SharpShooter Followers

Wednesday, December 23, 2015

SIAPA INDIVIDU PAS YANG MAHU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO?

SIAPA INDIVIDU PAS YANG MAHU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO?

1. Kenyataan YB Ust Idris Ahmad, Naib Presiden Pas yang menyeru mana-mana individu Pas yang nak Pas bergabung dengan Umno supaya meninggalkan Pas suatu yang mengejutkan dan merunsingkan ahli-ahli akar umbi Pas. Kenyataan tersebut adalah ekoran daripada kenyataan bertulis beliau ( pandangan peribadi tidak boleh dipakai. Jika ada individu yang hendak bergabung dan teringin dengan Umno, maka individu itu sahaja yang pergi). Contoh nama-nama yang disebut oleh YB Ust Idris yang lari mengikut Umno semuanya adalah bertaraf pemimpin. Ini yang merunsing mereka. Bukan soal bersetuju atau tidak dengan isu Pas bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn. Tapi kerunsingan mereka kerana dilihat tiada ketentuan haluan masa depan politik Pas dalam nak menghadapi PRU14 dan PRN11 Sarawak.

2. Saya tidak tahu apa tujuan dan maksud daripada kenyataan tersebut. Ramai ahli berpandangan kenyataan tersebut seolah-olah wujudnya usaha pihak-pihak tertentu dalam Pas untuk bergabung, berkerjasama atau bertahaluf antara Pas dengan Umno Bn. Masakan tiada angin pohon bergoyang. Sudah tentu induvidu tersebut bertaraf pimpinan tertinggi Pas dan bukannya ahli biasa. Kalau ahli biasa Pas mereka  percaya YB Ust Idris tidak perlu buat kenyataan untuk meminta individu tersebut meninggalkan Pas kerana usaha yang dilakukan oleh individu ahli biasa Pas tidak akan memberi kesan untuk menjadikannya keputusan Parti.

3. Kenyataan YB Ust Idris semacam wujudnya dua pihak dalam kepimpinan Pas sekarang ini. Satu pihak yang hendak bergabung, berkerjasama atau bertahaluf dengan Umno Bn, manakala satu pihak lagi menentang. Saya tidak pasti siapa di kalangan mereka. Tetapi kenyataan YB Ust Idris menjadi bahan perbualan dan perbahasan di kalangan ahli biasa Pas.

4. Saya sendiri dihubungi ahli ahli Pas meminta pencerahan. Saya hanya menjawab saya tiada maklumat apa yang sedang bergolak dalam Pas tentang isu kerjasama Pas Umno. Tetapi ahli-ahli menyatakan wujudnya kenyataan-kenyataan yang pada pandangan mereka berlaku percanggahan terbuka di kalangan Pimpinan. Ditambahkan lagi dengan kenyataan Dato' Takiuddin Hassan, Setiausaha Agong Pas yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang masa depan dan haluan politik Pas.

5. Yang menghairankan mereka lagi ialah kenyataan Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan ahli Pas yang menentang kerjasama Pas Umno kena akur kepada keputusan majlis Syura Ulamak Pas pusat. Mereka menyatakan bagaimana Zahid bolrh keluar arahan dan boleh tahu keputusan Majlis Syura. Adakah Majlis Syura sudah buat keputusan? Ini yang membingungkan ahli-ahli.

6. Saya percaya kerisauan ahli-ahli Pas dalam isu ini ada asasnya dan bukan soal bersetuju atau menentang kerjasama. Tetapi mereka mahukan ketentuan dan kepastian. Saya percaya mereka boleh menerima keputusan hatta untuk berkerjasama dan bertahaluf dengan Umno Bn. Yang penting bagi mereka ialah keputusan yang pasti. Saya hanya menyatakan kepada mereka bertenang dan bersabar dalam menanti episod seterusnya. Saya percaya semuanya akan berakhir dengan  kepastian dan kesudahannya nanti.

YA ALLAH KAU BERILAH KAMI PETUNJUK MU.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
23 Disember 2015/11 Rabiulawal 1437H

Monday, December 21, 2015

PANAS ! Umno fail saman USD650 juta terhadap Najib Razak

Suatu kes writ saman nampaknya telah diambil terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh salah seorang ahli parti Umno atas nama parti tersebut yang mendakwa bahawa beliau telah melakukan fraud ke atas ahli-ahli parti politik tersebut berkenaan dengan penerimaan derma sebanyak RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau pada March 2013 serta penggunaan dana itu tanpa pengetahuan parti.

Saman tersebut mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai seorang pemegang amanah berdasarkan Common Law, dan menuntut pembayaran balik sejumlah USD650 juta yang didakwa telah dikirim keluar oleh beliau ke satu akaun di bank Singapura yang bukan milik Umno pada 30 Ogos 2013.

Najib Razak juga dikehendaki membutirkan semua dana yang diterima beliau dalam bentuk derma dan juga penggunaan semua dana yang telah atau pada bila-bila masa tersimpan di dalam akaun AmBank Private Banking milik beliau di mana dana RM2.6 bilion itu diterima. Saman juga menuntut ganti rugi untuk ditaksir, kos dan relif-relif lanjut atau relif-relif lain yang akan ditetapkan oleh mahkamah.

Saman yang difailkan bagi pihak Umno turut mendakwa bahawa kedudukan Najib Razak sebagai 'pesalah memegang kuasa' dan kawalan beliau ke atas Umno telah mengakibatkan Umno tidak mampu mempertahankan atau membuat tuntutan bagi kepentingan parti terhadap Najib Razak.

"Plaintif menyatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno tidak berupaya dan/atau tidak berdaya untuk bertindak terhadap Najib Razak kerana kuasa dan pengaruh yang dimilikinya terhadap Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan yang merosakkan kepentingan ahli Umno," begitu bunyi Pernyataan Tuntutan itu.

Plaintif juga memohon untuk mendapatkan relif injunksi untuk menghalang Ab Rauf Yusof, yang turut disaman di dalam kapasitinya sebagai pegawai am Umno, sama ada secara sendirinya dan/atau melalui Jawatankuasa Disiplin Umno, Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan daripada mengambil sebarang tindakan untuk membuang beliau sebagai ahli Umno sementara kes ini diadili, semata-mata demi mengelakkan liabiliti ke atas kes ini.

Sememangnya Pernyataan Tuntutan kes ini bersandarkan perkara-perkara yang sudahpun diketahui umum kerana telah menjadi berita sensasi sejak Wall Street Journal mendedahkannya pada 2 Julai 2015 lalu.

Wall Street Journal telah mendakwa bahawa dana USD681 juta telah dikirim ke akaun peribadi Najib Razak di AmBank Private Banking pada 21 dan 25 Mac 2013 dari Falcon Private Bank di Singapura.

Pernyataan Tuntutan itu turut mengatakan bahawa Najib Razak telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau telah menerima RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya dan juga bahawa beliau bukan merupakan benefisiari peribadi kepada wang tersebut. Najib Razak juga dikatakan telah mengakui secara terbuka bahawa dana itu merupakan suatu derma daripada seorang dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.

Pernyataan Tuntutan itu juga mendakwa bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib Razak telah dilantik sebagai pemegang amanah Umno, bahawa wang tersebut adalah dana politik dan bahawa mereka telah menerima wang dari akaun peribadi beliau untuk membiayai operasi politik mereka.

