan bahawa Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB telah membuat pembayaran RM288 juta tanpa dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah terlebih dahulu dan asas yang kukuh untuk memulakan siasatan terhadap mereka.

Saya akan menunggu sehingga Jumaat 15 April 2016 ini untuk melihat sama ada Ketua Polis Negara akan mengarahkan Arulkanda Kandasamy ditahan untuk siasatan lanjut sebelum saya memulakan langkah-langkah lain berhubung perkara ini.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Tuesday, April 12, 2016

Isu Dr Zakir Naik - AMK kecam dan desak Ramasamy dan PDRM

PEMBATALAN PROGRAM DR ZAKIR NAIK OLEH PDRM ADALAH PEMBUNUHAN DEMOKRASI DI MALAYSIA.

Angkatan Muda Keadilan Bukit Mertajam mengutuk sekeras-kerasnya campurtangan Polis Di Raja Malaysia untuk menghalang penganjuran program ceramah Dr Zakir Naik yang bakal diadakan di UTeM hari ini serta beberapa lagi program yang akan dijalankan.
Halangan ini disifatkan sebagai membunuh demokrasi di Malaysia adalah kerana negara kita mengamalkan prinsip kebebasan dalam beragama. Hal ini juga telah termaktub di dalam Perlembagaan yang mana ianya telah dipersetujui oleh semua pihak.

Angkatan Muda Keadilan Bukit Mertajam juga mengecam pihak PDRM atas halangan yang dikeluarkan kerana sudah semestinya program-program yang akan dijalankan sudah semestinya telah mendapat kelulusan ataupon persetujuan dari pihak PDRM. Namun apabila ada pihak-pihak yang mempersoalkan tanpa asas yang kukuh, Ketua Polis Negara dengan tidak semena-mena mengeluarkan arahan untuk menghalang program ini dilaksanakan atas alasan keselamatan dan tidak ada manfaat untuk menjalankan program tersebut.

Dengan alasan yang tidak munasabah ini, AMK Bukit Mertajam juga mendesak supaya Ketua Polis Negara menarik balik segala larangan yang telah dikeluarkan dan memberi ruang yang secukupnya untuk program tersebut dilaksanakan serta menugaskan anggota Polis untuk menjaga keselamatan peserta yang hadir ke program tersebut.

Pembunuhan demokrasi yang telah dilakukan oleh Ketua Polis Negara ini amatlah dikesali kerana keputusan yang telah dibuat ini adalah langkah terkebelakang serta menghalang hak dan kebebasan beragama serta intelektual rakyat Malaysia.

Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa
Ketua AMK Bukit Mertajam

AMK BUKIT GELUGOR MENGECAM KENYATAAN TKM2 P.PINANG BERKENAAN ZAKIR NAIK

kenyataan YB.Dr.Prof. P.Ramasamy selaku timbalan ketua menteri 2 Pulau pinang yang menggelarkan pendakwah bebas Dr.Zakir Naik sebagai 'Syaitan' adalah tidak patut dikeluarkan,

Kenyataan Ramasamy tidak boleh diterima dan boleh menimbulkan ketegangan dan rasa tidak senang di antara kedua-dua agama iaitu Islam dan Hindu di negeri ini kerana Dr.zakir bukanlah penceramah biasa yang boleh dihina sedemikian rupa,

Dr.zakir naik sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk berhujah dan pandangan agama bersama beliau didalam forum mahupun tempat terbuka dan bukanya mengajak kita supaya saling membenci di antara satu sama lain,

Sepatutnya Ramasamy yang juga pimpinan DAP pulau pinang perlu memberi peluang dan menjemput zakir naik untuk menyampaikan ceramah dan forum terbuka ini di Pulau Pinang dan menunjukkan imej DAP yang mengamalkan kebebasan hak bersuara.

Justeru itu kami dari pihak AMK cabang Bukit gelugor mendesak agar timbalan ketua menteri 2 Pulau Pinang menarik balik gelaran 'SATAN' terhadap pendakwah bebas dan ulama' terkemuka itu.

AHMAD FAZLEY
setiausaha AMK cabang
Bukit Gelugor

Sunday, April 10, 2016

UMNO Kalah Cina Memerintah?

UMNO Kalah
Cina Memerintah?
------------------

Saya telah berhenti minum pagi di R&R Temerloh pagi ini.

Selepas minum pagi saya akan menyertai kawan2 di Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang dalam siri lawatan ke seluruh negara yang bertema 'Melayu Bermaruah' -
Selamatkan Malaysia.

Semasa minum pagi di R&R tersebut saya duduk bersebelahan dengan seorang anak Melayu sambil saya makan semangkok lontong.

Di hadapan beliau ada seorang lagi anak Melayu.

Mengenali saya anak Melayu yang duduk sebelah saya berkata "Kalau Umno kalah nanti Cina DAP mererentah negara".

Dalam hati saya berkata berkesan sungguh kempen orang2 Umno bahawa jika Umno kalah Cina akan berkuasa.

Saya telah dapat menerangkan sedikit kepada kedua2 anak Melayu tersebut yg itu cuma helah orang2 Umno.

Mereka takut orang Melayu beralih sokongan, lari daripada Umno dan menyokong parti2 dalam Pakatan Harapan seperti PKR, Amanah dan DAP termasuk juga Pas.

