SharpShooter Followers

Monday, February 29, 2016

TABUNG HAJI JANGAN SEMBUNYI DI BELAKANG PEGUAM NEGARA

πŸ’₯πŸ’₯πŸ’₯

29 FEBRUARI 2016

LAPORAN POLIS:

PENGURUSAN TABUNG HAJI JANGAN SEMBUNYI DI BELAKANG PEGUAM NEGARA, JAWAB PRESTASI DAN RISIKO PELABURAN DI DALAM TH HEAVY ENGINEERING (THHE) DAN LAIN-LAIN

Bahagian I:

Laporan Polis

Saya tidak terkejut dengan tindakan pengurusan Tabung Haji yang membuat laporan polis terhadap saya mengenai isu "Corporate Guarantee" (CG atau jaminan korporat) berhubung pelaburan di dalam TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

Tindakan itu tidak cermat seolah-olah pengurusan Tabung Haji lupa bahawa rakyat masih marah dengan perlantikan Tan Sri Mohamad Apandi Ali, Peguam Negara sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji baru-baru ini.

Jika Tabung Haji berpendapat bahawa isu yang saya timbulkan adalah fitnah dan telah menjatuhkan reputasi Tabung Haji, maka pengurusan Tabung Haji sepatutnya mengambil tindakan saman secara sivil di dalam mahkamah.

Sebaliknya, Tabung Haji membuat laporan polis dengan niat supaya saya didakwa di bawah akta jenayah (bukannya undang-undang saman sivil seperti biasa). Ini tidaklah mengejutkan kerana faktor-faktor berikut:

1.    Kuasa pendakwaan terletak di tangan Peguam Negara yang kebetulannya adalah seorang Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji. Jika pengurusan Tabung Haji berharap "kebetulan" ini akan memudahkan saya didakwa di mahkamah, sudah tentu ia akan dicabar oleh peguam saya kerana pendakwaan itu boleh ditafsirkan sebagai pendakwaan terpilih atau pendakwaan yang berpunca dari pertembungan kepentingan ("conflict of interest")

2.    Pendakwaan di bawah akta jenayah lebih mudah disabitkan berbanding dengan tindakan saman di bawah undang-undang sivil. Tindakan saman di bawah undang-undang sivil mengambil kira hak saya sebagai Ahli Parlimen untuk memberi komen yang munasabah ("fair comments") atau komen berdasarkan maklumat-maklumat yang saya ketahui ("qualified privileges").

Tambahan pula, tindakan saman oleh Tabung Haji di bawah undang-undang sivil perlu membuktikan bahawa komen-komen saya mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah berniat jahat. Semua pembuktian dan hak memberi komen di bawah pembelaan "fair comments" dan "qualified privileges" tidak wujud di bawah akta jenayah. Pendakwa selalunya hanya membuktikan bahawa saya telah mengeluarkan kata-kata tersebut.

Sebab itu saya perhatikan ada kecenderongan oleh pimpinan Umno dan badan-badan kerajaan untuk membuat laporan polis supaya saya disiasat di bawah undang-undang jenayah sedangkan sepatutnya ia dibawa sebagai saman sivil sahaja.

Contohnya, komentar saya mengenai kesan permainan politik Umno terhadap hubungan antara kaum dan keharmonian agama di negara ini dalam tahun 2014 telah menyebabkan saya didakwa dan disabitkan kesalahan (lalu didenda RM1,800) di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas tuduhan "menimbulkan kemarahan ahli Umno". Sedangkan Seksyen 504 Kanun Keseksaan adalah untuk kes-kes yang mana seseorang memaki hamun satu kumpulan orang secara berdepan dengan niat menimbulkan kemarahan kumpulan orang itu lalu menyebabkan pergaduhan, kekacauan dan lain-lain.

Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada siasatan pihak berkuasa akibat laporan polis yang dibuat pengurusan Tabung Haji ini.

Saya juga mengulangi gesaan saya bahawa jika mana-mana fakta yang saya kemukakan setakat ini (berkenaan rizab yang negatif, pelaburan syarikat roti yang rugi RM90 juta, pelaburan saham FGV yang susutnilai RM933 juta dan pelaburan THHE yang susutnilai RM200 juta/terdedah risiko kerugian RM1.4 bilion) adalah tidak benar dan memfitnah Tabung Haji, wajarlah Tabung Haji mengambil tindakan saman sivil di mahkamah dengan segera.

Saya bersedia mempertahankan dan membentangkan fakta-fakta ini di mahkamah di bawah undang-undang sivil.

Bahagian II:

Prestasi Pelaburan Tabung Haji di dalam TH Heavy Engineering Berhad

Saya sebenarnya kecewa kerana pengurusan Tabung Haji seolah-olah mahu mengelak dari menjawab isu sebenar yang saya timbulkan berhubung pelaburan Tabung Haji di dalam TH Heavy Engineering Berhad, iaitu:

1.    Berapa kerugian yang telah dialami oleh Tabung Haji (melalui susutnilai saham) setakat ini apabila melabur di dalam syarikat bermasalah (dahulunya Ramunia Holdings Berhad) dan terus menyuntik dana ke dalam syarikat itu (kini dikenali TH Heavy Engineering Berhad) sedangkan unjuran prestasinya tidak baik?

2.    Berapa banyak lagi simpanan pendeposit Tabung Haji yang akan disuntik ke dalam THHE dalam keadaan harga minyak mentah dijangka kekal rendah bagi tempoh 5 hingga 8 tahun akan datang dan THHE mempunyai hutang tertunggak yang besar kepada kontraktor sedia ada?

Kedua-dua perkara ini timbul kerana dokumen-dokumen dalaman Tabung Haji sendiri yang bocor kepada orang ramai. Dokumen pertama ialah Laporan Risiko Pelaburan ("Investment Risk Assessment") dan dokumen kedua ialah surat dari Kementerian Kewangan kepada Tan Sri Ismee Ismail memaklumkan kelulusan permohonan Tabung Haji memberi "Corporate Guarantee" kepada THHE untuk mendapatkan pinjaman bank sehingga USD228.2 juta (bersamaan RM981.3 juta) untuk membiayai projek FPSO Layang.

Sehingga ke hari ini, pengurusan Tabung Haji tidak menafikan bahawa kedua-dua dokumen ini sahih. Dalam laporan polis terhadap saya pun, pengurusan Tabung Haji tidak menyatakan bahawa dokumen-dokumen ini palsu sedangkan jika saya menyebarkan maklumat berdasarkan dokumen palsu, itu sudah tentu menguatkan kes jenayah terhadap saya.

Maknanya kedua-dua dokumen ini adalah benar, lalu boleh disimpulkan ia mengesahkan perkara-perkara berikut:

1.    THHE memerlukan suntikan dana RM981.3 juta untuk menyiapkan kontrak FPSO Layang yang kini dibimbangi akan tersasar dari jadual yang telah dipersetujui dengan pemiliknya iaitu JX Nippon Oil. Jika THHE terus mengalami masalah aliran tunai dan tidak mampu membayar kontraktornya (sekarang ini pun ada tuntutan sebanyak RM109.7 juta yang masih tertunggak dengan kontraktor), maka kelewatan projek FPSO Layang ini akan menyebabkan THHE tidak dibayar (atau bayarannya dipotong) oleh JX Nippon Oil. Ini pernah berlaku bagi salah satu projek THHE sebelum ini melibatkan kontrak dengan Murphy Oil.

2.    Oleh kerana projek FPSO Layang ini adalah projek terbesar THHE setakat ini dan prospek industry minyak dan gas yang lembap akan menyebabkan tidak ada kontrak-kontrak baru, kelewatan FPSO Layang (atau pembatalan pembayaran) akan menyebabkan THHE berhadapan dengan kedudukan kewangan yang meruncing sekali lagi dan risiko muflis. Jika ini berlaku, pelaburan sedia ada oleh Tabung Haji sebanyak RM525 juta (kerugian harga saham sebanyak RM200 juta, pinjaman sukuk RM50 juta dan ICPS RM275 juta) akan hangus begitu sahaja.

3.    Sebab itu nampaknya Tabung Haji tidak ada pilihan lain kecuali memastikan THHE mendapat bantuan kewangan baru bagi membiayai kerja-kerja menyiapkan FPSO Layang. Atas sebab inilah, saya menyimpulkan bahawa pengurusan Tabung Haji TELAH BERSETUJU untuk memberikan Corporate Guarantee ("CG") kepada pinjaman baru THHE sebanyak RM981.3 juta bagi mengelakkan THHE berdepan risiko kewangan yang meruncing.

4.    Hasil dari keputusan itu, pengurusan Tabung Haji membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan dalam surat bertarikh 12 November 2015 kerana tindakan memberi CG kepada syarikat bersekutu (pelaburan Tabung Haji hanyalah 30%) adalah melanggar akta. Dalam surat bertarikh 8 Disember 2015, Kementerian Kewangan meluluskan permohonan Tabung Haji itu.

5.    Walau bagaimana pun, Bahagian Pengurusan Risiko Tabung Haji di dalam laporannya bertarikh 7 Januari 2016 telah menyatakan risiko-risiko kewangan yang besar jika Tabung Haji meneruskan hasratnya memberikan CG kepada THHE (walaupun diluluskan Kementerian Kewangan). Risiko terbesar ialah kerugian keseluruhan berjumlah RM1.4 bilion jika THHE gagal menyiapkan FPSO Layang tepat mengikut jadualnya.

6.    Pada 25 Januari 2016, surat Kementerian Kewangan dan Laporan Risiko Pelaburan bocor kepada orang ramai dan tersebar di Internet.

Sudah tentu dalam tempoh dari tarikh 25 Januari 2016 (bila mana dokumen-dokumen itu bocor) dan kenyataan media saya mengenai kerugian pelaburan Tabung Haji di dalam THHE pada 25 Februari 2016, ada beberapa kemungkinan yang berlaku mengenai CG kepada THHE ini:

i.        Perjanjian pinjaman bank di antara THHE dan bank terbabit belum dimuktamadkan walaupun CG telah diluluskan; atau

    ii.        Tabung Haji membuat keputusan membatalkan keputusan awalnya memberikan CG kepada THHE apabila perkara itu bocor kepada orang awam

Namun ini tidak menukar persoalan pokok yang saya ajukan mengenai pelaburan Tabung Haji di dalam THHE, iaitu bagaimanakah Tabung Haji mahu mendapatkan kembali dana pendeposit yang telah dilaburkan setakat ini mengambil kira kedudukan aliran tunai THHE dan jadual projek FPSO Layang yang berdepan risiko kelewatan?

Jika THHE membatalkan CG kerana bimbang dengan kemarahan rakyat, maka THHE berkemungkinan tidak mempunyai cukup dana untuk membayar kontraktor sedia ada dan kerja-kerja akan datang. Ini akan membawa kesan kepada kelancaran projek FPSO Layang yang membawa risiko JX Nippon tidak membayar THHE (kerana lewat), seperti mana Murphy Oil dilaporkan tidak membayar THHE sebelum ini. Dalam keadaan ini, pelaburan sedia ada Tabung Haji berjumlah RM425 juta akan hangus begitu sahaja (seperti Laporan Risiko Pelaburan).