"Oleh itu, Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah bagi kepentingan dan kegunaan Umno. Selanjutnya dan/atau sebagai alternative Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah konstruktif bagi kepentingan dan kegunaan Umno," Pernyataan Tuntutan tersebut menyimpulkan.

Pernyataan Tuntutan itu selanjutnya mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dengan cara:

Tidak memaklumkan atau mengisytiharkan bahawa beliau telah menerima sejumlah RM2.6 bilion tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno;Menolak atau gagal memberi penjelasan kepada Umno tentang kegunaan RM2.6 bilion tersebut;

Tidak membenarkan Umno untuk memberi penjelasan tentang jumlah RM2.6 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;

Gagal menyebabkan jumlah RM2.6 bilion tersebut dinyatakan dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;

Memindahkan wang berjumlah US$650 juta kepada sebuah akan bank di Singapura yang tidak dimiliki oleh Umno pada atau kira-kira 30 Mac 2013;

Telah membayar dan/atau memindah USD650 juta secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno;

Telah menggunakan dan/atau menyimpan sebahagian dari jumlah RM2.6 bilion untuk kepentingan dirinya sendiri secara menjejaskan kepentingan Umno;

dan Pada setiap masa sebelum menerima jumlah RM2.6 bilion tersebut, Majlis Tertinggi Umno tidak pernah melantik beliau menjadi pemegang amanah bagi tujuan menerima wang tersebut.

Saman difailkan oleh firma guaman Haniff Khatri. – FMT NEWS

Parti pemerintah tidak pernah nafi Anwar tahanan politik

Parti pemerintah tidak pernah menafikan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik yang dipenjarakan kerana ia adalah perkara yang benar, kata anaknya Nurul Iman.

Anak ke-5 Anwar itu berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Makan Malam Amal March 2 Freedom anjuran penyokong Anwar di Kuala Lumpur, malam tadi.

"Anwar Ibrahim seorang tahanan politik dan tiada seorang pun dari kita menafikan perkara ini.

"Malah parti pemerintah pun tidak menafikan  perkara ini kerana ia satu fakta," kata Nurul Iman dalam ucapannya.

Menurut Nurul Iman, beliau dan anggota keluarganya akan meneruskan perjuangan Anwar yang kini dipenjarakan kerana mereka sudah biasa dengan ujian sedemikian rupa sejak tahun 1998 lagi.

"Kami akan bertahan (persevere) dan tidak akan menyerah kalah dalam meneruskan perjuangan Papa," katanya merujuk kepada Anwar yang dipanggil "Papa" di kalangan anak-anaknya.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998 selepas dituduh meliwat bekas pemandunya.

Pada tahun 2010, bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis menuduh Anwar meliwatnya.

Pada Februari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan beliau dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran, Ronnie Liu dalam ucapannya pada majlis itu mencadangkan agar Anwar dipertimbang bagi dicalonkan untuk Hadiah Nobel Keamanan.

Bercakap mewakili aktivis zaman Reformasi yang menggelar diri mereka "Otai Reformis", Liu berkata, pengaruh Anwar di peringkat serantau jelas menerusi buku "Asian Renaissance" tulisannya dahulu yang mengupas penyatuan budaya dan politik.

Menurut Liu, beliau dan Otai Reformis akan bertemu pemimpin-pemimpin dunia bagi mendapatkan sokongan mereka untuk tujuan itu.

Cadangan Liu itu disokong Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang turut berucap pada majlis sama.

"Saya yakin Anwar berhak dicalonkan sebagai calon Hadiah Nobel Keamanan. Saya harap ini tidak tinggal kata-kata sahaja dan kita melakukan sesuatu untuk memungkinkannya.

"Dengan pencalonan ini, harapnya suara saudara Anwar lebih terdengar," katanya.

Kempen March 2 Freedom yang menuntut pembebasan Anwar itu turut mendapat sokongan daripada Amnesty International, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu, Bersih 2.0 dan Majlis Peguam.

Thursday, December 17, 2015

Tahniah Pengerusi BiPPA Keadilan Pusat kini bergelar YB Senator

Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dan beragama Islam. Beliau dilahirkan pada 12/12/1949 di Kampung Jelai, Batu Kurau Perak.

Pendidikan

Beliau bersekolah di Kolej Islam Malaya (1970) di Klang,Selangor. Kemudian melanjutkan pengajian Sm,Pi (Usuluddin dan Falsafah, UKM), (1970-197474);

MA dan Ph.D, (Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama), Universiti Temple, Philadelphia, USA (1978) dan (1988)
Kerjaya

Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, UKM (1974-83);

Pensyarah di Markaz Ilmu Teras, UIAM (1983-90);

Penolong Profesor di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama (1990-95);

Profesor Madya di Jabatan Usuluddin Dan Perbandingan Agama, UIAM (1995-99).

Dalam bidang pentadbiran, pernah menjadi Dekan Hal Hal Pelajar, UIAM (1990-1994); Dekan Pusat Pengajian Lanjutan Dan Khidmat Masyarakat, UIAM (1995-1998)

Perunding Pendidikan Islam, Darul Arqam, Singapura; Pengarah, CESMACS, Kuala Lumpur; pensyarah sambilan Kolej Darul Hikmah, Kajang; dan pensyarah pelawat Markfield Institute of Higher Education, Leicester, UK
Sosial

Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden ABIM pada tahun 1991 hingga tahun 1997, penah menjawat jawatan Timbalan Presiden WADAH, dan Pengarah CESMACS
Politik

Beliau aktif di dalam Parti Keadilan Rakyat sebagai pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR.

Sebelum itu, pada April 2009, beliau memegang jawatan pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik

Sebelum memasuki PKR, beliau pernah terlibat di dalam UMNO tetapi keluar berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM).

Semasa Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1997 , beliau dilihat bersama-sama mempertahankan Anwar Ibrahim selaku bekas pengasas ABIM.

Bagi mereka yang tidak suka kepada Anwar Ibrahim yang menanjak naik terlalu cepat dalam politik UMNO , geng-geng ABIM dituduh berkeliling dengan Anwar Ibrahim.

Beliau juga pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 11 pada tahun 1999 di kawasan Parlimen Larut tetapi kalah dengan majoriti yang tipis

Beliau juga pernah bertanding pada Piliharan Raya Umum ke 13 pada tahun 2013 di kawasan Parlimen Bagan Serai, tetapi kalah juga dengan majoriti yang amat tipis

Menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat pada 2010 hingga 2014,

Beliau kini menjadi Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat (BiPPA).

Layari blog BiPPA di www.biroagamakeadilan.blogspot.com

Wednesday, December 16, 2015

#ShutdownJalanDuta Kemuncak Kemarahan Rakyat

Kenyataan Media

16 Disember 2015

#ShutdownJalanDuta Kemuncak Kemarahan Rakyat

1) Terlebih dahulu Jawatankuasa Bertindak #ShutdownJalanDuta mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media yang sudi hadir pada hari ini. Tidak dilupakan juga buat rakan-rakan front NGO-NGO, parti-parti politik dan NGI-NGI yang setuju untuk bersama-sama dalam #ShutdownJalanDuta ini.

2) #ShutdownJalanDuta merupakan cetusan idea anak-anak muda, reformis, mahasiswa dan pejuang rakyat yang sudah tidak tahan dan tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan menggila di bawah Najib Tun Razak. Ia adalah protes bantahan langsung berhubung kenaikan tol yang telah pun dikuatkuasakan oleh kerajaan sebelum ini dan kenaikan tol yang akan dilaksanakan menjelang tahun 2016.