Saya beri tahu kedua2 mereka perkara itu tak betul.

Di Selangor bila Barisan Nasional kalah Menteri Besar tetap orang Melayu. Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu, Pegawai Daerah2 Melayu, PKNS Melayu, Perangsang Melayu, MBSA Melayu, MBPJ Melayu....  malah semua kekal macam biasa ... Melayu.

Begitu juga semasa Pakatan Rakyat memerentah di Kedah, Perak dan juga di Kelantan pemerentah adalah di tangan Melayu.

Cuma di Pulau Pinang Ketua Menterinya Cina.

Tapi di Pulau Pinang memang selama2nya Ketua Menterinya Cina.

Wong Pau Nee, Dr Lim Chong Yu, Dr Koh Su Koon dan sekarang Lim Guan Eng.

Selain dari Pulau Pinang semuanya Melayu. Dari Perlis hingga ke Sabah.

Saya tanya kepada mereka apa yang orang Melayu nak takut?

Semuanya Melayu.

Sultannya Melayu.
Perdana Menteri Melayu. Timbalan Perdana Menteri Melayu. Menteri2 ramai Melayu. Tentera Melayu. Polis Melayu. Pegawai Kerajaan Melayu.

Malah semuanya Melayu.

Saya bertanya kepada mereka bagaimana Cina nak memerentah bila hampir semua jawatan penting dipegang orang Melayu.

Mereka tak boleh jawab.
Mereka tak mampu jawab. Sebab alasan mereka tak kukuh.

Sebenarnya anggapan Umno kalah Cina memerentah tak betul. Karut.

Ini hanyalah rekaan orang2 Umno.

Apa yang orang2 Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain2 mahu ialah mereka mahu pemimpin2 yang lebih baik, lebih amanah dan hidup secara sederhana.

Selepas setengah jam saya memberi hujjah saya beredar menuju ke Felda Bukit Goh, Kuantan.

Sepanjang saya berbicara dengan mereka tidak ada langsung mereka mencelah dan mengemukakan apa2 alasan yg menguatkan hujjah 'Umno kalah Cina berkuasa'.

Bagi saya orang2 Melayu masih confuse dan tak tahu membezakan parti dan kuasa.

Inilah cabaran pada kita yang bergerak ke seluruh negara.

Orang Cina bukan nak ambil alih kuasa dari orang Melayu. Orang Cina nakkan pemimpin Melayu yang amanah, baik, sederhana dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik.

Ramai orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak serta yang lain2 berharap Pakatan Harapan terdiri Dari PKR, Amanah, DAP serta Pas boleh melakukannya.

Selamat berjuang.

TS Muhammad Muhammad Taib

Felda Bukit Goh

Wednesday, April 06, 2016

PENAHANAN RAFIZI : POLIS HINA YANG DI PERTUAN AGONG DAN CABUL PARLIMEN.

PENAHANAN RAFIZI : POLIS HINA YANG DI PERTUAN AGONG DAN CABUL PARLIMEN.

1.Tiada yang mengejutkan penahanan Yb Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan.Beliau sendiri sudah menjangka yang akan ditahan ekoran timbul isu pendedahan dokumen maklumat sulit Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) yang diklasifikasi sebagai OSA berkaitan maklumat isu salahguna kuasa 1MDB serta hubungan antara 1MDB dan LTAT.

2.Yang mengejutkan ialah Polis tidak menghormati Institusi Parlimen yang merupakan Institusi rakyat yang masih bersidang sehingga khamis 7Apr 2016.Sidang parlimen yang masih berlangsung ini dibuka dengan rasminya oleh kebawah Duli Yang DiPertuan Agong pada 7 Mac 2016.

3.Penahanan Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan adalah satu penghinaan terhadap yang Di Pertuan Agong Yang yang telah memperkenankan untuk Ahli ahli Parlimen bersidang untuk satu tempoh hingga 7Apr 2016.Penahanan beliau juga sebagai satu pencabulan dan penghinaan pihak Polis terhadap Parlimen yang merupakan Institusi rakyat yang Rafizi salah saorang anggotanya.

4.Kenapa Polis tidak boleh bersabar menunggu sehingga Parlimen selesai bersidang pada khamis ini.Siasatan dibawah OSA bukan merupakan satu kesalahan jenayah berat yang perlu disegerakan penahanan terhadap Rafizi.Tidak lain penahanan Rafizi hanya untuk menakutkan dan memesongkan pemikiran rakyat yang kononnya Rafizi yang bersalah.Tindakan Polis juga dilihat menjadi institusi melindungi jenayah yang dilakukan pemimpin negara.Penjenayah bermaharajalela dan yang mendedahkan jenayah penjenayah didera.

5.Saya menuntut Rafizi segera dibebaskan selewat lewatnya sebelum jam 10 pagi 8 Apr 2016 untuk membolehkan beliau menunaikan tanggung jawabnya menghadiri sidang Parlimen.Sepatutnya tiada halangan dilakukan Polis untuk Rafizi menghadiri Sidang Parlimen seperti  usul Menteri Dalam Negeri pada 8 Mac 2016 diawal permulaan persidangan yang diluluskan Parlimen yang berbunyi"Bahawa Majlis ini memerintah Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang,jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa apa halangan menghalang ahli ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini,jangan berlaku apa apa kacau bilau di jalan jalan menuju ke Dewan ini,dan supaya jangan ada huru hara di Banggunan Dewan ini dan berhampiran dengan banggunan ini,dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampai perentah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut".