Jika THHE meneruskan dengan keputusan awal memberikan CG, ini bermakna FPSO Layang berkemungkinan akan disiapkan mengikut jadual yang dipersetujui. Walau bagaimana pun, industri minyak dan gas sedang melalui zaman menguncup dan harga minyak mentah dijangka kekal rendah bagi tempoh 5 hingga 8 tahun akan datang. Dalam keadaan THHE hanya mempunyai projek FPSO Layang sebagai projek terbesarnya, bagaimanakah THHE akan kekal mencatatkan keuntungan tanpa perlu ada suntikan baru dari Tabung Haji. Jika THHE berhadapan dengan masalah kewangan lagi di masa akan datang, Tabung Haji terdedah kepada kerugian berjumlah RM1.4 bilion (seperti Laporan Risiko Pelaburan).

Ini adalah perkara-perkara penting yang perlu dijelaskan oleh pengurusan Tabung Haji dan pengerusinya Datuk Seri Azeez Abdul Rahim. Sebaliknya, pengurusan Tabung Haji mengambil tindakan kebudak-budakan dan bermain politik dengan membuat laporan polis terhadap saya dengan menuntut saya menamakan bank yang terlibat (tidak ubah seperti laungan cyber trooper UMNO sebelum itu).

Orang ramai kebanyakannya faham bahawa ada kemungkinan perjanjian pinjaman belum dimuktamadkan atau CG dibatalkan setelah dokumen-dokumen bocor. Kegagalan Tabung Haji memberi jawapan yang mudah dan jelas terhadap isu yang saya timbulkan (sebaliknya berselindung di sebalik laporan polis) akan melunturkan lagi keyakinan orang ramai terhadap pengurusan Tabung Haji dan pengerusinya Datuk Seri Azeez Abdul Rahim.

Saya akan terus mengeluarkan kenyataan yang memberi tumpuan kepada pelaburan Tabung Haji yang merugikan dan isu-isu tata kelola yang lain minggu ini dan minggu depan.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Saturday, February 27, 2016

@azminali dan @rafiziramli ikut jejak arwah Ust Fadhil Noor

BERSAMA GEMBLENG KEKUATAN RAKYAT

Saya mengalu-alukan kenyataan tegas YB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pada hari ini mendesak supaya berlaku reformasi dalam institusi negara.

Pendirian tersebut adalah selaras dengan perjuangan KEADILAN, parti-parti pembangkang dan masyarakat madani selama ini. Perjuangan  ini adalah perjuangan reformasi yang dianjurkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ianya adalah titik perubahan untuk negara Malaysia.

Masa telah tiba di mana semua parti-parti politik, organisasi masyarakat madani, pemimpin dan individu perlu bersatu sebagai rakyat yang prihatin untuk tujuan yang lebih besar demi menyelamatkan negara.

Skandal kewangan, kegagalan institusi negara, sekatan ke atas hak dan kebebasan rakyat sehingga terbungkam nilai-nilai bersama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan harus menjadi pendorong untuk menyatukan kita semua demi melaksanakan reformasi.

Kita mesti bangkit di atas perbezaan dengan kesatuan hasrat mengambil-alih tampuk kepimpinan negara yang lemah. Rakyat tidak boleh lagi bertolak ansur dengan pelanggaran hak asasi. Mereka tidak wajar menderita dengan ketidakadilan yang berlaku di tangan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa. Rakyat berhak mendapat kehidupan yang lebih baik.

Ikhtiyar bersama ini perlu dijadikan kenyataan demi mengembalikan negara di atas jalan demokrasi yang tulen. Kita masih belum terlambat untuk melakukan perubahan. Seperti mana Tan Sri Muhyiddin, hasrat dan cita-cita rakyat juga untuk merealisasikan sebuah Kerajaan yang adil, amanah dan jujur.

Ayuh, jangan menoleh lagi. Kita harus bersatu demi perubahan.

Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

KENYATAAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Saya meneliti kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas penggantungan beliau dengan sedikit rasa sedih. Sesiapa pun yang telah menghabiskan masa dewasanya menyumbang kepada parti yang dianggotai tidak wajar diperlakukan begitu, apatah lagi setelah beliau cuba membetulkan sesuatu yang beliau rasa adalah salah.

Sudah tentu pihak media bertanyakan reaksi saya kepada kenyataan beliau kerana saya pantas melahirkan kebimbangan apabila Dato' Zaid Ibrahim menyeru rakyat Malaysia bersatu menyokong Tun Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Antara perkara pertama yang terlintas di fikiran saya setelah membaca kenyataan Tan Sri Muhyiddin itu adalah Anwar Ibrahim. Saya terfikir tindakan bagaimana agaknya Anwar Ibrahim akan ambil dalam keadaan unik sekarang yang membuka ruang besar untuk melaksanakan reformasi (tetapi ruang itu juga penuh dengan risiko dan ketidaktentuan).

Saya fikir Anwar Ibrahim akan mengambil kesempatan ini untuk membawa semua pihak di dalam satu gerakan besar menuntut perubahan dan melaksanakan idea reformasi yang beliau perjuangkan selama ini. Sebelum ini, beliau gigih berusaha mencari titik temu di antara pihak-pihak yang berbeza pandangan dan berlainan puak agar dapat membina kekuatan bersama memperjuangkan reformasi.

Banyak perubahan dan kesedaran politik yang ada dalam masyarakat kita hari ini dimungkinkan dek kerana jiwa besar Anwar Ibrahim dan kesabaran beliau membina gerakan besar yang memberi ruang kepada semua pihak itu.

Saya percaya Anwar Ibrahim akan berjiwa besar dan mengenepikan perbezaan lampau untuk mengalu-alukan sesiapa pun menyertai gerakan besar ini sementara beliau kekal pada prinsip menuntut reformasi dan perubahan sistem secara keseluruhan.

Kita di persimpangan yang unik di dalam sejarah masyarakat kita. Buat pertama kalinya, kita berada di kedudukan kritikal yang mana sebahagian rakyat kita (tidak kiralah apa latar belakang mereka) sudah faham (dan akur) bahawa kita tidak lagi boleh menangguhkan perubahan dan reformasi dalam negara ini.

Tan Sri Muhyiddin menekankan keperluan mengembalikan kebebasan dan integriti kepada institusi utama di negara ini selari dengan tuntutan yang kita laungkan selama ini. Beliau telah menyatakan secara terbuka bahawa kuasa membuat lantikan ketua-ketua institusi utama yang kini dipusatkan di tangan Perdana Menteri mesti dirungkai.

Saya tidak boleh bercakap bagi pihak parti saya atau Pakatan Harapan. Saya tidak akan cuba bercakap bagi orang lain. Saya hanya boleh bercakap sebagai seorang aktivis reformasi yang telah bersama-sama dengan arus menuntut perubahan ini sejak 1998.

Saya hulurkan persahabatan kepada sesiapa yang bersetuju dengan agenda reformasi yang kami bawa. Keutamaan sekarang ialah menjana kekuatan rakyat untuk menuntut reformasi yang menyeluruh dalam sistem sekarang yang banyak menindas.

Saya alu-alukan Tan Sri Muhyiddin bersama-sama gerakan rakyat yang mahukan perubahan itu dan saya hulurkan persahabatan supaya semua pihak (tidak kira latar belakang) dapat menyumbang ke arah sebuah Malaysia baru yang adil dan saksama, yang meletakkan keadilan undang-undang mengatasi kepentingan peribadi.

Saya berharap lebih ramai rakyat biasa (tidak kira apa latar belakang) memilih untuk berbuat sesuatu supaya kita boleh menukar Dato' Seri Najib Tun Razak dan melantik seorang Perdana Menteri baru yang bertanggungjawab kepada rakyat di bawah satu sistem baru.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN

Kenyataan penuh Muhyiddin selepas digantung

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk menggantung saya daripada jawatan Timbalan Presiden. Keputusan ini telah saya jangka. Ia bukan satu perkara yang mengejutkan.

Sejak saya digugurkan daripada kabinet, saya telah dihalang daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden. Saya disekat daripada menghadiri program-program parti. Majlis parti yang dianjurkan untuk saya diarahkan supaya dibatalkan. Ahli-ahli parti yang menyokong saya diugut. Malah, buat pertama kali dalam sejarah, seorang Timbalan Presiden dihalang daripada berucap dalam perhimpunan agung.

Sepanjang enam tahun saya memegang jawatan Timbalan Presiden, saya tidak pernah mengabaikan tugas dan tanggungjawab saya membantu Presiden. Saya mengetuai jentera pilihanraya BN dalam setiap kali pilihanraya kecil atau pilihanraya umum dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN. Dengan kemenangan itulah, maka Presiden selaku ketua parti kekal menjadi Perdana Menteri. Tidakkah itu bermakna saya membantu Presiden?

Saya juga melakukan tugas-tugas lain seperti mempengurusikan mesyuarat pengurusan UMNO, mesyuarat pengurusan BN, menyelesaikan masalah-masalah parti, memantapkan jentera pilihanraya, turun ke bahagian-bahagian dan tugas-tugas untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti. Ini bermakna saya telah membantu Presiden dalam mentadbir dan mengurus parti.

Saya juga bertanggungjawab menyampaikan pandangan dan keluhan ahli-ahli kepada Presiden serta menegur Presiden jika dia melakukan tindakan yang menjejaskan kepentingan UMNO. Inilah yang saya lakukan apabila saya menegur Presiden berhubung pembabitannya dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion.

Semua ini saya lakukan dengan niat untuk memastikan kesempurnaan perjalanan parti dan mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya UMNO terus diterima oleh rakyat. Tetapi saya telah dihukum kerana kononnya saya tidak membantu Presiden.

Adakah membantu Presiden itu bermaksud menyokong Presiden secara membuta-tuli termasuk mempertahankan kesalahannya? Saya tidak fikir begitu. Jika Datuk Seri Najib melakukan kesalahan, maka wajib bagi saya dan yang lain-lain di dalam UMNO menegurnya dan meminta dia memperbetulkan kesilapannya demi kebaikan parti. Jika dia berterusan melakukan kesilapan, dan semua orang di dalam UMNO bersekongkol mempertahankan kesilapannya, maka kesan buruk akan terpalit kepada UMNO.

Hari ini tercatat dalam lipatan sejarah UMNO, seorang Timbalan Presiden yang dipilih dalam pemilihan parti digantung daripada jawatannya oleh MT semata-mata kerana tindakannya menegur Presiden. Nampaknya, kuasa MT mengatasi suara ahli-ahli parti yang memilih saya sebagai Timbalan Presiden.

Ketika pindaan perlembagaan UMNO dibuat untuk membolehkan ahli-ahli di akar umbi memilih pemimpin utama parti, UMNO dicanang sebagai sebuah parti yang paling demokratik di negara ini. Tidak ada mana-mana parti di Malaysia yang membuka ruang seluas-luasnya kepada lebih 140,000 perwakilan dari seluruh negara memilih pemimpin-pemimpin utama parti.

Namun, keputusan MT hari ini langsung tidak memperlihatkan UMNO sebagai sebuah parti yang demokratik. Suara majoriti ahli, malah majoriti rakyat, diketepikan dengan sewenang-wenangnya oleh MT semata-mata untuk mempertahankan seorang individu yang terpalit dalam skandal rasuah dan penyelewengan yang amat memalukan.

MT gagal menangani krisis kepimpinan parti yang berpunca daripada penglibatan Najib dalam skandal IMDB dan derma RM2.6 bilion yang tidak dijelaskan dengan sepenuhnya oleh beliau. MT tidak berani bertanya Najib jika benar RM2.6 bilion itu wang parti, kemana perginya wang itu selepas akaun ditutup pada 2013. MT juga tidak bersedia bertanya Najib mengenai tuduhan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang masuk ke dalam akaun Najib. Skandal yang menyelubungi Najib telah memberi imej yang amat teruk kepada parti, kerajaan dan memalukan rakyat.