3) Umum mengetahui bahawa saban tahun syarikat-syarikat konsesi tol mengaut keuntungan yang sangat banyak dan berlipat kali ganda berbanding kos asal sewakto lebuhraya-lebuhraya bertol ini dibina. Lebih menyedihkan apabila sebahagian besar pemilik dan pemegang saham utama syarikat-syarikat konsesi ini ialah kroni-kroni yang amat rapat dengan Barisan Nasional.

4) Lantas aksi ribuan rakyat berkampung di tol Jalan Duta diambil sebagai tema kemarahan rakyat yang akan menanggung sekali lagi beban kenaikan tol dalam tempoh terdekat. Protes ini juga merupakan respon kepada jalan buntu rakyat yang amat marah dengan kenaikan tambang pengangkutan awam yang mencecah lebih 100%!

5) Justeru kami menyeru kepada seluruh rakyat untuk turun berkampung di Tol PLUS Jalan Duta bermula jam 9 malam pada 31 Disember 2015. Bagi pengguna lebuhraya biasa yang tidak mahu terlibat dalam protes ini, #ShutdownJalanDuta mengesyorkan untuk tidak menggunakan laluan keluar masuk Kuala Lumpur di Tol PLUS Jalan Duta & Tol PLUS Sungai Besi.

Besar harapan kami agar seluruh rakyat boleh bersama-sama menggerakkan protes ini. Kami berpendirian bahawa rakyat perlu bangkit dan lawan kenaikan-kenaikan yang tidak berhati perut ini. Hanya dengan kebangkitan rakyat sahajalah tuntutan, hak dan kemahuan rakyat akan diikut oleh mana-mana kerajaan yang memerintah!

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Bertindak
#ShutdownJalanDuta

Sunday, December 13, 2015

Adakah akan berakhirnya sengketa Mahathir Najib dan Anwar akan dibebaskan?

Adakah dengan mengira bahawa memenjarakan Anwar akan selesailah segala 'cerita', lantas beliau merasa sudah boleh tidur lena di mahligainya itu?

Adakah dengan memencilkan Anwar dari rakyat maka Mahathir mengira bahawa akhirnya Anwar akan dilupakan semudah itu? Nyatalah bahawa Mahathir seorang pemikir yang bebal dalam menghitung riak lawannya.

Mahathir lupa bahawa 'ruh' Anwar sebenarnya tidak boleh dipadamkan daripada jiwa rakyat, bukan sahaja kerana beliau bekas Timbalan Perdana Menteri, hatta ketika menjadi pemimpin ABIM dahulu pun, 'ruh' Anwar menjalar dimana-mana hingga ke dunia luar.

Inilah nikmat yang diperolehi oleh Anwar tetapi tidak pernah dinikmati oleh Mahathir semenjak dahulu.

Mahathir hanya popular dalam tempoh dekad kedua beliau menjadi PM sahaja. Itupun kerana keceluparan mulutnya yang lancang dalam menghentam Barat sehingga mendapat gelaran 'keras kepala' semasa persidangan APEC beberapa tahun dahulu.

Ketika zaman pemerintahan Tunku dahulu, Mahathir sedikit popular sebagai seorang yang bernafsu besar dan gelojoh untuk menjatuhkan Tunku. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa antara sebab tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969 adalah kerana angkara hasutan Mahathir, sebagai kemuncak konspirasinya untuk menjatuhkan kerajaan Tunku.

Ketika itu beliau bukan main galaknya menghasut golongan pelajar supaya menentang Tunku dengan menulis pelbagai surat layang dan mengapi-apikan kaum Melayu dan Cina. (Sebenarnya yang mencetuskan budaya surat layang ini adalah Mahathir sendiri, sebab itulah budaya ini begitu subur ketika zaman pemerintahannya).

Inilah wajah sebenar Mahathir dimana ketika mahu menjatuhkan Tunku, beliau sanggup mencetuskan tragedi yang meragut banyak nyawa dengan kelicikannya menghasut.

Peristiwa perarakan mayat seorang Tionghua ahli Parti Buruh yang mati ditembak polis di Jalan Kepong pada 13 Mei 69 telah dijadikan batu loncatan untuk membakar api perkauman antara orang Melayu dan Cina dimana penyertaan para pelajar Universiti Malaya pada hari itu sebagai natijah hasutan Mahathir kepada mereka.

Bukan sedikit surat hasutan yang ditaburkan kepada kedua-dua kaum itu serta golongan pelajar supaya mereka bergaduh. Saya berharap akan ada antara mereka yang pernah menjadi pelajar UM ketika rusuhan tersebut dan menerima surat-surat hasutan itu tampil membuat pendedahan.

Apabila dibandingkan dengan tindak tanduk yang berlaku di depan mata kita hari ini, apa yang tercetus lebih 30 tahun dahulu itu tidaklah menghairankan. Sandiwara Sauk yang berlaku baru-baru ini hanyalah mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh seorang manusia bernama Mahathir sejak 30 tahun yang lalu.

Isu hak-hak keistimewaan orang Melayu yang cuba disandiwarakan oleh pelakon tambahan David Chua itu juga sebahagian daripada konspirasi untuk mencetuskan keresahan kaum dan memungkinkan tragedi yang sama dengan 13 Mei dulu berulang kembali. Jika 13 Mei 69 adalah percubaan untuk menjatuhkan Tunku, tetapi sandiwara-sandiwara semasa yang terkini adalah suatu teori pengukuhan kuasa yang cuba diimplementasikan demi memastikan hayat kediktatorannya berterusan untuk beberapa tahun lagi hatta sehingga beliau mati sekalipun.

Peristiwa Memali pada 1985 dahulu sebahagian daripada siri-siri pengukuhan kuasa melalui pembunuhan nyawa rakyat (dan menjadikan Musa Hitam sebagai kambing hitam). Dan masih banyak lagi sebenarnya perancangan-perancangan licik yang dibuat oleh Mahathir untuk memastikan kuasanya tidak digugat oleh sesiapa pun.

Kalau setakat memukul dan membelasah rakyat yang menyertai perhimpunan aman itu tidaklah memberikan sebarang kudis pun kepadanya kerana jika membunuh itu suatu keperluan untuk terus mengekalkan kuasa, maka ianya mesti dilakukan juga.

Persoalannya, sampai bila Mahathir mampu bertahan dengan cengkaman kuasa yang ada padanya sekarang ? Selepas memecat tiga timbalannya sebelum ini beliau nampaknya terus berkuasa sekalipun menghadapi penentangan rakyat yang luarbiasa selepas pemecatan timbalannya yang ketiga itu.

Dan kini, selepas memenjarakan Anwar selama 15 tahun, beliau berfikir akan berada dalam kedudukan agak lumayan daripada ancaman musuh ketatnya itu. Tetapi satu perkara yang beliau harus belajar ialah, orang-orang Melayu kini sudah tidak lagi menerima beliau sebagai pemimpin yang perlu diberikan sokongan dan ketaatan.

Hobi berbohongnya selama ini sudah memakan diri bilamana majoriti rakyat tidak lagi mempercayainya. Insiden Sauk boleh menjelaskan senario ini dimana kerajaannya terpaksa berhempas pulas menangkis serangan rakyat yang menolak 100 % kejadian itu sebagai sesuatu yang benar. Inilah sebahagian daripada nasib malang dan 'tulah' yang terpaksa dipikul oleh Mahathir kerana kebodohannya sendiri.