#BebasRafizi
#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
6 Apr 2016/28 Jamadiakhir 1437H

Tuesday, April 05, 2016

@rafiziramli ditangkap lagi ...saya akan terus lawan

Hari ini saya mendapat tahu ada 3 siasatan polis serentak ke atas saya: pendedahan saya mengenai Tabung Haji, pendedahan saya mengenai bayaran pencen yang lambat dan siasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi. Hari ini juga saya dimaklum ada satu lagi laporan polis terhadap saya oleh Ali Tinju.

Maknanya ada 4 siasatan baru di samping lebih 10 siasatan sedia ada oleh pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) Jika setiap satu siasatan menggunakan 4 orang polis, maka ada 16 anggota polis yang tugasnya menyiasat saya.

Kalaulah 16 orang anggota polis ini digunakan untuk memberkas pencuri, perompak, pembunuh dan lain-lain, bukankah lebih baik?

Saya juga dimaklumkan akan disaman oleh LTAT berikutan pendedahan saya mengenai bayaran caruman yang tertunggak; padahal jawapan Pengerusi LTAT mengiyakan bahawa memang berlaku kelambatan pembayaran (saya akan mengeluarkan kenyataan akhbar esok mengenai perkara ini).

Termasuk yang ini, saya sudah melalui lebih 8 saman.

Saya akan terus lalui saman-saman oleh sang penguasa sebegini. Cuma saya cabar CEO LTAT, Lodin Wok Kamaruddin dan Pengerusi LTAT, Anwar Mohd Noor menyaman saya atas kapasiti peribadi dan tidak menggunakan satu sen pun duit caruman anggota tentera di dalam LTAT.

Saya akan terus lawan.

Rafizi Ramli

Monday, April 04, 2016

MALAYSIA YANG MALANG ADA PEMIMPIN TOLOL MACAM UMNO.

MALAYSIA YANG MALANG ADA PEMIMPIN TOLOL MACAM UMNO.

1. Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno Bn. Tun M bersalah, Tun M pengkhinat, Tun M hendak jatuhkan Kerajaan Melayu pakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno Bn. Politik hari ini seolah-olahnya Umno Bn Pembangkang dan Tun M Masih Perdana Menteri.

MENYALAHKAN TUN M : UMNO MENDEDAH KEBODOHAN SENDIRI.

2. Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang menyalah Tun Mahathir atas kegagalan Proton adalah suatu yang sangat memalukan dan menyerlahkan sifat tolol diri sendiri, Umno/Bn dan Kerajaan.

3. Kenyataan mereka bila dibaca menjadikan pembaca  termuntah. Apa tidaknya, kecaman terhadap Tun M hanya selepas Tun M tidak berkuasa dan melepaskan semua jawatan lantikan termasuk dalam Proton. Umno  Bn sedang berperang dengan Pemimpin pencen walhal dahulunya semasa Tun Berkuasa sebagai PM mereka inilah menjilat dan mencium tangan Tun M berulang-ulang.

TUN M HANYA BERSALAH KERANA MAHU NAJIB UNDUR.

4. Persoalan saya, kalau pimpinan Umno Bn hari ini menyatakan kesalahan lampau Tun M, di mana mereka pada waktu itu? Kenapa mereka mendiamkan diri? Kenapa hari ini baru mereka menghasut rakyat untuk menyalahkan Tun M? Mengaku sahajalah kamu semua bodoh dan bacul. Keberanian kamu hanya pada orang yang sudah tidak lagi berkuasa. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana hendak menyembunyikan jenayah PM Najib yang berkuasa.

5. Keberanian menyerang Tun M hanya kerana Tun M mahu Najib berundur dan reformasi negara mesti disegerakan. Kalau Tun M tak minta Najib undur pasti Tun tidak salah. Proton bawah pimpinan Tun menyerlah. Proton idea Tun kebanggaan Malaysia. Proton lambang Malaysia Boleh. Macam-macam lagi ungkapan puji pada Tun.

Buat Najib dan pemimpin Umno Bn, berhentilah memperbodoh dan menakutkan rakyat. Kepada seluruh rakyat jangan sembunyi dan lindungi jenayah pemimpin yang berkuasa. "BANGKIT DENGAN KEBERANIAN BUANG KETAKUTAN, TENTANG KEMUNGKARAN, TEGAKKAN KEADILAN, JUNJUNG KEBENARAN".

#UndurNajib
#ReformMalaysia
#BebasAnwar
#SelamatkanMalaysia.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
4 April 2016/ 26 Jamadilakhir 1437H

Saya lebih berminat beli PM

PETALING JAYA: Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim lebih berminat membeli Perdana Menteri dan jadikan dirinya Perdana Menteri menggunakan wang yang dimilikinya berbanding membeli pengadil bola sepak untuk memenangi perlawanan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab komen pengguna media sosial yang mendakwa JDT membeli pengadil.

"Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak.

"Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit," katanya seperti yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers.

TMJ juga menafikan tuduhan semua berkenaan JDT melibatkan wang sebaliknya beliau mengajak rakyat berfikir banyak wang telah hilang dalam negara tetapi tiada siapa yang menyiasat termasuk RM100 juta dana Kementerian Belia dan Sukan yang dilaporkan diseleweng.

"Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar," katanya.

Menjawab tuduhan beliau suka menunjuk harta, TMJ berkata, beliau lebih kasihan dengan individu 'buta' dan berfikiran sempit seperti itu yang terpaksa membayar GST.

"Saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan paling suka. Kerana anda buta," katanya.

TMJ berkata, salah untuk mengatakan pasukan Harimau Selatan sentiasa menang perlawanan kerana JDT pasukan paling kaya di negara ini.

"Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya," katanya seperti menyindir.

TMJ juga berkata, JDT akan 'terus membunuh' bola sepak tempatan dengan meraih lebih banyak kejayaan peringkat antarabangsa dan membiarkan FAM 'membantu bola sepak' dengan mendapatkan sumber kewangan dan hanya memberi tumpuan Piala Suzuki.

8 jawapan menarik dari DYAM TMJ apabila pasukan media kami memaklumkan kepadanya mengenai komen-komen negatif mengenai baginda atau JDT di media sosial.

1. JDT tidak dapat melahirkan pemain berbakat, jadi mereka hanya tahu membeli pemain dari pasukan lain.

Jawapan TMJ: Benar. Maka teruskan melahirkan pemain berbakat sebab saya mahu membeli mereka.

2. JDT membeli pengadil.

Jawapan TMJ: Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak. Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit.

3. JDT membunuh bola sepak Malaysia.

Jawapan TMJ: Ia benar. JDT membunuh bola sepak tanahair, itu sebabnya kami merupakan pasukan yang pertama di Asia Tenggara membawa nama Malaysia memenangi Piala AFC. Kita membunuh bola sepak dan FAM membantu bolasepak Malaysia mendapatkan sumber kewangan dan hanya berminat dalam Piala Suzuki. JDT akan terus membunuh. Usah bimbang.

4. JDT adalah pasukan yang paling kaya di negara ini itulah sebabnya mereka sentiasa menang.

Jawapan TMJ: Salah. Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya.

5. JDT tidak ada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan pasukan pantai timur.

Jawapan TMJ: Itulah sebabnya perlukan 3 pasukan bergabung untuk mengalahkan 1 pasukan.

6. JDT mencuri pemain.

Jawapan TMJ: Ia bukanlah mencuri apabila pemain yang mahu datang ke sini.

7. Semua berkenaan JDT adalah mengenai wang.

Jawapan TMJ: Bukan, RM100 juta serta banyak lagi wang telah hilang dalam negara dan tiada siapa yang menyiasat tentang semua wang itu. Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar.

8. TMJ suka tunjuk harta.

Jawapan TMJ: Perbezaan mentaliti antara saya dan individu-individu yang berfikiran sempit adalah, saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan paling suka. Kerana anda buta.

Tuesday, March 29, 2016

P.Pinang satu2nya Negeri di Malaysia yg beri......

PULAU PINANG SATU-SATUNYA NEGERI DI MALAYSIA YANG BERI BANTUAN BULANAN KEPADA KELUARGA MISKIN TEGAR SEJAK 2009

Salam sejahtera

Melalui program yang dikenali sebagai Agenda Ekonomi Saksama (AES) sesebuah keluarga yang telah menetap sekurang2nya selama 5 tahun (3 tahun untuk zakat) di Pulau Pinang akan dibantu bagi memastikan pendapatan keluarga tersebut melepasi Paras Garis Kemiskinan (PGK: lihat jadual dibawah).

Syarat permohonan ketua keluarga mestilah warganegara Malaysia. Borang permohonan boleh didapati di pejabat daerah atau melalui JKKK, Pegawai Penyelaras Kadun (PPK) atau ADUN masing2.

Apabila terdapat permohonan, 3 agensi akan turun serentak iaitu zakat penang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penghulu. Setelah bantuan dari zakat dan JKM ditentukan barulah kerajaan negeri akan "top-up" selebihnya bagi memastikan jumlah keseluruhan adalah mencapai PGK.

Contoh sebuah keluarga dengan 4 ke 5 ahli maka  PGK yg ditetapkan ialah rm790. Jika zakat setuju beri bantuan rm300 sebulan dan JKM pula rm200 sebulan maka kerajaan negeri akan tambah sebanyak rm290 lagi. Minima sumbangan AES ialah RM100 dan maksima RM790.

Mulai 2015 program AES ditambah baik menjadi AES bersyarat dimana penerima dikehendaki memastikan anggota2 keluarganya menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di hospital kerajaan dan juga anak2 mereka pergi ke sekolah.  Bantuan AES adalah untuk setahun sahaja dan penerima hendaklah membuat permohonan menyambung jika masih memerlukan. Tim penilaian akan turun dan menyiasat samada bantuan untuk pemohon wajar disambung, dikurang, ditambah atau dihentikan.

KES KHAS

Pengecualian boleh diberikan kepada kes2 yang mendesak walaupun tidak cukup syarat contohnya kes seorang bapa yang baru2 ini ditangkap kerana mencuri barangan makanan dari Tesco Bukit Mertajam untuk diberi kepada anak2nya yang kelaparan.  Setelah disiasat beliau baru saja berpindah dari Kedah ke Pulau Pinang. Setelah kes ini sampai ke pengetahuan Ketua Menteri Pulau Pinang beliau meminta supaya keluarga ini dibantu walaupun tidak memenuhi syarat.