Mengenai wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International, saya diberitahu mengenainya oleh mantan Peguam Negara sendiri beserta dengan buktinya sekali yang sah merupakan suatu perbuatan jenayah! Saya beristighfar!

Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC International bukan saya, tetapi Najib. Yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berhadapan dengan risiko pendakwaan jenayah bukan saya, tetapi Najib. Yang ditolak oleh sebahagian besar rakyat bukan saya, tetapi Najib. Yang menjadi punca segala masalah UMNO hari ini bukan saya, tetapi Najib. Peliknya, yang digantung adalah saya, manakala Najib terus bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.

MT lebih mementingkan soal teknikal dalam mengambil tindakan terhadap diri saya daripada meneliti kandungan ucapan-ucapan saya yang mempunyai implikasi jauh lebih besar terhadap masa depan UMNO dan negara.

Malah MT juga tidak mengikut prosedur tatatertib. Saya tidak diberikan surat tunjuk sebab dan tempoh masa untuk membela diri. Saya tidak dihadapkan ke Lembaga Disiplin untuk membolehkan lembaga membuat perakuan kepada MT. Ahli biasa pun diberikan peluang untuk membela diri sedangkan saya terus dihukum. Nampaknya MT tidak sabar-sabar untuk menggantung saya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan merayu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa pada peringkat awalnya, beberapa pemimpin utama UMNO datang menemui saya mengadu hal mengenai pelbagai skandal yang menyelubungi Najib dan isterinya. Mereka meminta saya melalukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Mereka bimbang UMNO akan ditolak oleh rakyat jika Najib terus memimpin parti.

Saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak boleh memperbetulkan keadaan secara bersendirian. Saya cadangkan supaya mereka bersama-sama secara kolektif menasihati Najib. Mudah-mudahan dia bersedia untuk memperbaiki kesilapannya demi menyelamatkan UMNO dan negara. Malangnya, mereka tidak berani menasihati Najib.

Akhirnya, apabila keadaan bertambah teruk saya mengambil tanggungjawab untuk menegur Najib dalam pertemuan empat mata bersamanya, dalam mesyuarat kabinet, mesyuarat MT dan kemudiannya dalam platform parti secara terbuka. Apabila saya mula bersuara, orang-orang yang sebelumnya datang menemui saya mula menjauhkan diri daripada saya. Hari ini, orang-orang inilah yang paling lantang mengecam saya.

Saya tidak berduka dengan apa yang terjadi kepada diri saya. Namun saya berasa jengkel. Apa sudah jadi dengan sistem nilai di dalam UMNO? Telah terhapuskah nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keberanian untuk menyatakan yang hak dan menentang yang batil? Telah leburkah semangat perjuangan dalam diri pemimpin UMNO? Atau, apakah yang bermaharajalela hanyalah nafsu kuasa yang penuh muslihat dan tipu daya?

Barangkali sistem nilai dalam UMNO telah punah. Mereka yang berkepentingan tidak lagi dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Yang diutamakan bukanlah matlamat asal perjuangan parti, tetapi kepentingan diri. Akibat daripada ini UMNO akan rosak dan ditolak oleh rakyat.

Hari demi hari, kredibiliti dan imej negara juga semakin terjejas. Keadaan ekonomi semakin tidak menentu, rakyat dihimpit masalah kos sara hidup yang semakin meningkat manakala ruang demokrasi dan kebebasan semakin tertutup. Mereka yang lantang mengkritik Najib ditahan di bawah undang-undang keselamatan, portal berita atas talian disekat dan suara-suara yang menentang ditekan dengan pelbagai ugutan.

Najib juga sedang mengukuhkan kuasanya. Peguam Negara memberikan alasan paling tidak munasabah untuk menolak pendakwaan ke atas Najib walaupun mempunyai bukti yang kukuh. Hanya kerana dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara tidak berani mendakwa Najib. Institusi seperti SPRM dan Bank Negara tidak dapat berfungsi dengan sempurna kerana ditekan oleh mereka yang berkuasa. Akta Majlis Keselamatan Negara pula digubal untuk memberi kuasa kepada Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan yang impaknya sama seperti pengisytiharan darurat.

Dalam menghadapi kemarahan rakyat terhadap kepimpinannya, Najib menggunakan segalakuasa yang ada padanya untuk menekan suara yang menentang dan mendiamkan pengkritik. Kita sebenarnya sedang menyaksikan keruntuhan institusi demokrasi dan kemunculan seorang diktator baharu.

Saya akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran dan menuntut reformasi institusi (institutional reform) yang lebih menyeluruh. Kuasa Perdana Menteri untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong dalam pelantikan dan pelucutan jawatan Peguam Negara mesti dihadkan. Oleh kerana Yang Di-Pertuan Agong dalam menjalankan kuasanya di bawah Perlembagaan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, maka sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri boleh terlepas daripada pendakwaan jenayah dengan hanya menasihati Yang Di-Pertuan Agong supaya melucutkan jawatan Peguam Negara.

Jika Peguam Negara bukan seorang yang berani, maka Perdana Menteri akan menjadi seorang yang amat berkuasa dan kebal di sisi undang-undang. Dia boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja jenayah dan terlepas daripada sebarang hukuman. Ini bukanlah sesuatu yang adil malah amat bertentangan dengan prinsip bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

Selain itu, Jabatan Peguam Negara, SPRM, Bank Negara dan Polis Di-Raja Malaysia mesti dipastikan bebas untuk menjalankan fungsi masing-masing tanpa diganggu-gugat oleh sesiapapun. Peranan mereka di bawah Perlembagaan dan undang-undang negara mesti diperkukuhkan. Kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan ketua-ketua agensi ini mesti dihadkan untuk membolehkan mereka bertindak secara bebas dan telus.

Saya fikir, episod hitam yang berlaku di Malaysia sedang mematangkan kita. Jika kita mahu melihat Malaysia kembali menjadi sebuah negara yang dihormati dan rakyat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, maka kita mestilah bersedia untuk bersama-sama menuntut perubahan.

Ia bukan sekadar mendesak Perdana Menteri supaya berundur, tetapi menolak institusi politik yang telah gagal dalam memenuhi aspirasi rakyat. Ketepikan sentimen kaum, agama dan ideologi untuk membentuk suatu konsensus atau muafakat rakyat ke arah mewujudkan sebuah kerajaan yang adil, amanah dan berintegriti.

Saya menghargai semua pihak yang menyatakan sokongan untuk terus berjuang bersama saya. Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah lebih awal menyatakan sokongan kepada saya.

Kepada kedua-dua mereka saya ucapkan terima kasih. Kepada pemimpin akar umbi UMNO terutamanya Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang berani berkata benar saya ucapkan tahniah. Saya juga amat menghargai pendirian UMNO Pagoh yang tidak gentar mengharungi badai gelombang bersama saya. Marilah kita terus berjuang!

Rakyat mesti bangkit untuk menentang kezaliman dan kemungkaran. Selamatkanlah Malaysia.  Saya bersedia untuk bersama-sama anda dalam perjuangan ini. Jangan takut kerana yang Maha Berkuasa ialah Allah s.w.t.

Allahu Akbar!


MUHYIDDIN YASSIN
27 Februari 2016

Sunday, February 21, 2016

2000 jemputan boikot Majlis 40 tahun @NajibRazak ... Biar gambar berbicara


MAJLIS 40 TAHUN NAJIB HAMBAR, TAWAR DAN BANYAK MEJA KOSONG

Malam tadi berlangsung majlis meraikan penglibatan Najib Razak selama 40 tahun dalam dunia politik di PWTC, Kuala Lumpur.

Sayangnya, melalui gambar-gambar yang dibekalkan oleh "Spy Leman" kepada saya, didapati majlis yang sepatutnya begitu bermakna bagi Najib, telah berlangsung dengan begitu hambar, tawar dan kira-kira 60 peratus daripada kira-kira 2,000 jemputan tidak menghadirkan diri.

Malah, salah satu gambar memperlihatkan Najib sedang berucap yang di depannya menunjukkan lebih banyak meja kosong daripada yang dipenuhi hadirin.

Apa sudah jadi?

Saksikanlah gambar-gambar yang disiarkan ini sebagai satu lagi inspirasi perubahan. 

BIAR GAMBAR BERBICARA....

#BeraniKeranaBenar

Penulisan dari UMNO Cawangan Malaysia

Blogger @milosuam kekal hukuman penjara dua tahun

Sebagai sahabat baik kepada blogger Milosuam, Saya mendoakan agar beliau dan isteri serta anaknya yg masih kecil terus tabah hadapi dugaan ini.

Saya mendoakan agar beliau dibebaskan bila kes ini dibawa ke Mahkamah Rayuan nanti.

Sepatutnya Utusan Malaysia juga turut didakwa mengapa ada pendakwaan terpilih?

KOTA KINABALU: One of the writers of a controversial blog site was yesterday ordered to continue serving his two-year jail sentence, as the High Court here upheld the conviction of the lower court.

Yusuf Al Siddique Suratman, 29, was unsuccessful in his appeal against his conviction and sentence for publishing a questionable online statement with a picture attached on the blog site MiLo SuaM.

Justice Datuk Nurchaya Hj Arshad ruled that the conviction made by the learned trial judge was safe, and therefore maintained the lower court's decision.

In delivering her verdict, Nurchaya held that although the appellant (Yusuf) had informed the court of other admins (administrators) who also contributed to the content of the blog, none of them were called to the stand during trial.

Therefore, said Nurchaya, the allegation that the other admins could have uploaded the post in question could not be adduced.

Counsel Goldam Hamid, who represented the appellant, offered that the other admins were not brought in to testify as the defence had feared that they might say something which was not in favour of his client.

In any case, the offence that the appellant was convicted of should not have been considered an offence to begin with, as there was evidence provided by a witness during trial that the appellant had not induced the public to take matters into their own hands and act in panic, said Goldam.

Unfortunately, the court was not swayed and affirmed the punishment meted out on the appellant nonetheless.

Following the court's decision, the appellant applied for a stay of execution pending an appeal at the Court of Appeal, which was granted.

On January 19, 2015, the appellant was first sentenced to two years' jail by the lower court after he was found guilty of committing the offence between March 6 and 7 in 2013.

The offence was framed under Section 505 of the Penal Code, which carries a jail term of up to two years and liable to a fine, upon conviction.

Through the blog post, the appellant alleged that he had received a letter from law enforcement personnel claiming that Sabah faces a threat from immigrants.

In the entry were the words: "Surat ini meminta agar para petugas, pegawai dan semua anggota keselamatan supaya mengambil langkah berjaga-jaga paling tinggi serta meningkatkan kekuatan anggota yang bertugas memandangkan pendatang asing ini akan mensasarkan anggota keselamatan untuk membuat huru hara."

("This letter requests for officers, officials and all security forces to take the most serious precautions and increase the manpower of personnel on duty as foreign entrants will target security forces to cause chaos.")

The case was prosecuted by deputy public prosecutor Mohd Sophian Zakaria.

Sebelum ini Penulis blog pro-PKR, "Milosuam" atau Yusuf Al-Siddique menganggap dakwaan dan hukuman penjara dua tahun ke atasnya berhubung rencana pencerobohan Lahad Datu sebagai pendakwaan terpilih.