Namun akhirnya sejarah membuktikan bahawa Mahathir terpaksa meletak jawatan atas kemarahan rakyat dan digantikan dengan Pak Lah.

Pada PRU tahun 2004, Media masa memainkan propaganda yg berkesan dengan melebelkan Pak Lah sebagai " Mr Clean " hingga buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia BN menang besar. Keadilan waktu itu hanya kerusi Permatang Pauh sahaja yang berjaya dipertahankan. Sudah pasti peristiwa tendang peti undi oleh calon BN Permatang Pauh Ust Firdaus ketika itu adalah suatu yg mengejutkan dan memalukan.

Akhirnya Anwar dibebaskan pada tahun 2004 di zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Peristiwa Anwar dibebaskan dengan linangan air mata kesyukuran dan kegembiraan sukar dilupakan ketika itu di Mahkamah Istana Keadilan di Putrajaya.

Mahathir biarpun sudah tidak menjadi Perdana Menteri namun dendam kesumatnya terhadap Anwar Ibrahim tidak pernah padam. Beliau terus mengganggu pentadbiran Pak Lah hinggalah kemuncaknya Mahathir keluar umno.

Khairy menjadi sasaran utama kemarahan Mahathir tetapi harus diingat Mahathir ketika itu marah bukan sebab isu rakyat tetapi adalah isu beberapa projek yang dibatalkan oleh Pak Lah melibatkan kroni Mahathir.

Pada PRU 2008, Anwar Ibrahim biarpun tidak boleh bertanding, semangat perjuangannya luar biasa. Ke mana saja Anwar pergi menjelajah sambutan rakyat luar biasa yang mahukan perubahan.

Terbukti umno BN dikejutkan dengan tumbangnya lima negeri P.Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Anwarlah yang berjaya menjadi glu mengikat Pas dan Dap. Satu lawan satu amat digeruni oleh BN.

Akhirnya Pak Lah terpaksa akur meletak jawatan setelah prestasi terburuk umno BN pada PRU ke 12 tahun 2008 digantikan dengan Najib. Disitulah terkuburnya era Pak Lah bersama Islam Hadharinya.

Najib pula melantik penasihat APCO Yahudi dgn bayaran RM70 juta maka lahirlah slogan 1 Malaysia kononnya untuk memenangi hati rakyat Cina dan India yang menolak umno BN pada PRU 12.

Namun dalam era Najib rakyat terkeliru siapa Perdana Menteri samada Najib atau Rosmah. Rosmah terkenal dengan sikap borosnya telah menyebabkan rakyat semakin muak dan menyampah.

Mahathir akhirnya kembali menyertai umno semula di zaman era Rosmah/Najib menjadi Perdana Menteri. Pada PRU 13 tahun 2013 biarpun Najib menjadi panglima perang baru umno BN namun Najib rakyat tetap menolak umno BN. Prestasi umno BN tetap tidak berubah cuma Najib bernasib baik dgn penipuan yang berlaku dan persengkataan di dalam Pakatan Rakyat yang menyebabkan Kedah dan Perak berjaya ditawan semula oleh umno BN.

Najib ternyata tidak mampu menahan semangat juang Anwar Ibrahim hingga sekali Anwar terpaksa dihumban ke Penjara Sg Buluh dengan taktik kotor fitnah dua yang amat jijik.

Isu pembunuhan Al Tantuya tidak mungkin rakyat lupakan dizaman era Rosmah Najib menjadi Perdana Menteri. Siapa ARAH BUNUH Al Tantuya masih belum terjawab hingga kini.

Di era Rosmah Najib sebagai Perdana Menteri tiba-tiba berbagai isu pembaziran dan skandal yang timbul dan kemuncak sekali isu besar 1MDB dan duit masuk ke dalam acc Najib yang disahkan oleh SPRM sebanyak RM2.6 Billion menjadi titik tolak Mahathir kembali bersuara dan menentang Najib.

Muhyidin dan Syafie Afdal menjadi mangsa Najib digugurkan dari Kabinet dan lebih malang buat pertama kali dalam sejarah Timbalan Presiden UMNO tidak dibenarkan merasmikan Mesyuatat Agong Pemuda Wanita dan Puteri umno dan yang lebih malang ucapan penggulungan pun tidak dibenarkan.

Biarlah umno terjun dengan labu-labunya namun rakyat juga kesal dengan perpecahan dalam Pakatan Rakyat terutamanya dalam Pas hingga lahirnya Parti Amanah di bawah pimpinan Mat Sabu.

Ternyata strategi memenjarakan Anwar telah berjaya memecahkan Pakatan Rakyat ditambah pula dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang amat disegani hingga menyebabkan Pas berpecah.

Persoalan yang lebih besar apakah akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU 14? Jika ini berlaku sudah pasti umno BN akan terkinja-kinja menari dangdut hingga ke subuh jika Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan gagal memutuskan pertandingan satu lawan satu.

Di sinilah rakyat terasa kehilangan Anwar maka rakyat mahu Anwar wajib dibebaskan segera. Rakyat sudah tidak tahan dengan bebanan hidup yang ditambah dengan isu kenaikan yang melampau.

Roh semangat perjuangan Anwar tidak pernah pudar di hati rakyat. Rakyat mahu Anwar dibebaskan segera kerana rakyat tahu Anwar adalah mangsa tahanan politik.

Syarikat Aldo Media telah menymbangkan Billboard giant BEBAS RAKYAT BEBAS ANWAR tersergam di hadapan Masjid Kubang Semang sebagai solidariti terhadap perjuangan Anwar.

Semoga perpecahan dalam Pakatan Rakyat dapat disatukan kembali dan rakyat mahu pertandingan satu lawan satu dalam PRU14 menjadi kenyataan. Rakyat sudah bosan dengan isu titik bengit dalam Pakatan Rakyat.

Friday, December 11, 2015

Billboard Giant Bebas Anwar tersergam di Kubang Semang

Biarpun umno sedaya upaya cuba memadamkan obor perjuangan Anwar hingga memenjarakan beliau dua kali dgn modus operandi yg begitu jijik, namun ianya tidak berhasil kerana rakyat tidak mudah melupakan jasa dan semangat kental Anwar Ibrahim.
Fitnah jahat dan jijik yg dilemparkan saban hari di media arus perdana tidak berupaya memperdayakan rakyat yg semakin hari semakin cerdik dan tidak mudah termakan dgn momokan propaganda yg melampau.
Semoga Anwar terus tabah dan pd PRU 14 umno akan tersungkur juga akhirnya...
Lawan tetap Lawan

 Billboard tersebut sumbangan Aldo Media Sdn Bhd

Tkasih BN... Tahun depan semua naik lagi...

PEMOTONGAN REBAT ICPT AKAN MENYEBABKAN BIL ELEKTRIK NAIK 2% SECARA PURATA

Keputusan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak untuk mengurangkan rebat ICPT (Imbalance Cost Pass-Through) daripada 2.25 sen/kWj sebelum ini kepada 1.52 sen/kWj sebenarnya samalah dengan menaikkan tarif elektrik kerana kesan akhirnya adalah pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan (atau melebihi RM77 sebulan) akan menyaksikan kenaikan 2.2% ke atas bil elektrik setiap isirumah.