LEBIH 80% PENERIMA BANTUAN ADALAH KELUARGA MELAYU

Ketika dilancarkan pada tahun 2009 jumlah keluarga yg dibantu adalah sebanyah 728 dengan perbelanjaan sekitar RM213,000 sebulan. Pada tahun 2015 jumlah keluarga meningkat ke 1142 dengan perbelanjaan sekitar RM304,000 sebulan.  Daripada 1142 keluarga yg dibantu, 82% atau 937 keluarga adalah Melayu, 11% atau 121 keluarga India manakala selebihnya iaitu 7%(84) adalah Cina.

BERJAYA CAPAI SIFAR MISKIN TEGAR

Dengan adanya skim AES ini maka secara teknikalnya Pulau Pinang berjaya menjadi satu2nya negeri di Malaysia yg berjaya menghapuskan kemiskinan tegar hasil kerjasama dengan agensi2 yang berkaitan.

Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat!

HJ ZAIDI BIN AHMAD
(Bekas Mejar TUDM)
Pegawai Penerangan
Pejabat Ketua Menteri
Pulau Pinang
29 Mac 2016
20 Jamadil Akhir 1437

#Sebarkan mungkin ada insan yang perlukan AES

Thursday, March 24, 2016

Warkah dari Penjara Kajang

Surat dari Penjara Kajang.

23 MAC 2016 (RABU) PENJARA KAJANG

AsSalam, Ide dan Jemaah, Ustaz Siddiq, Prof Redzuan, Prof Din, Bahrin, Ipin, Din, Naj dan Semua

1) Alhamdulillah saya dlm sel penjara sihat.

2) Masa kat sini rasa terlalu lama utk habis satu hari kerana kebiasaan yg padat dgn aktiviti.

3) Dlm sel aktiviti utama makan dan tidor.

4) Saya penuhi masa utk tampung amal Ibadah yg byk tertinggal di luar, solat dan baca Al Quran, juga sedang mencatat Karya, Insyaallah nanti kita terbitkan

5) Sistem pengurusan Penjara punya class yg cukup rendah, tiada kualiti dgn mentaliti pegawai dan kakitangan yg entah apa2.

6) Saya juga sedang cuba utk berbincang dan berunding dgn pengurusan utk mengaktifkan Perpustakaan di Blok tempat saya menginap, Blok G. Nanti Ide boleh bantu sumbang pelbagai buku dan bahan Ilmu untuk pembelajaran.

7) Saya mohon doa Ustaz dan semua utk sy sihat, anak dan isteri saya cekal semangat dan Insyaallah usaha pembebasan segera berhasil.

Wasalam
YAHYA SAHRI

Maklumat tambahan  mengenai keadaan Hj Yahya.

Beliau sekarang ditempatkan di  blok klinik penjara. Ada 9 orang dalam blok ini. Boleh tidur atas tilam. Keadaan selesa sedikit.

Tuesday, March 22, 2016

Adakah Najib penyangak luar biasa?

TERLALU BESAR UNTUK PENYANGAK JALANAN

"JANGAN ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat, saya perdana menteri untuk rakyat."

Kenyataan di atas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dilaporkan secara meluas oleh media atas talian pada hari Sabtu 19 Mac.

Ia adalah petikan ucapan beliau di Himpunan Solidariti di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, di Kuantan pada 19 Mac.

Perhimpunan politik di pangkalan tentera? Adakah ini disengajakan sebagai isyarat bahawa angkatan bersenjata kini di bawah "kuasa" beliau ekoran Akta Majlis Keselamatan Negara? Mohon ampun sekadar bertanya.

Mohd Najib kata, dia bukan penyangak – satu istilah yang keras dan hina. Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan penyangak sebagai pencuri atau penjahat.

Sepanjang ingatan saya, tiada siapa pun menuduh beliau perompak dan penjahat yang mencuri balak dan bauksit di Pahang.

Tapi ramai mendakwa dan mensyaki beliau terbabit dengan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma" RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Jadi apakah tujuan beliau apabila berkata "jangan ingat saya penyangak, jangan ingat saya mencuri harta rakyat"?

Bagi saya, ialah adalah mainan psikologi yang sengaja beliau dilakukan untuk sekali lagi mengaburi mata rakyat jelata, khususnya marhaen totok yang tidak faham isu-isu kompleks yang sedang dibincangkan.

Sama ada Mohd Najib penyangak atau tidak, saya serahkan kepada rakyat jelata dan kepada mahkamah pendapat umum (court of public opinion) membicarakannya. Saya hanya ingin menghalusi sama ada beliau "mencuri harta rakyat" atau tidak.

Mari kita halusi perkara berikut:

1. Kalau kita berpegang kepada hukum bahawa negara ini adalah milik semua warganegaranya maka apa saja harta benda yang bukan milik individu adalah harta kekayaan milik semua rakyat jelata.

2. Harta ini diamanahkan untuk ditadbir secara yang paling baik oleh rakyat jelata kepada kerajaan yang mereka pilih melalui proses pilihan raya.

3. Pada 3 April 2009 Mohd Najib mengambil alih mandat Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. Pada 6 Mei 2013, melalui Pilihan Raya Umum, dia memperoleh mandat sendiri dengan hanya 48 peratus undi popular.