Yusuf berkata ini kerana akhbar Utusan Malaysia versi dalam talian turut menyiarkan perkara yang sama, tiga hari sebelum beliau berbuat demikian.

"Cerita sama tentang balai polis akan diserang, polis kena berjaga-jaga malah ia lebih terperinci.

"Kalau Milosuam boleh didakwa menakutkan orang, kenapa portal berita prokerajaan menceritakan perkara yang sama, tidak ada laporan pun.

"Tetapi bila Milosuam buat benda yang sama, polis buat laporan tangkap dan hantar ke Sabah," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Yusuf disabitkan bersalah melakukan khianat awam kerana memuat naik sebuah artikel berhubung pencerobohan Lahad Datu di Sabah.

Beliau dihukum penjara selama dua tahun selepas diputuskan bersalah bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan.

Tangkap 'fitnah', dakwa OSA

Beliau berjaya menangguhkan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dakwanya, perbicaraan itu dilihatnya sebagai usaha menakut-nakutkan beliau dan penulis blog pro-Pakatan Rakyat.

Ini kerana pada awalnya beliau dimaklumkan polis yang penahanannya dibuat kerana rencana berkenaan pengundian awal oleh polis dan isu dakwat kekal.

Namun, beliau akhirnya didakwa atas tuduhan menakutkan orang ramai.

"Masa saya ditangkap, isu yang keluar di akhbar dan TV adalah fitnah terhadap anggota polis, isu mengundi awal, dakwat kekal.

"Maknanya yang digembar-gemburkan (adalah kononnya) penulis blog Milosuam fitnah polis.

"Tetapi bila ditahan, saya disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) - saya tanya kenapa tak siasat bawah yang ini (dakwat kekal, polis mengundi awal)

"Jadi, saya tengok sebenarnya tak ada apa-apa pun. Jadi mereka ini cari-cari sampai jumpa.

"Ini satu tindakan memanipulasi undang-undang untuk menakutkan blogger (penulis blog) Pakatan Rakyat," dakwa Yusuf.

Kekalkan tulisan

Perbicaraan kes itu berlangsung di Kota Kinabalu kerana laporan terhadapnya difailkan oleh seorang anggota polis di sana.

Menurut Yusof, beliau cuba memohon untuk memindahkan perbicaraan itu ke semenanjung Malaysia, memandangkan saksi-saksi pendakwaan sebahagian besarnya adalah juga polis dari semenanjung.

"Majoriti saksi pendakwa semuanya polis, kebanyakannya dari semenanjung Malaysia, yang dari Sabah itu adalah seorang dua.

"Ada seorang pengiklan yang pernah berurusan dengan (blog) Milosuam - pengiklan itu pun polis juga," katanya.

Beliau juga masih mengekalkan rencana yang menjadi tumpuan dalam perbicaraan itu di blog Milosuam.

"Saya harap orang baca artikel itu kerana apabila orang baca orang akan tahu sama ada tindakan memenjarakan saya wajar atau tidak.

"Sekurang-kurangnya biar rakyat sendiri nilai penulis artikel itu wajar kena penjara atau tidak," katanya.

Friday, February 19, 2016

Jingga 13 @farizmusa desak Peguam Negara letak jawatan dan heret PM @NajibRazak ke muka Mahkamah


PEGUAM NEGARA TIADA KREDIBILITI, DESAK BUKA KEMBALI SIASATAN SKANDAL RM2.6 BILION OLEH SURUHANJAYA DIRAJA DAN BAWA NAJIB KE MUKA PENGADILAN

JINGGA13 Malaysia telah meneliti kenyataan oleh Pengarang Kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara beliau bersama ABC News Australia yang menyatakan bahawa Wang RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri DS Najib Razak adalah bukan daripada penderma keluarga DiRaja Arab Saudi tetapi datangnya daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB membuktikan Peguam Negara Tan Sri Mohamaed Apandi Ali adalah tiada kredibiliti dan keputusan menutup isu skandal RM2.6 bilion adalah usaha untuk menyelamatkan DS Najib Razak semata-mata .

Ini membuktikan bahawa segala siasatan yang telah dibuat adalah diragui malah integriti Peguam Negara dipertikaikan dan perlu dibuka kembali serta dikendalikan oleh badan yang benar-benar telus dan profesional. Satu Suruhanjaya DiRaja perlu dibentuk bagi menyiasat skandal tersebut.

JINGGA 13 Malaysia mendesak agar DS Najib Razak perlu dibawa ke muka pengadilan dan mengemukakan segala bukti andai benar beliau telah menerima dan mengembalikan wang RM2.3 bilion kepada penderma sepertimana kenyataan yang dibuat oleh Peguam Negara bahawa tiada salahlaku terhadap penemuan wang RM2.6 bilion tersebut kerana rakyat Malaysia mahukan kebenaran dan juga  menyangkal segala dakwaan yang dibuat oleh WSJ bahawa wang tersebut adalah daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.

Sehingga sekarang DS Najib Razak telah gagal meyakinkan rakyat Malaysia berkaitan skandal tersebut , malah beliau juga tidak mengambil sebarang tindakan menyaman WSJ sehingga sekarang menimbulkan pelbagai persoalan dan pertikaian sedangkan beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ sebelum ini.

JINGGA 13 Malaysia juga mendesak agar Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletakkan jawatan sebagai Peguam Negara kerana beliau telah gagal menjalankan tugasan dan tanggungjawab malah integriti dan kredibiliti beliau telah diragui , ini tidak melayakkan beliau menjawat jawatan sebagai Peguam Negara.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

ANGKATAN MUDA KEADILAN @adifbahardin DESAK PERDANA MENTERI SAMAN WALL STREET JOURNAL

ANGKATAN MUDA KEADILAN DESAK PERDANA MENTERI SAMAN WALL STREET JOURNAL

Angkatan Muda Keadilan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk segera menfailkan saman ke atas Wall Street Journal mengenai skandal 'derma' RM2.6 billion seperti yang telah diterbitkan oleh penerbitan ini. Dakwaan oleh Editor Kewangan WSJ, Ken Brown di dalam temuramah bersama ABC News Australia pada 12 Februari bahawa laporan mereka menunjukkan bahawa wang derma itu tidak disumbangkan daripada Arab Saudi, tetapi disalurkan melalui beberapa syarikat dan akaun bank yang berkaitan dengan 1MDB.

Angkatan Muda Keadilan berpandangan bahawa dengan menfailkan saman ke atas WSJ dan membolehkan skandal ini dibicarakan di mahkamah adalah langkah perlu untuk Perdana Menteri membersihkan nama beliau dan juga membuktikan bahawa tiada sebarang bentuk penyelewengan dana awam berkaitan isu skandal 'derma' RM2.6 billion.

Kegagalan Perdana Menteri untuk menjawab dan menfailkan saman ke atas WSJ akan memperkukuhkan lagi keyakinan kami bahawa kemungkinan penyelewengan telah berlaku di dalam isu 'derma' RM2.6 billion dan pengurusan kewangan 1MDB.

Angkatan Muda Keadilan juga mengulangi tuntutan kami agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan jawatan dan mengecualikan diri beliau dari menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri di saat skandal 'derma' RM2.6 billion ini masih lagi belum diselesaikan.

Peletakan jawatan Perdana Menteri, siasatan yang telus dan perbicaraan adil adalah perlu bagi menyelamatkan Malaysia daripada terus terjerumus ke dalam krisis kepimpinan dan ekonomi paling parah dalam sejarah negara.

Angkatan Muda Keadilan juga mencadangkan agar satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat dan meneliti skandal 'derma' RM2.6 billion dan skandal kewangan 1MDB. Penubuhan Suruhanjaya Di Raja ini akan mampu membuktikan kedudukan sebenar skandal ini dan diharap dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi kerajaan dan keyakinan pelabur terhadap sektor ekonomi negara.

DR AFIF BAHARDIN

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan

Wednesday, February 17, 2016

Isu Bangla - Luahan bicara guru

Dulu tersingkap sejarahnya. British kata Melayu tak pandai menoreh, maka di import orang india ke Malaya utk memperkasakan industri getah.

British kata Melayu tak kuat melombong maka diimport Cina untuk memperkasakan industri bijih. Hampir 100 tahun india dan cina berasimilasi dalam kehidupan berkomuniti dengan masyarakat Melayu. Pola demografi penduduk turut tersusun mengikut kaum.

Melayunya dipesisir dan kampung kampung hidup dengan gaya feudal. Raja dan bangsawan dihormati. Hamba sahaya ibarat kais pagi makan pagi..sawah berhuma memukat jadi pekerjaan ruji.

Indianya di estet getah. Yang berani berhijrah berdagang berantah.  Asal jadi kaya hidup tak betah.

Cinanya pula dilombong lombong. Di pekan berkedai menjaja ke kampung. Melayu pelanggan berbondong bondong. Itulah wajah kita selama ini.

Tanah dikongsi penuh harmonis. Walaupun dijajah jepun dilangsi komunis. Tetap dipertahankan demi nasionalis. Menerima kenyataan Malaysia ni perlu dikongsi.

Sekarang British sudah tiada. Gantinya pemerintah asalnya bumiputera. Melayu konon terasnya negara bangsa. Masakini Bangla pula dijadikan perantara.

Konon untuk membangunkan negara. Diimport masuk berjuta juta. Diletak segala ceruk seranta. Nanti membiaknya berganda ganda. Belum dikira Nepal, Myanmar Filipino dan Rohingya. Indonesia tak perlu dikata. Keturunannya ada yg jadi menteri penguasa.

Tibalah saat anak cucu kita bermasyarakat dengan mereka. Kalau leka mungkin jadi hamba dibumi merdeka.

Waktu itu longkangkan sahaja slogan tiada Melayu Hilang Di Dunia. Ingatlah wahai anak bangsa. Malaysia yang ada sudah cukup perisa. Melayu Cina India Iban Kadazan dan segala. Jangan lagi ditambah perwarna. Kelak cacamerba jadinya negara.

Yang menderita anak cucu kita. Sekian seloka senda. Untuk santapan minda terbuka. - Cikgu Emmet.

Sumber : Bila Cikgu Emmet menulis

Tuesday, February 16, 2016

9.1 belia rasa terhina dgn Zahid Al-Bangla

Bismillah…

Dear YB Dato' Seri Zahid Hamidi,

9.1 juta belia Malaysia akan turun mengundi pada PRU ke-14. Dato' Seri mahu undi daripada kami atau mahu undi daripada 1.5 juta belia negara Bangladesh?

Suka kami ingatkan kepada semua parti politik di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Pilihan Raya DUN Sarawak ada 2 bulan lagi berbaki akan berlangsung.

Pilihan Raya Umum ke-14 pula ada 2 tahun lagi ya.

Laju ni masa bergerak.
Barisan Nasional (BN), PAS, AMANAH, PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR), DAP, PARTI CINTA di negeri Sabah serta Parti bebas yang lain.

Kami belia yang pemalas dan tidak mahu kerja kotor dan tidak mahu kerja berat ni akan turun mengundi menentukan nasib anda semua dengan izin Allah SWT.
.
Maka,
Kepada semua belia Malaysia yang menjadi penentu masa depan negara,
jangan lupa daftar mengundi ya.
Sama-sama kita mengundi nanti.

Ingatlah,
jadilah pengundi yang bijak.
.
We all here tidak akan lupa penghinaan sesiapa kepada belia.

Kami bukan belia yang tiada maruah dan harga diri di muka bumi ini.
.
Selamat bermuhasabah pemimpin ku.