ICPT adalah rebat yang dikira setiap 6 bulan untuk memastikan sebarang penjimatan atau kenaikan kos operasi penjanaan elektrik ditanggung terus oleh rakyat. Jika ada penjimatan kerana kos bahan api menurun, maka ICPT menjadi rebat yang akan menurunkan bil elektrik. Jika sebaliknya (kos bahan api naik atau kos pembelian elektrik dari penjana bebas meningkat), ICPT menjadi duti tambahan kepada tarif sedia ada.

Dalam 6 bulan yang lepas, TNB telah menyaksikan penurunan kos sebanyak RM1.32 bilion akibat dari pengurangan penggunaan gas asli cecair (LNG), harga arang batu yang lebih murah di pasaran dunia dan operasi stesen janakuasa arang batu yang lebih cekap. Malangnya, penurunan kos ini direncatkan oleh kenaikan kos gas asli sebanyak RM560 juta akibat dari tindakan kerajaan menaikkan harga gas asli yang dijual kepada TNB dari RM15.20 setiap mMBTU kepada RM18.20 setiap mMBTU.

Akibat dari kenaikan kos gas asli itu, penjimatan telah dikurangkan dan rebat ICPT juga telah berkurangan sebanyak 32% (dari 2.25 sen/kWj kepada 1.52 sen/kWj). Ini bermakna setiap unit kWj elektrik selepas ini akan menjadi lebih mahal sebanyak 0.73 sen/kWj atau kenaikan purata 2.2%.

Kedua-dua keputusan iaitu menaikkan kos gas asli dari RM15.20 setiap mMBTU kepada RM18.20 setiap mMBTU dan mengurangkan rebat ICPT sebanyak 32% kepada 1.52 sen/kWj adalah keputusan Kabinet yang dipengerusikan Dato' Seri Najib Tun Razal sendiri.

Perlu diingatkan bahawa keputusan menaikkan harga gas asli dibuat dalam keadaan harga pasaran minyak mentah dan gas asli dunia semakin turun. Ini bermakna dalam keadaan yang sepatutnya kos penjanaan elektrik semakin turun, kerajaan mengambil keputusan menaikkan harga gas asli semata-mata untuk meneruskan pelaksanaan rasionalisasi subsidi yang menjadi tunjang pentadbiran ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak.

Sebab itu sehingga kini rakyat Malaysia tidak menikmati sepenuhnya kebaikan penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia. Harga petrol dan diesel kekal mahal kerana kejatuhan matawang ringgit akibat formula penetapan harga yang didasarkan kepada dollar Amerika Syarikat. Kini, kos elektrik yang ditanggung rakyat pula naik gara-gara program penghapusan subsidi yang menyebabkan kos gas asli meningkat walaupun secara umumnya harga minyak mentah dan gas asli semakin menurun di pasaran dunia.

Saya ingin bertanya kepada Saudara Khairy Jamaluddin sama ada beliau hadir dalam kedua-dua mesyuarat Kabinet yang membuat dua keputusan yang menaikkan harga gas asli dan kos elektrik yang ditanggung rakyat. Jika beliau hadir dan bersetuju, maka beliau juga perlu bertanggungjawab dan tidak mencuci tangan kononnya beliau telah bersuara menentang keputusan-keputusan kerajaan yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Tahun 2016 akan terus menyaksikan kenaikan harga barang selagi Dato' Seri Najib Tun Razak kekal berkuasa.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Sunday, December 06, 2015

Demi Sarawak - Nurul Izzah ditahan

DEMI SARAWAK

Saya hadir di Sarawak selaku solidariti bersama pimpinan tempatan Keadilan menjelang pilihanraya negeri Sarawak.
 
Saya hadir di Sarawak selaku solidariti dengan bakal calon-calon tempatan KEADILAN menjelang PRN Sarawak.

Saya hadir di Sarawak meneruskan agenda menabur bakti menerusi projek mini Parti Keadilan Rakyat #Changemakers #DemiSarawak menyalur lampu jalan, elektrik dan jua air bersih secara kecil-kecilan di kawasan pedalaman Sarawak.

Malangnya hari ini , saya dihalang masuk ke Sarawak menerusi notis penolakan masuk di bawah Seksyen 65 (1) (a) Akta Imigresen 1959/63

Jelas, Akta Imigressen 1959/1963 jelas hanya menyekat penghijrahan beramai-ramai orang Semenanjung ke Sarawak dan Sabah dan bukan kepada ahli parlimen yang diberi hak untuk menjalankan tugas kepada rakyat.

Seksyen 67 Akta Imigresen juga tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki sabah dan sarawak untuk tujuan aktiviti politik.

Tindakan ini walau di bawah bidang kuasa negeri bertentangan dengan hak sah saya berpolitik selaku anggota dewan rakyat

Tindakan ini merupakan salah guna kuasa pihak berkuasa negeri yang seharusnya menumpukan agenda keselamatan warga Sarawak daripada anasir pengganas, penjenayah dari luar dan dari dalam negeri – bukannya ahli parlimen, wakil sah badan perundangan dalam aktiviti politik dan berpersatuan yang sah!

InshaaAllah saya akan kembali ke bumi bertuah Sarawak dan menumpukan segala usaha terhadap merancakkan lagi kebajikan anak-anak Sarawak menerusi pimpinan YB Baru Bian serta wakil wakil dewan undangan negeri serta pimpinan lainnya.

Buat teman-teman semua – semarakkan bumi Sarawak dengan laungan keadilan! Khusus bila masa Sarawak digunapakai untuk meneruskan hayat Barisan Nasional yang tercalar buruk akibat Perdana Menteri dan akaun peribadinya!

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN DAN PENGARAH PILIHANRAYA

Thursday, November 19, 2015

Wanita umno guna duit YAPEIM ketika PRK Rompin ???

KENYATAAN MEDIA
JINGGA 13 MALAYSIA

19 November 2015

LAPORAN SPRM BENARKAH WANG YAYASAN PEMBANGUNAAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM) SEBANYAK RM 223,000 DIGUNAKAN OLEH PEMIMPIN WANITA UMNO KETIKA PRK PARLIMEN ROMPIN?

Jingga 13 Malaysia hari ini tampil membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM ) agar satu siasatan dibuat secara menyeluruh terhadap penggunaan wang Yayasan Pembangun Ekonomi Islam Malaysia ( YaPIEM ) sejumlah RM 223,000 yang digunakan oleh pemimpin Wanita UMNO ketika Pilihanraya Kecil (PRK) Rompin berdasarkan dokumen Minit Mesyuarat Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 , Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberi dana berkaitan penganjuran Program Usrah dan Ziarah Daerah Rompin , Pahang .

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) merupakan sebuah Yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1976 dengan berteraskan kepada konsep amal jariah. YaPEIM merupakan institusi khas di bawah YAB Perdana Menteri Malaysia dan mendapat perhatian khusus daripada Y.B Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Pendapatan YaPEIM dijana melalui sumbangan orang ramai, pinjaman atau grants daripada Kerajaaan Persekutuan dan juga aktiviti penjanaan dana Islam seperti Koperasi Islam dan Ar-Rahnu kemudiannya disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Seramai 588,930 orang rakyat Malaysia telah menyertai Skim Potongan Gaji Bulanan YaPEIM dimana

dianggarkan sebanyak RM 65.73 juta setahun yang bakal diperoleh oleh YaPEIM daripada sumbangan derma orang ramai bagi tahun 2015. 