4. Apabila Mohd Najib yang berulang kali mengaku dirinya sebagai "perdana menteri untuk rakyat" menggunakan kuasa eksekutif yang diamanahkan oleh rakyat jelata untuk menjual atau memindahkan hak milik tanah TRX di Jalan Tun Razak dan Pangkalan TUDM Sungai Besi beliau sebenarnya menjual dan memindahkan hak milik tanah yang dipunyai secara kolektif oleh rakyat Malaysia.

5. Dalam kaitan inilah sesiapa saja yang faham undang-undang melihat penjualan dua bidang tanah ini dengan harga murah kepada 1MDB sebagai perbuatan khianat kerana telah menyebabkan rakyat kerugian potensi pendapatan (potential income) yang besar.

6. 1MDB menilai semula harta ini. Dalam sekelip mata nilainya naik berpuluh kali ganda. Dengan nilai yang tinggi itu 1MDB mencagarkannya untuk mendapatkan pinjaman. Dalam sekelip mata hutannya naik melepasi RM42 bilion.

7. Pada harga baru yang tinggi itu jugalah 1MDB menjual tanah TRX kepada Tabung Haji dan pihak-pihak lain dari dalam dan luar negara. Kalau Mohd sayangkan Tabung Haji, dia sepatutnya menjual tanah TRX itu awal-awal lagi kepada Tabung Haji pada harga kerajaan dan bukan harga pasaran. Tidak perlulah Tabung Haji beli atas tangan dengan harga yang mahal.

8. Logiknya 1MDB membuat keuntungan besar apabila tanah yang dibelinya pada harga rendah dijual dengan harga tinggi. Apabila 1MDB mendapat keuntungan, keuntungan itu juga menjadi hak semua rakyat jelata.

9. Malangnya, bukan sahaja rakyat jelata tidak dapat apa-apa, sebaliknya mereka dan anak cucu mereka memikul beban hutang berpuluh bilion ringgit kerana banyak hutang 1MDB dijamin oleh kerajaan.

10. Tanah yang dulu mereka miliki kini sudah dijual. Kalau dijual kepada Tabung Haji, walaupun pada harga yang tinggi, ia masih milik rakyat jelata. Tetapi lebih banyak tanah 1MDB dijual kepada orang asing.

11. Rakyat jelata yang menyimpan, mencarum atau melabur dalam Tabung Haji, KWSP, KWAP dan PNB juga menanggung risiko tambahan kerana agensi-agensi ini adalah antara yang memberi hutang kepada 1MDB.

12. Sebahagian tanah TRX telah dijual kepada pemodal Australia dan Indonesia manakala 60 peratus saham syarikat pemaju Bandar Malaysia (bekas Pangkalan TUDM) dimiliki oleh perkongsian di antara Cina Malaysia dan Cina negeri China.

13. Penjana elektrik bebas (IPP) yang 1MDB beli daripada pemilik tempatan dengan harga mahal dan dijual murah kepada syarikat negeri China sepatutnya menjadi hak milik negara dalam masa beberapa tahun lagi.

14. Menurut sumber industri tenaga, IPP tersebut akan menjadi hak milik negara selepas tempoh konsesi selama 20-25 tahun tamat dengan bayaran hanya antara RM10 dan RM100 sebuah.

Kesimpulannya, memang betul dakwaan Mohd Najib bahawa beliau bukan penyangak. Dalam penggunaan dan kefahaman harian, penyangak adalah penjahat atau bajingan jalanan biasa sahaja. Dalam loghat Utara kawar.

Apa yang sedang diperkatakan mengenai 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma" RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib adalah di luar kemampuan penyangak, bajingan dan kawar jalanan.

Kalau ia kegiatan "menyangak" biasa seperti mencuri motosikal kapcai atau kasut di masjid ia tentulah tidak disiasat dan akaun bersabit dengannya dibekukan di Singapura, Hong Kong, Switzerland, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Wallahuaklam

Dato' A. Kadir Jasin

Monday, March 21, 2016

KHAIRY JAMALUDIN PERLU JUGA DISIASAT BERHUBUNG SKANDAL PENYELEWENGAN PEGAWAI KBS

KHAIRY JAMALUDIN PERLU JUGA DISIASAT BERHUBUNG SKANDAL PENYELEWENGAN PEGAWAI KBS

www.amanah.org.my

Selepas kecoh isu tajaan RM 1.4 juta untuk 191 orang exco Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda Bahagian UMNO mengerjakan umrah oleh Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin sepertimana pendedahan oleh salah seorang exco Pemuda UMNO saudara Nazir Hussin Akhtar Hussin, kini salah seorang pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula ditahan pihak SPRM untuk siasatan skandal penyelewengan dana KBS sebanyak RM 100 juta.

Laporan siasatan tersebut amat memeranjatkan rakyat negara ini kerana di saat tahap kualiti sukan negara merosot dan dikritik, skandal ini mendedahkan bagaimana tuntutan kontraktor dibayar melalui MSN untuk program anjuran KBS yang tidak dijalankan atau tidak wujud. RM 100 juta adalah satu jumlah yang besar yang seharusnya dibelanjakan dengan penuh berhemah bagi menjalankan program pembangunan sukan yang merupakan segmen penting pembangunan negara.