– Luahan Jufazli Shi Ahmad, mydebat.com

Menteri umno lacur diri pada Bangla ???

1.5 million Bangla akan sampai berperingkat2 dlm masa 3 tahun ini.
Sekarang pun dah ada kira2 5 juta pekerja asing . Ramai yg illigal. Ada pula  buka restaurants , kedai perniagaan dan ada pula yg tidak ada kerja tetap WALAUPUN Permit/visa untok berkerja dng majikan2 yg memohon.
Apa nak jadi ? Salah siapa ? Salah  sebahagian kita yg benarkan diri terus di tipu dengan alasan tanpa UMNO orang Melayu akan kebulor , tanpa UMNO Sultan akan dihapus dan banyak lagi lagu2 yg sering di dendangkan kepada kita orang Melayu ,  dan ditaburkan pula dedak seperti ayam yg dibelakang rumah.
Gadai 3juta hektar tanah simpanan Melayu, bagi lesen kasino dan lain2 lesen judi , jual tanah kem tentera udara Sungai Besi , jual IPPs kapada CHINA , rompak duit IMDB dan KWAP, kayakan Jho Low dll .
Ini tidak termasuk kos sara hidup yg melambong tinggi yg memeritkan rakyat. 600 ribu Graduan tak dapat pekerjaan.
Bantuan universiti dan kolej dipotong dll.  Angkara perbuatan pemimpun2 UMNO/BN sekarang tapi DAP juga yg dipersalahkan Bukan salah UMNO - UMNO terlalu maksumke .  Sampai bilalah kita orang Melayu sanggup membenarkan diri kita diperbodoh2kan.
Macam manalah DAP boleh berkuasa. Dari 222 kerusi Parlimen DAP hanya bertanding 75 kerusi jer,  itu pun lawan MCA dan Gerakan ( parti cina juga). Kalau menang semua pun bermakna DAP ada 75 kerusi dari jumlah 222 kerusi .PAS dan AMANAH Melayu . PKR majority Melayu jadi MP.
Sebenarnya yg hilang kuasa dan kedudokan jika UMNO /BN kalah ialah pemimpin2nya sahaja. Mereka takut dipenjarakan atas rompakan2 yg dilakukan selama ini - itu sebenar2nya. Buang UMNO bukan bermakna buang Quraan dan Agama Suci Islam.
Malah tidak bersekongkol dng perompak , penyamun , pencuri dan penzalim adalah di tuntut oleh ALLAH Yang Maha Esa - Tidakkah kita percaya dan yakin dengan janji2 ALLAH SWT - sila lihat Surah Al Azzab Ayat 66,67 dan 68 dan beberapa Ayat2 lain dlm beberapa Surah. 
JELAS ALLAH SWT Memberi amaran tentang berapa azabnya keadaan didalam Neraka Jahanam mereka2 yg bersekongkol dan bersubahat dengan pemimpin2 yg melanggar  PerintahNYA. Janji ALLAH adalah benar .
Bertaubatlah segera Saudara2ku bangsa Melayu sebelum nyawa sampai dikhalkum.
Γ€LLAH MAHA PENGAMPUN. Ins Shaa Allah.
Salam .
Tamrin Tun Ghafar
Nota:-
πŸ’₯ Saya izinkan untok diviralkan seluas2nya.

Monday, February 15, 2016

Siannya @NajibRazak tukar raja lawak kepada badut

Najib Razak ingat dia tukar Ketua Penerangan dari Ahmad Maslan kepada Annuar Musa, boleh mengurangkan Umno jadi bahan lawak. Rupanya dua kali lima juga.

Nampak Ketua Penerangan Umno yang baru ini pun suka buat lawak juga: katanya RM2.6 bilion itu tidak banyak untuk membiayai kempen pilihanraya umum.

Yang peliknya, pada masa yang sama Umno juga mengaku Dato' Seri Najib telah memulangkan RM2 bilion wang tersebut. Maknanya yang dibelanjakan untuk PRU13 lalu hanya RM600 juta.

Tapi Annuar Musa kata RM2.6 bilion pun tak banyak, kalau RM600 juta sahaja matilah Umno nak hidup.

Begitulah jadinya bila gali lubang untuk tutup lubang. Cerita yang awal tidak masuk akal, terpaksa buat cerita baru. Lama-lama semua tidak masuk akal!

Apakah pemimpin umno sudah kena "beli" dengan kerajaan China???

AKHIRNYA KERAJAAN UMNO/BN AKUI GAGAL HALAU KAPAL-KAPAL PERANG CHINA YANG SUDAH 2 TAHUN LEBIH MENGUASAI PERAIRAN SEKITAR BETING PATINGGI ALI (LUCONIA SHOALS) 80 KM DILUAR PANTAI MIRI, SARAWAK; APAKAH PEMIMPIN UMNO BN SUDAH KENA "BELI" DENGAN KERAJAAN CHINA?

1. Semalam 13 Feb 2016 Menteri Pertahanan DS Hishamudin Tun Hussin dalam sidang media yang disiarkan melalui Buletin Utama TV3 mengakui bahwa kapal-kapal perang China sudah 2 tahun lebih menguasai perairan sekitar Beting Patinggi Ali (BPA- juga dikenali sebagai LUCINA SHOALS) yang terletak hanya sekitar 80 km dari pantai Miri, Sarawak.

Kapal-kapal perang China itu bukan sahaja berada disitu tetapi mereka telah menghalang nelayan2 tempatan dari menangkap ikan disitu. Ini secara tak langsung adalah satu pengisytiharan bahwa sebahagian perairan negara iaitu di Laut China Selatan (LCS) telahpun dikuasai atau ditawan oleh tentera negara China tanpa sebarang tentangan dari pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

2. Isu tuntutan negara China terhadap hampir keseluruhan LCS yang merangkumi perairan pantai barat Sabah, Brunei dan Sarawak bukanlah isu yg terpencil di peringkat dunia walaupun ianya cuba dilindungi dari pengetahuan rakyat Malaysia oleh pemimpin Umno/BN.

Segala tindakan China di LCS terutama dalam mengisytiharkan peta baru negara China yg merangkumi hampir keseluruhan LCS dan menjadikan BPA sebagai wilayah paling selatan negara China langsung tidak dibantah oleh Malaysia. Apabila media antarabangsa dan juga Armada Laut China sendiri melaporkan yang mereka telah mengadakan upacara menanda batu sempadan di perairan Beting Patinggi Ali (BPA) beberapa tahun lalu, kerajaan Malaysia melalui Panglima Tentera Laut yg lepas hanya pandai menafikan perkara tersebut dengan berkata bahwa Armada China sebenarnya berada 2000 km ke utara BPA.

Mana beliau tahu? Alat atau satelit mana beliau pakai? Dengan pengumuman menteri pertahanan semalam maka terdedah bahwa Armada China bukan saja datang ke BPA untuk apa jua acara tetapi mereka juga sudah 2 tahun lebih berkampung disitu dan yang paling tidak boleh diterima ialah tindakan mereka menghalang nelayan tempatan dari menangkap ikan disitu. Tindakan ini jelas menunjukkan kehadiran mereka adalah sebagai PENJAJAH di dalam wilayah Malaysia yang berdaulat.

3. 2 tahun bukan masa yang singkat. Sepatutnya kerajaan Malaysia telah menggunakan pelbagai cara samada diplomatik atau ketenteraan dalam menghalau sebarang anasir yang menceroboh kedaulatan wilayah negara. Kebiasaannya cara diplomatik adalah diutamakan berbanding ketenteraan.

Cara diplomatik termasuk mengenakan tekanan hatta sampai ke peringkat menggantung hubungan diplomatik sewajarnya diambil bagi memastikan China mengundurkan Armadanya dari perairan negara. Penggunaan kuasa tentera adalah pilihan terakhir namun tidak seharusnya dipinggirkan terus walau berhadapan dengan negara China yang bergelar kuasa besar dunia kedua terkuat berbanding Amerika Syarikat di rantau ini.

Kejayaan Tentera Filipina dalam menghalang cubaan China dari merampas Scarborough Shoal sepatutnya menjadi contoh kepada Malaysia bahwa Armada China tidaklah sehebat mana terutama apabila berhadapan dengan tentera yang sanggup mati dalam mempertahankan kedaulatan tanahair sendiri. 

Soalnya kenapa kerajaan Malaysia tidak berani mengarahkan ATM membina penempatan tentera diatas BPA? Adakah mereka takut atau tunduk kepada tuntutan pihak China?

4. Sikap pemimpin Umno/BN terhadap kerajaan China yang telah 2 tahun lebih menjajah perairan negara di BPA amat2lah tidak masuk akal malah menggambarkan seolah2 mereka telah "dibeli" oleh negara China. Apa tidaknya, dalam keadaan BPA dijajah oleh Armada China, kerajaan Malaysia telah bersetuju pada tahun lepas untuk mengadakan latihan ketenteraan bersama antara Armada China dan  Tentera Laut Malaysia.

Tidak pernah dalam dunia sebuah negara mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan negara "musuh" yang sedang menjajah wilayahnya, tapi itulah cara pemimpin Umno/ BN mentadbir negara ini. Pucuk dicita ulam mendatang, melalui latihan bersama dengan Malaysia maka sudah tentu pihak China akan berupaya menilai kemampuan aset Malaysia dari berbagai aspek seperti kemampuan radar dan juga kuasa tembakan kapal-kapal Malaysia.

5. Dari segi hubungan diplomatik sepatutnya tekanan dikenakan keatas negara China supaya mengundurkan armadanya dari wilayah negara. Antara tekanan yang boleh dan biasanya digunakan ialah menghadkan pengimpotan barangan dan kunjungan rakyat China dan juga meletakkan mereka di pilihan terakhir dalam memberi projek2 ekonomi, namun ini tidak dilakukan sebaliknya pemimpin Umno/ BN telah memberikan layanan kelas pertama kepada negara China dalam prpjek2 yang sudah tidak asing lagi seperti projek panda yang menelan berjuta2 ringgit duit rakyat dimana wang itu sepatutnya digunakan untuk mempertingkatkan kemampuan pertahanan negara dari segi aset dan persenjataan bagi memastikan tiada siapa berani mencabar kedaulatan wilayah negara.

Terbaru ialah penganugerahan projek janakuasa 1MDB dan juga pegangan dalam projek mengambil alih kem lapangan terbang sungai besi juga diberi kepada syarikat dari China. Ini semua dalam keadaan armada China sudah 2 tahun menjajah perairan negara di BPA, lalu kita wajar bertanya "adakah pemimpin Umno/BN sudah "dibeli" oleh kerajaan China?

6. Kemorosotan keupayaan ATM dibawah pemerintahan Umno/ BN bukanlah suatu rahsia lagi bagi mereka2 yg peka terhadap isu2 ketenteraan. Kehilangan pesawat MH370 di ruang udara sendiri adalah sesuatu yang amat2 memalukan dan merugikan negara. Inilah natijah dari sikap pemimpin Umno/ BN yang melihat bidang pertahanan sebagai lubuk emas untuk mereka dan kroni membuat duit tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada keupayaan negara mempertahankan nyawa rakyat dan kedaulatan sempadan dari pencerobohan anasir luar.

Insiden MH370 sepatutnya menyedarkan pemimpin Umno BN agar segera meningkatkan keupayaan ATM. Namun seolah "dah terhantuk belum mau tengadah" tidak ada satu pun langkah diambil olek kerajaan Umno BN dalam mempertingkatkan keupayaan pertahanan negara.