Beradasarkan siasatan yang dibuat oleh Jingga13 Malaysia mendapati Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin merupakan Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.  Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Negeri Kelantan (1986-2003) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kubang Kerian (1986-Kini).Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undang Negeri bagi penggal 1986-1990 sebelum dilantik sebagai Senator bagi penggal 1993-1999. Beliau telah menyertai YaPEIM sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah sejak tahun 1993 sehingga kini.

WANG YAPEIM RM 223,000 DIKELUARKAN KETIKA PILIHANRAYA KECIL ROMPIN?

Mengikut dokumen Minit Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM 223,000 berkaitan penganjuran Program Usrah dan Ziarah Daerah Rompin, Pahang.

Pembayaran dana dibuat dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama namun apa yang menimbulkan kemusyikilan besar, ke semua sumbangan tersebut akhirnya diserahkan kepada Datuk

Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk wang tunai . Semua serahan wang tunai kepada beliau dibuat ketika waktu kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Rompin sedang berlangsung.

Beberapa persoalan telah menimbulkan tandatanya dan Jingga13 Malaysia memohon agar pihak

SPRM melalukan satu siasatan yang menyeluruh :

1.      Benarkah YaPEIM menerima sumbangan derma orang ramai termasuk melalui skim potong gaji bulanan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan sebagai amal jariah?

2. Benarkah Minit Mesyuarat Lembaga Amanah YaPEIM bertarikh 24 April 2015 adalah benar di mana Lembaga Pemegang Amanah telah meluluskan pemberian dana sebanyak RM 223,000 ?

3. Kenapa pembayaran dalam tempoh tiga hari kepada tiga penama berdasarkan Minit Mesyuarat Pemegang Amanah YaPEIM diserahkan kepada Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin dalam bentuk tunai ?

4.      Berdasarkan bukti-bukti yang didedahkan, adakah benar Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Hussin

telah menerima RM 223,000 daripada YaPEIM untuk menganjurkan program di Rompin ketika PRK Parlimen Rompin?

5.      Jika YA (soalan 4), apakah bentuk program yang telah dijalankan ketika PRK Parlimen Rompin Apakah bukti program tersebut telah dilaksanakan ketika itu dan siapakah penerima manfaat derma sumbangan ini?

4.      Jika tidak, ke manakah perginya RM 223,000?

Justeru Jingga 13 Malaysia  memohon agar pihak SPRM mengambil satu timdakan secara professional dan telus terhadap laporan tersebut dan mengambil tindakan undang-undang terhadap skandal YaPEIM tersebut .

Muafakat * Prihatin * Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

Wednesday, November 18, 2015

Gambar Perhimpunan Aman Pemandu Teksi serah memorandum kepada Kak Wan

Pemandu Teksi Lembah Kelang hari ini berkumpul di Padang Merbok bagi membuat bantahan terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) serta menggesa kerajaan mengharamkan aplikasi 'Uberteksi' dan 'Grabcar'.

Mereka mendakwa perkhidmatan aplikasi itu menjejaskan periuk nasi pemandu teksi.

Kira-kira 250 pemandu berkumpul di situ sejak jam 10 pagi.

Mereka melaungkan 'Hidup teksi' serta membawa plakad 'Say no to Uber' dan 'Mr PM help us'.

Ada di antara mereka yang membunyikan hon kenderaan dan meniup vuvuzela.

Penyelia Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Kamarudin Mohd Hussain berkata perhimpunan ini bertujuan memartabatkan kebajikan mereka setelah mendakwa SPAD gagal berbuat demikian.

"Perhimpunan aman warga pemandu teksi bertujuan memartabatkan kebajikan kami ini setelah SPAD gagal menyahut seruan kerajaan spaya merangka langkah-langkah tertentu demi menjamin ekonomi pemandu teksi.

"Tan Sri Hamid Albar sering memberi alasan di luar bidang kuasa mereka membanteras kereta sapu dan Uber yang menjejaskan teruk pendapatan pemandu teksi.," katanya.

Simpati Najib

Menurut Kamarudin, perhimpunan hari ini juga adalah untuk merayu simpati daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya prihatin terhadap masalah mereka.

"Kami hari ini berdiri (di) tengah panas, dan mungkin sebentar lagi hujan bukan untuk menentang kerajaan atau memainkan isu politik dan perkauman.

"Hari ini kita hendak menzahirkan ketidakpuasan hati kita terhadap SPAD dan mengahari perhimpunan ini secara aman pada jam 5 petang," katanya.

Pihak penganjur menyasarkan seramai 10,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang akan menyertai perhimpunan selama lima jam yang dijadualkan bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.

Kira-kira sejam kemudian, jumlah yang hadir semakin ramai dan dianggarkan melebihi 300 orang daripada 27 persatuan.

Kamarudin berkata pemandu teksi juga akan menghormati permintaan pihak polis supaya mereka tidak melakukan bantahan di KLCC, Dataran Merdeka, mahupun Bukit Bintang.

"Kita amat menghormati kepercayaan yang diberikan OCPD Dang Wangi. Oleh itu saya menyeru kepada pemandu teksi berhimpun di sini.

"Kita akan serahkan dua memorandum di parlimen," katanya sebelum mengambil keputusan untuk berarak ke Parlimen bagi menghantar dua memorandum bantahan.

Para pemandu tiba di Jalan Parlimen kira-kira jam 11.35 pagi. Bagaimanapun polis menahan mereka 100 meter dari luar pagar parlimen dan meminta mereka menunggu sebentar.

Jumlah mereka semakin ramai dengan dianggarkan tidak kurang 500 pemandu teksi yang berbaris sepanjang Jalan Parlimen, sambil terus meniup vuvuzela dan mengangkat sepanduuk.

Mengapa tak perkasakan

Sementara itu Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail keluar dari parlimen kira-kira pada jam 12 tengah hari untuk menerima memorandum berkenaan.

Penyerahan berkenaan disambut dengan sorakan gamat pemandu teksi yang menyertai perarakan itu.

Turut bersama Dr Wan Azizah ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Temerloh, Nasaruddin Hassan.

Kata Dr Wan Azizah, pemandu memang menghadapi kesukaran kerana perlu menanggung bayaran permit bagi teksi yang disewa.

"Kami berpendapat bayaran ini perlu dihapuskan bagi membolehkan mereka bersaing dengan perkhidmatan Uber dan GrabCar," katanya.

Sementara itu Nasruddin berkata, menjadi tanggungjawab keranaan untuk mendengar masalah pemandu teksi kerana mereka juga sebahagian daripada rakyat negara ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, kerajaan tidak boleh lepas tangan selepas memorandum diterima.

"Saya lihat ini sikap acuh tidak acuh daripada kerajaan," katanya.

Ditanya mengenai kewujudan perkhidmatan lain yang mengganggu pasaran pemandu teksi, Nasruddin berkata, ia wajar dimansuhkan jika menjejaskan perkhidmatan teksi.

"Kita sudah ada teksi 1 Malaysia, kenapa ia tidak diperkasakan dan kenapa perlu ada syarikat yang lain?" katanya.

Pemandu teksi yang berarak itu bersurai kira-kira 15 minit kemudian dan kembali ke Padang Merbok.