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab terhadap anak muda,  masalah pengangguran lebih 400,000 graduan negara ini boleh diatasi jika jumlah ketirisan tersebut dimanfaatkan sebagai insentif perniagaan di kalangan anak muda.

Seharusnya, Khairy juga perlu disiasat bagaimana skandal jijik seperti ini boleh didakwa dilakukan oleh pegawai di kementeriannya. Ini adalah kerana program-program yang didakwa tidak dilaksanakan atau tidak wujud dikatakan dianjurkan oleh kementeriannya. Adakah beliau tidak tahu perkara ini atau hanya membiarkan sahaja ianya berlaku?

Siasatan sebegini penting bagi membersihkan KBS daripada apa-apa elemen jenayah rasuah dan penyelewengan dana awam. Seksyen 25 akta SPRM 2009 menjadikan kegagalan melaporkan sesuatu perbuatan rasuah sebagai satu kesalahan. Justeru, beliau boleh disiasat.

Sepertimana ucapan Khairy dalam perasmian Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang lalu di mana beliau tidak akan memekakkan telinga terhadap isu penyelewengan, Pemuda Amanah dengan ini menuntut Khairy supaya tidak membisu daripada menjelaskan isu ini serta telus untuk disiasat.

FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH Nasional

Pegawai KBS songlap RM100j, beli kereta Audi, beg Hermes, cincin Cartier

PETALING JAYA, 20 Mac — Penahanan pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menimbulkan persoalan tata kelola dana jabatan kerajaan diuruskan, lapor akhbar Malay Mail hari ini.

Suspek berusia 56 tahun yang menjadi dalang menggelapkan kira-kira RM100 juta dana kementerian sejak enam tahun lalu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumahnya di Kajang pada Jumaat.
SPRM menyita beberapa barangan termasuk 12 kenderaan antaranya Audi, Mercedes Benz, Nissan GTR dan Toyota Vellfire.

Antara barang mewah lain yang dibeli dengan dana gelap tersebut ialah jam berjenama Richard Mille (RM400,000), 40 beg tangan berjenama termasuk jenama Hermes (RM400,000), set cadar mewah (RM300,000), dan barang kemas termasuk cincin mutiara Cartier bernilai RM600,000.

Barangan yang disita berjumlah RM20 juta, sementara wang di dalam 69 akaun bank berjumlah RM8.33 juta dibekukan.
Lapan kontraktor termasuk seorang wanita ditahan kerana didakwa bersubahat dalam kes itu.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata dana itu disalurkan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan bayaran dibuat kepada 14 syarikat yang dimiliki kontraktor dan RM14 juta kepada akaun peribadi suspek.

Azam berkata suspek sudah menyalah guna dana sejak 2010.

"Tetapi dia mungkin melakukan perkara itu lebih awal melihat penglibatannya dalam KBS sejak 1998 dan memegang jawatannya sejak lapan tahun lalu," katanya.

Menjelaskan modus operandi, Azam berkata penjawat awam itu akan memastikan bayaran dari MSN disalurkan kepada syarikat untuk projek atau penganjuran program kementerian.
"Tapi sebenarnya, projek itu tidak dijalankan. Dalam sesetengah keadaan, projek tidak wujud tetapi wang dibayar," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram.

Kesemua sembilan suspek direman seminggu.
- See more at: http://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pegawai-kbs-songlap-rm100j-beli-kereta-audi-beg-hermes-cincin-cartier?utm_content=buffer605e4&utm_medium=social&utm_source=twitter.com&utm_campaign=buffer#sthash.VpVDyDij.dpuf

Friday, March 11, 2016

Kenapa disebut rasuah RM45 ribu.... Sebut derma kan elok sikit bunyinya dan tiada kesalahan jika sebut derma.....kan kan kan...

Dua pemimpin Umno Permatang Pauh, termasuk pemimpin pemudanya didakwa di Mahkamah Seksyen Alor Setar, Kedah atas tiga pertuduhan berkaitan rasuah.

Bendahari Umno Permatang Pauh, Nor Azamuddin Ahmad dan naib ketua pemuda bahagian sama, Farid idris Khan didakwa melakukan kesalahan tersebut di Persiaran KTC 4/3, Kulim Techno City Golf View, Kulim pada 2014.

Sinar Harian melaporkan, Nor Azamuddin didakwa melakukan kesalahan pertam
a pada Mei 2014 dengan mengambil suapan bernilai RM45,000 daripada seorang ahli perniagaan.

Suapan itu adalah sebagai dorongan untuk mendapatkan kuota beras standard tempatan dengan (15 peratus hancur) daripada sebuah syarikat pada Mei 2014 sebanyak 100 tan metrik untuk perniagaan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Nor Azamuddin didakwa menerima suapan masing-masing sebanyak RM45,000 daripada individu sama pada Jun dan Julai 2014.

Sementara itu, Farid dituduh bersubahat dengan Nor Azmuddin pada Mei 2014 dan mengulangi kesalahan itu pada Jun dan Julai di lokasi yang sama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28 Akta yang sama dan boleh di hukum mengikut Seksyen 24 dalam akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan masing-masing boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut peruntukan hukuman yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Zulhazmi Abdullah menetapkan kedua-dua mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 3 Mei untuk sebutan semula kes.

Thursday, March 10, 2016

Umno belanja 16 kali ganda dalam PRU13, adakah SPR berani ambil tindakan?