Dari segi kekuatan udara contohnya, pesawat radar amaran awal atau AEWACS yang sudah dimiliki Singapura sejak tahun 80an masih belum mampu dimiliki oleh negara, tapi dalam masa yg sama kerajaan boleh pula membeli pesawat tambahan untuk kegunaan VVIP terutama PM.

Itu belum lagi cerita keperluan aset2 lain seperti peluru berpandu pertahanan udara jarak dekat, sederhana dan jauh yang juga telah lama dimiliki oleh jiran2 kita. Dari segi keupayaan Tentera Laut Malaysia sudah lama ketinggalan di belakang Singapura apatah lagi China yang merupakan kuasa nuklear.

7. Kesimpulannya pendapat peribadi saya bidang pertahanan negara dibawah Umno BN semakin parah disebabkan dua sebab utama;

a. Sikap pemimpin Umno BN terhadap negara luar terutama China yang "lembut gigi dari lidah" akan memastikan yang bukan saja LCS dan Beting Patinggi Ali akan terus dijajah oleh China tetapi lebih banyak lagi wilayah negara mungkin jatuh ke tangan pihak asing.

Jika benar Malaysia serius mempertahankan haknya ketas BPA kerana kerajaan tidak berani mengarahkan ATM menempatkan tenteranya di BPA seperti yang dilakukan tentera Filipina di Scarborough Shoal.

b. Sikap pemimpin Umno BN yang melihat bidang keselamatan sebagai "lubuk emas" akan menyebabkan ATM akan terus lemah berbandaing tentera negara2 serantau disebabkan pembelian aset yang tidak mencukupi atau dibeli dengan harga yang melebihi dari sepatutnya dan kehilangan peruntukan melalui projek2 gajah putih yang lebih mementingkan kroni dari keikhlasan untuk memaksimakan setiap ringgit bagi mendapatkan yang terbaik untuk negara.

8. Baru2 ini kita dikejutkan pula dengan isu kemasukan rm2.6 bilion ke akaun peribadi PM DS Najib. Bermula dengan penafian hingga katanya mau disaman akhbar luar yang menyiarkan cerita itu, juga pemecatan TPM, dan Dato Shafei Apdal hingga ke pemecatan penuh kontroversi peguam negara yg kononnya sakit tapi terbukti masih sihat walafiat dan pengakhiran sekali cerita yang dijaja kepada rakyat bahwa wang itu kononnya adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Paling mengejutkan dan mendukacitakan ialah cerita bahwa kononnya wang sebanyak rm2 bilion telah dipulangkan kembali kepada penderma. Bagi saya inilah tindakan PALING BODOH pernah dilakukan seorang manusia apatah lagi seorang PM. Bagi saya hanya ORANG GILA yang akan pulangkan duit yang didermakan kepada beliau walaupun beliau sudah kaya.

Jika PM Najib sudah cukup kaya wang yg begitu banyak itu sepatutya didermakan balik ke kantung perbendaharaan negara untuk digunakan terutamanya bagi membantu fakir miskin atau digunakan untuk membeli aset2 perang yang canggih untuk mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh pihak asing.

Saya dengan ini tanpa ragu menyatakan bahwa PM Najib adalah seorang manusia PALING BODOH dan mungkin juga GILA kerana telah memulangkan semula rm2 bilion kepada penderma. Sudah tentu orang yg PALING BODOH dan GILA tidak layak menjadi pemimpin apatah lagi PM Malaysia.

9. Kesimpulannya bagi membetulkan keadaan iaitu mengambil kembali wilayah yang dirampas dan dijajah serta mengembalikan kegemilangan ATM sebagai satu pasukan yang digeruni ialah dengan menjatuhkan kerajaan Umno BN dan menggantikannya dengan sebuah kerajaan yang bersih, bebas rasuah dan terbukti berani bersuara dan bertindak untuk mempertahankan negara dan rakyat.

Kepada seluruh rakyat Malaysia saya menyeru supaya bangkit dan sedarlah PRU akan datang bukan soal siapa nak menang dan nak jadi menteri dan seterusnya dapat projek sana sini. PRU akan datang adalah penentuan hidup mati negara, penentuan samada negara ini akan terus "dijual" oleh pemimpin2 yang hanya mementingkan kemewahan diri dan kroni terutama dalam mengumpul harta dan aset diluar negara supaya jika ada apa2 berlaku terhadap negara ini mereka dengan mudah boleh lari ke luar negara.

Rakyat mesti bersatu untuk tolak Umno BN jika sayangkan negara ini dan ingin melihat anak cucu dan keturunan seterusnya terus kekal hidup dalam sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Untuk melawan Umno BN dalam pru akan datang kita mesti bersatu, sepertimana kita telah bersatu dalam pru13 yang lalu.

Sedikit saja lagi lonjakan diperlukan untuk kita menguasai negara. Namun menjelang pru14, Umno BN dengan penuh licik berjaya memecahbelahkan perpaduan sesama kita dengan berbagai umpanan dan propaganda.

Oleh itu saya menyeru kepada seluruh rakyat supaya KITA JANGAN MUDAH TERTIPU dengan taktik licik umno BN yang akan cuba mengekalkan kuasa walau dengan apa cara sekalipun.

Apapun kita parti2 pembangkang mesti bersatu kembali kerana perpaduanlah yang akan memberikan kekuatan kepada kita untuk menumbangkan BN terutama dalam memastikan SATU LAWAN SATU yang paling ditakuti oleh BN dalam pru akan datang.

Oleh itu saya menyeru terutama kepada parti lama saya iaitu PAS, marilah kita bersatu dalam PAKATAN HARAPAN bagi menyelamatkan negara ini dari terus musnah dibawah penguasaan Umno BN.

Namun jika Pas masih enggan untuk bersama PH sebaliknya lebih senang untuk bekerjasama dengan Umno BN maka rakyat tiada pilihan lain selain menganggap Pas sebagai sebahagian dari BN. Firman Allah SWT di dalam Al Quran (yg bermaksud) "Dan jangan sekali-kali kamu cenderung hati terhadap orang2 yg zalim itu kelak kamu disambar api neraka".

Ayat ini seharusnya menjadi panduan kepada pemimpin2 Pas untuk menjauhkan diri dari Umno BN dan segera menggabungkan diri bersama PH. Jika kepimpinan Pas masih enggan maka bersedialah kamu untuk ditinggalkan oleh rakyat Malaysia yang ingin menyelamatkan negara ini. Sekian.

AYUH RAKYAT MALAYSIA BANGKIT DAN BERSATULAH

SELAMATKAN NEGARA DARI TERUS MUSNAH
TOLAK UMNO BN

TOLAK MEREKA2 YG BERSEKONGKOL DENGAN UMNO BN

UNDI PAKATAN HARAPAN

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Hj Zaidi bin Ahmad
(Bekas Mejar TUDM yang dipecat dan dinafikan wang ganjaran dan pencen walaupun selepas 26 tahun berkhidmat sebagai juruterbang jet pejuang TUDM hanya kerana membongkarkan penipuan Umno BN berhubung dakwat tidak kekal dalam PRU13 yang lalu)
Kepala Batas, P Pinang
5 Jamadilawal 1437
14 Februari 2016

#JOM PAKAT VIRALKAN DEMI NEGARA TERCINTA DAN DEMI MASA DEPAN KETURUNAN KITA YG TERSAYANG

Sunday, February 14, 2016

Umno kini pembela Bangla bukan Melayu

Di media arus perdana saban hari beria ia benar pak menteri umno bagi berbagai alasan kenapa mereka nk impot pekerja Bangla sebanyak 1.5 juta orang.
Rasa menyampah aku nak ulang satu persatu alasan yg diberi.

Sepatutnya dah jadi pak menteri bawa pelabur asing ke Malaysia bukannya bawa pekerja asing ke Malaysia.

Laporan tahun 2015 menunjukkan statistik pengangguran di Malaysia adalah 400,000 org termasuk siswazah. Jumlah ini hampir setengah juta rakyat Malaysia dan majoritinya adalah Melayu.

Mengapa pak menteri bermati matian jadi pembela Bangla biarpun ditegur oleh banyak pihak?

Jawabnya mudah... P.RAMLEE dah bagitahu lama dah dalam filem Tiga Abdul... " dunia.... dunia....rupanya berniaga manusia lebih untong dari berniaga unta.... WOW....!!!! "
Tapi org Melayu umno di bawah ni ....aduhai sedih sgt....dari dulu kini dan selamanya kena tipu dgn pak menteri umno....
Sedarlah wahai Melayu..... slogan pak menteri umno sekarang bukan hidup Melayu lagi dah tapi .....
"Hidup Bangla..."
"Hidup Bangla..."
"Hidup Bangla..."
" tak tumbuh tak melata...tak sungguh aku tak kata...."

Putrajaya Wajar Laksana Gaji Minima RM1,500 dan Kuatkan Kesatuan Sekerja Sebelum Gesa Anak Muda Ambil Alih Kerja Pekerja Asing

Putrajaya Wajar Laksana Gaji Minima RM1,500 dan Kuatkan Kesatuan Sekerja Sebelum Gesa Anak Muda Ambil Alih Kerja Pekerja Asing
Gesaan Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi, hari ini agar anak muda mengambil alih kerja-kerja yang diisi pekerja asing cukup menarik tetapi pra-matang.
Adakah Ahmad Zahid benar-benar memahami sebab kenapa anak muda hari ini enggan bekerja di sektor perladangan atau mana-mana sektor yang disebut "3D" atau "Dirty, Difficult and Dangerous" atau "Kotor, Susah dan Berbahaya"?
Sepatutnya beliau melalui mesyuarat Kabinet terdekat menggesa Putrajaya untuk melaksana langkah-langkah berikut, termasuk:
- meningkatkan gaji minima seperti yang dicadang Pembangkang iaitu RM1,500 sebulan;
- memastikan hak pekerja bukan sahaja
terjamin tetapi diperkukuh terutamanya dengan menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja;
- memastikan sistem pendidikan vokasional yang menyediakan golongan muda dengan rangkaian atau jaringan industri yang lebih menyeluruh; dan
- memberi insentif kepada pemodal, pemilik syarikat, dan paling penting anak muda untuk mengambil alih kerja-kerja yang dimonopoli pekerja asing, terutama melalui geran untuk meningkatkan teknologi yang diguna dalam bidang-bidang kerja tersebut.
Tanpa melaksana langkah-langkah di atas, gesaan Ahmad Zahid hanyalah retorik semata-mata dan bukannya niat ikhlas untuk membantu anak muda mengambil alih kerja yang diisi pekerja asing.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Naib Ketua AMK

Khasiat Garam Bukit dalam Perubatan islam


Khasiat Garam Bukit Dalam Perubatan Islam - lancar darah,masalah saraf - kebas, sihir/santau/saka, pagar rumah, masalah ketagihan, lemah badan,migrain, buang toksin, sakit lutut, gout dll
Garam Bukit Mempunyai 1001 Khasiat di Dalam Perubatan Islam!!!

SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM

Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Hadis riwayat Ibnu Majah
” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”
Hadis riwayat Al – Bazzar.

Garam Sunnah dan Pengamalannya.

* Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ).

Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya.

Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).

Cara lain – Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong . Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.

Kelebihan garam

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Ternyata berkesan menghilangkan pelbagai penyakit.

Garam Bukit Tulen sebagai minuman Kesihatan

LARUTAN TEPU GARAM BUKIT TULEN (SOLE BRINE) TERAPI KRISTAL

Tubuh manusia memerlukan garam termasuk elemen-elemen kelumit. Meminum larutan garam dari hablur garam bukit tulen dapat merangsang sistem pencernaan dan metabolisma. Larutan ini juga dipercayai :

1) Menyumbang tenaga semulajadi yang tersimpan dalam struktur hablur garam dan tubuh dapat menggunakannya selama 24 jam.

2) Membantu memperseimbang kealkalian / keasidan dalam tubuh dan meneutralkan tekanan darah.

3) Membantu melarutkan dan menyah mendapan yang boleh mengakibatkan pembentukan "batu" dan pelbagai jenis rheumatisme seperti arthritis, batu hempedu dan batu karang.

4) Membantu meredakan rasa ketagihan. Ketagihan gula dan alkohol hilang sebaik sahaja pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen.

Profesor Peter Ferreira, seorang pakar biofizik berbangsa German telah menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal ke atas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu Garam Bukit pada setiap hari dan Melaporkan keputusan berikut:

a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan Logam-logam berat dari tubuh seperti Plumbum, Merkuri(Raksa) dan Arsenik

b) Pengungkaian enapan-enapan Kalsium

c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan

d) Memperseimbang pH darah.

Rendaman Kaki Garam Bukit tulen Terapi Kristal

Rendaman kaki Garam Bukit Tulen Terapi Kristal sangat sesuai digunakan semasa sedang berehat sambil menonton TV dan membaca. Ia sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan.

Kekerapan menggunakannya dapat mengembalikan kesegaran anda.

1. Melancarkan peredaran darah seluruh badan.
2. Membantu membuang toksin dari badan dan dapat mengelakkan virus.
3. Melegakan kesakitan otot, lenguh-lenguh, sakit-sakit sendi, sengal-sengal dan kekejangan otot kaki.
4. Mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki setelah seharian berdiri dan berjalan.
5. Membantu merawat tumit kaki yang merekah.
6. Mengurangkan pening, migrain, angin, lemak
7. Menghilangkan gatal-gatal, kaki berair (kulat air), kaki pecah, kaki berbau
8. Melancarkan perjalanan darah, mengurangkan toksid, lemak/kolestrol di samping mengaktifkan perjalanan darah.
9. Mengurangkan kesakitan dari sakit gout

Amalan mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.

PENGGUNAAN GARAM BUKIT DALAM RAWATAN SIHIR DAN SAKIT2 BADAN


Rendaman kaki ke dalam air panas atau sejuk bercampur garam untuk rawatan makhluk halus dan sakit kaki / tumit / kebas / sakit lutut.

1) Jerang air. Suhu sepanas yang kaki kita tahan.. Jangan sampai melecur dan jangan hanya suam2 kuku.

2) Masukkan ke dalam baldi / besen. Kuantiti sehingga merendam buku lali.

3) Campurkan 3 sudu / setengah cawan garam bukit.

4) Rendam kaki. Bermula dengan tumit dahulu.. Jika tumit mampu menahannya maka seluruh kaki mampu menahannya.

5) Rendam kaki setengah jam / sejam. Jika air menjadi sejuk.. tambah lagi air panas semasa proses rendaman tersebut.

Insya Allah anda akan mendapati gangguan anda semakin kurang apa lagi kalau dicampur air ruqyah dan sambil mendengar cd ruqyah..

Teknik ini juga boleh diselang selikan dengan rendaman air sejuk / air batu bercampur garam juga…

Selamat mencuba!!!

Wallahualam....


Teknologi masa depan....




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, February 13, 2016

Kita berdiri di pihak yang MANA ???

APABILA berbicara mengenai kemiskinan, terutamanya kedaifan ekonomi orang Melayu, kita lebih tertumpu terhadap kemiskinan fizikal, iaitu dari segi wang ringgit dan harta.

Justeru bajet negara, mahupun pelbagai rancangan pembangunan, lebih tertumpu kepada menghapuskan kadar kemiskinan, baik di desa mahupun di bandar. Data menunjukkan kita telah berjaya dalam usaha murni ini, malah pencapaian kita adalah antara yang terbaik di dunia.

Namun, kemiskinan tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi. Kemiskinan bukan sahaja merujuk kepada kekurangan harta, tetapi lebih penting lagi, adalah kemiskinan jiwa dan cita-cita. Hal ini telah digariskan oleh Pendeta Zaaba dalam rencana ‘The Poverty of the Malays’ yang ditulis hampir sembilan dekad lalu.

Jika ini dijadikan kayu ukur, kita telah gagal. Kemiskinan sebegini masih lagi tebal membelenggu kaum Melayu, ataupun lebih tepat lagi, terutamanya, golongan yang kaya dan terpelajar.

Adakah kaum Melayu telah atau berupaya memerdekakan diri dari penjajahan minda dan jiwa? Jawapannya jelas, tidak.

Malah, tidak keterlaluan jika diusulkan bahawa kemiskinan dari segi akhlak dan moral kini berada di tahap kronik. Berdasarkan tindak balas kaum Melayu terhadap isu urus tadbir semasa, ia merudum jatuh ke tahap yang terburuk dalam sejarah.

Tidak pernah terjadi dalam sejarah tanah air, baik sebelum mahupun selepas kemerdekaan, di mana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit.

Pemimpin sebegini, seperti diungkapkan oleh tokoh falsafah agung negara, Almarhum Profesor Syed Husin Alatas, adalah pemimpin yang ‘jadong’, iaitu pemimpin yang jahat, bodoh dan sombong dan dipandu cita bencana.

Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah.

Yang lebih menghairankan lagi, rata-rata rakyat marhaen masih lagi berpeluk tubuh diam membisu. Mengapa miskin sekali jiwa dan minda mereka?

Mengapa orang Melayu zaman moden yang hebat-hebat dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai-nilai luhur dan mulia? Apakah orang Melayu juga miskin keberanian?

Adakah mereka tidak pernah memberontak terhadap pemimpin yang zalim? Adakah hanya rakyat negara lain atau bangsa lain sahaja yang berani?

Lihatlah sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin yang mengaut kekayaan untuk diri sendiri akhirnya tumbang dengan tragik seperti mana yang berlaku kepada Hosni Mubarak di Mesir, Shah Reza di Iran, Ferdinand Marcos di Filipina, Ben Ali di Tunisia. Banyak lagi kisah sebegini, banyak juga pemimpin yang dibunuh mahupun terpaksa hidup dalam buangan.

Adakah pemberontakan terhadap kezaliman bukannya budaya Melayu? Tidak sama sekali. Pemimpin Melayu zaman dahulu seperti Datuk Maharajela di Perak, Tok Janggut dan Mat Kilau, dan ramai lagi, tidak dicengkam kemiskinan keberanian.

Tapi mengapa sekarang ini, walaupun ramai berpendidikan tinggi, mereka masih miskin dari segi nilai dan tindak-tanduk yang mulia? Mengapa ramai yang diam membisu tanpa suara apabila pemerintah dengan rakus menggadai harta khazanah negara dan menghukum mereka yang tidak bersalah?

Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yang telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka.


Tetapi sayang, yang bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yang kuat menjerit ‘Hidup Melayu’ pada perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan tua berumur 90 tahun anak kelahiran Alor Setar, dan srikandi muda dari Langkawi.

Di manakah yang lain? Mana para cendekiawan dan golongan elit Melayu yang terkemuka? Mana perginya golongan profesional bertali leher segak dengan baju kemeja Brook Brothers? Mana doktor mahupun peguam yang hebat-hebat belaka dengan kereta BMW dan Mercedes mereka? Mana teguran alim ulama berjubah Arab yang lantang bersyarah siang dan malam di kaca televisyen mengenai Amar Maaruf Nahi Mungkar? Di mana kebijaksanaan para pensyarah dari menara gading tersohor negara?

Bak kata pujangga Indonesia WS Rendra, kita ini berilmu untuk memihak kepada pihak yang mana?
Saya tidak ada jawapannya. Mungkin ramai yang takut. Tetapi persoalannya, apa yang hendak ditakuti?

Ingatlah kata novelis agung Indonesia Pramoedya Ananta Toer; dalam hidup kita, cuma satu yang kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?
Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang; “Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu”. - DR AWANG MAT PUTEH


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, February 10, 2016

Cakap lama dah.....

Anwar sudah cakap lama dah – Farhan Zulkefly

Pada 10 Februari 2015 merupakan tarikh yang cukup memilukan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekeluarga serta penyokong setia beliau.

Kira-kira jam 12 tengah hari, hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun buat ketua pembangkang itu.

Saya tidak berniat untuk mengingat kembali kes fitnah yang jijik dan meloyakan ini kerana bagi saya cukup mudah. Orang yang beriman dan berakal pasti akan menolak fitnah dan cubaan mengaibkan seseorang tanpa batas seperti yang dikenakan terhadap Anwar.

Walaupun masih ada yang mentertawakan air mata Datuk Seri Wan Azizah dan mempersendakan tangisan Nurul Izzah Anwar dan adik beradiknya yang lain, saya yakin mereka yang menganggap jasad Anwar terpenjara kali ke-2 ini merupakan sesuatu yang lucu pasti akan dibalas Allah kelak.
Walaupun sudah setahun Anwar meringkuk di dalam penjara dan tidak dapat memberi ceramah selama setahun, rakyat dapat lihat tuduhan dan pembongkaran Anwar selama ini bukan sekadar tuduhan, tetapi merupakan fakta yang tidak dapat dinafikan.

Antaranya ialah kepincangan sistem kehakiman negara. Apabila Anwar mempertikai kredibiliti badan kehakiman negara dan mengaitkan pemimpin kerajaan dengan kes beliau, penyokong Umno bukan main melenting.

"Ini keputusan mahkamah. Kena hormat". Itulah antara ayat yang diulang beribu kali oleh mereka.

Bukan setakat penyokong Umno, malah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir juga antara yang mendesak rakyat menghormati segala keputusan mahkamah.

"Rakyat mesti terima. Negara ini ditadbir dengan undang-undang". Cukup tegas pendirian Dr Mahathir.

Malangnya, tidak sampai setahun, Dr Mahathir sudah hilang pendirian. Di dalam blognya, beliau membangkitkan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan cuba menimbulkan persoalan sama ada bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar membunuh kerana mendapat arahan atau tidak.

Mengapa Dr Mahathir hendak bangkitkan isu ini lagi? Bukankah kes ini sudah selesai di mahkamah? Kalau benar Dr Mahathir seorang yang cukup yakin dengan sistem kehakiman negara dan tidak langsung merasakan ada campur tangan orang lain termasuk perdana menteri, mengapa mempertikai keputusan mahkamah?

Begitu juga apabila kes lucu, RM2.6 bilion yang terdapat di dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disahkan peguam negara dana itu bukan rasuah, tetapi derma daripada dermawan Arab.

Mengapa Dr Mahathir tidak minta maaf kepada Najib selepas peguam negara membuat keputusan ini? Bukankah sebelum ini, Dr Mahathir kata wang ini tidak logik didermakan hartawan Arab dan hanya orang Arab gila sahaja yang akan menderma wang sebanyak itu.

Sekarang, peguam negara sudah sahkan. Mengapa masih tidak percaya?

Apakah Dr Mahathir dan sesetengah penyokong Umno sudah mula mempercayai dakwaan Anwar terdapat kepincangan dalam sistem kehakiman negara kita? Anwar sudah cakap lama dah.

Begitu juga sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Anwar beri jaminan jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan, ia akan menurunkan harga petrol, air, elektrik, dan mansuhkan tol, manakala Anwar menegaskan berulang kali jika BN menang, pasti mereka akan melaksanakan cukai yang kononnya efektif, cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Apakah Dr Mahathir dan penyokong Umno lakukan? Sokong BN.

Akhirnya selepas Anwar dipenjara, GST dilaksanakan dan hampir setiap hari rakyat maki hamun Najib seolah-olah hanya Najib yang terlibat melaksanakan GST. Jika hanya Najib yang sokong GST, GST tidak mampu dilaksanakan.

Ini keputusan bersama barisan menteri. Kerana undian penyokong BN, menteri laksanakan GST. Sekarang, sesetengah kamu penyokong Umno membantah pula cukai ini.

Apakah kamu penyokong Umno sudah mula sedar dakwaan Anwar itu benar? Anwar sudah cakap lama dah.

Apabila Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan diaibkan Dr Mahathir pada 1998, apa yang Anwar katakan?

"Kalau saya yang TPM diperlakukan sebegini, bagaimana pula dengan rakyat biasa? Hari ini Anwar kena, esok orang lain pula akan dilakukan sebegini jika sistem tidak diubah".

Ketika itu, penyokong Umno tidak langsung endahkan ayat Anwar. Bagi mereka, itu hanyalah ayat retorik yang keluar dari mulut seorang yang tewas.

Selepas Anwar dipenjara, apa yang berlaku? Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan secara tiba-tiba oleh Najib.

Apa respons penyokong Umno? Marah, kecewa, dan terkejut. Malah, Ummi Hafilda, penyokong Umno yang cukup terkenal menjaja nama buruk Anwar sendiri mengeluarkan ayat yang saling tak tumpah seperti ayat Anwar, "Kalau seorang TPM (Muhyiddin) diperlakukan sebegini, bagaimana pula rakyat biasa".

Apakah kamu Ummi Hafilda dan penyokong Umno sudah mula sedar dakwaan Anwar itu benar? Anwar sudah cakap lama dah.

Begitu juga dengan hutang 1MDB. Sejak 2013 lagi Anwar konsisten mengkritik salah urus kewangan di bawah 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Semasa hutang 1MDB tidak cecah RM20 bilion lagi Anwar sudah kritik 1MDB dan mengaitkan Jho Low dengan 1MDB.

Apa respon penyokong Umno? Tiada respons langsung kerana mereka tidak ambil tahu pun.

Tetapi pada awal 2015, apabila Dr Mahathir menaikkan semula isu hutang 1MDB dan ketika itu hutang pun sudah mencecah RM43 bilion, barulah penyokong Umno mula melenting dan mempersoalkan kredibiliti kerajaan.

Barulah kita dapat lihat wajah terkejut penyokong Umno seolah-olah inilah satu-satunya kes korup yang pernah kerajaan BN lakukan.

Kalau kamu penyokong Umno sudah mula bangkit dan melawan salah urus 1MDB sejak Anwar bongkarkan, pasti hutang 1MDB tidak sebanyak itu.

Malangnya kamu terlewat. Yang pasti, kamu akhirnya bangkitkan isu yang Anwar bangkitkan 2 tahun sebelum itu.

Apakah kamu penyokong Umno sudah mula sedar dakwaan Anwar itu benar? Anwar sudah cakap lama dah.

Kepada rakyat Malaysia, khususnya penyokong Umno, sedarlah. Orang yang kamu cerca, caci, maki, dan aibkan itu, sudah lama bersuara untuk kamu.

Rajin-rajinlah mendengar ucapan Anwar atau sekurang-kurangnya lihatlah ucapan beliau di Parlimen.

Tidak ada ahli Parlimen yang konsisten mempertahankan masalah rakyat seperti isu Bernas, GST, 1MDB, kuasa rakyat, dan sebagainya seperti Anwar.

Selepas setahun Anwar dipenjara, akhirnya kamu mula sedar yang perjuangan Anwar itu benar. Anwar sudah cakap lama dah - Farhan Zulkefly

Gambar-gambar pehimpunan BEBAS ANWAR di Penjara Sg Buloh



ABIM TUNTUT PEMBEBASAN ANWAR IBRAHIM.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru rakyat Malaysia mengimbau semula pemenjaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang genap setahun pada 10 Februari 2016.

Sesungguhnya peristiwa pemenjaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang merupakan peristiwa hitam yang tragis dalam sejarah politik dan perkembangan demokrasi negara yang kita cintai.

Anwar Ibrahim merupakan simbol dan lambang keberanian pemimpin yang sanggup mengambil segala risiko - hatta mengorbankan kebebasannya jasadnya - demi perjuangan membela hak rakyat dan menyanggah kezaliman elit pemerintah.

Tampak semakin jelas, dalam situasi negara yang terus-terusan dilanda krisis kepimpinan dan integriti yang mencemar reputasi rakyat Malaysia seantero dunia, pemimpin berjiwa besar yang sanggup mengenepikan kepentingan peribadi bagi menempuhi perit-jerih perjuangan bersama rakyat terbanyak semakin sukar dicari. 

Justeru amatlah malang; di kala negara memerlukan lonjakan gergasi untuk segera keluar dari kemelut sosio-politik dan ekonomi yang kian mencengkam, pemimpin pejuang rakyat yang komitmennya telah diuji dan kualiti kepimpinan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa di dibiarkan mendekam di penjara selama 5 tahun.

Anwar Ibrahim - tanpa ragu - merupakan seorang tahanan politik yang dipenjarakan secara arbitrari, yakni pemenjaraan salah yang dilakukan tanpa bersandarkan bukti yang kukuh.  

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Working Group on Arbitrary Detention – UNWGAD) telah sebulat suara mendapati Anwar dipenjarakan secara haram, dan melanggar undang-undang antarabangsa melalui Pendapat No. 22/2015:

"Pemenjaraan Saudara (Anwar) Ibrahim adalah arbitrari. . . mengambil kira semua hal dalam kes tersebut, Kumpulan Kerja ini berpendapat bahawa jalan untuk membetulkan keadaan adalah untuk membebaskan Saudara (Anwar) Ibrahim dengan serta merta, dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas oleh kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan".

Pemenjaraan politik bukanlah sesuatu yang baru lagi menghairankan. Dalam apa pun nama sistem dan istilahnya dalam liku-liku sejarah peradaban manusiawi, hakikatnya tetap sama -  bahawa wujud insan-insan tidak berdosa sepanjang zaman yang dihumbankan di balik jeriji dek pertuduhan palsu yang menjengkelkan dan dakwaan memualkan!  

Hanya segelintir yang buta sejarah berani menafikan betapa undang-undang telah disalahgunakan oleh pemegang tampuk kekuasaan untuk memenjarakan secara zalim seteru politik dan para penentang yang lantang memperjuangkan prinsip kebenaran dan keadilan. 

Demikianlah juga, hanya pemerintah yang telah tercabut rasa kemanusiaannya laksana Al Sisi dan Shekh Hasina yang tega memekakkan telinga dan memejamkan mata dan terus-terusan membelenggu musuh politik sementelahan dikutuk masyarakat bertamadun seantero dunia.

Walaupun demikian, ABIM berkeyakinan majoriti rakyat Malaysia masih punya ketinggian akalbudi, naluri kesedaran yang mendalam dan dhamir yang suci untuk mengakui hakikat bahawa Anwar Ibrahim merupakan mangsa politik keji  konspirator yang sanggup menggunakan apa sahaja helah bagi mengaibkan dan merampas hak kebebasan seteru yang tidak dapat ditundukkan dalam gelanggang politik demoktratik secara budiman, adil dan saksama. 

Pertuduhan dan sabitan kesalahan seksual ke atas beliau melalui kerahan dan sebaran propaganda lucah yang diarusperdanakan buat tontonan umum telah meninggalkan warisan memori yang memalukan khususnya buat generasi muda negara.

ABIM menilai bahawa seluruh episod serangan yang jijik terhadap peribadi DSAI telah membiakkan budaya fitnah dalam masyarakat dan menyuburkan amalan Qazaf - menuduh wanita dan lelaki yang baik berzina atau liwat tanpa mendatangkan 4 orang saksi - yang amat dibenci oleh ajaran agama. Bahkan sebaliknya, penekanan terhadap pemeliharaan maruah (hifz 'ird) dan kemuliaan insaniah yang digariskan dalam objektif pensyariatan Islam telah dilanggar dengan wewenangnya dalam siri serangan propaganda terhadap beliau.

Sahsiah peribadi dan komitmen keIslaman Anwar Ibrahim, yang diiktiraf oleh ulama-ulama' muktabar dan cendiakawan Islam di pelbagai belahan dunia dari usia mudanya sewaktu memimpin gerakan Islam sehinggalah saat dan tika ini telah tercalar dan tercemar dengan tuduhan Qazaf yang dipropagandakan pada peringkat nasional.

Marilah kita bersama-sama merenung dan menghayati mesej penting Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi dalam surat umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia pada 27 Oktober 2014 sewaktu Dato Seri Anwar Ibrahim melalui fasa-fasa terakhir kes perbicaraan beliau di Mahkamah Persekutuan:

"Dalam kaitan inilah, Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin besar. Dengan jejak sejarah perjuangan dan pengalamannya, kesabaran, ketahanan dan kegigihannya sejak muda hingga sekarang, seharusnya beliau dihormati dan dilayani selayaknya, sesuai dengan perjuangannya, dan tidak wajar sama sekali beliau dilempari tuduhan-tuduhan palsu yang tidak berasas."

Bersempena genap setahun penahanan Dato Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari 2016, ABIM dengan ini menuntut agar Dato Seri Anwar Ibrahim dibebaskan segera  secara sah menurut saluran perundangan dan dibersihkan dari segala sabitannya melalui semakan kehakiman yang sedang diusahakan oleh barisan peguam beliau.

Sementara proses tersebut berlangsung, beliau haruslah diberikan segala haknya sebagai tahanan politik yang dijamin di bawah perundangan antarabangsa termasuklah hak bagi mendapatkan rawatan berterusan menurut pilihannya bagi mengubati kesakitan dan kecederaan beliau yang kini telahpun berusia 68 tahun. 

ABIM turut menuntut agar hak untuk bertemu dengan peguam-peguam beliau yang dijamin oleh peruntukan undang-undang diberikan sepenuhnya tanpa sekatan-sekatan politik dan birokratik yang menjejaskan akses beliau terhadap nasihat perundangan yang selayaknya.

Keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim juga haruslah diberikan akses sepenuhnya untuk bersua, bertemu mata dan berkomunikasi tanpa sebarang halangan dengan beliau sewaktu di penjara.

Akhir sekali, jika ada satu pengajaran penting yang perlu kita insafi dari peristiwa pemenjaraan insan bernama Anwar Ibrahim ialah beliau mengajar setiap daripada rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan untuk menjadi berani – berani menyatakan keberanan dan keadilan, dan berani menguasai ketakutan yang membelenggu diri dari menyatakan dengan penuh lantang bangkangan terhadapan kebatilan dan kezaliman.

Inilah mesej penting pemimpin pejuang rakyat seperti yang diungkapkan oleh pejuang pembebasan apartheid Nelson Mandela "I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man in not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear".

Jika takut pada risiko, jangan bicara soal perjuangan!

MOHAMAD RAIMI AB.RAHIM
Presiden