Mungkin tutup jalan minggu depan

Kira-kira jam 1.50 petang tadi, Penyelia Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Kamarudin Mohd Hussain berkata, jika mereka tidak mendapat maklum balas daripada kerajaan, protes lebih besar akan diadakan di jalan-jalan utama di ibu negara minggu depan.

"Kita akan buat demonstrasi besar-besaran di jalan utama Kuala Lumpur, atau mungkin di KLCC atau Bukit Bintang," katanya.

Ditanya sama ada peserta demonstrasi akan 'menutup jalan' dalam perhimpunan akan datang itu, Kamarudin berkata: "Itu pasti."

Tinjauan Malaysiakini pada jam 1.30 petang mendapati peserta protes mula meninggalkan Padang Merbok perlahan-lahan.

Kurang daripada 50 peserta demonstrasi pula masih menunggu menunggu wakil daripada kerajaan untuk mengambil memorandum mereka.

Friday, November 13, 2015

PM wajib pecat Jamil Khir

Kita mohon PM Malaysia pecat Ds Jamil Khir sebagai Menteri dan pecat terus Dari UMNO jika terbukti terlibat Dalam skandal wang Dana Ummat Islam

Bukti dan kenyataan sdr Akmal Nasir bagaimana Menteri terlibat dalam #skandalYaPEIM

JAMIL KHIR GUNA WANG YaPEIM BIAYAI PERJALANAN KE LUAR NEGARA BERSAMA ISTERI, MAIN GOLF DAN LAWATAN KE PUSAT MEMBELI-BELAH DENGAN JUMLAH KESELURUHAN RM 410, 978.56

National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini tampil dengan pendedahan yang paling mengejutkan berkaitan skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dimana wang yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalah gunakan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Y.B Dato' Seri Jamil Khir Baharom.

Mengikut dokumen yang NOW perolehi, Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri beliau Datin Seri Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerikat Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014.

Lawatan Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dikatakan melewati bandar Washington D.C, Minnesota dan Iowa.

Walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan 'Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM', berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah.

Di antara pembayaran yang telah dibuat adalah seperti berikut:-

1. Golf – keraian Menteri

2. Jamuan Promosi / keraian VVIP ( flower Chocolates and Fresh Fruits)

3. Jamuan Makan – keraian Menteri

4. Cenderahati Menteri

5. 22, 23, 26 & 27 Mei 2014 (GROUP: VVIP) USAGE TO LEESBURG OUTLET + OT

Berdasarkan semakan kami, Leesburg Corner Premium Outlet merupakan sebuah Pusat Membeli-belah "upscale outlet" barangan berjenama yang terletak di Washington DC yang dikunjungi oleh rombongan Menteri Hal Ehwal Islam sebanyak 4 hari dimana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM 5,908.35.

Lebih mendukacitakan lagi, pembayaran bagi perbelanjaan-perbelanjaan oleh Menteri dan rombongannya ini dibuat melalui institusi dibawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang mana duit tersebut adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin.

Lembaga Pengarah PEMANGKIN adalah Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu pemimpin Wanita UMNO yang berpengaruh di YaPEIM manakala Dato' Haji Abd. Malek B. Awang Kechil merupakan pengerusi PEMANGKIN. Kedua-dua individu inilah yang dilantik oleh Dato' Seri Jamil Khir sebagai Presiden dan Pengerusi serta Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perjalanan Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dianggarkan sebanyak RM 410, 978. 56.

Saya pasti pendedahan ini menjangkau imaginasi rakyat Malaysia bagaimana satu badan Yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah YAB Perdana Menteri boleh disalah gunakan untuk aktiviti-aktiviti Menteri seperti golf, ke pusat membeli-belah dan sebagainya.

NOW dengan ini mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dijalankan dimana setiap perbelanjaan YaPEIM dan institusi-institusi dibawah YaPEIM disemak dan diaudit secara terbuka kerana rakyat terutamanya pencarum berhak mengetahui setiap perbelanjaan yang dibuat.

Siasatan ini juga perlu mengesan jumlah wang yang hilang akibat ketirisan, kebocoran dan salah guna kedudukan.

Buat Dato' Seri Jamil Khir Baharom, jika beliau masih mempunyai maruah, beliau sewajarnya meletakkan jawatan dengan serta-merta dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana telah menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai.

NOW juga menuntut agar Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin dan Dato' Haji Abd. Malek B. Awang Kechil memulangkan kembali setiap sen yang diambil daripada YaPEIM termasuk gaji, elaun dan juga perbelanjaan perjalanan luar negara.

Kita sama-sama doakan agar ketiga-tiga individu ini akur dengan kesilapan mereka dan memulangkan kembali wang kepada YaPEIM, pengurusan YaPEIM perlu dirombak dan pengurusan baru perlu memastikan setiap wang tersebut diagihkan kepada mereka yang benar-benar susah dan turut melaporkan kemajuan agihan secara berkala dan terbuka.

13 NOVEMBER 2015

AKMAL NASIR

Pengarah

National Oversight and Whistleblowers (NOW)

https://www.facebook.com/nowmalaysia/posts/915607001809266

Sunday, October 18, 2015

Kursus Celik iT Sg Besar

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, YB Nik Nazmi Nik Ahmad telah menganjurkan kursus celik iT bagi memastikan warga Selangor celik iT agar tidak ketinggalan dalam arus ledakan maklumat di alam maya.

Kursus Celik iT yang pertama telah dibuat di Parlimen Sg Besar. Seramai hampir 50 peserta telah mengikuti kursus celik it ini di bawah seliaan Blogger Sharpshooter dan Blogger Milo Suam.

Tahniah kepada peserta kursus celik iT di Sg Besar kerana menghadiri kursus ini terutamanya Hj Fauzi selaku Ketua Cabang Sg Besar yang mengambil inisiatif mengumpulkan semua peserta bagi menjayakan kursus ini.

YB Nik Nazmi ketika berucap sebelum menyampaikan sijil kepada peserta berkata " saya bangga dengan komitmen anda semua untuk menimba ilmu dan selepas ini saya berharap anda semua akan menjadi agen menyebarkan segala maklumat yg tepat dan betul terutamanya maklumat tentang Kerajaan Negeri Selangor. "

Beliau berharap kegemilangan blogger Pakatan Rakyat di zaman era awal reformasi hingga 2008 akan kembali menguasai dunia alam maya ini.

Friday, October 09, 2015

Musuh kita umno/bn

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Saya amat kecewa melihat bilamana orang yang cerdik2 dalam parti2 pembangkang tidak menunjukkan kecerdikan dan kewarasan mereka bila berhadapan dengan soal survival parti bersama yang akan berhadapan dengan musuh mereka ia itu BN.

Musuh berjaya melakukan 'Creative Chaos'
(Kacau bilau yang kreatif) terhadap parti2 dalam Pakatan Rakyat. Saya pinjam istillah creative chaos ini dari seorang Ustaz dalam ceramahnya baru2 ini.

Beliau memberi contoh kuasa2 barat mewujudkan creative chaos di negara2 Timur Tengah supaya negara2 di Timur Tengah sentiasa berselisih faham dan tidak bersatu padu.

Inilah yang berlaku di dalam PR. (PR yang lama dan PH yang baru). Kita diajak berselisih faham dan berpecah belah sehingga kita menganggap sesama kita musuh.

Walhal kita semua faham BN seolah2 sudah sampai ke hujung tempoh, tidak berupaya, lemah, dipenuhi pelbagai krisis dan lain2 dan berkemunkinan akan kalah didalam pilihan raya yang akan datang.

Sepatutnya semua pemimpin dalam PR/PH boleh melihat dengan jelas bahawa untuk PR/PH mengambil tampok pimpinan negara sudah sangat hampir. Mengapakah peluang keemasan ini seolah2 dipersia2kan?
BN sudah banyak melakukan kerosakan demi kerosakan dalam pelbagai bidang di negara ini. Tak payahlah saya ulangi satu persatu semua kerosakan itu kerana semua itu ada di dalam fikiran kita.

Mengapa kita biarkan diri kita di perkotak katikkan oleh mereka. Sekarang ini kawan kita ingat lawan, lawan kita ingat kawan. Apa sudah jadi pada diri kita? Di manakah kewarasan kita? Apakah kita mahu berterusan menjadi parti pembangkang di Dewan Rakyat sampai bila2?

Rakyat jadi pening dan bingung melihat telatah kita yang kadang kala berperangai seperti kanak2, kurang matang dan sangat emosional.

Musuh sangat bijak menggunakan isu yang dengan cepat memecah belah kita. Tak ubah seperti di negara2 Timur Tengah, musuh cipta Grand Design 'Creative Chaos' yang menyebabkan berlaku pergeseran dan persengketaan sesama negara2 Arab.

Allah swt memberi kita akal yang waras membetulkan dimana yang silap, bermaaf2an, balik ke pangkal jalan, berlapang dada dan sebagainya.

Saya menyertai parti pembangkang kerana saya melihat kita ada ramai pemimpin2 lelaki dan wanita yang jauh lebih baik dari yang ada di BN pada waktu ini.

Kita harus sanggup membetulkan semua kepincangan yang ada sekarang.

Saya merayu kepada semua pihak di dalam PR/PH supaya mengenang kembali hasrat dan cita2 murni yang kita buat pada suatu ketika dahulu. Kita telah berjanji untuk memulihkan semula keadaan kepincangan yang besar2 di hadapi negara.

Semoga rayuan saya ini mendapat tempat di hati tuan2 dan puan2.

Terima kasih.

Yang ikhlas, 

Tan Sri Muhammad
Muhammad Taib

9 Oct 2015.

Thursday, September 24, 2015

PERUTUSAN AIDILADHA

PERUTUSAN AIDILADHA PRESIDEN KEADILAN 1436H/2015

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahilhamd.

Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan kepada kita untuk merayakan AidilAdha bagi tahun 1436 Hijrah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Kepatuhan dan ketaatan Nabi Ibrahim tiada tolok bandingnya yang telah menjadikan Baginda sebagai pemimpin contoh yang terulung dan terhebat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya.

(Setelah itu) Allah berfirman lagi: 'Sesungguhnya Aku melantik mu menjadi Imam (pemimpin ikutan) bagi umat manusia'. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: '(Ya Tuhan ku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunan ku (pemimpin-pemimpin ikutan)'. Allah menjelaskan lagi: '(Permohonan mu diterima, tetapi) janji-Ku ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim". (Surah Al-Baqarah:124)

Mengambil iktibar daripada peristiwa Korban ini, kita harus memperkukuhkan muafakat rakyat untuk berhadapan dengan penguasa yang zalim, yang mempelopori politik perkauman untuk mengapi-apikan permusuhan, yang mengamalkan politik korupsi serta pincang dalam menjalankan amanah mentadbir ekonomi negara dengan baik.

Kesungguhan untuk memperbaiki taraf hidup rakyat, melepaskan mereka dari belenggu kemelesetan ekonomi dan mengelakkan negara terjerumus ke jurang perkauman, harus menjadi keutamaan kita.

Justeru, kita harus menyelami erti pengorbanan sebenar, iaitu berjuang penuh keikhlasan dengan mengetepikan kepentingan peribadi, kelompok, puak dan sebagainya, dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dalam pencapaian perjuangan kita.

Aidiladha juga mengajar erti pengorbanan, kesungguhan dam kesetiaan kita, sama ada terhadap Pencipta kita, mahu pun kepada sahabat handai dan rakan seperjuangan kita.

Mudah-mudahan Allah merestui perjuangan kita.

Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam Malaysia daripada kepimpinan dan akar umbi KEADILAN, moga
ibadah korban kita diterima.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Walillahilhamd.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
10 Zulhijjah 1436H

Sunday, September 06, 2015

Integriti PM Terhakis, Panggil Segera Sidang Tergempar Parlimen

Integriti PM Terhakis, Panggil Segera Sidang Tergempar Parlimen – Dr Wan Azizah

KENYATAAN MEDIA

INTEGRITI PM TERHAKIS AKIBAT SKANDAL RASUAH: PANGGIL SEGERA SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memandang serius kecaman masyarakat antarabangsa terhadap kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, berikutan kegagalan beliau memberikan penjelasan mengena 'derma' sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang diterima dalam akaun peribadi Presiden Umno itu.

Minggu ini, beberapa badan dunia yang terlibat dalam membanteras rasuah pada Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah (IACC) ke-16 di Putrajaya, mengkritik kegagalan PM dan Kerajaan Malaysia dalam menangani gejala rasuah.

KEADILAN berasa gusar apabila Pengerusi Transparency International (TI) Jose Ugaz menggambarkan sumbangan itu sebagai satu kes rasuah dahsyat, yang boleh memberi kesan kepada hak asasi manusia. Naib Pengerusi TI, Elena Panfilova menegaskan sokongan badan antarabangsa itu terhadap Perhimpunan Bersih4 yang turun ke jalanan bagi mendesak PM menjelaskan mengapa dana sebesar itu masuk ke dalam akaun peribadi beliau.

Manakala Cobus de Swardt daripada Transparency International-Afrika Selatan mendakwa Najib tidak boleh berdiam diri jika beliau mahu meyakinkan dunia, terutama pelabur, untuk membuat pelaburan di Malaysia. Turuk mengkritik PM juga adalah Setiausaha Agung TI, Salil Shetty dan anggota IACC, Michael Hershman.

Bagi KEADILAN, kenyataan-kenyataan ini adalah senada dengan pendirian kira-kira 500,000 rakyat Malaysia yang turun ke Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas. Malah di kalangan anggota komponen BN dan dalam Umno sendiri, begitu sangsi dengan kredibiliti PM, termasuk dalam isu membabitkan 1MDB dan skandal-skandal lain.

Tindakan PM merombak Kabinet dengan memasukkan Pengerusi dan beberapa orang anggota PAC dalam kerajaan, jelas bertujuan menghalang siasatan menyeluruh dilakukan terhadap beliau.

Majoriti rakyat Malaysia, termasuk badan yang mewakili kumpulan anti-rasuah antarabangsa, mengkritik sikap berdiam diri PM terhadap dakwaan derma yang diterima beliau dalam akaun peribadinya.

KEADILAN turut sama mempersoalkan siapa yang memberikan AS$700 juta itu dan apakah tujuan derma itu?

KEADILAN mendesak supaya dipanggil suatu sidang tergempar Parlimen Malaysia dalam kadar segera, bagi membolehkan PM memberikan jawapan secara jujur kepada rakyat Malaysia apakah sebenarnya yang berlaku terhadap 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

SELAMATKAN MALAYSIA

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

6 September 2015