BELANJA LEBIH RM1.5 BILION: BARISAN NASIONAL LANGGAR PERATURAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR)

Saya mengucapkan terima kasih di atas pengakuan Ketua Menteri Melaka, YAB Dato' Seri Idris Haron bahawa Barisan Nasional telah membelanjakan lebih dari RM1.5 bilion dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada tahun 2013. Pengakuan ini sememangnya mengejutkan. Pertama, ia jelas bercanggah dengan pengakuan Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir yang mendakwa bahawa Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak mendedahkan bahawa BN membelanjakan hanya RM1.5 bilion sahaja dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Kedua, tindakan Barisan Nasional ini – sekiranya benar – jelas merupakan satu bentuk pelanggaran kepada undang-undang pilihan raya.

Saya merujuk kepada kenyataan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Omar Wan Ahmad yang dilaporkan media pada 17 Mac 2013 yang menegaskan bahawa SPR tidak akan menaikkan had bagi perbelanjaan membiayai pilihan raya bagi calon-calon yang bertanding.

Dalam kenyataan yang sama, Wan Omar turut menegaskan bahawa had perbelanjaan maksimum yang dibenarkan bagi calon yang bertanding  untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah RM100,000 manakala bagi calon kerusi parlimen pula adalah sebanyak RM200,000.

Kenyataan dari Timbalan Pengerusi SPR ini selaras dengan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon DUN.

Jika kiraan kasar dibuat bagi setiap kerusi yang ditandingi oleh Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu, maka perincian perbelanjaan yang digunakan adalah seperti berikut:

DUN : RM100,000 x 500               = RM50,000,000

PARLIMEN : RM200,000 x 222       
= RM44,400,000
                                                              JUMLAH = RM94,400,000
 
Berdasarkan kiraan kasar di atas, jumlah perbelanjaan keseluruhan pilihan raya jika bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen seluruh negara adalah sebanyak RM94.4 juta. Justeru, apakah kewajaran dan keperluan Barisan Nasional untuk berbelanja lebih dari RM1.5 bilion? Dan apakah perkara ini tidak menyalahi peraturan pilihan raya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh SPR? Jumlah RM1.5 bilion adalah nilai yang teramat besar serta mencecah 16 kali ganda dari jumlah yang dibenarkan oleh SPR!

Mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 juga, calon bagi setiap kerusi Parlimen dan kerusi negeri, masing-masing tidak boleh berbelanja melebihi had yang ditetapkan itu. Mereka yang didapati bersalah, boleh dihukum denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, di mana terbatal kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak.

Undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan ini jelas telah dilanggar secara terbuka oleh Barisan Nasional dan ia telah diakui sendiri oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Sehubungan dengan itu, KEADILAN menuntut penjelasan rasmi dari pihak SPR berhubung perkara ini iaitu apakah tindakan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu boleh dianggap sebagai satu bentuk korupsi iaitu menggunakan wang untuk membeli undi dari rakyat?


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka

Saturday, March 05, 2016

JINGGA 13 KESAL HUKUMAN PENJARA DAN SEBATAN TERHADAP YAHYA SHARI DAN KES PERLU DI BUKA SEMULA

JINGGA 13 KESAL HUKUMAN PENJARA DAN SEBATAN TERHADAP YAHYA SHARI DAN KES PERLU DI BUKA SEMULA

Jingga13 Malaysia kesal terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara dua (2) tahun dan dua (2) sebatan terhadap Haji Yahya Shari yang merupakan Timbalan Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat di atas dakwaan menipu berkaitan wang derma RM50,000 oleh Datuk Abdul Karim Munisar di atas kapasiti beliau sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Besar Selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2008 iaitu menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam .

Sedangkan Hj Yahya Shari langsung tidak menggunakan wang tersebut walau sesen pun dan wang tersebut masuk ke dalam akaun parti , bukannya akuan peribadi. Manakala DS Najib Razak memperolehi derma RM2.6 billion yang masuk ke dalam akuan peribadi langsung tidak didakwa dan didapati tidak bersalah serta 'dibersihkan' oleh Peguam Negara .

Sewaktu perbicaraan,Datuk Abdul Karim Munisar , Presiden Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) yang namanya disebut didalam kertas pertuduhan sebagai pihak yang didakwa diperdaya memberi keterangan bersumpah yang beliau tidak pernah pada bila-bila masa diperdaya oleh Hj Yahya Shari adalah membuktikan beliau tidak bersalah.

Sebelum ini Mahkamah Seksyen telah dua (2) kali memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan daripada sebarang salahlaku mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan .

Keputusan yang dibuat adalah sangat sangat mengejutkan kerana Mahkamah Seksyen mendapati ianya adalah menimbulkan keraguan yang munasabah yang membuktikan dakwaan tersebut adalah fitnah dan tidak benar oleh UMNO dan Gagasan Anti Penyelewengan ( Gaps ) , selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas beliau.

Jingga 13 Malaysia juga menuntut agar kes beliau dibuka semula dan dibebaskan .

Keputusan Mahkamah Rayuan adalah satu penginayaan terhadap Haji Yahya Shaari serta ahli keluarga beliau. Semoga Haji Yahya Shari dan Ahli keluarga beliau tabah dan sabar serta diberikan kekuatan oleh Allah SWT.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia